IKHWANnul MUSLIMINnawalMUSLIMAT

Sabtu, 6 November 2010

IMAN, TAQWA DAN ISLAM DENGAN AL QURAN

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


“Wahai orang orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar benar taqwa kepadaNy, dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan Islam” {3-102}


BERIMAN – Kebanyakkan manusia ngaku ngaku beriman kerana boleh menyebut dan hafal Rukun Iman yang 6! disebabkan senarai tersebut turun menurun diceritakan daripada nenek moyangnya terdahulu. Sesungguhnya Allah SWT menggarap segala sesuatu didalam al Quran nulKareem dan memerintahkan untuk berpegang teguh dengannya sebagai sumber keimanan seseorang itu terhadap rukun dan kefardhuan, termasuk kepada 5 Rukun Islam. Maka Allah SWT itu berfiman bermula dengan “Ya aiyuhal lazi na amanu ……… - Wahai orang orang yang beriman ……… ”


TAQWA - Pengertian paling hampir ialah takut, tetapi taqwa kepada Allah SWT itu bukanlah seperti kamu takut kepada binatang buas sehingga melarikan diri kerana akan menjadi mangsa bahamnya. Bukan juga seperti takut kepada manusia, lalu terpaksa mengampu dan membodek setiap masa kelak mereka akan berlaku kasar dan mencerca kamu sesuka hati mereka. Kepada Allah hendaklah manusia itu sentasa hampir kepadaNya dengan hanya melalui Kalammullah, Kitabullah al Quran nulKareem! Orang orang yang beriman itu bertaqwa kepada Allah SWT kerana kedudukkannya sebagai seorang hamba Tuhan yang diciptakan olehNya dengan mengerjakan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan Tuhan didalam Kitabullah. Sesungguhnya menjauhi Kitabullah mejadikan manusia itu didalam kesesatan yang berpanjangan.


ISLAM - Beriman seseorang kepada Rukun Iman seterusnya menjadi Islam dengan 5 Rukun melalui Kitabullah, al Quran nulKareem yang mana Allah SWT menggarap segala sesuatu didalamnya, maka bertaqwa akan seseorang itu apabila dia berpegang teguh kepada segala sesuatu dari Tuhan itu. Allah SWT menjamin al Quran itu adalah petunjuk dan rahmat dari Tuhan. Sewajarnya seseorang yang beriman kepada petunjuk itu akan mengikuti dan melaksanakan panduan tersebut sebagai seseorang yang taslim – berserah diri (Islam) bagi memperolehi rahmat dari Tuhan.


“Sesungguhnya telah Kami datangkan Kitab kepada mereka, serta kami terangkan didalamnya dengan ilmu Kami, menjadi petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman" {7:52}


Kebanyakkan manusia sekadar mengatakan al Quran adalah petunjuk, namun tidak beriman dengan mengikutinya, bermakna belum Islam namun akan sentiasa berasa resah dan gelisah didalam kehidupan kerana rahmat Tuhan itu tidak menyampai kepadanya. Allah SWT menjanjikan rahmatNya kepada barangsiapa yang beriman dengan mengikuti petunjukNya al Quran itu adalah sebagai seorang yang telah berserah diri, maka yang sedemikian itulah sebenar benarnya bertaqwa kepada Tuhan. Sesungguhnya mati mereka adalah didalam Iman dan Islam! Demikian itulah al Quran itu sebagai rahmat daripada Allah SWT kepada hambaNya. al Quran itu adalah khabar gembira kepada yang beriman dan satu peringatan takut kepada yang engkar. Didalam apa keadaan pun samada musibah dan malapetaka mahu pun ketika didalam kesenangan dan kemewahan, orang yang beriman itu taslim dan bertambah kukuh ketaqwaannya kepada Allah SWT.


Manusia beranggapan sudah beriman dan Islam dengan hanya telah berbuat kerja ibadah terutamanya solat, cara berpakaian dan menggunakan nama Islamik! Apabila melangsungkan perkahwinan sekadar mengikut rukun akad nikahnya sahaja dan apabila kematian diatas kefardhuan kifayah menyempurnakan jenazah sahaja, manakala senaskah al Quran paling tidak diletakkan diatas almari atau didalam laci dan didinding digantungkan sepotong Ayat al Quran sebagai lambang keIslaman. Rasa rasa mereka cukup sekadar amal ibadat yang di ikut ikut dari nenek moyang semata. Ditambah dengan ilmu tinggi yang dituntut merasakan Kitabullah adalah cerita cerita orang terdahulu.


“Wahai orang orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya; dan janganlah kamu turut langkah langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu” {2:208}


Keterangan dan dalil dari Tuhan didalam al Quran adalah segala sesuatu yang mencakupi aspek kehidupan dunia dan akhirat. Sesungguhnya al Quran itu adalah Perlembagaan dari Tuhan kepada manusia. Selain daripada Kitabullah apabila dijadikan perlembagaan, undang undang dan hukuman kononnya untuk kebaikkan dan kebajikan kepada manusia ianya adalah rekayasa akal fikiran dan rasa rasa manusia semata. Sebaliknya kemungkaran dan kejahatan tidak mampu dibendung malahan bertambah berleluasa. Hanyalah iblis syaitan menampakkan setiap keburukan itu indah dan cantik lalu manusia itu menuruti langkah langkah tersebut. Sesungguhnya iblis syaitan serta konconya tidak pernah berhenti menyesatkan manusia itu agar tidak menjadi Islam Keseluruhan (Kaffah) dengan tidak menjadikan al Quran sebagai perlembagaan setiap aspek kehidupan.


“Berkata iblis : Hai Tuhan ku, Demi sebab Engkau menyesatkan aku, akan ku hiaskan kepada mereka (kejahatan yang ada) dibumi, (sehingga mereka pandang baik) dan demi, akan ku sesatkan mereka itu semuanya” {15:39}


Sesungguhnya seruan untuk mengajak manusia kembali kepada al Quran sangat jelas adalah satu perjuangan fisabilillah yang dituntut oleh Allah SWT keatas hambaNya agar menegakkan Kalimat kalimat Tuhan diatas muka bumi ini. Namun kebanyakkan manusia itu, apabila dibaca dan disampaikan al Quran yang dikatakan beriman kepadanya, mereka berpaling malahan menentang dan memerangi. Ketentuan Allah SWT bahawa Innadinaindallahilislam - agama yang dari sisiNya ialah Islam, tetapi mereka tetap Islam yang dari sisi mereka sendiri dengan menolak al Quran apabila dibacakan dengan pelbagai alasan yang diada adakan. Mereka yang seumpama itu disisi Allah SWT adalah tidak beriman dan Islam, apa lagi tidak bertqwa serta tidak mendapat petunjuk dan rahmat Tuhan, maka kehidupan mereka didalam kesesatan sentiasa, malahan mereka mati didalam keadaan kekufuran!


“Sesungguhnya telah Kami turunkan kepada engkau beberapa ayat yang terang dan tiadalah yang menyangkalnya kecuali orang orang fasik” {2:99}


“Sesungguhnya orang orang yang tidak beriman kepada ayat ayat Allah, maka Allah tiada memberi petunjuk kepada mereka dan untuk mereka siksaan yang pedih” {16:104}


“Tiadalah yang membantah Ayat ayat Allah, melainkan orang orang yang kafir, maka jangalah kamu terpedaya kerana bolak balik mereka dalam negeri” {40:2}


Demikianlah Allah SWT atas sifat Kasih dan Sayang menurunkan al Quran itu tanpa sebarang keraguan sebagai petunjuk dan rahmat bagi orang orang yang takwa. Untuk percaya kepada Rukun Iman dan untuk menjadi Islam melalui 5 Rukun tersebut, al Quran adalah petunjuk yang wajib menjadi pegangan dan ikutan, hanyalah dengan al Quran itu sebenar benarnya seseorang itu bertqwa dan mati mereka dalam Iman dan Islam sebagai rahmat dari Allah SWT.


“Kitab (al Quran) ini tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka yang bertaqwa” {2:2)


Wassalam daripada ayahIssa.