IKHWANnul MUSLIMINnawalMUSLIMAT

Jumaat, 12 November 2010

SELAMAT IDUL ADHA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

“Sesungguhnya telah Kami terangkan didalam al Quran ini untuk manusia dengan bermacam macam contoh tetapi kebanyakan manusia enggan, kecuali engkar (kafir)” {17:89}

Membicarakan Hari Raya Qurban atau pun yang disebut sebagai Idul Adha ini, pastilah satu peristiwa besar (dan berat) didalam Islam iaitu kisah Nabi Ibrahim AS, Nabi Ismail AS dan Siti Hajar diulang sebut. Sesungguhnya pasti ujud suatu pelajaran bagi manusia yang berakal dan mahu memikirkan, namun kebanyakkan manusia itu tidak mengetahui melainkan angkuh dan sombong belaka.

Pengertian qurban yang dimaksudkan tentulah yang menurut tuntunan dan tuntutan Allah SWT. Selaras dengan pekerjaan yang dilakukan ianya membawa maksud jihad fisabilillah jiwa raga sebagai pengorbanan kepada Allah SWT. Pastilah Allah SWT itu menurunkan al Quran itu sebagai petunjuk dan rahmat, dan barangsiapa yang memperbuat adalah berlandaskan keimanan kepada Kalam Tuhan itu, demikian itulah ketaqwaan kepadaNya Tuhan yang Maha Agung.

Sedemikanlah Allah bersifat Kasih dan Sayang kepada hambaNya dengan mendatangkan para utusanNya yang membaca dan menyampaikan KalamNya agar manusia itu tidak terpesung dari tuntutanNya. Sesungguhnya al Quran itu adalah khabar gembira kepada yang beriman dan satu peringatan takut kepada yang engkar. Peristiwa Qurban Terbesar diatas hendaklah di lihat dari pelbagai perspektif sebagai pelajaran yang membawa iktibar bagi tujuan pekerjaan kebaikkan dan kebajikan yang dilaksanakan kepada Allah SWT.

“Hai orang orang yang beriman. taatilah Allah, taatilah Rasul dan pemimpin dikalangan kamu. Kalau kamu berbalah tentang sesuatu (perkara dunia mahu pun akhirat) hendaklah kamu kembalikan kepada Allah dan RasulNya sekiranya kamu beriman kepada Allah dan hari kemudian. Demikian itu lebih baik dan sebaik baik jalan” {4:59}

Sebagai seorang Rasul, tugas Utusan Tuhan mengajak manusia itu kembali kepada Allah adalah kewajiban keutamaan. Menegakkan kalimat Tuhan diatas muka bumi ini disebut Allah sebagai satu perjuangan jihad walau pun sekiranya membunuh atau pun terbunuh! Jika dilihat pegorbanan Nabi Ibrahim AS meninggalkan isteri yang sarat mengandungkan Nabi Ismail semata mata meneruskan perintah Tuhan untuk menyampaikan KalamNya kepada manusia, begitulah juga betapa hebatnya pengorbanan Siti Hajar apabila ditinggalkan dipadang pasir gersang didalam keadaan yang hamil itu semata mata mentaati perintah Allah dan RasulNya. Keselamatan diri, isteri dan anak anak sesungguhnya diserahkan sepenuh dengan tawakal dibawah pemeliharaan Allah SWT yang Maha Memelihara lagi Maha Melindungi. Tiada siapa yang mampu mendatangkan manfaat mahu pun musibah selain Allah SWT dan tiada selain Allah sebagai Pemberi Rezeki dan rahmah walau ketika dimana berada.

Apabila mencapai usia sekitar 13 tahun Nabi Ismail AS, maka datanglah Ibrahim kepada mereka dengan membawa perintah Allah SWT untuk menyembelih anaknya sebagai qurban! Namun rasa ketaatan dan patuh seorang isteri dan anak kepada Pemimpin tetap tidak berbelah bagi kerana keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT menyampai melalui taat patuhnya perintah yang didatangkan kepada Pemimpin tersebut oleh Tuhan. Sehinggalah Allah SWT akhirnya memberikan kemenangan yang besar kepada mereka yang bertaqwa kepadaNya dengan kesabaran.

“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang orang yang berjihad diantara kamu, dan belum nyata orang orang yang sabar” {3:142}

Sejauh mana kerja buat didalam menegakkan Kalimat Tuhan diatas muka bumi ini dengan mempertahankan antara haq dan bathil mahu pun yang mengajak kepada perkara makruf dan mencegah kepada yang mungkar dengan kesungguhan dan sabar semestinya melalui Kalam kalam Tuhan. Keadaan hari ini undang undang dan hukum Tuhan tidak terpakai didalam seluruh aspek kehidupan, sebaliknya menggunakan undang undang rekayasa semata sehinggakan untuk mempertahankan agama itu sendiri tidak mampu.

Bagaimana kesanggupan meninggalkan perkara dan benda kesayangan semata mata mendahulukan suruhan perintah dan meninggalkan larangan Allah SWT termasuk isteri dan anak? Berlaku sebaliknya sanggup melakukan apa sahaja termasuk pekerjaan yang jahat semata mahu memberikan limpahan kesenangan dan kemewahan kepada keluarga walau pun dengan melakukan penipuan dan penindasan kepada orang lain.

Bukan pun disuruh menyembelih seorang anak, namun untuk merotan anak diketika berusia 7 tahun kerana tidak bersholat tidak sanggup melakukannya. Sebaliknya anak anak yang melakukan kesalahan akan dipertahankan dan dilindungi daripada menerima hukuman sewajarnya. Kuasa dan wang boleh membeli undang undang demi keselamatan dan kepentingan pribadi dan kroni.

Taat dan patuh serta pengorban dianggap sebagai zalim dan melanggar hak asasi manusia, sehinggakan boleh didakwa dan dijatuhkan denda oleh mahkamah. Jangan sembarangan mengajak kepada perjuangan jihad kerana akan dituduh taksub, ektrims dan terrorist sehingga akan diperjarakan dan diperangi.

Barangsiapa yang membacakan Kalam kalam Tuhan tanpa tauliah, sijil dan ijazah adalah tidak layak membicarakan urusan agama. Mereka akan dianggap sesat malah gila dan akan ditangkap oleh pihak berkuasa. Hanya mereka yang pandai berbahasa arab, sekolah pondok, lulusan dari Arab Saudi, Mesir, Jordan atau paling tidak mesti punyai 4 Senawi adalah tokoh agama yang di iktiraf dan dimuliakan sebagai ulama walau pun tidak membawa petunjuk dan rahmat dari Tuhan.

Seseorang yang menjanjikan keuntungan dan keselesaan semata bijak ilmu akal, ide dan pendapat akan dinaikkan sebagai pemimpin dan disanjung, namun apabila sudah tidak disukai atau gagal melunaskan janji akan dijatuhkan oleh mereka yang pada mulanya menaikkan. Sebaliknya seseorang yang membawa janji janji Allah SWT yang tidak akan memungkiri janjiNya hanya menjadi olok olok dan ditertawakan.

Urusan politik, ekonomi dan sosial bercampur aduk dengan kemungkaran dan maksiat, manakala urusan agama itu disempitkan hanya mencakupi perkara ibadat khusus semata. Hari hari kebesaran didalam Islam hanyalah pesta kemeriahan yang melampaui batas dan dijadikan sebagai cuti umum untuk bersuka ria.

Peristiwa Ibrahim AS diatas diringkaskan kisahnya, yang mahu diperkatakan sebenarnya adalah memahami realistiknya pengertian pengorbanan yang berupa pekerjaan jihad fisabilillah. Hari ini Idul Adha mengorbankan lembu kerbau berupa satu pesta dan upacara turun menurun nenek moyang tanpa mengambil kira apakah pengorbanan dan jihad fisabilillah itu sedang berlaku keatas diri masing masing? Dengan hanya sebagai seorang peserta qurban atas satu bahagian daripada 7 bahagian dari se ekor lembu atau kerbau, seseorang itu sudah dikira melakukan ibadah dan kebajikan kepada Tuhan?

“Daging dan darahnya itu sekali kali tidak akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya adalah ketaqwaan kamu. Demikianlah Dia menundukkannya untuk mu agar kamu mengagungkan Allah atas petunjuk yang Dia berikan kepada mu. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang yang berbuat kebaikan” {22:37}

Sesungguhnya al Quran itu adalah khabar gembira kepada yang beriman dan satu peringatan takut kepada yang engkar. Setiap perkara kebajikan dan kebaikkan itu sebenarnya adalah manfaatnya kepada manusia yang mengerjakannya semata. Sebarang perbuatan dan pekerjaan itu jika tiada manfaatnya kepada sipelaku maka sia sia dan merugilah segalanya baik didunia mahu pun diakhirat. Sesungguhnya bagi yang berakal dan mahu memikirkan bahawa apakah qurban itu dan bagaimanakah qurban itu, ambilah pelajaran ……….

Selamat Idul Adha, Wassalam, ayahIssa