بِسْمِ
اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
”Dan barangsiapa mengambil Allah, Rasul-Nya dan
orang-orang yang beriman menjadi penolongnya,
maka
sesungguhnya pengikut (agama) Allah, itulah yang pasti menang”
Aku kata PR
mengimbangi BN. Dia suruh aku undi
PR jika tidak suka BN! Bila masa aku cakap suka PR? Baginya, ‘mengimbangi
itu check and balance’, sebenarnya bagi aku bermaksud PR atau BN sama
dan serupa je!. Seimbang. Dia tak faham. Suasana sembang telah menjadi
tegang! Pelajaran tinggi dan berstatus pegawai kanan kerajaan tetapi bertelinga
nipis. Mukanya nampak merah dan dahi berkerut tidak puas hati. Dadanya sempit
dan fikirannya tertutup. Dia perasan kononnya sorang intelek maka cakapnya tentu benar, tetapi jelas terikut
perasaan apabila terkena tempias. Dia aku sebut sebagai Kenalan didalam tulisan
ini.
Isu bermula apabila
UMNO dan PAS mahu bermuzakarah tetapi masing masing beri syarat dan masing
masing tidak setuju dengan syarat antara keduanya. Bagi aku mereka sebenarnya mau meneruskan debat yang sudah lama
bermula dan tidak pernah berhenti pun! Dengar ceramah mereka, baca surat khabar
dan tonton tv, tak abih abih! Kerja
sia sia yang tadak paedah kerana
tiada keputusan yang benar betul
untuk diambil tindakan dan dilaksanaan. Baru baru ini, dua wakil muda berdebat
tetapi bukan untuk menentukan kebenaran sebaliknya mempertahankan hujjah
masing. Tidak ada keputusan melainkan menunjuk terer berhujjah dan berpidato. Tiada pemenang, tiada yang tewas
melainkan gemuruh tepuk tangan dari penyokong masing masing. Berdebat untuk
menjatuhkan benang basah yang cuba didirikan! Setakat ini Kenalan menuduh pula aku
duduk atas pagar. Bagi aku sokong bukan kerana suka tetapi kerana benar.
Katanya aku tiada pendirian.
Untuk apa berdebat
yang sebenarnya tidak perlu. Muzakarah aku sokong, tapi bukan seperti yang dicanangkan oleh PAS mau pun UMNO. Kedua duanya bicara soal BERSATU, siang siang PAS kata tidak akan bersatu kepada UMNO sebab
sekular; kalau nak bersatu bubar UMNO masuk PAS kerana parti Islam. Dalam PAS
sendiri belum bersatu; Presiden kata lain, Mursyidul cakap lain, yang lain lain
lagi lain! UMNO pula kata PAS tidak ikhlas, cakap berbelit dan pergunakan agama
dalam politik. Islam PAS bukan Islam sebenarnya, malahan UMNO mengaku lebih
baik Islamnya! Kenalan mengatakan aku tidak tau apa pasal politik kerana tidak menjadi ahli parti mana mana pun.
MELAYU BERSATU!
UMNO dan PAS
sebelum muzakarah sudah semacam perang, entah macam mana kalau diatas satu
pentas secara langsung? Aku menyuarakan, bermuzakarah bukan untuk mencari jalan
dengan perah kepala hotak ‘bagaimana mahu bersatu’, sebaliknya
otak yang pecah kerana insiden baling kerusi meja. Paling tidak terjuih bibir
dan berbuih mulut mempertahankan prinsip perjuangan parti. Ide, pendapat dan
cadangan tentu banyak akan dilahirkan kerana pimpinan UMNO dan PAS bukan calang
tinggi ilmu dan kepakarannya. Sesungguhnya semenjak zaman Tok Adam AS kerana
ilmu, aqal dan fikir berlaku tanding menandingi, tunjuk pandai dan tidak mahu
mengalah apa lagi untuk bersetuju dengan orang lain. Ini akan berlaku. Kenalan
menuduh aku sekadar menduga duga dan berburuk sangka kepada golongan terpelajar
macam dia.
Sebenarnya jalan
untuk bersatu sudah terbentang luas dihadapan mata, iaitu ISLAM. Islam itu mempersatukan semua tanpa mengira bangsa, bahasa
dan negara. Di Malaysia bangsa Melayu, secara otomatik agamanya Islam dan
sewajarnya sudah bersatu. Islam itu agama hakiki, namun benarkah Melayu itu
Islam, Islam-kah PAS apabila memecat seorang ahli yang dikenali sebagai tokoh
Islam, namun benarkah pula Islam-nya UMNO dengan tidak menjemput seorang pejuang
agama yang hebat masuk parti? Barangkali pejuang agama itu pun 2 X 5; 5X 2!!! Kenalan
menuduh aku telah mengkafirkan orang Melayu! Digelarkannya aku Melayu murtad!
“Innadinnaindallahilislam
– Agama disisi Allah itu adalah Islam”.
Sesungguhnya
manusia itu perlu kembali kepada Islam yang dari sisi Allah SWT. Mari bersatu kepada ketentuan dan ketetapan
Allah SWT melalui PERELEMBAGAAN TUHAN yakni Kitab Suci, al Quran nulKareem.
Sesungguhnya Allah SWT menurunkan Kitab itu untuk penyatuan ummat diatas muka bumi
ini dan Nabi Muhammad SAW sebagai suri teladan kepimpinanNYA. Selagi
perlembagaan kepartian tidak kira parti apa pun dan siapa pun sebagai pimpinan
tertingginya ternyata tidak akan mampu mempersatukan manusia itu sampai bila
bila.
Mudah, asalkan UMNO
dan PAS mahu duduk semeja bermuzakarah untuk menjalankan perintah dan larangan
Tuhan berpandukan Kalam KalamNYA. al Quran itu mencakupi segalanya termasuk
politik, ekonomi dan sosial. Ulama dan intelektual yang ramai didalam kedua parti Melayu-Islam
terbesar dan berpengaruh ini sepatutnya sebagai golongan yang mempersatukan
kepada Islam al Quran Kalamullah. ‘Allah
SWT menyuruh begini dan jangan buat begitu, jadi mari kita laksanakan begini
dan tinggalkan yang begitu!’ Berlandaskan Kitabullah dijanjikan Allah SWT
keselamatan dan kebahagian dunia akhirat.
Kenalan berpendapat kalau macam itu, Melayu-Islam tidak
akan memerintah di Malaysia. Katanya tidak ada satu pun kerajaan Islam 100%
diatas muka bumi ini. Betul pendapatnya tidak ada Islam yang memerintah melainkan
diperintah. Di Malaysia, Melayu memerintah Islam dan dibenua lain Arab yang
memerintah Islam! Mereka melemahkan agama yang dari sisi Allah SWT sehingga
dikesampingkan Islam sebagai pemerintah. Aqal fikirnya mendahulukan janji Tuhan
bahawa Islam pasti menang dan memberikan keuntungan dunia akhirat. Aku tidak mau mempersoalkan tahap keimanan dan
keIslamannya mereka! Siapalah aku, melainkan bagi Kenalan sebagai orang yang
tidak tau tentang agama.
Bukan kerana Islam mau pun al Quran itu gagal memerintah
dan mempersatukan manusia. Manusia itu sebenarnya mendahulukan citarasa semata
dengan berburuk sangka kepada agama Islam dan Tuhan. Mereka merangka system,
hukum dan undang undang namun sentiasa dipinda kerana tiada keberkesanan,
sebaliknya masalah timbul dan mendatang berulang ulang. Islam itu universal
tetapi ruang lingkupnya dikecil dan disempitkan sekadar urusan sholat, puasa,
nikah kahwin dan tahlil sahaja. Manusia mengatakan hukum dan undang undang
Islam tidak sesuai, malahan kuno dan zalim untuk dilaksanakan. Manusia akan
menjadi mundur kebelakang, miskin, dan ketinggalan dalam arus moden serba
canggih. Kenalan mengatakan aku nak jadi ustaz pulak!
Manusia hanya boleh
bersatu padu dibawah naungan Penciptanya. Tidak sebijak mana manusia dengan ilmu
dan aqalnya. Kalamullah membatasinya, namun mereka sesntiasa melampai batas
Allah SWT. Kalau kepada kepartian nyatanya manusia itu sesama anggota sering
bertelagah dan jatuh menjatuhkan. Cah keting! Hari ini bermati matian menyokong
si A sebagai presiden, lain ketika mereka juga yang menjatuhkannya. Hari ini
kawan, esuk lusa menjadi lawan. Ditabal sebagai pemimpin agung bukan kerana
kebenaran Tuhan yang dibawa tetapi pandai ngomong dan menonjolkan diri.
Kenalan menyuruh mencari negara lain kerana aku tidak
mengundi dan pilihanraya tidak perlu diadakan. Buat apa mengundi kerana yang
menang akan memerintah tidak mengikut perintah Islam. Perkara syubahah! Baginya
pilihanraya dan kerajaan (semestinya BN) akan menentukan kesinambungan
kesenangan dan keselamatan kehidupan dia dan anak isterinya. Dia melahirkan
kesyukuran dan berterima kasih kepada UMNO khususnya dengan keadaan yang selesa
baginya, namun tetapi tidak bimbang sekiranya PR memerintah akan datang kerana
dia tetap sebagai pegawai kanan kerajaan!
Semua sistem yang
ada sekarang adalah rekaan musuh. Islam sebagai agama rasmi didalam
perlembagaan hanya gula gula namun pilihanraya dan kepartian diujudkan bagi
menentukan kerajaan pemerintah berada atas kehendak dan telunjuk musuh itu.
Pilihanraya semata maukan kuasa!
Demikian itulah Malaysia kononnya diberikan kemerdekaan oleh penjajah. Menjarah
haloba, rasuah, hal jelek dan aib, fitnah dan dusta saban hari berlaku dan dipertahankan dengan
mengadakan pilihanraya kerana musuh mahu mempastikan kesinambungan sampai bila
bila. Itulah demokrasi yang asasnya
adalah provokasi dan konspirasi. Kotor! Kenalan mengatakan aku penyokong
Bersih3.0 (Perhatian 1 : Aku bukan
nyokong Perhimpunan Bersih dari yang pertama @ keseterusnya)
“Dan sesungguhnya, jika kamu tanyakan kepada mereka
siapakah yang menciptakan langit dan bumi?
Tentu mereka akan menjawab : Allah.
Katakanlah : Segala puji bagi Allah;
tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui”
Kenalan sangat tersinggung apabila dikatakan kebanyakan
manusia sama sahaja. UMNO, PAS, PKR, MCA, MIC, DAP dan yang lain lain itu
semuanya serupa. Mereka mengatakan beriman (percaya) kepada adanya Tuhan malah
menyebut namaNYA ALLAH SWT. Seorang ahli parti yang menghadapi masalah didalam
perniagaannya menyebut : ‘Tuhan Allah mau
uji sama saya!’, sedangkan dia bersembahyang ditokong. Seorang lagi berkata
selalu ke kasino di Genting Highlands dengan alasan menang @ kalah : ‘Itu Tuhan Allah punya kerja!’, walau dia pergi kuil. Sewaktu cuti persekolahan
baru baru ini aku balik kampong dan bertembung sorang kawan dimasjid ketika sholat
jumaat, dia masih main nombor ekor dan
kaki kuda sambil berkata : ‘Cuba nasib,
mana tau Allah nak bagi rezeki!’
Demikian
manusia mengagamakan agama itu didalam
aspek politik, ekonomi dan sosial. Mereka menyebutnya sebagai agama dengan
mengatakan yang bersembahyang dikuil itu Hindu, ditokong sebagai Budha, kalau
digereja orang Kristian dan dimasjid adalah Islam. Apabila diajak kembali
kepada al Quran mereka dan berkata : Itu urusan masing masing. Kubur kita lain
lain! Aduhai! Terpacul juga kata kata yang sedemikian dari mulut Kenalan dihadapan aku ketika itu.
Rumusan daripada
sembang yang tegang, taulah bahawanya
perihal agama Islam itu tercicir jauh daripada kedudukan sewajarnya didalam kehidupan.
Benar kata Kenalan tersebut
menyebutkan bahawa Kalamullah itu sebenarnya adalah untuk diri sendiri. Apabila
aku mengatakan bahawa Kalam Kalam Tuhan
itu menjadi kewajiban untuk disampaikan kepada manusia, dia selamba mengatakan ‘itu aku tau!’. Pasti aku membenarkan
Kalmullah yang disampaikannya, tak nak
pulak dia bacakan!
Akhirnya Kenalan menyindir sinis menyuruh aku
yang menjadi Perdana Menteri. Kalau aku jadi PM tentu dia sebagai TPM, malah
kalau dia mahu jadi PM pun boleh, asal saja dia mahu ‘transformasi’ yakni kembali kepada Allah SWT melalui al Quran
Kitabullah-Kalamullah. Sesungguhnya, aku sangat senang dengan sesi perbualan
atau sembang sembang kerana kesempatan bagi aku berkalamkan Kalamullah, kerana
itu adalah tugas ku sepenuh masa. Kepada Allah SWT segala sesuatu itu sama ada
mereka mahu menerima atau menolak KalamNYA, aku hanyalah seorang pemberi
peringatan .........
(Perhatian 2 : aku nyebut jugak perkataan ‘transformasi’ yang sangat popular ketika ini dalam pengertiannya
yang paling tepat, hehehehe) Kenalan mengangguk tidak, menggeleng pun tidak tetapi wajahnya mencuka, masam!
Barangkali kita
tunggu sahaja peranan Mufti Mufti dan Majlis Fatwa, kot!
Wassalam,
Wassalam,