IKHWANnul MUSLIMINnawalMUSLIMAT

Jumaat, 24 September 2010

MENGENALI IBLIS SYAITAN

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

SYAITAN ITU MUSUH YANG NYATA BAGI KAMU


Sesungguhnya Allah SWT menyuruh agar manusia itu tidak bermusuh musuh sesama mereka, malahan agar sentiasa berlaku ihsan walaupun kepada musuh supaya dengan demikian mereka kembali kepada persatuan dan perpaduan yang dianjurkan oleh Tuhan melalui PerlembagaanNya iaitu al Quran nulKareem.


“Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan) itu dengan cara yang lebih baik, sehingga orang yang ada rasa permusuhan antara kamu dan dia akan seperti teman yang setia” {41:34}


Tetapi sangat berbeza perihal permusuhan antara manusia dengan iblis dan syaitan, Allah SWT memerintahkan agar manusia bermohon perlindungan kepadaNya, kerana iblis dan syaitan itu tidak mungkin akan menerima sikap ihsan malahan mereka sentiasa berharapkan kecelakaan dan kehancuran manusia.


“Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagi mu, maka perlakukanlah dia sebagai musuh mu kerana sesungguhnya syaitan hanya mengajak golongannya agar menjadi penghuni neraka yang menyala nyala” {35:6}


Sesungguhnya sikap iblis syaitan ini adalah lanjutan daripada permusuhan iblis dengan datuk manusia iaitu Nabi Adam as. Iblis mendustai Adam dan Hawa, seterusnya bersumpah berrencana jahat terhadap anak cucunya sehingga kehari kiamat. Iblis syaitan mengajak manusia menjadi sesat seperti mana ia sesat.


“Iblis berkata: Ya Tuhan ku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, aku pasti akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) dibumi dan pasti aku akan menyesat mereka semuanya” {15:39}


Maka Allah memerintahkan agar manusia itu bermohon perlindungan dariNya dengan mengajarkan Kalimah Isti’azah (memohon perlindungan) :-


“A’uzubillahiminash syitonirrojim – Aku mohon perlindungan dengan Allah daripada syaitan yang direjam. As-syaitan menurut bahasa Arab adalah daripada perkataan syaitan yang maksudnya ‘jauh’ yang membawa makna jauh daripada segala kebaikan dan kebenaran. Tiada kebenaran selain Kitabullah-Kalamullah!


Sesungguhnya Allah menggarapkan didalam al Quran bahawa iblis syaitan itu sebagai makhluk yang dikutuk (laknat) serta direjam lantaran engkar kepada perintahNya :-


“Sesungguhnya Kami telah menghiasi langit yang dekat dengan bintang bintang, dan Kami jadikan bintang bintang itu alat alat perejam syaitan dan Kami sediakan bagi mereka azab neraka yang bernyala nyala” {67:5}


Isti’azah bermaksud doa bermohon perlindungan kepada Allah daripada segala jenis makhluk yang jahat. al Quran itu sebagai petunjuk dan rahmat dari Tuhan dan wajib untuk beriman kepadanya, membaca dan menyampaikan Kalam kalam Tuhan kepada seluruh manusia adalah berupa perintah jihad jiwa raga yakni menegakkan Kalimah Allah SWT diatas muka bumi ini. Sewajarnyalah manusia itu hanya bermohon kepada Allah perlindungan didalam segala hal berjihad tersebut.


“Apabila kamu (akan) membaca al Quran, maka hendaklah kamu memohon perlindungan kepada Allah daripada syaitan yang direjam” {16:98}


Pastilah barangsiapa yang berkalamkan Kalam Kalam Tuhan mengajak manusia untuk kembali kepada Allah dan RasulNya mendapat tentangan fizikal dan mental daripada iblis syaitan dan konco konconya termasuklah manusia. Maka hanyalah kepada Allah SWT bermohon pertolongan dan perlindungan. Jika perkataan syaitan yang maksudnya ‘jauh’, namun manusia itu sebenarnya terlalu dekat dengan Allah SWT seperti firmannya:-


“Dan sungguh, Kami telah menciptakan mannusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya” {50:16}


Sesungguhnya iblis syaitan itu tidak dapat dilihat oleh manusia, namun Allah SWT berfirmankan bahawa “Sesungguhnya syaitan itu bagi kamu adalah musuh yang nyata!” Allah SWT mahu pun Nabi Muhammad SAW tidak memberikan penjelasan tentang rupa, wajah dan bentuk iblis syaitan itu melainkan keterangan tentang sikap dan karektornya yang berbuat kejahatan dan mengajak kepada kemungkaran serta maksiat. Iblis bersikap bodoh sombong, bongkak dan tidak mahu tunduk kepada perintah Allah SWT. Keujudan iblis syaitan dan jin itu tidak dapat dilihat oleh pandangan kasar, namun bagi manusia yang mengguna pakai sikap dan karektor mereka itu sesungguhnya telah menzahirkan keghaiban makhluk tersebut nyata dihadapan mata! Sehubungan itu, sesungguhnya manusia seumpama itu bagi kamu adalah sebagai iblis syaitan dan musuh yang nyata bagi kamu.


“Dan demikianlah untuk setiap Nabi Kami menjadikan musuh yang terdiri dari syaitan syaitan manusia dan jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan yang indah sebagai tipuan. Dan kalau Tuhan menghendaki nescaya mereka tidak akan melakukannya, maka biarkanlah mereka bersama (kebohongan) yang mereka ada adakan” {6:112}


Untuk mengenali siapa dan bagaimanakah syaitan syaitan manusia itu ialah mereka akan berpaling malahan menjadi penentang apabila Kalam Tuhan itu dibacakan. Mereka akan menabur tohmah dan fitnah, gila dan sesat, memulau dan menyisihkan malahan memerangi, ditangkap dan dibunuh orang orang yang menyampaikan kebenaran Kalam kalam Tuhan. Sepertilah iblis, mereka tidak mahu tunduk patuh kepada perintah Allah dengan tidak mahu tunduk kepada Rasul yang dijadikanNya sebagai Khalifah.


Sesungguhnya yang sedemikian telah berlaku dahulu, sesungguhnya dimasa akan datang pasti juga akan berlaku yang sedemikian; yang dahulu dan yang akan datang itu sekarang sedang berlaku juga yang sedemikian itu! Maka setiap kali didatangkan oleh Allah SWT seorang UtusanNya membawakan kebenaran Kalam Tuhan pastilah iblis syatan dan konco konconya syaitan syaitan manusia membuat penentangan pelbagai cara.


“Dan jika syaitan mengganggu mu dengan sesuatu godaan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sungguh, Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” {41:36}


Sehubungan itu, maka teruskanlah seruan mengajak manusia untuk kembali kepada Allah dan Rasul melalui Kalam kalamNya. Tidak ada istilah gentar dan takut kepada iblis syaitan dan jin yang tidak kelihatan itu serta kepada manusia manusia syaitan yang sangat nyata dipandangan kerana Allah SWT pasti memberikan perlindungan dan hanyalah Allah SWT yang Maha Pelindung! Sesungguhnya janji kemenangan daripada Allah itu Maha benar. Walaupun jumlah kamu sedikit, Allah akan mendatangkan para malaikat bagi menolong mu!!!


“Ya! (cukup), jika kamu bersabar dan bertaqwa ketika mereka datang menyerang kamu dengan tiba tiba, nescaya Allah menolong mu dengan lima ribu malaikatyang memakai tanda. Dan Allah tidak menjadikannya (bantuan itu) melainkan sebagai khabar gembira bagi (kemenangan) mu, dan hati mu tenang kerananya. Dan tidak ada kemenangan itu selain daripada Allah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana” {3:125&126}


Sampaikanlah Ayat ayat Allah SWT sebagai khabar gembira kepada yang beriman dan satu peringatan takut kepada yang engkar, sesungguhnya kamu adalah hanya seorang pemberi peringatan! Kepada yang belum mahu menerima, sambutlah seruan, jabatlah salam dari Tuhan mu yang Maha Penyayang.


Amin amin amin ya muji basa ilin ya Robbal’alamin, Wassalam daripada ayahIssa