‘PEMUDA BANI TAMIM, ORANG SEBELAHAN TIMUR DAN IMAM
MAHDI’
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Sabda
Nabi SAW : Akan datang Panji-panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka
adalah kepingan-kepingan besi. Sesiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang
kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka, sekalipun merangkak di atas salji
Tiap-tiap
umat mempunyai batas waktu ; maka apabila telah datang waktunya mereka tidak
dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak dapat (pula)
memajukannya.“Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman
kenabian itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman
itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan
seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah
kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya. Lalu berlakulah zaman pemerintahan
yang menggigit (Zaman Fitnah). Berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah
kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya. Kemudian berlakulah zaman penindasan
dan penzaliman (Zaman Diktator) dan berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah
kehendaki.
Kemudian
berlaku pula Zaman Kekhalifahan (Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s.) yang berjalan di
atas cara hidup Zaman Kenabian.”Akan ada orang-orang yang keluar dari sebelah
Timur, lalu mereka mempersiapkan segala urusan untuk al-Mahdi, yakin
pemerintahnya” (Ibnu Majah)
NOTA : Sebelum zahirnya Imam Mahdi, akan terlebih dahulu dizahirkan
pembantu kanan Imam Mahdi itu, yang peribadinya disebutkan dalam banyak Hadis sebagai
Pemuda Bani Tamim, yang merupakan pemegang bendera (Panji-panji Hitam) kepada
Imam Mahdi. Jemaah Pemuda Bani Tamim inilah yang disebut ‘Orang sebelahan
Timur’ didalam catatan seterusnya.
3. (yaitu)
sembahlah olehmu Allah, bertakwalah kepada-Nya dan taatlah kepadaku
Zaman Kenabian bermaksud yang sangat jelas bahawa dizaman tersebut Nabi mengajak manusia kepada Tuhannya dengan menyerukan Ayat ayat Allah hu taala. Zaman Kitabullah al Quran nulKareem Kalamullah itu dijadikan sebagai perlembagaan kehidupan. Kehidupan Orang sebelahan Timur dan Imam Mahdi sebagai Pemimpin yang dinantikan kedatangannya hanyalah berlandaskan Kalamullah. Jemaah Orang sebelahan Timur dan Mahdi Imam bersatu dibawah Kalimah Allah SWT. Mereka bersama sama menerima pakai terlebih dahulu al Quran nulKareem. Mereka sentiasa menyerukan Ayat ayat Allah kepada manusia sebagai petunjuk dari Tuhan. Dengan al Quran Kalamullah iru, Imam Mahdi dan Orang sebelahan Timur diangkat oleh Tuhan atas KehendakNYA.
Zaman Kenabian bermaksud yang sangat jelas bahawa dizaman tersebut Nabi mengajak manusia kepada Tuhannya dengan menyerukan Ayat ayat Allah hu taala. Zaman Kitabullah al Quran nulKareem Kalamullah itu dijadikan sebagai perlembagaan kehidupan. Kehidupan Orang sebelahan Timur dan Imam Mahdi sebagai Pemimpin yang dinantikan kedatangannya hanyalah berlandaskan Kalamullah. Jemaah Orang sebelahan Timur dan Mahdi Imam bersatu dibawah Kalimah Allah SWT. Mereka bersama sama menerima pakai terlebih dahulu al Quran nulKareem. Mereka sentiasa menyerukan Ayat ayat Allah kepada manusia sebagai petunjuk dari Tuhan. Dengan al Quran Kalamullah iru, Imam Mahdi dan Orang sebelahan Timur diangkat oleh Tuhan atas KehendakNYA.
Imam Mahdi, dari sudut bahasa terdiri dari dua kata
iaitu ‘IMAM + MAHDI’. Imam bermaksud “ikutan“ atau orang yang diikuti.
Seseorang yang diikuti bererti sedang berada diposisi terhadapan, dengan
sejumlah orang yang mengikutinya dibelakang. Sebutan ‘Imam’ itu adalah dari
bahasa Arab, manakala adalah ‘PEMIMPIN’ didalam bahasa Melayu.
Sebutan ‘Mahdi’ juga berasal dari bahasa Arab yang
pengertiannya didalam bahasa kaum ialah ‘yang menunjukkan’. Apabila ditelaah
lebih dalam lagi, bererti menyatakan seseorang yang mampu memberikan petunjuk
dengan menguasai perihal petunjuk tersebut.
Imam Mahdi adalah seorang manusia yang membawa
petunjuk. Didalam bahasa Melayu yang sangat mudah ialah ‘Pemimpin yang
membawa petunjuk’ Disudut agama Islam pastilah petunjuk yang dibawa oleh
Pemimpin tersebut adalah al Quran nulKareem, Kalamullah-Kitabullah. Pemimpin
yang hanya menjadikan al Quran sebagai petunjuk jalan yang lurus lagi benar
kepada manusia untuk di ikuti (imani). Wajib menjadi seorang pengikut kepada
Pemimpin yang membacakan dan menyerukan Kalamullah sebagai petunjuk jalan untuk
kembali kepada Allah SWT, Tuhan Pencipta.
Bermenjak
menjak terdapat
banyak gerombolan muncul mendakwa
sebagai Orang sebelahan Timur dan selalunya ketua mereka mengisytihar diri
sebagi Imam Mahdi. Sudah ramai seorang anak manusia menyusun gerombolan dengan
menciptakan ciri ciri tersendiri pengikutnya sebagai Orang sebelahan Timur yang
mengikutinya membabi buta dengan mempertahankannya sebagai Imam Mahdi.
Diujudkan teori samada berbentuk evolusi, revolusi dan transformasi termasuk
menyelitkan unsur magik, bid’ah dan khurafat sebagai kepercayaan (iman) dan
dijadikan peribadatan. Dari ilmu, amal dan aqal fikir mereka mengangkat diri
sendiri sebagai Imam Mahdi dan gerombolannya sebagai Orang sebelahan Timur
dengan melampaui batas mendahului sebagaimana Kehendak Allah hu taala.
106. Ikutilah apa yang
telah diwahyukan kepadamu dari Tuhanmu; tidak ada Tuhan selain Dia; dan berpalinglah
dari orang-orang musyrik
Perbedaan jelas diantara Jemaah Orang sebelahan
Timur dan Imam Mahdi yang benar dan gerombolan palsu ialah berpegang kepada al
Quran dan sentiasa menyerukan Ayat ayat Allah hu taala kepada manusia. al Quran
mempersatuakan jiwa dan raga mereka. Tidak membuat pengakuan dan pengsytiharan sebagai
Pemuda Bani Tamim, Jemaah Orang sebelahan Timur mau pun mengangkat diri sebagai
Imam Mahdi, sebaliknya sentiasa al Quran itu sebagai perlembagaan kehidupan.
Kepercayaan manusia kepada kesah Imam Mahdi
sebenarnya tidak tergugat, namun kebanyakan mereka tidak berpegang kepada asas aqidah yang
betul. Semua kepingin menjadi Jemaah Orang sebelahan Timur yang membawa Panji
panji Hitam bersama Imam Mahdi, malahan ada mengaku menjadi Pemuda Bani Tamim
malahan juga sebagai Imam Mahdi tersebut. Telah muncul orang orang dan
gerombolan seperti itu sekian lama sehinggalah sekarang. Samada pendapat orang
lain terhadap seseorang itu atau diantaranya ada yang merasakan diri sendiri
membuat penilaian berkarektor fizikal
raut wajah dan sosok tubuh. Kebanyakan manusia tertunggu tunggu akan Pemuda
Tamim dan Imam Mahdi tetapi meletak takrif pemimpin itu dengan pelbagai
ketentuan yang lahir dari aqal fikir dan citarasanya.
3:138 (al Quran) ini adalah keterangan untuk manusia, jadi
petunjuk dan pengajaran bagi orang yang taqwa
Malangnya unsur seperti Zaman Kenabian yang membawa al Quran
nulKareem tidak langsung menjadi titik tolak penilaian, melainkan tokok tambah
dengan kehebatan pelik, ajaib dan luar biasa. Mereka mudah menjadi taksub
kepada dakyah songsang yang jauh terpesung daripada keadaan Zaman Kenabian yang
hanya membawa al Quran itu. Keadaan karut marut yang jelas sehingga menolak dan
menentang apabila al Quran itu disampaikan kepadanya! Mereka menolak kepimpinan
al Quran kerana dirinya sendiri tidak beriman kepada Kitabullah! Sebenarnya
terlebih dahulu hendaklah seseorang yang menerima al Quran tanpa debat dan
alasan, serta beriman kepada Kitabullah dengan sesungguhnya. Persoalan siapa
Pemuda dan Imam Mahdi itu adalah Kehendak Allah SWT yang akan mengangkat kedudukan
melalui keterangan Kalamullah jua. Manusia manusia akan bersatu dan penyatuan
itu hanya dengan al Quran nulKareem tersebut. Tuhan mendatangkan Pemimpin itu
dari kalangan mereka yang pembawaan hanyalah Kalamullah sebagai petunjuk.
Pemimpin itu berkepimpinan petunjuk al Quran. al Quran itu petunjuk dari Tuhan.
Allah SWT jua yang menunjuki manusia itu untuk kepadaNYA!
4:59 Hai orang orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah
Rosul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan
pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rosul, jika
kamu benar benar percaya kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu
lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya
Pengkhususan tulisan ini bukan kepada menentukan
Orang sebelahan Timur, Pemuda Bani Tamim dan Imam Mahdi, sebaliknya mengajak manusia terlebih dahulu kepada al
Quran itu sebagai landasan seperti pada Zaman Kenabian tersebut. Sewajarnya
bergabung kepada jemaah pimpinan al Quran. Tidak menyampai mentaati kepada Allah SWT dan
Rosulullah itu jika Pemipin dan Jemaah al Quran itu ditentang dan dimusuhi. Penentang
itu telah memusuhi Tuhan yang
menCiptakannya. Manusia yang didalam keadaan menentang Kitabullah, sesungguhnya
mereka itu sangat jauh untuk bersatu dengan Pemuda Tamim, Jemaah Orang
sebelahan Timur, apa lagi untuk berjuang bersama Imam Mahdi yang ditunggu
tunggu selama ini.
Ingatlah,
barangsiapa yang menolak menentang al Quran Kalamullah itu adalah sebenarnya
diposisi yang berlawanan dengan Imam Mahdi. Mereka sebenarnya adalah gerombolan
konco konco Dajjal! Dajjal, satu nama yang sudah sering kita dengar,
sebenarnya memakai gelar yang sama dengan gelar Nabi Isa putra Mariam yaitu ‘al
Masih’, bezanya Isa putra Maryam memakai gelar itu dibelakang namanya iaitu Isa
al Masih, sedangkan Dajjal memakai didepan namanya iaitu al Masih adDajjal. al Masih secara bahasa bererti ‘penghapus’,
sesungguhnya bertepatan Nabi Isa putra Maryam yang memakai gelar ini disebut
‘Sipenghapus Dosa’. Dajjal secara bahasa bererti Pembohong’, maka gelar al
Masih tersebut menjadi ‘Sipenghapus dosa yang bohong’ atau pendusta atau
palsu. Sesuatu yang bohong
atau palsu sudah pasti ianya tidak membawa petunjuk yang benar lagi lurus iaitu
al Quran Kalamullah melainkan yang diaqal aqal fikiran sahaja yang tentunya
berlandaskan hawa nafsu semata.
Setiap
perkara yang bertentangan dengan al Quran Kalamullah itu akan menghidupkan Dajjal dikalangan manusia
sebagai pemimpin! Jika pemimpin dikalangan manusia itu bukan yang mengajak
kepada Allah hu taala dengan Ayat ayatNYA, pastilah ianya juga seperti Dajjal!Manusia yang mengenepikan al Quran
dengan sendirinya sebagai penentang yang memusuhi Jemaah Orang sebelahan Timur
dan Imam Mahdi. Kegiatan utama Dajjal ialah memutar balikan Ayat
ayat Allah SWT, yang akan menipu dan menjerumuskan manusia kelembah kebinasaan
dan akhirnya menerima azab dari Allah swt. Dajjal berusaha berbohong dengan
menyajikan kebaikan atau sesuatu yang nilainya baik kepada manusia berpandukan
ilmu, amal dan aqal fikir semata padahal
ternyata itulah yang buruk, dan sebaliknya Dajjal akan berusaha menunjukkan
yang dianggap buruk padahal itulah yang ternyata baik.
Tidak hanya memutar balikan Kalamullah, gerombolan
konco Dajjal kelihatan bagai pasukan
elite yang berilmu dan beramal atas nama Islam tetapi tidak berkemampuan
memberikan pentunjuk dengan agama itu. Pelbagai fitnah disebarkan agar manusia memusuhi Jemaah al Quran
dengan mengatakan gila, sesat dan murtad kerana tidak setinggi ilmu dan
sebanyak amalan seperti mereka. Sedari
awal usaha mereka menghalang al Quran itu dibaca dan disampaikan secara Zaman
Kenabian untuk menafikan Pemuda Tamim, Orang sebelahan Timur dan Imam Mahdi
yang dijanjikan kedatangan oleh Tuhan. Akan tiba masa dan ketikanya hanya mereka yang menerima dan beriman kepada
al Quran Kalamullah sebagai pengikut Imam Mahdi untuk menghancurkan gerombolan
pimpinan alMasehul Dajjal.
Sebelum
sesiapa sahaja yang mahu bersama Orang sebelahan Timur, berada bersama Pemuda
Tamim dan Imam Mahdi, maka terlebih dahulunya kamu diajak kepada al Quran
nulKareem, Kitabullah-Kalamullah, Ayat ayat Allah!
Salamunqaulammirrobbirrohiim
Salamunqaulammirrobbirrohiim