IKHWANnul MUSLIMINnawalMUSLIMAT

Selasa, 5 Oktober 2010

ANTARA ISLAM DAN KAFIR



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
MasyaAllah! Terdapat pengunjung membuat tuduhan mengatakan ayahIssa telah mengkafirkan mereka melalui tulisan tulisan terdahulu. Mereka mempertahankan pengakuan beriman kepada Allah, namun dalam nada marah mereka menuduh pula ayahIssa dan KHALIFAHhimpass yang kafir! Selalu diterangkan bahawa ana hanyalah membacakan dan memperkatakan Kalam Tuhan yakni al Quran nulKareem didalam setiap penulisan sebagai khabar gembira kepada yang beriman dan peringatan takut kepada mereka yang engkar. Jikalau melalui Kalam Tuhan tersebut telah ‘mengenai seseorang atau membuatkan mereka tersentuh perasaan’ maka sangat wajarlah mereka bermuhasabah diri, memikirkan dan mengambil pelajaran dari Tuhan. Bagi mereka yang beriman atau pun yang mahu beriman, pastilah tiada bantahan dan tentangan kepada Kalam Tuhan dan mereka pasti bertambah tambah rasa keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT.

Apabila dibacakan Kalam Tuhan, sewajarnyalah berlapang dada dengan fikiran terbuka, ketepikan ilmu tuntutan, akal dan rasa rasa, biarkan sijil dan ijazah dari Universiti al Azhar atau Jordan itu didalam bingkai tersangkut menghias dinding, maka tunduk dan runduklah dengan serban besar mau pun kopiah putih diatas kepala apabila mendengarkan Ayat ayat Tuhan itu dikumandangkan! Seterusnya tinggalkanlah amalan nenek moyang yang tidak ada dalil keterangan dari Tuhan melainkan bidaah yang diada adakan sahaja!

“Apabila dibacakan orang al Quran, hendaklah kamu dengarkan dan diamlah, mudah mudahan kamu mendapat rahmat (7:204)”

Tiada siapa berhak mengkafirkan seseorang yang lain, begitu jugalah ana tidak pernah memperkatakan yang sedemikian itu kepada sesiapa pun. Manusia bagai tersedar dari mimpi serta tersentak dari angan angan apabila dikatakan bahawa akuan lisan Rukun Iman dan kerja lahiriah Rukun Islam itu tidak menjamin memperolehi syurga Allah SWT diakhirat kelak! Kepada penglihatan manusia perakuan dan perlakuan tersebut sudah cukup menjadikan seseorang manusia itu Islam, kepada yang punya sijil dimuliakan didalam komuniti dengan kelayakkan pula sebagai pengajar dan penjaga agama.

Disisi Allah SWT, apabila seseorang itu mengucap Kalimah Syahadah, maka terkorbanlah kebebasan dan haq haq yang diakal fikirkan dengan ilmu dan yang dirasakan baik dan betul baginya melainkan segalanya adalah mengikut keputusan hukum dan undang undang Allah SWT. “Pada pendapat aku …, kata tok guru ku begini …, ustaz menasihat begini …, tok bomoh suruh macam ni, nenek moyang tidak pernah buat begitu’ sebagai alasan bagi mencapai maksud dan tujuan untuk menikmati syurga Allah SWT itu TIDAK boleh diguna pakai lagi selain daripada tuntunan dan tuntutan Allah SWT didalam al Quran dan Nabi Muhammad SAW telah menjadikan Sunnah dan suri tauladan buat manusia. Maka baharulah pengakuan dan perbuatan terhadap Dua Rukun Utama diatas berhak memperolehi segala kenikmatan syurga Allah yang dijanjikan itu. Sesungguhnya pengelihatan Tuhan itu amat jelas terhadap segala apa yang dilakukan oleh manusia termasuk yang tersembunyi!

“Katakanlah : Sesungguhnya sembahyang ku, ibadat ku, hidup ku dan mati ku hanyalah untuk Allah Tuhan semesta alam (6:162)”

Sebenarnya perkara utama yang perlu dipersoalkan oleh manusia dan memerlukan jawaban dari diri sendiri ialah ‘Siapa Manusia Islam?’ Mudah, manusia tentunya tidak sebagai binatang, namun jika tidak tahu membezakan pastilah perlakuan itu bersifat kebinatangan! Ini bermaksud, jika manusia itu tidak dapat membezakan antara Islam dan kafir, maka sudah tentulah manusia itu kafir! Pengertian Islam ialah perhambaan diri kepada Allah SWT. Berserah diri (taslim) iaitu mengorbankan kebebasan akal fikir dan perasaan dengan memenuhi keputusan dan kehendak Tuhan; penyerahan hidup dan mati kepada Allah SWT dengan mengikut peraturan, hukum dan undang undangNya berlandaskan al Quran dan Sunnah Rasulnya.

Seseorang yang mengutamakan nasihat nasihat dari petunjuk Allah SWT melalui KalamNya dan membelakangkan pendapat dari pemikiran serta rasa rasanya adalah ISLAM. Seorang MUSLIM akan meninggalkan larangan Tuhan dan menolak jauh setiap perkara yang bertentangan dengan Ayat ayat Tuhan. Bagi sesiapa yang mengutamakan pendapat dan pemikiran bagi melaksanakan undang undang dan peraturan kehidupan dengan membelakangkan panduan al Quran dan Sunnah adalah mereka itu BUKAN MUSLIM. Begitu juga bagi yang menjadikan adat budaya, amalan nenek moyang didalam urusan kehidupan dan mengikut apa orang orang lain katakan atau pun menjadikan negara lain sebagai contoh tauladan dengan menidakkan tuntutan Allah SWR didalam al Quran. Apabila mengatakan al Quran itu tidak boleh diguna pakai kerana menghalang kemajuan dan kecanggihan tidak akan dapat dicapai, maka sesungguhnya orang orang itu adalah KAFIR kepada Tuhan!

Sebenarnya ujud perbezaan diantara sesama manusia itu, walau pun asal kejadiannya adalah sama. Perbezaan manusia sesama mereka itulah yang disebut sedari mula iaitu Islam (Muslim) dan kafir. Didalam pandangan Islam, sesiapa sahaja yang diluar Islam itu adalah kafir walau pun kepada manusia itu disebut mungkin sebagai Hindu, Budha, Kristian dan sebagainya. Perbezaan diantara Islam dan kafir itu adalah pengucapan Akuan Persaksian Dua Kalimah Syahadah! Manusia mengalami perubahan yang besar dan hebat melalui pengucapan tersebut. Dari seorang kafir yang diancam oleh Allah dengan azab siksa api neraka, maka menjadilah seorang Muslim yang dijanjikan dengan Kasih Sayang Tuhan dan nikmat syurgaNya!

Kalimah Syahadah menjelaskan perbezaan kedudukan antara Allah Maha Pencipta dengan hamba yang diciptkanNya. Manusia dengan segala apa yang ada padanya adalah milik Allah dan sebagai amanah kepada manusia untuk menjaganya. Demikian itulah, manusia tersangat penting untuk menjaga segala haq dan amanah Allah kerana balasan kebaikan dan kebajikan yang dilakukan oleh manusia adalah untuk manusia itu sendiri dan begitu juga sebaliknya. Maha Kaya Allah SWT itu sedikit pun tidak berharapkan sesuatu dari penciptaanNya bagi menambah kekayaanNya. Siapa pun kamu dan bagaimana pun kamu itu, Allah SWT tetap Maha Agong kedudukanNya.

Seseorang itu beragama Islam, atau kafir seseorang itu hanyalah Allah Maha Mengetahuinya, namun ‘Sesungguhnya agama disisi Allah hanyalah Islam – Innadinaindallahhilislam (4:19)” Beragama Islam seseorang itu, maka menjadi Muslim atas namanya, namun hanya bagi Allah SWT penentu kedudukan tersebut. Ketentuan kepada manusia itu hanyalah penelitian (muhasabah) diri sendiri bagi menjawabnya. Apabila kedudukan kamu dikalangan manusia itu dimuliakan kerana ilmu agama mu yang tinggi dan amal peribadatan mu yang banyak, sesungguhnya adalah sia sia belaka sekiranya layanan kamu kepada Kitabullah al Quran nulKareem itu sama sahaja seperti kebanyakan manusia.

“(al Quran) ini adalah keterangan untuk manusia, jadi petunjuk dan pengajaran bagi orang orang yang taqwa (3:138)”

Sesungguhnya kebanyakan manusia yang mempersoalkan dan menentang Kalam Tuhan itu sebenarnya mendustai pengakuan dan perbuatan yang selama ini sudah bercirikan keIslaman dipandangan umum. Berbagai bagai alasan itu, ini, begitu dan begini diberikan oleh mereka apabila diajak kembali kepada tuntunan dan tuntutan Allah melalui al Quran. Sungguhlah mereka itu bermula dengan munafiq lalu fasiq dan akhirnya menjadi kufur kepada Allah dan RasulNya. Menggelar diri sebagai Muslim namun menolak Ayat Tuhan sebagai petunjuk dan rahmat adalah umpama manusia yang ‘berkata kata tetapi bisu, melihat tetapi sebenarnya buta, mendengar namun tuli dan pekak serta punya hidung namun tidak dapat menghidu!’ Sesungguhnya barangsiapa yang menentang Kalam Tuhan, sungguhlah mereka itu telah kufur kepada Tuhan dan akan mendapat balasan azab siksaan yang sangat pedih daripada Tuhan.

“Sesungguhnya orang orang yang kafir akan ayat ayat Kami , nanti akan Kami masukkan mereka kedalam neraka. Setiap matang (terbakar) kulit mereka, Kami tukar dengan kulit yang lain, supaya mereka merasai azab. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa, lagi Maha Bijaksana (4:56)”

“Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui dan lagi Maha Mengenal (49:13)”

Sabda Rasulullah SAW ‘Sesiapa yang secara salah , telah menuduh seseorang Muslim sebagai kafir, maka tuduhan tersebut akan kembali kepadanya’, oleh yang sedemikian itu, ayahIssa dan KHALIFAHhimpass sesungguhnya tidak pernah mengkafirkan seseorang itu. ayahIssa bukanlah tok guru, ilmu dan kelulusan pula tidak punyai, malahan amal ibadat tersangatlah kurangnya; hanyalah ana menyampaikan Kalam Tuhan sebagai khabar gembira kepada yang beriman dan satu peringatan takut kepadsa yang engkar. Kepada Allah SWT hanyalah ku dipohonkan keampunan dan keredhaanNya. Akhirul kalam ayahIssa dari Kalam Tuhan :- “Maka berilah mereka peringatan, engkau hanya pemberi peringatan” {88:21}. Wassalam