DAHULU
BERLAKU AKAN DATANG BERLAKU
DAHULU
DAN AKAN DATANG ITU SEKARANG BERLAKU
_____________________________________________
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Aku menulis bukan mengarang! Bukan
seorang penulis terlatih. Tidak ada bakat dan tidak pula berhasrat mau menjadi pengarang ternama.
Sesungguhnya aku mahu memberitahukan atau lebih tepatnya ‘menyampaikan yang benar dari Tuhan’ Terfikir juga kalau dijemput
berucap diatas pentas ceramah mungkin lebih efektif, tetapi tiada tauliah dari
Jabatan Penjaga Agama; maka tiada siapa berani jemput pun. Bukan takut tetapi
rasa cemas juga berdepan dengan audience
secara terbuka. Gabra dan nervous, mungkin lain kali boleh dicuba!
Akhirnya aku tulis tanpa tau teknik
penulisan. Ada yang kata salah disisi undang undang cetak pemerentah, tapi
kalau dipohon pun tentu tak lulus punya. Biarlah salah pada mereka asalkan yang
ditulis itu benar! Bukan untuk jadi terkenal dan popular. Bukan tunjuk pandai,
sememang tidak pandai pun. Jauh sekali untuk mengajarkan, ilmu kurang dan mohon
diajarkan. Aku bukan ustaz apa lagi tok guru! Amal ibadat sangat sedikit dan
tolong tunjukkan. Tidak sesekali mau
berbalah atau menyalahkan sesiapa sahaja, baik individu atau pun organisasi
tertentu. Aku sekadar menyampaikan kebenaran yang dari Tuhan iaitu Kitabullah
al Quran nulKareem, Kalamullah.
2:159 Sesungguhnya orang
orang yang menyembunyikan apa apa yang Kami turunkan, diantara beberapa
keterangan dan petunjuk, setelah Kami terangkan kepada manusia dalam Kitab,
nescaya mereka itu dikutuki Allah dan dikutuki oleh mahkluk yang boleh
mengutuki
Sebenarnya ketakutan yang amat
dirasakan. Takut kepada kutukan Allah
SWT dan segala mahkluk yang boleh mengutuki kepada barang siapa yang
menyembunyikan Kalamullah. Sewajarnya mahu aku berlepas diri dari kutukan kutukan yang Allah SWT
firmankan diatas. Sehubungan itu, aku menuliskan kebenaran daripada Tuhan ku
sebagai amanah dan tanggung jawab terhadapNYA. Tiada alasan dan sebab musabab
munasabah untuk disembunyikan. Aku tidak melahirkan ideologi baru, bukan ilmu
baru, juga tiada amalan baru...tidak dan
bukan agama baru!!!
38: 87 Katakanlah: Aku tidak meminta upah sedikit pun kepada mu atas
dakwah ku; dan bukanlah aku termasuk orang orang yang mengada adakan (bohong)
Oleh itu segala sesuatunya, aku
serahkan kepada Allah hu taala.
Wassalam.
SUNNAHTULLAH
48:23 Sebagai suatu Sunnatullah yang telah berlaku sejak dahulu, kamu
sekali-kali tiada akan menemukan perubahan bagi Sunnatullah itu
Disampaikan kebenaran yang daripada
Allah SWT. Kalamullah menyampai kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan
malaikat Jibril AS. Nabi SAW
menerimanya untuk disampaikan kepada para sahabat, keluarga dan pendokong
baginda. Mereka itu beriman dan
menyampaikan kepada manusia manusia lainnya, lalu mereka juga beriman
dan menyampaikan kepada yang lain seterusnya. Begitu berlaku dan berulang dari
zaman kezaman dan sudah menyampai pada ketika dan saat ini. Sesungguhnya
Kalamullah itu terlebih dahulunya untuk diri sendiri dan menjadi tanggung jawab
untuk menyampaikan kepada sekaliannya. Semoga diterima dan beriman, maka
sampaikanlah kepada yang lain, dan mereka yang menerima dengan keimanan juga
akan menyampaikan kepada manusia manusia berikutnya. Sedemikian itulah syiar
Islam itu berkembang. Menerima dan beriman lalu
menyampaikan Kalamullah dari semulanya hingga keakhirat; sedemikian itu
menyampai pula kepada awalnya dari Allah hu taala. Dahulu berlaku, akan datang
pasti berlaku; dahulu dan akan datang itu kini sedang berlaku. Sesungguhnya
Allah SWT Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Tiada kebenaran selain dari Kitabullah, al Quran nulKareem-Kalamullah.
39:33 Dan orang yang membawa kebenaran dan mereka yang membenarkan,
mereka itulah orang orang yang bertaqwa
Sedemikian itu gelagat urutan diatas
mengunjur kedepan, apabila dikebelakangkan maka
menyampai semula kepada Nabi Muhammad SAW dan kepada Allah hu taala yang menurunkan
Kalamullah tersebut seperti bermulanya. Awal dan akhir daripada Allah SWT. Urutan ini Sunnahtullah yang tidak berubah
sehingga kiamat. al Quran itu hidup dan berjalan. Ianya mukjizat sepanjang
zaman. Allah SWT tidak pernah menyalahi janji janjiNYA. Kalamullah menyampaikan
kepada kepada manusia lalu diterima dan disampaikan pula kepada yang lain. Dahulu sudah berlaku, akan datang pasti
berlaku; dahulu dan akan datang itu sekarang sedang berlaku. Jika
sedemikian itu maka seseorang itu benar beragama Islam, sebagai umat Nabi SAW
dan seorang hamba Tuhan yang bertaqwa!
3:179 Allah
sekali kali tidak akan membiarkan orang orang yang beriman dalam keadaan kamu
sekarang ini, sehingga Dia menyisihkan yang buruk (munafik) dari yang baik
(mukmin). Dan Allah sekali kali tidak akan memperlihatkan kepada kamu hal hal
yang ghaib, akan tetapi Allah memilih siapa yang dikehendakiNYA di antara Rosul
rosulNYA. Kerana itu berimanlah kepada Allah dan Rosul rosulNYA; dan jika kamu
beriman dan bertakwa, maka bagi mu pahala yang besar
IMAN DAN TAQWA
‘Wahai orang orang yang beriman…!’
Benar! Kamu beriman dan Allah SWT
tidak pernah berburuk sangka dalam firman firmanNYA.
Fitrah bagi manusia, bahawa beriman
(percaya) adanya Tuhan dan beriman kepadaNYA. Sedari dahulunya, sejak Adam AS sehingga
sekarang manusia beriman kepada Tuhan. Semuanya percaya keujudan Tuhan yang Maha Hebat pada nama dan
sifatNYA. DIA menciptakan
manusia, manakala manusia terasakan akan kelemahan sebagai hambaNYA. Keujudan
Tuhan itu diakui manusia sejagat, samada Tuhan itu mendatangkan keterangan
tentangNYA atau yang diada adakan oleh manusia cerita tentang Tuhan mengikut
citarasa. Kedapatan manusia itu beriman kepada Tuhan dengan percampuran antara
haq dan bathil. Keduanya bercampur baul tersangat mesera Kebanyakan manusia
beriman kepada Tuhan dengan menyebut namaNYA Allah hu taala, namun diperlambangkan
dengan berhala berhala secara sedar mau pun tidak.
Benar! Beriman kepada Tuhan hanya
kepada Allah SWT, namun bukan mengikut citarasa kesesuaian manusia, sehinggakan keimanan itu
berada didalam kepelbagaian cara dan bentuk. Seseorang dikatakan sebagai Wali
Tuhan dengan ilusi magis ghaib dan perkara pelik
bin ajaib merekayasa keujudan Tuhan mempengaruhi orang lain untuk
beriman. Sangat ramai juga manusia yang
berTuhan dengan logik aqal yang sentiasa tertipu dengan fikirannya. Sesungguhnya aqal fikir manusia sangat
terbatas, jika diikuti terus ianya menjadikan dirinya sebagai Tuhan. Selebihnya
kebanyakan manusia itu hanya mengada adakan Tuhan dan iman didalam dada. Ilusi,
logik aqal, rasa rasa didalam hati sebenarnya menipu, mimpi dan sekadar duga
duga sahaja tentang Tuhan yang ianya beriman.
Semuanya itu sangat terbatas dan manusia itu tidak sebijak mana,
melainkan teserlah kemunafikan, kefasikan, kemusyrikan dan kekufuran terhadap
Allah SWT! Manusia hanya makhluk ciptaan Allah yang Maha Pencipta dan Maha
Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Ketetapan dan ketentuan bahawa Allah hu taala
itu Tuhan sesungguhnya sangat terang dan nyata dihadapan mata, dapat didengar
dan dirasa. Manusia punya mata tetapi buta tidak melihat, terpinga tidak
mendengarkan kerana tuli dan hatinya mati tidak merasakan. Sesungguhnya Allah
SWT itu berKalam : Tiada Tuhan selain ALLAH! Seruan Allah hu taala sentiasa
berkumandang membersihkan manusia dari kesilapan iman dan segala keburukan
sikap ketingkatan ketaqwaan kepadaNYA.
KITABULLAH aL QURAN nulKAREEM-KALAMULLAH
3:138 Quran ini adalah keterangan untuk manusia, jadi pentunjuk dan
pengajaran bagi orang orang yang bertaqwa
Belum benar beriman kepada Allah SWT
tanpa petunjuk dan pengajaran yang dariNYA.
Tiada petunjuk selain al Quran nulKareem. Hanya Kitabullah-Kalamullah
yang membenarkan bagi menentukan samada yang selainnya itu benar betul mau pun benar salah. Sesungguhnya
beriman kepada Allah SWT terlebih dahulu dengan menerima kepada Kitabullah
secara sukarela atau pun terpaksa! Al
Quran itu BENAR! Kalamullah memperjelaskan segala sesuatu yang sebenarnya
manusia tidak pernah tau termasuk perihal diri, apa lagi tentang Tuhannya.
Sesungguhnya Allah hu taala akan mengajarkan kepada sesiapa yang menerima dan
beriman kepada tingkatan taqwa kepadaNYA. Sesungguhnya ketaqwaan itu
menyampaikan manusia kembali kepada Allah SWT. Untuk kembali kepada Empunya
Kalam, terlebih dahulu dengan mengikuti Kalam kalamNYA! Manusia yang menolak
dan menentang Kalamullah samalah ertinya menentang Tuhan dan akan sentiasa
didalam kesesatan yang nyata tiada petunjuk untuk kembali menemui Tuhan.
Disebutkan bahawa
beriman kepada Kitabullah adalah yang ke4 dari Rukun Iman 6 perkara. Apalah
yang ada pada nombor itu, namun sangat jelas bahawa tanpa Kitabullah,al Quran
nulKareem-Kalamullah, manusia itu tiada sedikit pun pengetahuan berkenaan rukun
yang selainnya itu. Sesungguhnya untuk beriman kepada Allah SWT, Malaikat,
Rosul, hari akhirat serta qhda dan qhdr
Tuhan hanya dengan petunjuk Kalamullah. Tanpa petunjuk Kalamullah, segalanya
hanyalah omong kosong semata.
7:52 Sesungguhnya telah
Kami datangkan Kitab kepada mereka, serta kami terangkan didalamnya dengan ilmu
Kami, menjadi petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman
Allah SWT mendatangkan
Kitabullah, al Quran nulKareem Kalamullah kepada manusia itu bukan seperti
senaskah buku yang dibeli ditoko. Manusia sangat memuliakan buku tersebut
dengan meletakannya ditempat tinggi diatas almari. Buku tersebut
sebagai Kitab Suci bagi mereka sehinggakan takut untuk memegangnya; takut
terlangkah maka disimpan didalam laci. Petikan Ayat ayatnya ditulis bergulung
gulung sehingga sukar dibaca atas nama seni
khat untuk digantung didinding rumah atau pejabat sebagai perhiasan,
selainnnya untuk menghalang syaitan daripada masuk dan selebihnya supaya
malaikat rahmah yang bertandang datang
membawa rezki melimpah ruah. Oleh yang sedemikian itu, sesungguhnya manusia
tidak mendapat petunjuk dan rahmat Tuhan, apa lagi beriman kepada Kalamullah
itu dengan sebenar benarnya. Mereka sekadar bersangka dengan anggapan bahawa
sudah beriman dan Islam dengan hanya memiliki senaskah al Quran yang disusun
rapi diatas rak buku.
1:6
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Manusia menganiaya dirinya
sendiri, sedangkan Allah SWT tidak pernah menzalimi manusia. Sewajarnya Kitab
yang dikatakan suci itu mensucikan manusia, sebaliknya bersalahan bagi mereka
untuk memegangnya apa lagi untuk membaca kerana ‘tiada air sembahyang!’ Sungguh
pun mereka membacanya hanyalah alunan suara yang terasa bagai buluh perindu,
sedangkan tidak mengerti maksud apa lagi dijadikan petunjuk kepadanya. Amalan membacanya dengan
mengharap kepada pahala dan syurga dari Tuhannya! Lebih lebih lagi
mereka berwuduk tanda suci untuk bersholat, wajib ketikanya membaca Surah
Fateha namun sebagai burung kakaktua yang biul yang pandai mengucapkan ‘selamat pagi’ sedangkan ketikanya waktu
malam. Tidak pernah tau apa yang
diucapkan! Dengan Maha Kasih dan SayangNYA, sesungguhnya jalan lurus sentiasa
terbentang dihadapan manusia samada bagi mereka yang membuat permohonan dalam
sholat fadhunya sebayak 17X atau pun tidak pernah bermohon! Manusia tidak
pernah mengerti dengan apa yang dia perkatakan dan mengapa mereka berbuat!
Sangat jelas
persoalan beriman kepada Kitabullah-Kalamullah akan merangkum 6 Rukun Iman.
Perkiraan tersebut sangat menyangkut kepada 5 Rukun Islam seterusnya ketaqwaan
terhadap Allah SWT. Kalamullah sebagai petunjuk yang lurus lagi benar terhadap
keimanan seterusnya ketaqwaan terhadap Allah hu taala. Mencakupi 6 Rukun, 5
Rukun dan segala aspek kehidupan didalam al Quran itu. Sesungguhnya manusia itu
akan kembali kepada Allah SWT, maka tentulah petunjuk jalan untuk menemuiNYA
hanyalah Kalamullah.
16:104 Sesungguhnya
orang orang yang tidak beriman kepada Ayat ayat Allah, maka Allah tiada memberi
petunjuk kepada merekadan untuk mereka siksaan yang pedih
(NOTA : kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan naskah penuh dari catatan diatas, bolehlah membuat permintaan kealamat email : himpass313@gmail.com) Terima Kasih313, Wassalam