بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
“Wahai orang orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar benar taqwa kepadaNya, dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan Islam” {3-102}
BERIMAN – Kebanyakkan manusia ngaku ngaku beriman kerana boleh menyebut dan hafal Rukun Iman yang 6! disebabkan senarai tersebut turun menurun diceritakan daripada nenek moyangnya terdahulu. Sesungguhnya Allah SWT menggarap segala sesuatu didalam al Quran nulKareem dan memerintahkan untuk berpegang teguh dengannya sebagai sumber keimanan seseorang itu terhadap rukun dan kefardhuan, termasuk kepada 5 Rukun Islam. Maka Allah SWT itu berfiman bermula dengan “Ya aiyuhal lazi na amanu ……… - Wahai orang orang yang beriman ……… ”
TAQWA - Pengertian paling hampir ialah takut, tetapi taqwa kepada Allah SWT itu bukanlah seperti kamu takut kepada binatang buas sehingga melarikan diri kerana akan menjadi mangsa bahamnya. Bukan juga seperti takut kepada manusia, lalu terpaksa mengampu dan membodek setiap masa kelak mereka akan berlaku kasar dan mencerca kamu sesuka hati mereka. Kepada Allah hendaklah manusia itu sentasa hampir kepadaNya dengan hanya melalui Kalammullah, Kitabullah al Quran nulKareem! Orang orang yang beriman itu bertaqwa kepada Allah SWT kerana kedudukkannya sebagai seorang hamba Tuhan yang diciptakan olehNya dengan mengerjakan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan Tuhan didalam Kitabullah. Sesungguhnya menjauhi Kitabullah mejadikan manusia itu didalam kesesatan yang berpanjangan.
ISLAM - Beriman seseorang kepada Rukun Iman seterusnya menjadi Islam dengan 5 Rukun melalui Kitabullah, al Quran nulKareem yang mana Allah SWT menggarap segala sesuatu didalamnya, maka bertaqwa akan seseorang itu apabila dia berpegang teguh kepada segala sesuatu dari Tuhan itu. Allah SWT menjamin al Quran itu adalah petunjuk dan rahmat dari Tuhan. Sewajarnya seseorang yang beriman kepada petunjuk itu akan mengikuti dan melaksanakan panduan tersebut sebagai seseorang yang taslim – berserah diri (Islam) bagi memperolehi rahmat dari Tuhan.
“Sesungguhnya telah Kami datangkan Kitab kepada mereka, serta kami terangkan didalamnya dengan ilmu Kami, menjadi petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman" {7:52}
Manusia sekadar mengatakan al Quran adalah petunjuk, namun tidak beriman dengan mengikutinya, bermakna belum Islam namun akan sentiasa berasa resah dan gelisah didalam kehidupan kerana rahmat Tuhan itu tidak menyampai kepadanya. Allah SWT menjanjikan rahmatNya kepada barangsiapa yang beriman dengan mengikuti petunjukNya iaitu al Quran. Barangsiapa yang telah berserah diri, maka yang sedemikian itulah sebenar benarnya bertaqwa kepada Tuhan. Sesungguhnya mati mereka adalah didalam Iman dan Islam! Islam itu sendiri membawa maksud taslim yakni berserah diri. Hanya dengan al Quran itu manusia itu beriman dan bertaqwa untuk beroleh rahmat daripada Allah SWT. al Quran itu adalah khabar gembira kepada yang beriman dan satu peringatan takut kepada yang engkar. Didalam apa keadaan pun samada musibah dan malapetaka mahu pun ketika didalam kesenangan dan kemewahan, orang yang beriman itu taslim dan bertambah kukuh ketaqwaannya kepada Allah SWT.
Manusia beranggapan sudah beriman dan Islam dengan hanya telah berbuat kerja ibadah terutamanya solat, cara berpakaian dan menggunakan nama Islamik! Apabila melangsungkan perkahwinan sekadar mengikut rukun akad nikahnya sahaja dan apabila kematian diatas kefardhuan kifayah menyempurnakan jenazah sahaja, manakala senaskah al Quran paling tidak diletakkan diatas almari atau didalam laci dan didinding digantungkan sepotong Ayat al Quran sebagai lambang keIslaman. Kalau pun membaca al Quran sekadar melagukannya dengan kelunakan dan kemerduan suara semata. Urusan agama itu dijalankan atas dasar ikut ikutan turun menurun dari nenek moyang terdahulu.
“Sesungguhnya orang orang yang tidak beriman kepada ayat ayat Allah, maka Allah tiada memberi petunjuk kepada mereka dan untuk mereka siksaan yang pedih” {16:104}
“Tiadalah yang membantah Ayat ayat Allah, melainkan orang orang yang kafir, maka jangalah kamu terpedaya kerana bolak balik mereka dalam negeri” {40:2}
Demikianlah Allah SWT atas sifat Kasih dan Sayang menurunkan al Quran itu tanpa sebarang keraguan sebagai petunjuk dan rahmat bagi orang orang yang takwa. Untuk percaya kepada Rukun Iman dan untuk menjadi Islam melalui 5 Rukun tersebut, al Quran adalah petunjuk yang wajib menjadi pegangan dan ikutan, hanyalah dengan al Quran itu sebenar benarnya seseorang itu bertaqwa dan hidup mati mereka dalam Iman dan Islam sebagai rahmat dari Allah SWT.
“Kitab (al Quran) ini tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka yang bertaqwa” {2:2) Wassalam daripada ayahIssa.