بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
UTUSAN ALLAH
1:7
(iaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka;
bukan
(jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat
Allah hu taala bersifat Maha
Kasih dan Maha Sayang bukan sekadar memperkenankan doa hambaNYA malah
sememangnya sentiasa mendatangkan orang orang yang diberikan nikmat dikalangan
manusia, bukan mereka yang dimurkai dan yang disesatkanNYA. Sesungguhnya Allah
SWT mendatangkan seseorang dari kalangan manusia itu membawa bersama nikmat dan
rahmat dari Tuhan. Seseorang itu adalah UTUSAN
ALLAH-ROSULULLAH menyerukan Kalamullah sebagai petunjuk jalan yang
lurus dari Tuhan. Sesungguhnya doa wajib 17 kali sehari semalam yang dipohon
manusia kepada Tuhan sentiasa dikobulkanNYA, sedangkan mereka tidak mengerti
akan permintaannya tersebut.
Mustahil bagi Allah SWT
menunjukkan wajah mau pun suara
KalamNYA. Sesungguhnya Allah hu taala tidak memperlihatkan yang ghaib dan
ajaib, apa lagi untuk manusia nampak
akan zatNYA. Tidak ada sedikit pun pengetahuan manusia itu tentang Tuhannya,
melainkan Allah SWT Maha Pengasih lagi
Maha Penyayang kepada hambaNYA dengan karunia pengetahuan dariNYA yang tidak
putus putus sehingga akhirat. Hanya dengan karuniaNYA manusia dapat membersih
dan memurnikan keimanan ketingkatan taqwa terhadap Tuhan. Allah hu taala sentiasa mendatangkan karunia
kepada manusia diatas muka bumi ini agar manusia tidak berada didalam kesesatan
untuk kembali kepadaNYA.
3:164 Sungguh Allah
telah memberi karunia kepada orang orang yang beriman ketika Allah mengutus diantara mereka seorang Rosul dari
golongan mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka Ayat ayat Allah membersihkan (jiwa) mereka,
dan mengajarkan kepada mereka al Kitab dan al Hikmah. Dan sesungguhnya sebelum
itu, mereka adalah benar-benar dalam kesesatan yang nyata
Sesungguhnya Allah SWT mendatangkan
seorang Utusan membawakan Kalmullah sebagai khabar gembira kepada yang beriman
dan peringatan takut kepada yang ingkar. Orang orang beriman mengerti didalam
sholatnya bermohon agar sentiasa berada didalam karunia Allah hu taala
disepanjang kehidupanya didunia. Berdoa ditunjuki jalan yang lurus dan
dijauhkan dari kesesatan. Benar keimanan seseorang itu kepada Allah SWT dengan
terlebih dahulunya mereka menerima Kalamullah yang disampaikan oleh Utusan.
Tiada yang lain melainkan hanya Kalamullah yang diserukan. Ayat ayat Allah hu
taala mensucikan manusia daripada segala kekufuran terhadap Tuhan. Ketaqwaan
manusia kepada Tuhan hanyalah melalui KalamNYA.
4:69 Dan barangsiapa yang mentaati ALLAH dan Rosul, mereka itu
akan bersama sama dengan orang orang yang dianugerahi nikmat oleh ALLAH, iaitu
Nabi nabi, para siddiqin, orang orang yang mati syahid dan orang orang soleh.
Dan mereka itulah teman yang sebaik baiknya.
MUHAMMAD ROSULULLAH
14:4 Kami tidak mengutus
seorang Rosul melainkan dengan bahasa kaumnya supaya dia menerangkan kepada
mereka. Allah menyesatkan siapa dikehendakiNYA dan menunjuki siapa yang
dikehendakiNYA. Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana
39:71&72 Orang orang kafir
dibawa keneraka jahanam berombong rombongan, sehinnga apabila mereka sampai
keneraka itu, dibuka pintunya dan berkatalah penjaganya : Apakah belum pernah
datang Rosul diantara mu yang membacakan kepada mu Ayat ayat Tuhan mu dan
memperingatkan mu akan pertemuan hari ini? Mereka menjawab : Benar! (telah
datang) Tetapi telah pasti berlaku ketetapan azab terhadap orang orang yang
kafir. Dikatakatan kepada mereka : Masukilah pintu pintu neraka jahanam itu,
sedang kamu kekal didalamnya. Maka neraka jahanam itu seburuk buruk tempat bagi
orang orang yang meyombongkan diri
Tidak mampu
mereka mengatakan : ‘TIDAK!’, maka
dicampakkan mereka kedalam neraka dan kekal didalamnya. Mereka kafir kepada
Allah hu taala kerana menolak Kalamullah yang disampaikan UtusanNYA.
Sesungguhnya manusia itu dimasukan kedalam neraka kerana bersangka tiada lagi
Utusan Allah SWT dan tiada lagi Kalamullah selepas kewafatan Nabi Muhammad bin
Abdullah. Benar! Tiada didatangkan seorang Nabi baru dengan agama baru! Tidak
ada anNaba’ (Berita Besar) sesudah Kitabullah al Quran nulKareem. al Quran
Kalamullah itu untuk manusia keseluruhan sehingga akhir zaman, bukan hanya pada
zaman tertentu sahaja. Ianya mukjizat sehingga hari kiamat. Kesyumulan agama Islam sudah termaktub dengan
Kalamullah. Kepada manusia pastilah didatangkan manusia yang dari kalangan
mereka pada ketika dan masa itu. Allah SWT sentiasa mendatangkan seorang manusia terpuji (Muhammad) menyampaikan Ayat ayatNYA
sebagai Utusan (Rosul). Sesungguhnya manusia menjadi kafir kerana menolak
Utusan dikalangan mereka yang menyerukan Kalamullah.
3:101 Bagaimanakah
kamu sampai menjadi kafir, sedangkan Ayat ayat Allah dibacakan kepada mu dan
Rosul rosulNYA pun berada ditengah tengah kamu? Barangsiapa yang berpegang
teguh kepada (agama) Allah,
sesungguhnya ia telah diberi
petunjuk dijalan yang lurus
Apakah sudah tiada peringatan daripada
Tuhan melalui KalamNYA? Adakah dahulu Allah SWT berKalam dan sekarang sedang
diam? Kitabullah al Quran nulKareem itu hanya senaskah buku penglipur orang
orang dahulu? Kalamullah itu bukan Wahyu? Jibril AS Ketua Malaikat sudah
pencen? Malaikat bawahannya juga sudah tidak bekerja lagi? Malaikat pembawa
rahmah, pencatat dan lainnya sudah tidak berbuat apa apa lagi? Bagaiamana
simalaikat maut? Mungkar Nankir? Sipeniup sangkakala???
2:97 Katakanlah : Barangsiapa
menjadikan Jibril musuh, maka jibril itu telah menurunkan al Quran kedalam hati
mu dengan izin Allah, membenarkan apa yang sebelumnya dan menjadi petunjuk
serta berita gembira bagi orang orang yang beriman.
Penentang Nabi
Muhammad SAW sangat ramai termasuk kalangan kaum kerabat terdekat sehingga mahu
membunuh baginda kerana tiada izin Allah SWT ditanamkan al Quran Kalamullah
kepada mereka. Sebaliknya pengikut setia baginda sanggup bergadai jiwa raga
kerana tertanam Kalamullah pada mereka. Umar al Kahtab daripada seorang
penentang yang sangat keras boleh menjadi pendokong terhebat tidak lain semata
mata ditanamkan Kalamullah itu kedalam hatinya oleh Jibril AS diatas Kehendak
Allah hu taala. Malaikat Jibril tidak
pencen dari menjalankan tugasnya menurunkan Wahyu dan menanamkan kedalam hati
hati Muhammad Utusan Allah (Muhammad
Rosulullah) beserta ummatnya. Muhammad bin Abdullah itu bapa Qossim serta
suami kepada Sity Khodijah, namun Muhammad Utusan Allah sentiasa didatangkan
Tuhan sebagai pemberi peringatan dengan Kalamullah. Sesungguhnya maka terdapat
pendokong setia dan penentang kepda Utusan Allah yang membawa Kalamullah.
33:40 Muhammad itu
sesekali bukan bapa dari seorang lelaki diantara kamu, tetapi ia adalah Utusan
Allah dan penutup segala nabi nabi. Dia adalah Allah Maha Mengetahui segala
sesuatu
Sesungguhnya
Muhammad bin Abdullah sudah diwafatkan Tuhan. Sedangkan Kitabullah itu sentiasa
hidup sebagai mukjizat sepanjang zaman hingga keakhirat dengan didatangkan
sentiasa UtusanNYA yang berjalan membaca dan menyampaikannya. Senaskah buku
diatas almari yang sangat dimuliakan tidak mampu dicontohi tanpa suri teladan
daripada seorang UtusanNYA. Tanpa Utusan Tuhan, al Quran nulKareem hanya sebuah
naskah cerita cerita orang terdahulu, dibacakan sebagai penglipur lara dan
perujian kelunakan suara bak buluh perindu untuk mendapat hadiah hadiah
lumayan!
10:47 Bagi tiap tiap
ummat ada seorang Rosul, apabila datang Rosul mereka,
lalu dihukum antara mereka dengan
keadilan, sedang mereka tiada teraniaya
Sesungguhnya
tidak berhenti Allah hu taala itu berKalam. Syiar Islam berkembang melalui
berkumandang Ayat ayat Allah SWT disampaikan oleh UtusanNYA. Utusan Allah tidak
pernah mendahulukan ilmu, aqal fikir mau
pun rasa rasa didalam hatinya, melainkan menyampaikan Kalamullah dengan
sebenarnya. Bukan kerana ilmu yang dipelajarinya disekolah untuk disampaikan.
Tiada kepentingan peribadi atau suatu keadaan tertentu dengan mengambil
sebahagian dan meninggalkan sebahagian Kalamullah untuk diserukan. Tidak atas
sebab rasa rasa dengan menduga kesesuaian terlebih dahulu Kalamullah itu
dibacakan kepada manusia. Seorang Utusan Allah tidak ada keraguan dan
kekhuatiran untuk berKalamkan Kalam Tuhan walau dimana atau dihadapan siapa
sahaja mau dibicarakan. UtusanNYA
membawa kebenaran Kalamullah tanpa meminta upah dari manusia.
2:154 Dan jangan kamu
mengatakan mati orang orang yang fisabilillah itu, bahkan sebenarnya mereka itu
hidup sedangkan kamu tidak mengetahui
Utusan Allah
melaksanakan Jihad Fisabilillah mengajak manusia kembali kepada Allah hu taala
dengan Kalamullah. Jihad itu dengan Kalam Tuhan. Sesungguhnya Allah SWT
menjanjikan barangsiapa yang berjihad dengan jalanNYA, tidaklah mereka itu mati
melainkan sentiasa hidup didalam nikmat rahmahNYA yang berpanjangan. Seorang
Utusan Allah itu nyata berada ditengah kalangan manusia itu sendiri, yang
selayaknya ia seperti kamu makan, minum, tidur, berkahwin, berjalan jalan
dipasar malam dan sebagainya. Hanyasanya
ia berKalamkan Kalamullah dengan suri teladan padanya meski pun ia mungkin
hanya seorang gembala kambing!
9:33 Dialah yang telah mengutus RosulNya (dengan membawa)
petunjuk (Al-Quran) dan agama yang benar untuk dimenangkanNya atas segala agama,
walaupun orang-orang musyrikin tidak menyukai
Kebanyakan
manusia itu sebagai golongan musyrikin dengan mengatakan beriman kepada
Kitabulah-Kalamullah, sebaliknya menolak Utusan yang berKalamkan Ayat ayat
Tuhan. BerKalamkan Kalam Tuhan, membaca dan menyampaikan Ayat ayatNYA dituduh
sesat, gila dan murtad. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Bijaksana untuk
menjaga agamaNYA dan memenangkan daripada agama yang diagamakan oleh manusia
dengan ilmu, aqal fikir dan rasa rasa oleh mereka. Rata rata mereka mengatakan
dunia Islam hari ini tewas dan ditindas oleh musuh kerana mereka menafikan
Kalamullah sebagai Wahyu Allah dan tidak ada lagi Utusan Tuhan yang didatangkan
untuk menyerukan Ayat ayat Allah hu taala …!!!
insyaALLAH, berjumpa lagi. Wassalam
Tiada ulasan:
Ulasan baru tidak dibenarkan.