بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Dan apabila hamba hamba Ku bertanya kepada mu tentang Aku, maka jawablah
bahawasanya Aku adalah dekat. Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa
apabila ia memohon kepada Ku, maka hendaklah memenuhi Ku (segala perintah) dan
hendaklah mereka beriman kepada Ku, agar mereka selalu berada didalam kebenaran
(2:186)
Saudara ku
sekalian, catatan terdahulu Allah SWT menegaskan dari QS 14:7 bahawa manusia semestinya bersyukur dan berterima kasih
bagi setiap yang didatangkan samada berbentuk kesusahan dan kesulitan atau pun
kesenangan dan kesusahan. Kehendak Tuhan yang Maha Pencipta selalu tidak
menepati kehendak citarasa manusia itu, namun Alah SWT mahukan yang terbaik
untuk hamba_NYA. Mungkin sahaja yang diperkenankan hanya sebahagian, namun jika
bersyukur dan berterima kasih maka Allah hu taala akan memberikan tambahan rahmat
dan nikmat yang lebih banyak. Marilah selalu mengucapkan rasa s y u k u r dan t e
r i m a kasih!!!
BerFirman Tuhan Pencipta kalian : Berdoalah kalian
kepadaKu, Aku akan kabulkan bagi kalian. Sesungguhnya orang orang yang sombong
dari beribadah, maka mereka semua akan masuk neraka Jahannam dengan hina
(40:60)
Kembalikan
segalanya kepada Tuhan dengan bersyukur dan berterima kasih kerana segala
sesuatu itu samada baik atau buruk hanya sebagai ujian yang menuntut sifat
tawakal dan keimanan untuk tingkatan
ketaqwaan kepada Tuhan yang Maha Pencipta. Manusia itu sememangnya berkendak
kepada keinginan untuk memuaskan hatinya, sebaliknya sifat kehambaan selayaknya
tiada upaya untuk mendapatkan sesuatu itu mengikut kemahuannya melainkan
seizin_Nya. Allah SWT Maha Pengasih lagi Maha Penyayang membuka seluas luasnya
kesempatan untuk manusia bermunajat bermohon kepadanya, malahan diajarkan doa
doa terbaik melalui Kalamullah. Bersyukurlah diatas peluang dan berterima kasih
dengan doa doa yang diajarkan. Mari bersyukur, berterima kasih dan berdoa,
sesungguhnya Tuhan Maha Pemberi dan melimpah ruah rahmat dan nikmat kepada
hamba_Nya.
Maka Tuhan perkenankan doa
mereka (dengan firmanNya): Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal perbuatan
orang yang bertaubat dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan,
sebahagian dari kamu dari sebahagian yang lain; maka orang orang yang berhijrah,
dan yang diusir dari tempat tinggalnya, dan juga yang disakiti kerana agama Ku,
dan mereka membunuh dan terbunuh, sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan kesalahan
mereka, dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir
di bawahnya sungai sungai, sebagai pahala dari sisi Allah. Dan di sisi Allah
jualah sebaik baiknya pahala (3:195)
Allah
SWT mengajarkan doa doa melalui Kalam_Nya menunjukkan hubungan Pencipta dengan
yang diciptakan tersangat dekat! Pasti
datang rasa keasyikan dan tawaduk
kepada Tuhan. Sebenarnya tidak perlu manusia itu berdoa sesuka hati mengikut
citarasanya yang terkadang jelas dari hawa nafsu semata. Sesungguhnya Allah itu
Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana apa yang terbaik untuk manusia. Diturunkan
sebahagian doa doa daripada Kitabullah, al Quran nulKareem Kalamullah. Mudah
mudahan mendapat perhatian dan menjadi kecenderungan kepada Ikhwan untuk
dijadikan amalan. insyaALLAH.
Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan
kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka (2:201)
Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan
teguhkanlah tapak pendirian kami serta tolonglah kami terhadap kaum yang kafir
(2:250)
Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau hukum kami apabila
kami lupa atau kami salah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kami beban
yang berat sebagaimana Engkau bebankan atas orang orang sebelum kami. Wahai
Tuhan kami! Janganlah Engkau bebani kami pada kekuatan yang tidak ada bagi kami
dan berikan kemaafan dan keampunan bagi kami dan berilah rahmat kepada kami.
Engkaulah pelindung kami, maka tolonglah kami dari kaum yang kafir
(2:286)
Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau palingkan hati hati
sesudah Engkau memberikan petunjuk kepada kami dan berikanlan untuk kami dari
sisi Mu rahmat. Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi
(3:8)
Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah beriman, maka
ampunilah dosa dosa kami dan bebaskanlah kami dari siksa api neraka
(3:16)
Wahai Tuhan ku! Berikanlah kepada ku dari sisi Engkau
anak keturunan yang baik. Sungguh Engkau Mendengarkan doa
(3:38)
Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah bagi kami dosa-dosa kami
dan tindakan berlebih lebihan kami didalam urusan kami dan tetapkanlah tapak pendirian
kami; dan tolonglah kami terhadap kaum yang kafir
(3:147)
Wahai Tuhan kami! Keluarkanlah kami dari negeri ini,
yang zalim penduduknya, dan berikanlah untuk kami dari sisi Mu pelindung dan
berikanlah untuk kami dari sisi Engkau penolong
(4:75)
Ya Allah, Tuhan kami! Turunkanlah kepada kami hidangan
dari langit, ianya bagi kami hari raya, bagi orang orang yang bersama kami dan
orang-orang yang datang setelah kami dan tanda tanda dari Engkau dan berilah
kami rezki dan Engkaulah sebaik baik Pemberi rezki (5:114)
Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kepada kami kesabaran,
dan wafatkan kami sebagai orang orang yang berserah diri
(7:126)
Wahai Tuhan ku, berilah keampunan kepada ku dan kepada
saudara ku dan masukanlah kami kedalam rahmat
Mu dan Engkau Zat paling Pengasih dari segala yang mengasihani
(7:151)
Wahai Tuhan ku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan
sholat dan dari keturunan ku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa ku (14:40)
Wahai Tuhan ku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua
sebagaimana mereka telah merawat ku semasa kecil
(17:24)
Wahai Tuhan ku! Masukanlah daku ke tempat masuk yang
benar dan keluarkanlah aku dari tempat yang benar dan jadikanlah bagi ku dari sisi Mu yang
menolong (17:80)
Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami dari sisi
Engkau dan sempurnakanlah bagi kami urusan kami dengan petunjuk (18:10)
Wahai Tuhan ku, turunkanlah daku di tempat turun yang
berkat, dan Engkau adalah sebaik-baik Pemberi tempat
(23:29)
Wahai Tuhan ku, Tolongah daku, kerana apa yang telah
mereka dustakan kepada ku (23:26: lihat juga 39)
Wahai Tuhan ku, berikanlah keampunan dan kurniakan rahmat,
dan sememangnya Engkaulah sebaik baik Pemberi rahmat!
(23:118)
Wahai Tuhan kami, sisihkanlah kami azab neraka Jahannam,
sesungguhnya azab seksanya itu kekal
(25:65)
Wahai Tuhan kami, anugerahi kepada kami isteri isteri kami dan keturunan kami penyejuk
mata kami dan jadikanlah kami imam
ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa (25:74)
Wahai Tuhan ku, selamatkanlah daku dan keluarga serta
pengikut pengikut ku dari apa yang dikerjakan oleh golongan mereka itu
(26:169)
Wahai Tuhan ku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur
akan nikmat Mu yang Engkau kurniakan kepada ku dan kepada ibu bapa ku, dan
supaya aku mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah daku
dengan limpah rahmat Mu dalam golongan hamba hamba Mu yang soleh
(27:19)
Wahai Tuhan ku, selamatkanlah daku dari kaum yang zalim.
Mudah mudahan
Tuhan ku menunjukkan jalan yang benar kepada ku ( 28:21&22)
Wahai Tuhan ku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada
sebarang kebajikan yang Engkau berikan (28:24)
Wahai Tuhan kami! Rahmat Mu dan Ilmu Mu meliputi segala galanya;
maka berilah ampun kepada orang orang yang bertaubat serta menurut jalan Mu,
dan peliharalah mereka dari azab neraka (40:7)
Saudara
ku sekaliannya, berikut itu hanyalah sebahagiannya sahaja yang sempat menjadi
catatan. Sesungguhnya kehidupan manusia ini hanyalah diatas limpahan rahmat dan
nikmat daripada Allah hu taala. Manusia itu sendirinya sangat lemah,
hanyasanyalah manusia itu bermohon kepada Tuhan, manakala Allah SWT Maha
Pengasih lagi Maha Penyayang kepada hamba_Nya, sesungguhnya Dia tidak pernah
memungkiri janji janji_Nya.
Wahai Tuhan kami! Kepada Engkaulah kami berserah diri, dan
kepada Engkaulah kami bertaubat, serta kepada Engkaulah jua tempat kembali.
Wahai Tuhan
kami! Jangan Engkau jadikan kami fitnah bagi orang orang yang kafir dan
ampunilah kami. Wahai Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Perkasa lagi Maha
Bijaksana (60:4&5)
Amin amin amin ya
muji basa ilin, ya ROBB
Alhamdulillah dan
t e r i m a ka s i h!!!
Wassalam