بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
“Sesungguhnya telah Kami unjukkan amanah (perintah) kepada langit,
bumi dan gunung gunung, lalu mereka enggan memikulnya dan takut menerimanya,
kemudian amanah itu dipikul oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu aniaya lagi jahil (tiada berilmu)” {33:72}
Amanah daripada Allah SWT yang dimaksudkan adalah membaca dan menyampaikan Kalamullah,
yakni al Quran nulKareem Kitabullah, kepada keseluruhan manusia dan isi
alam ini. Sudah pastilah akan ranap isi dunia apabila langit menghempap,
segala yang ada diatas bumi akan lenyap sekelip mata ditelan olehnya dan
akan hancur berkecai semuanya dipijak pijak oleh gunung ganang;
demikianlah bila mana sekiranya langit, bumi dan gunung bersetuju menerima
amanah Allah SWT tersebut kerana kebanyakan manusia itu engkar kepada
Kalamullah yang diserukan!
Hanyalah
manusia yang bodoh dan jahil
menyangupi menerima amanah Allah SWT, kerana mereka yang berilmu dan beramal tinggi
melangit atau yang punya kekayaan serta kemewahan bagaikan khazanah bumi
mahu pun manusia yang punya kuasa serta gagah bagai berdiri gunung pasti
berasa sangat hebat dan sombong untuk menerima amanah amanah Tuhan. Manusia
tersebut akan berakal akal melalui rasa rasa hatinya dengan mengagamakan agama
Islam itu baginya sendiri sedangkan "Sesungguhnya agama disisi Allah ialah Islam -
INNADDI NA'INDALLAH HILISLAM" {3:19}
Sesungguhnya
mereka yang seumpama itu menolak dan menentang malah sanggup memerangi
apabila datang kepadanya seseorang menyampaikan amanah dari Allah SWT. Kepada
jangkaan dan sangkaan mereka pastilah yang datang itu bukanlah Muhammad b
Abdullah kerana sesungguhnya mereka sangat kenal dengan Muhammad
yang pernah sebagai gembala kambing dan tidak pula tahu baca tulis,
sebaliknya mengatakan Muhammad membacakan syair syair karangan, walau
mereka mengetahui dia seorang yang ummi!
“Kami tidak mengajarkan syair kepadanya dan bersyair itu tidaklah
pantas baginya. Al Quran itu tidak lain hanyalah pelajaran dan Kitab yang
jelas” {36:69}
Kalangan kaum
kerabat dan sahabat handai menuduh sebagai sesat dan menyeleweng
kerana selama ini tidak pernah mendengarkan Kalamullah dan keterangannya, lebih
lebih lagi ianya datang dari seorang yang diketahui sejarah hidupnya yang ilmu
tidak tinggi mana dan amal ibadat tidak sebanyak mana. Bagi mereka agama
itu adalah warisan nenek moyang dahulu, cukup sekadar ikut ikutan kerja buat
peribadatan walau tiada sebarang keterangan dan penejelasan dari Tuhan. Apabila
dibaca dan disampaikan Kalamullah, mereka membenci dan sanggup memulaukan kerana
pembawaan beragama itu menyalahi adat resam dan budaya nenek moyang
selama ini. Bagi mereka al Quran itu adalah cerita dongeng orang orang
dahulu.
“Apabila dibacakan
kepadanya ayat ayat Kami, ia berkata ; (ini) dongeng orang orang dahulu” {68:15}
Bagi mereka al Quran itu sekadar bagai naskah buku cerita penglipurlara dengan
membaca dengan kemerduan suara sehingga diberikan hadiah lumayan. Anggapan
mereka sudah tidak ada Wahyu lagi,
sehinggakan dituduh sesiapa yang membaca dan menyampaikan Kalamullah itu
sebagai gila.!
“Berkata mereka
: Hai orang orang yang diturunkan al Quran kepadanya! Sesungguhnya engkau orang
gila” {15:6}
Apabila peringatan dengan membaca dan
menyampaikan Kalamullah, kebanyakan manusia itu tidak mahu mendengarkan
sebaliknya menolak dan menentang. Pertikaian kepada sijil dan ijazah sebagai ustaz dan ulama’ dipersoalkan,
sedangkan Kalamullah yang dibicarakan
adalah peringatan daripada Tuhan yang tidak akan dipertikaikan oleh mereka yang
beriman. Mereka lebih memuliakan sekeping kertas tauliah daripada kebenaran dalil dengan Ayat Ayat Allah SWT yang
dikumandangkan kepadanya. Malahan untuk menyampaikan kebenaran Kalamullah itu
walau pun sepatah menjadi amat sukar
kerana sekatan dan halangan termasuk dari pihak berwajib yang kononya sebagai jabatan penjaga agama Tuhan! Sehinggakan apabila tanpa kelayakan
yang ditentukan oleh mereka, barang siapa membaca dan menyampaikan Kalamullah
akan ditangkap, didenda dan dipenjarakan.
Dahulu
telah berlaku, akan datang pasti berlaku; dahulu dan akan datang kini sedang
berlaku! Sesungguhnya,
Kalamullah pasti akan berkumandang diatas muka bumi ini sehingga keakhirat
sebagai peringatan yang berupa khabar
gembira kepada orang orang yang beriman dan satu peringatan takut kepada yang
engkar. Swajarnya apabila Kalamullah yang dibaca dan disampaikan, mereka
yang beriman itu pasti berkata ‘kami
dengar dan kami patuh!’, namun begitu tidak hairanlah, apabila dikalangan
manusia yang menolak dan menentang tetap sama seperti dahulu yang telah berlaku
dan dimasa masa akan datang pasti berlaku juga yang sebegitu. Jika pun mereka
hidup dizaman Nabi Muhammad SAW, pastilah mereka itu sebagai penentang dan petualang sejati terhadap Allah SWT dan RasulNya! Pun sekarang begitu dan
akan datang juga begitu!
“al Quran ini tidak lain hanya peringatan bagi semesta alam” {38:87}
وَالْعَصْرِ {1} إِنَّ الإِنسَانَ لَفِي
خُسْرٍ {2} إِلاَّ الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا
بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ {3}
{al
‘Ashr103:1-3}
Allah SWT menggarapkan
al Quran itu sebagai peringatan Tuhan
menjurus kepada perintah dan
larangan yang mencakupi segala aspek kehidupan manusia. Adalah menjadi kefardhuan supaya sesama manusia itu berpesan pesan dan ingat memperingati didalam bentuk berwasiat. Sejarah Nabi Muhammad SAW
membuktikan bahawa berwasiat itu berupa majlis
berjemaah dirumah Ibnu al Arqam
bagi membicarakan Kalam Kalam Allah SWT sebagai peringatan kepada ummat.
Betapa Allah SWT
menyebut bahawa manusia itu sentiasa berada didalam kerugian sentiasa kerana masa masa hanya terbuang dengan cerita cerita temberang beserta gelak
ketawa kesukaan kepada perkara dunia semata. Sesungguhnya orang orang yang beriman dan beramal solleh itu akan
memenuhi masa dengan berpesan pesan (berwasiat) dengan kebenaran, maka tiada selain kebenaran melainkan
Kalamullah, al Quran nulKareem! Mereka sentiasa didalam keadaan bersabar
berbicarakan Kalam Kalam Tuhan. Kebanyakan manusia merasakan telah melakukan
kebaikan dan kebajikan itu, namun sebenarnya adalah sia sia malahan kerugian
kerana disisi Allah SWT ianya bukan pekerjaan amal solleh kerana tidak beriman
kepadaNya melalui kebenaran KalamNya.
Agama disisi Allah SWT
ialah Islam, maka Dia mendatangkan petunjukNya dengan Kalamullah, sewajarnya
manusia itu tidak berbolak balik hatinya apabila Kalam Tuhan dibaca dan
disampaikan. Patut untuk manusia itu taat dan patuh kepada Kalamullah kerana
apabila ditanya siapakah Tuhan, sangat bersegera mereka menjawab ‘Allah Tuhan ku!’ Mereka mengakui
kepada Allah SWT tempat kembali, sebaliknya Kalamullah sebagai petunjuk jalan
untuk kembali kepadaNya diengkari. Sewajarnya untuk menemui Allah SWT itu
hanyalah dengan mengikuti petunjuk jalan yang dariNya.
Sesungguhnya
manusia itu dikurniakan akal, namun tidak mahu memikirkan Kalamullah yang disampaikan
supaya mendapat pelajaran sebagai pengajaran dari Tuhan. Sedemikian
itu, manusia ternyata membiarkan akalnya dibawah kawalan perasaan dengan
merasakan ilmu, amal dan keturunanya telah menjadikan keIslaman pada dirinya
cukup sempurna.
“Aku menyampaikan amanat amanat Tuhan ku kepada mu dan aku hanyalah
pemberi nasihat yang terpercaya bagimu" {7:68}
Sungguhlah bodoh dan
jahil kerana tiada ilmu yang tinggi dengan lampiran sijil atau ijazah, maupun
amal yang sangat banyak, namun hanyalah Kalamullah yang dibaca dan disampaikan.
Tiada urusan selain amanah Allah SWT
untuk mengajak manusia menemui Tuhan dengan petunjuk jalan yang lurus dariNYA iaitu al Quran.
Sebagai seorang manusia yang mengaku beriman pastinyalah percaya dengan
Kalamullah, walau setinggi mana ilmu dengan ijazah dan tauliah, maupun sudah
bayak amalan.
Ditanyai Allah SWT
tentang amanahNYA, sudah terjawab oleh manusia manusia yang menolak dan menentang, dan Ahamdulillah akan disaksikan oleh Ikhwan ikhwan yang menerima Kalam Tuhan yang
disampaikan, bahawa tugasan dariNYA sudahpun terlaksanakan …
Amin amin amin ya muji
basa ilin ya Robal’alamin
Wassalam