بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Cerita PRU13
Orang 1 : PM, pemimpin pemimpin UMNO/BN, keluarga dan
kroni mereka mengumpulkan kekayaan dan hidup dalam
kemewahan
Orang 2 : Alah! Kalau tukar sapa
sapa pun macam itu juga!
Orang 3 : PR pun serupa je
…..
Orang 4 : Kita pun sama je,
kalau ada peluang! Hehehehe ..…
“Innadinaindallahiiislam”
Kepada seseorang yang beragama Islam itu, tanyalah samada yang kelihatan
sangat taat mengerjakan apa yang dikatakan sebagai tuntutan agama itu, atau
kepada seorang ‘pejenayah besar’ sekali pun pasti akan maukan kemenangan keatas
Islam. Sekian lama semenjak dahulunya diseluruh dunia, lebih lebih lagi yang
mengaku sebagai sebuah negara Islam telah
ujud begitu banyak organisasi atas nama Islam yang bermatlamatkan untuk
kemenangan agama, namun perjuangan mereka berbeza sesamanya. Kesemuanya
mengatakan perjuangan mereka betul dan benar dengan mengatakan perjuangan dipihak
yang lain itu salah dan bohong. Parti Islam yang memerintah melaungkan Islam
agama rasmi negara tetapi dinafikan oleh yang lain sebagai palsu dan dusta. Sebenarnya
manusia itu meletakkan ciri, katogeri, konsep agama Islam itu dengan cara
masing masing mengikut kemauan akal fikir, ilmu dan amal sendiri terhadap agama
dan mengatakan perjuangannya untuk mencapai kemenangan bagi agama tersebut.
‘Agama disisi Allah adalah ISLAM’
Sesungguhnya agama Islam itu ialah yang dari sisi Tuhan! Allah huta’ala telah
menggariskan ketetapan dan ketentuan bagi
kesyumulan agama_NYA melalui al Quran nulKareem, Kitabullah-Kalamullah dan
ianya sudah dijadikan al Sunnah oleh Nabi Muhammad SAW. Al Quran sebagai
petunjuk dan Nabi sebagai role model untuk manusia beroleh kemenangan
bukan sahaja didunia malahan diakhirat. Bukan manusia yang memenangkan agama
itu tetapi manusia itu yang akan beroleh kemenangan dengan agama tersebut. Allah
SWT tidak perlu kepada akal fikir dan daya usaha manusia untuk kemenangan bagi
agama_NYA, sebaliknya manusia itu yang memerlukan agama untuk kemenangan dunia
akhirat. Adalah kegagalan kepada manusia itu dunia akhirat bila terlebih
dahulunya tidak berpegang kepada agama tersebut apa lagi mau memenangkan agama
itu dengan kemahuan akal dan dayanya yang sangat terbatas.
“Dan ikutlah apa yang diwahyukan kepada mu maka
bersabarlah sehingga Allah memberikan keputusan dan Dia adalah hakim yang
sebaik baikya”
Muhammad SAW tidak pernah mendahulukan akal fikir dan daya usahanya
dengan tujuan mau memenangkan agama, melainkan berlandaskan petunjuk Ayat ayat
Allah SWT. Baginda dan para sahabat berjuang atas nama jihad dengan Kalamullah
sehingga Allah huta’ala mendatangkan kemenangan dan kekuasaan. Manusia hari ini
mau berkuasa terlebih dahulu sehingga
menjadikan mereka gila kuasa; sedangkan
sebelum itu mereka menjadikan agama sebagai laungan jihad untuk mendapat
berkuasa bagi menegakkan agama.
“Dan barangsiapa yang taat kepada Allah dan Rosul_NYA
dan takut kepada Allah dan bertaqwa kepada_NYA, maka mereka adalah orang orang
yang mendapat kemenangan!”
Manusia mengukur kemenangan apabila menjadi juara didalam pertandingan
untuk memperolehi populariti yang gah. Mendapat undi majoriti didalam
piliharaya adalah kemenangan untuk menjadi pemimpin bergelar YB, malahan
menjadi PM atau Menteri! Kemenangan seumpama menjanjikan kesenangan dan
kemewahan yang lumayan bagi pribadi dan kroninya. Manusia berlumba bermatian dan sanggup
berbuat apa sahaja termasuk yang bertentangan dengan Kitabullah yang dibawakan
Utusan_NYA. Untuk mencapai kemenangan yang seumpama itu, mereka sanggup pula
menggunakan agama sebagai alat mencapat matlamat. Organisasi yang ditubuhkan
atas nama Islam yang pelbagai itu jelas tidak mengajak manusia mentaati Allah SWT
dan Rosul_NYA bagi mendapatkan kemenangan hakiki yang dari Tuhan. Oleh itu
tidak ada sebuah negara Islam didunia ini diperintah oleh sebuah parti Islam
atau yang diketuai oleh seorang Islam kekal aman melainkan jatuh terjunam
dengan kehinaan.
“Wahai orang orang orang yang beriman! Taati Allah,
taati Rosul dan pemimpin diantara kamu. Jika kamu berlainan pendapat tentang
sesuatu maka kembalikan kepada Allah dan Rosul jika kamu benar beriman kepada
Allah dan hari kemudian. Demikian itu lebih utama dan lebih baik akibatnya”
Berimanlah kepada Allah SWT, ikutilah Rosulullah dan taatilah
pemimpin! Untuk beriman kepada Allah SWT
yang berKalam dan diturunkan melalui perantaraan kepada Nabi Muhammad SAW yang
sudah wafat sekitar 1500 tahun terdahulu dengan mentaati pemimpin yang berada dikalangan
sekarang ini; yang membaca dan menyerukan Kalamullah! Perbalahan sesama sendiri
itu dikembalikan kepada Allah huta’ala dan Rosul dengan menjadikan al Quran Kalamullah
sebagai petunjuk jalan yang lurus. Dengan al Quran itu, sesungguhnya benarlah
beriman dan Islam dengan agama yang dari sisi Tuhan. Demikian itu adalah
ketaqwaan seorang hamba yang akan menyampai ilmu dan amalnya kepada Allah SWT. Manusia
disisi_NYA sama sahaja melainkan perbezaan dikalangan hamba Tuhan itu ialah
ketaqwaan kepada_NYA berlandaskan Kalam_NYA!
“Kitab ini tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi
mereka yang bertaqwa”
Ternyatanya pemimpin pemimpin organisasi Islam yang ada hanya berkata
beriman kepada Tuhan dengan bersholat, berpuasa, membayar zakat dan menunaikan
haji ke Baitullah; mereka bilang cinta kepada Nabi dengan berselawat dimajlis
Maulid tetapi sebagai ketua organisasi tidak
membawa petunjuk Kalam Allah SWT kepada kepimpinannya! Mereka hanya omong kosong
dengan mendahulukan ideologi akal fikirnya berpandukan ilmu tinggi yang
disahkan oleh sijil dan ijazah yang dimiliki! Apabila dibaca Kalamullah, mereka menolak dan menentang
dengan mengatakan itu cerita cerita orang orang dahulu. Mereka menuduh sesat,
gila dan murtad ketika dibacakan Ayat ayat Allah kepadanya, kerana tidak
sepertinya yang kelihatan warak berjubah dan beserban besar lagi fasih bahasa
arabnya diatas pentas terbuka.
“Dan Jika kamu menuruti kebanyakan orang orang yang
berada diatas muka bumi ini, nescaya meraka akan menyesatkan kamu dari jalan
Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikut persangkaan belaka dan mereka tidak
lain hanya berdusta”
Sesungguhnya kebanyakan manusia sedemikian adanya. Agama itu diagamakan
sesuka hatinya sehingga mengkafirkan sesama mereka hanya kerana menentang
pembawaan buah fikirannya tentang Islam itu. Sebenarnya mereka dan golongannya
tidak mampu meletakkan Islam itu ditempat yang mulia dengan ketinggian undang
undang dan perlembagaan ciptaan manusia yang mengatasi kemuliaan dan ketinggian
Kalam Tuhan. Samalah mereka dengan orang orang yang menentang Muhammad SAW
ketika membawa dan menyampaikan Ayat ayat Allah SWT. Dahulu telah berlaku, akan datang pasti
berlaku; dahulu dan akan datang itu sebenarnya sekarang sedang berlaku!
Kalamullah sebagai petunjuk jalan yang lurus tidak pernah berubah dan ianya
Qodeem hingga akhir zaman. Pemimpin pemimpin hari ini sewajarnya berpegang dan
membawa dasar Islam yang disisi Allah SWT dengan al Quran Kalamullah petunjuk
jalan yang lurus dan Muhammad Rosulullah suri tauladan.
“Dan Allah menyelamatkan orang orang yang bertqawa
kerana kemenangan mereka, mereka tiada disentuh oleh azab dan tidak berdukacita”
Didalam sebuah negara sering sahaja berbalah tentang berbagai perkara
kerana agama yang satu itu berlainan pemahaman, apa lagi diantara negara,
semacam tidak ujud ukhwah yang saling membantu dan bekerjasama. Kebanyakan
negara diperkotak katikkan sistem politik, ekonomi dan sosial dibawah
penjajahan musuh agama. Oleh itu wajib pendekatan
semua organisasi Islam dimana sahaja lebih lebih lagi dinegara negara Islam,
baik sebagai pemerintah mau pun pembangkang hendaklah BERSATU diatas agama itu
dengan ‘Mendahulukan ALLAH dan Mengutamakan al Quran’. Dengan yang sedemikian
baharulah tecapai kemenangan Ummat itu didunia dan akhirat! ….., bagaimana di
Malaysia???
‘Salamunqaulammirrobbirrohiim –
Salam Ucapan Dari Tuhan Maha Penyayang’