بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
‘Alif Lam Min. Kitab ini tidak ada
keraguan padanya,
petunjuk
bagi mereka yang bertaqwa’
Didalam
terjemahan dan tafsir disebut (dalam
kurungan), ‘Kitab’ itu adalah al Quran nulKareem. Sebenarnya tidaklah Nabi Muhammad
SAW menerima senaskah ‘buku’ dari Jibril AS seumpamanya telah membawa dari
Allah SWT juga sebegitu. Sesekali Baginda tidak mengunjukkan dua naskah; satu
al Quran dan 1 lagi al Sunnah sewaktu Khutbah
Terakhirnya. Mana mungkin pula Nabi SAW menyampaikan senaskah tiap satu
Kitab tersebut kepada ummatnya waktu itu!
‘Aku
tinggalkan dua perkara. Kamu tidak akan sesat selagi berpegang teguh kepada
keduanya, iaitu al Quran dan al Sunnah’
Sesungguhnya
manusia itu mengetahui tidaklah seumpama itu kisah, namun seolah begitulah
kebanyakan manusia menganggapkannya walau tidak mengatakan seperti yang
sedemikian. al Quran nulKareem yang dibeli ditoko buku sangat dimuliakan dan
diletakkan ditempat tinggi diatas almari. Petikan Ayat ayatnya ditulis
bergulung gulung atas nama seni khat
untuk digantung didinding rumah atau pejabat sebagai perhiasan, selainnnya
untuk menghalang syaitan daripada masuk dan selebihnya supaya malaikat rahmah
yang pula bertandang datang. Paling penting apabila mempunyai naskah al Quran
melambangkan orang yang memilikinya adalah beriman dan Islam!
al
Quran sebagai naskah bermula dizaman Khalifah Usman. Kitab al Quran itu adalah
Ayat ayat Allah yang Maha Benar. Shodaqollahhul’azim. Perlambangan manusia tentang
al Quran itu salah dan menyimpang jauh sebab diturunkan. Sesungguhnya al Quran
Kalamullah itu adalah petunjuk jalan yang lurus. Khabar gembira untuk orang
yang beriman dan peringatan takut kepada yang engkar.
17:9 Sesungguhnya al Quran ini memberikan petunjuk kepada (jalan)
yang lebih lurus dan memberi khabar gembira kepada orang-orang Mu'min yang
mengerjakan amal saleh bahwa bagi mereka ada pahala yang besar
Disebutkan bahawa beriman kepada Kitabullah adalah ke4 dari Rukun
Iman 6 perkara. Bukan mahu mempertikaikan kedudukkan nombornya, namun sangat
jelas bahawa tanpa Kitabbullah-Kalamullah, manusia tiada sedikit pengetahuan
berkenaan rukun yang selainnya itu. Manusia tiada ilmu apa lagi untuk beriman
kepada Allah SWT, Malaikat, Rosul, hari akhirat serta qhda dan qhdr Tuhan melainkan dengan
Kitabullah-Kalamullah. Kalamullah sebagai petunjuk yang lurus bagi benarnya
keimanan seterusnya ketaqwaan terhadap Allah SWT. Sesungguhnya manusia itu akan
kembali kepada Allah SWT, maka tentulah petunjuk jalan yang dariNYA akan
membawa kepadaNYA.
Bukan mempersoalkan samada sudah beriman kepada
Kitabullah-Kalamullah, sebaliknya bagaimanakah untuk beriman bagi merangkumi
yang dikatakan 6 Rukun itu? Tidak sekadar perkiraan tetapi tersangat penting
menjawabnya lantaran ianya menyangkut kepada 5 Rukun Islam. Sesungguhnya bukan
ilmu dan amal menyampai kepada Allah SWT melainkan ketaqwaan kepadaNYA!
Terjawab akan persoalan bahawa adalah sia sia ilmu dan amal tanpa petunjuk yang
lurus iaitu Kalamullah.
1:6&7 Tunjukilah kami jalan yang lurus, (yaitu) Jalan orang-orang yang
telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan
bukan (pula jalan) mereka yang sesat
Tuhan tidak menzalimi manusia itu melainkan merekalah yang
menganiayai diri sendiri. Sesungguhnya jalan lurus terbentang dihadapan! Doa
dan permohonan manusia sentiasa didalam sholatnya dimakbulkan oleh Allah SWT,
sebaliknya mereka tidak mengerti dengan permintaannya, seperti burung kakaktua
yang hanya pandai mengucapkan ‘selamat
pagi’ walaupun diketika malam. Burung biul tetapi sangat mahal, kononnya
bijak berkata kata, maka samalah seperti seorang manusia beranggapan sudah
berbuat amal dengan berharap kepada pahala dan syurga dari Tuhannya!
Mustahil bagi Allah SWT menunjukkan wajah mau pun suara KalamNYA. Allah SWT bersifat Maha Kasih dan Maha
Sayang memperkenankan doa hambanya dengan sentiasa mendatangkan orang orang
yang diberikan nikmatNYA bukan mereka yang dimurkaiNYA dan yang disesatkan.
Sedari awal diperjelaskan bahawa Kalamullah itu adalah petunjuk jalan yang
lurus lagi banar, maka demikian itulah nikmat bagi orang yang berada dijalan
tersebut. Tidak mereka didalam kesesatan dan jauh daripada kemurkaan Allah SWT.
Sesungguhnya orang yang didatangkan diatas permintaan manusia itu menyerukan
Kalamullah mengajak kamu agar ikut berada didatas nikmat tersebut.
19:58. Mereka itu
adalah orang-orang yang telah diberi nikmat oleh Allah, iaitu para nabi dari
keturunan Adam, dan dari orang orang yang Kami angkat bersama Nuh, dan dari
keturunan Ibrahim dan Israil, dan dari orang-orang yang telah Kami beri
petunjuk dan telah Kami pilih. Apabila dibacakan Ayat ayat Allah Yang Maha
Pemurah kepada mereka, maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis
Sewajarnya
sekalian manusia itu menyahut salam dari yang didatangkan oleh Allah SWT
tersebut. Sesungguhnya salam yang dari Tuhan mu, Allah SWT yang berKalam. ‘Salamun qaulam
mirrob birrohim - Salam dari Tuhan yang yang Penyayang’ Sahut dan
jawab tanpa keraguan dan tidak ada rasa sangsi. Kelihatan kebanyakan manusia
bersikap dingin, malahan bersikap menolak dan menentang, sedangkan yang
dibacakan kepada mereka adalah Kalam kalam Tuhan. Jangan kamu tunggu Tuhan yang
Laisa,
yang tidak seumpama sesuatu berkalam sama kamu. Tidak usah menunggu senaskah
buku yang ada pada kamu dengan sendirinya berKalam dengan kamu. Pasti
didatangkan seorang dari kalangan kamu membaca dan menyampaikan Kalamullah
kepada kamu dengan nyata dan terangnya. Sambutlah tangannya, berbai’ah
mengambil Aku Janji Persaksian
bahawa Tiada
Tuhan Selain Allah dan Muhammad Pesuruh Allah.
48:10 Bahawasanya,
orang orang yang berbai’ah kepada kamu sesungguhnya berbai’ah kepada Allah.
Tangan Allah diatas tangan mereka, maka barang siapa melanggar janjinya,
nescaya akibat dia melanggar janji itu akan menimpa dirinya sendiri dan barang
siapa yang menepati janjinya kepada Allah, maka Allah akan memberinya pahala
yang besar
Sesungguhnya
untuk menyampai kepada Allah SWT sebagai tempat kembali, maka didatangkan yang
dari kalangan manusia pada ketika dan saat itu juga menyerukan salam dan
menghulurkan tangan. Pastilah yang datang itu mengikuti orang yang terdahulu
telah didatangkan Allah SWT dan berpegang teguh kepada Kalamullah yang
disampaikan. Menyampai tali Allah SWT (agama) itu dari dahulunya kepada yang
akan datang dengan yang sekarang. Dahulu sedemikian, akan datang juga sedemikian;
sekarang sedang sedemikian juga. Tiada yang baru apa lagi mengada ngadakan yang
lain selain dari agama dari disisi Allah SWT. ‘Innadinaindallahilislam – Agama disisi Allah
ialah Islam’ Islam dari sisi Allah SWT itu hanyalah dengan KalamNYA
semata dengan melalui anak manusia yang didatangkaNYA membaca dan meyampaikan.
7:63 Apakah kamu
(tidak percaya) dan hairan bahawa datang kepada kamu peringatan dari Tuhan mu
dengan perantaraan seorang lelaki dari golongan mu agar dia memberi peringatan
kepada mu dan mudah mudahan kamu bertaqwa dan supaya kamu mendapat rahmat
68:15 Apabila dibacakan kepadanya Ayat ayat Kami, dia berkata:
(Ini adalah) dongeng orang orang dahulu kala
Tiada
peringatan daripada Tuhan selain dari KalamNYA. Sesungguhnya kebayakan manusia
tidak percaya Allah SWT sentiasa
mendatangkan seorang pemberi peringatan KalamNYA, malahan menolak dan
menentang. Mereka menuduh gila, sesat dan murtad. Mereka mengatakan al
Quran-Kitabullah-Kalamullah hanyalah cerita cerita dahulu! Dahulunya Allah SWT berKalam dan
sekarang sedang diam. Tidak ada lagi Pesuruh Allah SWT yang didatangkan. Tiada
lagi Wahyu dan Jibril AS sudah pencen. Jika Ketua Malaikat sedang pencen,
tentulah malaikat yang lain itu juga sudah tidak bekerja lagi, maka Malaikat
pembawa rahmah, pencatat dan lainnya sudah tidak berbuat apa apa lagi.
Bagaiamana simalaikat maut dan sipeniup sangkala??? Demikian manusia menjadikan
al Quran itu senaskah buku, kalau pun membacanya hanyalah sebagai syair
penglipur lara dan perujian (musabaqah) kemerduan suara bak buluh perindu dan
diberi hadiah lumayan.
15:90&91 Sebagaimana
Kami telah menurunkan (azab) kepada orang orang yang membahagi bahagikan
(Kitabullah). (Iaitu) orang orang yang telah menjadikan al Quran itu terbagi
bagi
Golongan
yang dikatakan cendiakawan dan intelektual Islam yang punya sijil, ijazah dan
tauliah sebagai pejaga agama yang dilantik berbicara dan melaksanakan al Quran
itu menjadi terbahagi bahagi . Pelbagai ide dan pendapat dari kelompok ilmuan
tidak sehala dengan Kalamullah yang sepatutnya satu persamaan dan bukan
perbezaan. Agama itu menjadi berhala
hala (bukan patung!) dipelbagai sudut
kehidupan untuk menemui Tuhan, sedangkan Kalamullah satu hala petunjuk jalan
kembali kepadaNYA.
al
Quran itu memperjelaskan segala seuatu! Allah SWT yang mengajarkan dengan
penjelasan yang dariNYA. Sesungguhnya Kalamullah sebagai khabar gembira kepada
yang beriman dan peringatan takut kepada yang ingkar. Dikalangan manusia
didatangkan Allah SWT pembawa khabar gembira dan peringatan takut. Tidak ada
keraguan dan kekhuatiran untuk menyampaikan seruan Tuhan seperi yang terdahulu
itu. Tiada penambahan atau pengurangan dari ilmu dan aqalnya terhadap Ayat ayat
Alllah SWT. Kepada yang mahu beriman beroleh petunjuk jalan yang lurus untuk
kembali kepadaNYA, kepada yang menolak dan menentang adalah didalam kesesatan
yang membawa kepada azab siksa dari Allah SWT.
Kepada
manusia keseluruhan, hanya seruan Kalamullah yang disampaikan!
10:108 Katakanlah : Hai manusia! Sesungguhnya telah datang kepada mu
kebenaran (al Quran) dari Tuhan mu, sebab itu barang siapa yang mendapat
petunjuk maka sesungguhnya untuk kebaikan dirinya sendir. Dan barang siapa yang
sesat, maka sesungguhnya kesesatan itu mencelakakan dirinya sendiri. Dan aku
bukanlah seorang penjaga terhadap diri mu
Sabda Baginda Nabi Muhammad SAW : Barang siapa
yang menyambut salam daripada orang yang pernah menyambut salam daripada ku,
sesungguhnya mereka menyambut salam daripada ku, mereka yang menyambut salam
daripada ku sesungguhnya mereka telah menyambut ucapan salam daripada Allah
Mengapa
manusia masih beriman kepada al Quran yang diatas meja, sedangkan yang
disampaikan kepadanya kitabullah-Kalamullah ...?
Wassalam