IKHWANnul MUSLIMINnawalMUSLIMAT

Ahad, 5 Disember 2010

KETUANAN MELAYU @ SATU MALAYSIA???


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


“Wahai manusia! Sungguh telah Kami menciptakan kamu dari seorang laki laki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa bangsa dan bersuku suku agar kamu saling mengenal. Sungguh yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa. Sungguh Allah Maha Mengetahui lagi Maha Teliti” {49:13}


Seseorang yang beranggapan diri dan keturunan atau kaumnya terlebih mulia maka bermakna orang lain, keturunan dan kaum selain dari itu adalah dipandang rendah dan dihinakan. Mereka merasakan sebagai ‘tuan’ dan selain daripada mereka adalah ‘hamba’ belaka. Sesungguhnya ternyata didunia, orang yang bersikap seumpama sedemikian yang merasakan mereka adalah ‘bangsa terpilih – the chosen rase’ ialah Yahudi!. Orang orang Yahudi termasuk pendeta pendeta mereka sebenarnya telah menolak Kitab al Quran nulKareem dan keNabian Muhammad SAW, maka sesungguhnya mereka itu telah kufur kepada Allah SWT.


Apabila di Malaysia hari ini, ‘Ketuanan Melayu’ menjadi hangat diperkatakan, ianya adalah hanya sehangat tahi ayam kerana isu ini dibangkitkan kerana kepentingan politik kesemua mereka termasuk yang mahu menolak atau pun yang mempertahankan ketuanan itu! Sudah berpuluh malahan ratusan isu seumpama yang dihangat hangatkan tetapi akhirnya sejuk membeku dengan sendirinya. Sesungguhnya isu ini sekadar gimmik perjuangan oleh mereka mereka yang tersebut! Selebihnya adalah menunjukan bahawa rakyat Malaysia khususnya Melayu mempelopori demontrasi dengan pembesar suara dan sepanduk ditepi jalan dan bangunan. Cumanya tidak kelihatan ‘si Raja Pendemo’ kali ini kerana khabarnya sedang berehat selapas menjalani pembedahan jantung, kalau tidak pasti lebih hebat!!!


‘Ketuanan Melayu’ sebenarnya adalah hanya satu slogan dan kedua dua mereka menjadikan agenda kepentingan kuasa politik masing masing dengan memanupulasikan slogan tersebut. Benarkah Melayu sebagai ‘Tuan Besar’ di Malaysia, yang jelasnya taraf kehidupan orang Melayu dari aspek politik, ekonomi dan sosial statistiknya sangat jauh merudum semenjak dahulunya lagi. Perbandingan perlu dibuat, apabila disuatu pihak memperkenalkan ‘Satu Malaysia’; didalam setiap ucapan pemimpinnya, iklan di TV radio dengan lagu dan lakonan drama, surat khabar mahu pun papan tanda ditepi jalan slogan merangkum ‘Satu Negara, Satu Bangsa, Satu Bahasa, Satu Budaya dan pelbagai 1, 1 dan 1 lagi’ yang melibat semua bangsa dan kaum, manakala satu pihak lagi pula mahu menghapuskan ketuanan yang satu.


Apabila timbul isu menghapuskan ketuanan, maka pihak ‘Satu Malaysia’ menempelak dan bertempik sehinggakan bagai perang akan meletus. Manakala Duli Duli Tuanku berasa gusar dan gelisah dengan isu berkenaan yang berkaitan rapat dengan mereka yang sebenarnya adalah kelmpok Tuan Melayu! Pakar undang undang dan perlembagaan pula mengatakan Tuan Melayu tidak dapat digugat sampai bila bila. Sekali fikir mahu pun berfikir berkali kali, bukankah Dua darab lima = lima kali dua! Totalnya tidak pernah berubah. ‘Satu Malaysia atau Satu Ketuanan’ itu yang mana satukah sebenarnya Yahudi atau pun keduanya???


Mereka yang mahu meghapuskan mahu pun yang mempertahankan ‘Ketuanan Melayu’ mereka adalah ‘Melayu yang tidak akan hilang didunia!, demikian kata kata keramat mereka dan kaum tersebut. Hang Tuah sebagai seorang yang bermatian matian mempertahankan ketuanan Melayu (Tuan Melayu?) sememangnya sanggup berbuat apa sahaja termasuk membunuh saudaranya dan mandrum serapah untuk mengikat perempuan! Namun mereka adalah Melayu dan mengaku sebagai seorang Muslim, namun kedua duanya tidak menjuruskan agama itu didalam perjuangan mereka. Sesungguhnya perjuangan yang disebut Jihad Fisabillah itu ialah ‘Allah didahulukan dengan al Quran diutamakan’. Menegakan Kalimat kalimat Tuhan diatas muka bumi ini sebagai perlembagaan kehidupan manusia adalah tugas dan tanggungjawab seseorang yang mengaku beragama Islam untuk mempertahankan dan mengembangkan terus syiar agama. Apabila diseru dengan Kalam Tuhan, maka menerima Kalam Tuhan dan menyerukan terus terusan Kalam Tuhan. Hanya al Quran yang diturunkan mencakupi segala aspek kehidupan untuk dijadikan perlembagaan kehidupan keseluruhan manusia diatas muka bumi ini sehingga keakhirat.


Sesungguhnya seseorang itu tidak boleh untuk menjadi terlalu berkuasa dan kaya raya kerana Allah SWT yang Maha Berkuasa lagi Maha Kaya telah menjadikan Firaun dan Qarun sebagai contoh manusia yang melaupaui batas. Bukanlah untuk menjadi manusia terbaik, berjaya, bermaruah dan mulia kerana bangsa dan keturunannya apa lagi lantaran adat tradisi dan kebudayaan. Namun manusia itu sanggup berbuat apa sahaja termasuk yang buruk asalkan cita cita dan niatnya tercapai. Segalanya adalah milik Allah SWT dan diatas KehendakNyalah segala galanya itu. Sebenarnya Melayu itu tidak boleh menjadi Tuan Besar dan tidak ada Tuan Besar di Malaysia tetapi Islam pasti mampu menjadikan manusia itu selamat dan sejahtera bukan sahaja didunia malahan diakhirat.


“Jikalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan dia dengan ayat ayat Kami itu, tetapi ia hendak tetap dibumi dan mengikut hawa nafsunya. Maka umpamanya sebagai anjing; jika engkau halau dihulukan lidahnya atau engkau biarkan dihulurkan juga lidahnya. Demikianlah umpama kaum yang mendustakan ayat ayat Kami. Sebab itu kisahkanlah kisah ini, mudah mudahan mereka memikirkannya” {7:176}


Hanyasanya Allah SWT menjanjikan kemenangan dan kemuliaan itu dengan keberuntungan yang besar kepada barang siapa yang bertaqwa kepadaNya dengan sebenar benar taqwa. Perujian daripada Allah SWT keatas manusia itu melalui keimanan mereka terhadap Kalam kalamNya. Sesungguhnya Billal bin Raabah dan Salman al Farisi bukanlah Arab Quraish, namun keimanan kepada Ayat Tuhan mempertingkatkan ketaqwaan terhadap Allah SWT sehinggakan mendapat kemuliaan darjat yang tinggi disisi Tuhan. Sebaliknya Abu Lahab dan Abu Jahal mendapat kehinaan dan akhirnya akan mendapat azab siksaan yang pedih diakhirat kelak kerana kekufuran kepada Ayat ayat Tuhan. Sesungguhnya dahulu telah berlaku dan akan datang pasti berlaku; dahulu dan akan datang sekarang sedang berlaku, maka menjadi kefardhuan kepada manusia itu menjadikan al Quran sebagai ikutan sepanjang zaman. Namun Kitab Perlembagaan dari Allah SWT tidak tidak mahu diendah dan tidak dipedulikan.


Sebenarnya adat dan kebudayaan sesuatu bangsa dan keturunan itu hanyalah sebagai penampilan kedudukan manusia itu dari sudut geografi , dan bukanlah sebagai satu kepercayaan yang dianuti. Mereka yang mengegelarkan diri dan diberi gelar sebagai Ulama’ Besar Malaysia yang sangat ramai jumlahnya hanya berdiam lantaran bisu tidak menyampaikan perkara haq dan bathil, tidak mendengarkan perbalahan ummat yang didalam kesesatan kerana tuli serta pekak, malahan tidak melihatkan kecelaruan dan haru biru keadaan disebabkan matanya rabun malah telah buta sekali gus! Ilmu dan amal mereka ditenggelamkan oleh gelaran dan pendapatan lumayan yang diperolehinya. Mereka adalah Ulamak Suu’ yang berkompromi dengan maksiat dan kemungkaran. Maka yang sedemikian itulah kepincangan bertambah berleluasa sewenangnya.


“Dan berjihadlah kamu kepada jalan Allah dengan jihad yang sebenar benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia sekali kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan. (Ikutilah) agama orang tuamu Ibrahim. Dia (Allah) telah menamai kamu sekalian orang orang muslim dari dahulu, dan (begitu pula) dalam (al Quran) ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia, maka dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu pada tali Allah. Dia adalah Pelindungmu, maka Dialah sebaik baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong” {22:78}

Sabda Nabi Muhammad SAW ‘Wahai manusia! Sesungguhnya Tuhan kamu semua sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang Arab ketas ‘ajam (bukan Arab) atau ‘ajam keatas Arab, atau yang berkulit merah keatas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam keatas yang berkulit merah melainkan ketaqwaan’ {HR Ahmad dan al Baihaki}


Sehubungan itu, kepada ummat manusia, khususnya semua ummat Melayu Malaysia marilah kembali berada diatas petunjuk Allah SWT bagi mempastikan beroleh rahmat dari Tuhan. Allah SWT telah menggariskan jalan yang lurus lagi benar untuk manusia itu menyampai kepadaNya sebagai tempat kembali. Apabila dibacaka dan disampaikan Kalamullah, al Quran nulKareem, maka janganlah menolak dan menentangnya, sesungguhnya telah kufur seseorang itu terhadap Tuhan. Sesungguhnya segala apa yang berlaku sekarang ini sebenarnya tidak membawa kepada kebaikan dan kebajikan kehidupan didunia mahu pun diakhirat, melainkan mendapat kehinaan didunia dan azab siksa yang sangat pedih diakhirat.


“Sungguh al Quran ini jadi petunjuk dan rahmat untuk orang orang Mukmin. Sesungguhnya Tuhan akan menghukum antara mereka dengan hukumanNya dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. Maka bertawakkallah kepada Allah. Sungguh engkau diatas kebenaran yang nyata” {27:77-79}


Sesungguhnya al Quran itu khabar gembira kepada yang beriman dan satu peringatan takut kepada yang engkar. Namun manusia termasuk Melayu Malaysia yang dikurniakan akal oleh Allah SWT tidak mahu memikirkan untuk mendapat pelajaran sebagai pengajaran dari Tuhan. Wassalam - ayahIssa