بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ
الرَّحِيم
“Innadinaindallahiiislam-Agama disisi Allah
ialah Islam”
Catatan ini sangat ringkas, namun kepada yang mau memikirkannya pastilah
akan mendapat pembelajarannya sebagai pengajaran
KISAH 1
Acara : Sembang
Politik
Tarikh : beberapa hari
sebelum Presiden UMNO umumkan senarai calon PRU13
Tempat : Kedai Kopi Pak
Tapa
Peserta Tetap : 5 orang
ahli UMNO
Kisahnya; peserta 1 mencadangkan bakal calon sebaiknya ialah Ketua
Bahagian kerana kedudukannya sebagai orang no 1 dibahagian. Peserta Kedua
hingga kelima tidak bersetuju kerana pada PRU dahulu telah bertanding tetapi
kalah dan sejak itu tak pernah nampak muka, maka ada yang mencadangkan
Timbalan, Naib, Ketua Pemuda dan Ketua Wanita. Timbalan juga boleh tetapi sejak
Ketua semacam tidak peduli, dia nampaknya sudah mengambil alih secara rakus
sehinggakan Setiausaha lama dipecat dan digantikan dengan adik iparnya yang seorang
kontraktor; peluang projek habis disapu licin. Naib Ketua dan Ketua Wanita pula
dirasakan tidak relevan lagi kerana sudah tua yang menjangkau usia 79
tahun walau nampak masih bersemangat. Ketua Pemuda terlalu muda belum pun 35
tahun, kalau diberi peluang tentu tidak akan dilepaskannya sampai bila bila!
Pot pek, pot pek … bla, bla, bla …, akhirnya kesemua peserta membuat
keputusan tidak kira siapa pun asalkan calon UMNO. Calon payung terjun juga
tidak mengapa. Mereka sebenarnya adalah UMNO tegar!
KISAH 2
Acara :
Ceramah Agama
Tarikh : Sebelum PM bubarkan
Parlimen
Tempat : Markas
Peserta : Taksub PAS
Penceramah seorang yang dipanggil Tok Guru kerana perwatakan yang warak,
berjubah, berlebai, berjanggut, fasih al Quran dan Hadisth serta berkelulusan
ijazah daripada Mesir. Ucapanya berapi api membakar semangat mengajak berjihad
demi agama dengan melemparkan maki hamun para kepada iblis syaitan, tuduhan
kafir, maksiat dan mungkar serta segalanya haram dan berdosa ‘sokmo’. Sokong
PAS bermaksud menyokong Islam. Menang PAS bererti menang Islam! Peserta juga
bersemangat menjawab : Takbir! Takbir!! Takbir!!!
Malaysia diambang PRU13. Politik hari ini adalah tektik dan teknik; pemerintah
mempertahankan kekuasaan dan pembangkang mahu merampas kuasa. Tektik dan teknik
apa sahaja akan digunakan kedua pihak termasuk perkara yang melempaui batas
ketentuan Tuhan! Dipihak pemerintah tidak dinafikan ‘Mendahulukan Rakyat dan
Mengutamakan Pencapaian’, walau pun dalam beberapa hal lebih mendahulukan
kepentingan dan pencapaian pribadi serta kroninya; dimana pihak pembangkang
melihat bahawa pemerintah sentiasa menyalah gunakan kuasanya dengan merampas
hak dan kebebasan rakyat. Terbukti dan tidak dinafikan, samada pemerintah mahu
pun pembangkang masing masing punya bukti tentang kebenaran dan kesalahan
sesama mereka, namun keduanya bagai sanggup mati mempertahankan baik yang betul
mau pun salah itu!
… Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang pada
suatu kaum, sehingga mereka mengubah apa yang pada diri diri mereka sendiri …
Kita menjurus kepada ‘Orang Melayu Islam Malaysia’, kerana
Melayu dan Islam adalah pokok asas dijadikan isu didalam politik semasa.
Sepanjang tempoh sistem pilihanraya diujudkan, sebenarnya kaum Melayu Islam Malaysia
itu masih ditakuk lama kerana individu tidak memikirkan perubahan yang
sepatutya dilakukan pada diri masing masing. Mana mungkin kaum mengalami
perubahan bila mana orang perseorangan tidak mengubah diri sendiri. Kepada
setiap orang Melayu soal agama sewajarnya
terlebih dahulu menjadi praktikal untuk di implimetasikan,
seterusnya terhadap keluarga, kerabat dan mengembang kepada masyarakat
setempat, mukim, daerah, negeri hinggalah keseluruh negara. Melayu bersatu dan
menjadi kuat dengan agama. Ini tidak berlaku kepada setiap diri sendiri
sebaliknya tidak tetap pendirian agamanya sehingga didalam satu keluarga boleh
sahaja bergaduh anak beranak apa lagi didalam masyarakat sehingga melarut
keperingkat nasional semata mata kerana tidak bersatu pada agama. Berbunuhan sesama
Melayu berlaku bukan kerana fahaman politik tetapi sebaliknya kerana salah faham beragama!
Dan tidaklah kami mengutus engkau melainkan untuk
rahmat bagi alam semesta
Individu didalam Islam sebenarnya adalah pemimpin, namun yang dari sisi
Tuhan adalah pemimpin yang membawa rahmat kepada keseluruh alam dan isinya.
Pembawaan pemimpin ini disebut Politik Islam yang punya Perlembagaan sebagai
rahmat yang menjamin kesejahteraan kepada manusia keseluruhan. Perlembagaan
dari Allah huta’ala yang diguna pakai adalah al Quran nulKareem,
Kitabullah-Kalamullah! al Quran menjadi Perlembagaan setiap seseorang yang akan
menghalang kepada kemungkaran politik seperti hari ini. Politik menjadi bersih
kerana individu setempat berkasih sayang sehinggakan negara menjadi aman damai
dan tenteram. Sesungguhnya Ayat ayat Allah SWT mendatangkan rahmat kehidupan
didunia malahan menjamin kesejahteraan diakhirat.
Sesungguhnya Aku mahu menjadikan seorang Khalifah
dimuka bumi
Allah SWT berKehendak menjadikan seorang pemimpin manusia itu dengan
didatangkan oleh_NYA tanpa tergagah dengan citarasa dan kemahuan manusia. Sesungguhnya manusia itu sebagai pemimpin,
bermula daripada Nabi Adam AS hingga akhir zaman dengan kelangsungan kepimpinan
itu kepada anak cucunya. Maksudnya,
pemimpin yang dari sisi Tuhan itu pastinya membawakan rahmat yang dari_NYA
untuk diri sendiri dan juga untuk semua orang. Perbezaan ketara apabila manusia
itu sendiri meletakkan seseorang sebagai pemimpin mengikut ketetapannya, lebih
lebih lagi terdapat mereka yang melantik diri sendiri kerana merasakan sangat
layak. Ilmu, amal dan kekayaan dijadikan sangkaan serta duga duga terbaik untuk
bergelar sebagai pemmpin. Pembawaan politik hari ini tidak lain hanyalah
ideologi yang dirasakan baik namun sebaliknya sering ditukar tukar kerana tidak
pernah memuaskan hati sendiri apa lagi orang lain! Ideologi menjadikan politik
itu kotor dengan pergaduhan, rasuah, salah guna kuasa, fitnah, adu domba dan
perkara keji yang lain.
“Sungguh Allah telah memberi karunia kepada orang
orang yang beriman ketika Dia mengutus diantara mereka seorang Rosul dari
golongan mereka sendiri, dia membacakan kepada mereka Ayat ayat_NYA dan
mensucikan mereka dan mengajar kepada mereka alKitab dan alHikmah dan
sesungguhnya mereka dahulu dari sebelum itu sungguh didalam kesesatan yang
nyata”
Allah SWT mendatangkan seorang manusia sebagai UtusanNYA dari kalangan
manusia menyerukan Kalamullah agar
manusia itu tidak berada didalam kesesatan. Islam agama yang dari sisi Allah
SWT dengan Kesempurnaan dibawa oleh Nabi Muhammad SAW melalui Kalam kalamNYA.
Hanya pemimpin yang membawa al Quran akan mendatangkan rahmat kepada manusia
keseluruhannya. Benarlah setiap seseorang itu pemimpin disisi Allah SWT, jika yang
dibawakannya kepada manusia itu Perlembagaan Tuhan, al Quran nulKareem,
kitabullah, Kalamullah.
Mengadakan PRU, bertanding untuk menjadi pemimpin dan mengundi memilih
pemimpin di Malaysia tidak menjanjikan kemenangan kepada kaum dan agama!
Terbukti semenjak yang kali pertama tidak pernah berlaku kemenangan. Walau
terdapat parti dan individu Islam yang mengatakan berjuang untuk agama namun
pembawaan adalah perlembagaan yang diciptanya sendiri dengan mengenepikan
perlembagaan daripada Tuhan. Tidak perlu menyalahkan sistem, maka jadilah
pemimpin dengan ‘Allah didahulukan dan al Quran diutamakan’. Nabi
Muhammad SAW sebagai role model, pastilah pembawaan Baginda sebagai
ikutan setiap pemimpin bagi seorang Melayu Islam yang pemimpin di Malaysia!
Wahai orang orang yang beriman! Taati Allah, taati
Rosulullah dan pemimpin dari kalangan kamu …
Bukan untuk menukar sistem atau
mengajak untuk memulaukan pilihanraya. Manusia Melayu Islam beralasan keadaan
Malaysia yang pelbagai kaum dan bangsa untuk tidak mahu beriman kepada
Kalamullah. Kelihatan agama hanyalah sekadar laungan kebanggaan dan menjeritkan
jihad tetapi mengenepikan perintah Allah SWT. Untuk menjalankan perintah Allah
hu ta’ala tidak penah dipersoalkan apa lagi untuk mencari jawaban melainkan
sekadarkan berharap untuk menang didalam pilhanraya dan menjadi pemimpin untuk
berkuasa. Sudah sekian kali ramainya kemenangan calon Melayu dan mendapat
mandat menubuhkan kerajaan tetapi kemenangan Islam semakin jauh dari
gapaian.
Didalam PRU ini, mari ‘beriman kepada Allah SWT, ikuti Rosulullah dan
taat kepada pemimpin berlandaskan al Quran Kitabullah’. Kepada calon Melayu
yang menang samada UMNO, PAS, PKR dan sebaganya, kembalilah kepada agama Islam
yang disisi Allah SWT dengan menjadi pemimpin yang didatangkan sebagai pembawa
rahmat Tuhan kepada manusia. Jadikan al Quran nulKareem, Kitabullah Kalamullah
sebagai perlembagaan. Berpegang kepada seruan Ayat Ayat Allah yang disampaikan
Rosulullah agar segala amal baik dan kerja kebajikan yang dilakukan tidak
menjadi sia sia seperti selama ini. Marilah BERSATU semua orang Melayu Islam didalam
agama yang dari sisi Tuhan.
Salamunqaulammirrobbirrohiim