بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
7:14 Ingatlah ketika Tuhan
mu memaklumkan : Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah
(nikmat) kepada mu dan jika kamu mengingkari, maka sesungguhnya azab Ku sangat
pedih
Ringkasnya, Allah SWT memerintahkan
manusia untuk bersyukur dan berterima kasih, nescaya akan ditambah nikmat
oleh_NYA. Sekali mengucapkan syukur akan bertambah nikmat, apabila berbanyak
kali maka akan bertambah tambah banyak nikmat akan didapati. Sekiranya manusia
itu tidak bersyukur, Allah SWT akan memberikan azab siksa yang sangat
pedih.
Laungkan kesyukuran terhadap Alah
SWT dengan berterima kasih kepada alam dunia dengan segala isinya! Tanpa
kesemuanya manusia itu sebenarnya sedang hidup didalam kufur nikmat Tuhan.
Sewajarnya manusia mengucapkan terima kasih kepada udara yang bertiup dan
kepada injap jantung yang turun naik bernafas. Terima kasih kepada otak yang
berfikir, hati yang dapat menilai rasa, mulut yang mengunyah, gigi yang
menggigit, perut yang menghadamkan makanan, tangan yang menyuap dan isteri yang
memasak! Terima kasih buat petani yang bertanam! Terima kasih kepada pokok padi
yang dari sebatang menjadi tujuh tangkai; setiap darinya berbuah 700 biji!
Terima kasih kepada nelayan ditengah
lautan menangkap ikan, kepada perahu yang belayar dan kepada lautan yang
terbentang luas yang mengandungi ikan dan membenarkan kapal tidak tenggelam!
Terima kasih kepada majikan memberikan kerja dan gaji untuk kos, kepada kapal
terbang dan ruang angkasa yang luas hingga sampai ke Kampung Khydir, Medan,
Sumut! Terima kasih kepada Ikhwan yang menyambut kedatangan.
Terima
kasih buat Yang Mulia Guru kerana mengajarkan erti kesyukuran dan berterima
kasih! T E R I M A K A S I H ! T e r i m
a kasih! terima kasih!
1:59 Bertasbih kepada Allah
apa yang ada dibumi dan apa yang ada dilangit dan Dia-lah yang Maha Perkasa
lagi Maha Bijaksana
Segala sesuatu itu sentiasa
bersyukur dan berterima kasih dengan keadaannya disetiap masa. Bertasbih memuji
Allah SWT segala apa yang dibumi, dilangit dan diantara kedunya sebagai rasa bersyukur
dan berterima kasih terhadap Tuhan yang menciptakannya dalam pelbagai ragam
penciptaan. Diciptakan Allah SWT segalanya itu dengan ketaatan dan kepatuhan
kepada Sang Penciptanya semata untuk kepentingan kehidupan makhluk yang bernama
manusia. Tiada sesuatu apa pun pada
kejadian penciptaan Allah SWT itu menjadi sia sia kepada manusia, sedangkan
manusia itu tidak mahu bersyukur kepada Allah SWT, malahan mereka tidak tau berterima kasih kepada setiap penciptaan
Tuhan yang untuk kepentingan kehidupan mereka. Sepatutnya manusia berterima
kasih kepada yang berada disekeliling termasuk kepada anggota keseluruhan
jasadnya, kerana tanpanya manusia itu tidak
mampu untuk berada didalam keadaan yang sedianya sekarang.
Bersyukur terhadap Tuhan dan ucapkan
terima kasih kepada segala sesuatu yang didatangkan sebagai ketentuan_NYA
kepada manusia. Penciptaan alam keseluruhannya adalah untuk manusia itu
mengambilnya sebagai suatu anugerah daripada Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha
Penyayang. Dari satu keadaan buruk atau susah kepada satu keadaan baik dan
senang dengan ketentuan Allah SWT, manusia itu sebenarnya sentiasa didalam
rahmah dan nikmat Tuhan didalam kedua dua keadaan tersebut. Sewajarnya manusia
bersyukur dan berterima kasih, kerana tiada upaya mereka mengadakan sesuatu itu
mengikut kemahuan citarasa. Sesungguhnya manusia tidak menyedari untung nasib
dan takdirnya!
11:9 Dan
sesungguhnya jika Kami berikan kepada
manusia dari Kami rahmat, kemudian Kami cabut darinya, sesungguhnya pastilah
dia berputus asa dan sangat engkar.
Sesungguhnya kesusahan itu boleh
sahaja membawa kepada kekufuran terhadap Alah SWT. Apabila ditimpa musibah
manusia akan berkeluh kesah dan gundah gulana sentiasa, sehingga berputus asa
kepada Tuhan. Menyesali nasib dan kecewa dengan takdir dengan marah merungus
terhadap keadaan, makhluk dan sesama manusia, malahan menyalahkan Tuhan diatas
masalah yang menimpa. Manusia itu menjadi tidak keruan pada tutur dan tingkah
bagai gila apabila dilanda musibah.
11:10 Dan sesungguhnya
jika Kami berikan kepadanya kenikmatan setelah penderitaan yang telah
menimpanya, sesungguhnya dia akan berkata telah lenyap berbagai musibah dari
ku. Sesungguhnya dia sangat gembira dan bangga
Kesenangan yang dinikmati juga boleh
menyebabkan manusia menjadi kufur kepada Tuahnnya! Mereka melahirkan rasa
sangat gembira sehingga terkadang
terlupa kepada Tuhan apabila beroleh kesenangan seperti kejayaan dan
kekayaan. Mereka melahirkan kesukaan sakan yang melampaui batas. Menjadi sombong
dan bongkak dengan mengatakan keupayaan dan kebijaksanaan dirinya sendiri
menyebabkan memperolehi apa yang dihajatinya. Orang lain baginya bodoh lagi
tidak berkeupayaan sepertinya.
Kebanyakan manusia tidak mahu
bersyukur dan berterima kasih, malahan mereka tidak tau bagaimana mau
berbuat! Manusia bersyukur dan berterima kasih apabila memperolehi sesuatu yang
dihajati, yang baik baik dan yang disukai sahaja. Itu pun hanyalah sekadar
ucapan. Jika beroleh sesuatu yang diluar keinginan, manusia itu tidak mungkin
bersyukur sebaliknya menyesali dan berdukacita.
Seperkara lagi, manusia selalunya tidak bersyukur jika keinginannya
tidak mencapai 100% seperti yang dikehendakinya. Tidak pernah berpuas hati.
Cara dan gayanya menjadi lebih agresif termasuk berbuat dengan melanggar hukum
dan undang undang demi mencapai matlamatnya. Manusia mahu mendapatkan berlebih
lebih keberuntungan dengan hanya sekali gus datangnya!
94:5&6 Kerana sesungguhnya
sesudah kesusahan itu ada kesenangan. Sesungguhnya sesudah kesusahan itu ada
kesenangan
Didalam Firman Allah SWT
tersebut, dua kali ditegas bahawa,
sesungguhnya disebalik setiap kesusahan
itu pasti akan datang kesenangan. Disebalik kesusahan atau pun musibah itu ada
hikmah iaitu kesenangan untuk dinikmati dikemudiannya. Jangan merungut
menyesali akan kesusahan yang melanda, kerana manusia itu tidak dapat lari dari
permasalahan dalam hidup. Tidak perlu berasa kecewa sehingga berputus asa,
kerana permasalahan tidak akan selesai, sebaliknya akan semakin bertambah
berat. Sehubungan itu manusia sewajarnya menerima terlebih dahulu musibah
dengan rasa kesyukuran. Tanpa mengalami masalah didalam kehidupan, seseorang
itu tidak dapat memahami erti kenikmatan sebuah kesenangan. Tidak seorang pun
yang dapat merasakan kesenangan tanpa terlebih dahulu mengharungi kesusahan.
Tiada siapa dapat mengerti kenikmatan kesenangan itu dengan tidak merasakan
kesulitan terlebih dahulu. Merasakan nikmat kesenangan selepas kesusahan, malah
manusia itu merasakan betapa nikmatnya bersabar sewaktu kesusahan. Sesungguhnya
kesusahan dan kesenangan adalah nikmat yang sepatutnya disyukuri oleh manusia.
Susah senang atau buruk baik diatas muka bumi ini daripada Allah SWT.
Sewajarnya manusia itu bersyukur dan
berterima kasih diatas kesusahan dan kesenangan itu. Didatangkan kesusahan dan
kesulitan itu sebagai ujian yang menuntut sifat sabar seorang hamba. Berendah
diri atas sifat kehambaan yang selayaknya tiada upaya untuk mendapatkan sesuatu
itu mengikut kemahuannya melainkan seizin Tuhan. Kehendak Tuhan yang Maha
Pencipta selalu tidak menepati kehendak citarasa manusia itu, namun Alah SWT
mahukan yang terbaik untuk hamba_NYA. Tuhan Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Mungkin sahaja yang diperkenankan hanya sebahagian, namun jika bersyukur dan
berterima kasih maka Allah hu taala akan memberikan tambahan nikmat yang lebih
banyak. Sikap kehambaan dan bersabar sebenarnya adalah nikmat yang tidak
terhingga dapat dirasakan.
34:1 Segala puji bagi
Allah yang memiliki apa yang dilangit dan apa yang dibumi dan bagi_NYA segala
puji diakhirat. Dia yang Maha Bijaksana dan lagi Maha Mengetahui
Sesungguhnya segala sesuatu yang
dilangit, dibumi dan diantara keduanya
itu adalah milik Allah SWT, termasuk manusia. Setiap keburukan dan
kesusahan serta kebaikan dan kesenangan itu hanyalah diatas Kehendak_NYA. Allah
hu taala Maha Bijaksana menciptakan segala sesuatu itu lagi Maha Mengetahui
mengapa dan untuk apa segala sesuatu
itu. Sungguh segalanya adalah cubaan dan perujian kepada tahap keimanan manusia
terhadap Tuhan. Hikmah dan nikmat tidak terhitung banyaknya untuk manusia
daripada Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Bersyukur dan berterima
kasih sebagai pelajaran dan pengajaran kepada tingkatan ketaqwaan seseorang itu
terhadap Allah SWT. Sesungguhnya Allah SWT menjanjikan
keberuntungan yang besar untuk manusia, baik didunia mau pun di akhirat!
21:35 Tiap jiwa merasakan mati dan Kami menguji
kalian dengan keburukan dan kebaikan sebagai ujian, dan kepada Kami kalian
dikembalikan
Sesungguhnya segala sesuatu yang dilangit,
dibumi dan diantara keduanya, termasuk manusia itu adalah milik Allah SWT, dan
kepada_NYA manusia dikembalikan.
Marilah bersyukur dan ucapkanlah T
ER I M A K A S I H!, T e r i m a kasih!!
terima kasih!!!
Wassalam ...
(Catatan
akan datang menbicarakan ‘HUBUNGAN SYUKUR DAN DOA’, insyaALLAH)