بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
‘Dan Kami jadikan kamu berpasang-pasangan’
Sesungguhnya
Kitabullah, al Quran nulKareem; Kalamullah adalah wajib dipercayai (diimani)
sebagai syaratnya untuk menciptakan iman yang rukun iaitu ‘Rukun Iman’
Allah swt
menjelaskan penciptaanNYA keatas segala sesuatu itu pasti dengan pasangannya. Diciptakan langit dengan bumi, kebaikan dengan keburukan, berbagai
penyakit dengan ubat ubatan, racun dengan penawarnya, lelaki dengan wanita,
lawan dengan kawan dan Kebenaran dengan kebathilan.
Para
pembawa Berita Besar (Anbiya`) adalah manusia pilihan Allah swt yang membawa
dan menegakkan KebenaranNYA dimuka bumi. Semenjak zaman Adam as dan sehingga
sekarang, Allah swt sentiasa mengutus mereka dengan musuh yang menjadi lawan
tanding didalam tugasan.
Nabi Adam
as diingkari oleh Imam para Malaikat yaitu Iblis, Ibrahim as dengan
Namrudz, Musa as ditentang oleh Fir’aun, Isa dilawan oleh Imam para Yahudi dan
Herodes, Muhammad saw dimusuhi oleh Abu Jahal, dan sekarang seperti itu juga,
Imam Mahdi dihadang oleh Dajjal.
Inilah
Sunnattullah iaitu Kebenaran pasti akan berhadapan dengan kebathilan sebagai
penentang. Mengingkari dan menentang adalah sebagai musuh Kebenaran dan ianya
tertumpu kepada orang yang membawa Kebenaran. Setiap orang yang membawakan
kebenaran serta pengikutnya dimusuhi. Ketika sekarang tiada beza dengan
zaman sebelumnya, begitu juga dimasa akan datang. Dahulu berlaku, akan datang
juga berlaku; dahulu dan akan datang itu, sekarang sedang berlaku.
IMAM MAHDI
Imam Mahdi,
dari sudut bahasa terdiri dari dua kata iaitu ‘IMAM + MAHDI’. Imam bermaksud “ikutan“
atau orang yang diikuti. Seseorang yang diikuti bererti sedang berada diposisi
terhadapan, dengan sejumlah orang yang mengikutinya dibelakang. Sebutan ‘Imam’
itu adalah dari bahasa Arab, manakala
adalah ‘PEMIMPIN’ didalam bahasa Melayu.
Sebutan ‘Mahdi’
juga berasal dari bahasa Arab yang pengertiannya didalam bahasa kaum ialah ‘yang
menunjukkan’. Apabila ditelaah lebih dalam lagi, bererti menyatakan seseorang
yang mampu memberikan petunjuk dengan menguasai perihal petunjuk tersebut.
Imam Mahdi
adalah seorang manusia yang membawa petunjuk. Didalam bahasa Melayu yang sangat
mudah ialah ‘Pemimpin yang membawa
petunjuk’ Disudut agama Islam pastilah
petunjuk yang dibawa oleh Pemimpin tersebut adalah al Quran nulKareem,
Kalamullah-Kitabullah. Pemimpin yang hanya menjadikan al Quran sebagai petunjuk
jalan yang lurus lagi benar kepada manusia untuk di ikuti (imani). Wajarlah
menjadi seorang pengikut kepada Pemimpin yang membacakan dan menyerukan
Kalamullah sebagai petunjuk jalan untuk kembali kepada Allah swt, Tuhan
Pencipta.
DAJJAL
Dajjal,
satu nama yang sudah sering kita dengar, sebenarnya memakai gelar yang sama
dengan gelar Nabi Isa putra Mariam yaitu ‘al Masih’, bezanya Isa putra Maryam
memakai gelar itu dibelakang namanya iaitu Isa al Masih, sedangkan Dajjal
memakai didepan namanya iaitu al Masih adDajjal.
al Masih
secara bahasa bererti ‘penghapus’, sesungguhnya bertepatan Nabi Isa putra
Maryam yang memakai gelar ini disebut ‘Sipenghapus Dosa’. Dajjal secara bahasa
bererti Pembohong’, maka gelar al Masih tersebut menjadi ‘Sipenghapus dosa yang
bohong’ atau pendusta atau palsu. Sesuatu
yang bohong atau palsu sudah pasti ianya tidak membawa petunjuk yang benar lagi
lurus iaitu al Quran Kalamullah melainkan yang diaqal aqal fikiran sahaja yang
tentunya berlandaskan hawa nafsu semata.
‘al Masih
adDajal memiliki mata yang picik dan Tuhanmu tidaklah picik’ H.R. At-tirmidzi \
2336
Ulama dan
tok guru selalu mengajarkan bahawa bermata satu sebagai ciri sosok yang paling
menonjol bagi Dajjal. Sebenarnya bermata satu atau picik itu adalah perumpamaan
kepada Dajjal yang menilai sesuatu itu dengan hanya dari satu sisi sahaja iaitu
aqal fikirnya. Kebenaran dari Tuhan dinilai dengan aqal fikir dan rasa rasa sebagai
fakta yang berlandaskan hawa nafsu yang membawa pengertian terbalik atau
terpesong maksud sebenarnya.
Dikatakan
Dajjal datang dengan menyajikan dua tawaran kepada manusia iaitu Syurga
ditangan kanannya dan Neraka itu ada ditangan kirinya padahal yang sebenarnya
adalah sebaliknya. Ditangan kanannya adalah Neraka dan disebelah kiri adalah
Syurga.
Kegiatan utama
Dajjal ialah memutar balikan fakta, yang akan menipu dan menjerumuskan manusia
kelembah kebinasaan dan akhirnya menerima azab dari Allah swt. Menggunakan kata
sebelah ‘kanan’ sudah sangat tertanam kepada manusia bagi menyatakan makna yang
baik baik dan ‘kiri’ membawa maksud yang
buruk. Jika tangan kanan Dajjal yang diikuti maka sebenarnya adalah Neraka dan
ditangan kirinya ternyata Syurga. Dajjal berusaha berbohong dengan menyajikan
kebaikan atau sesuatu yang nilainya baik kepada manusia padahal ternyata itulah
yang buruk, dan sebaliknya Dajjal akan berusaha menunjukkan yang dianggap buruk
padahal itulah yang ternyata baik.
Dajjal didalam
satu Hadist disimbolkan dengan ‘rambutnya yang keriting membawa maksud sangat
pintar memutar balikkan fakta’ Perhatikan Firman Allah swt didalam Kitab Suci
al Quran ketika Fir’aun menentang Musa as.
“Hai kaumku, untuk mulah kerajaan pada hari ini dengan
berkuasa di muka bumi. Siapakah yang akan menolong kita dari azab Allah jika
azab itu menimpa kita! Fir’aun berkata: Aku tidak mengemukakan kepadamu,
melainkan apa yang aku pandang baik; dan aku tiada menunjukkan kepada mu selain
jalan yang benar”
Tidak
hanya memutar balikan fakta, bersama Dajjal muncul banyak fitnah ditebarkannya
agar manusia memusuhi Imam Mahdi ketika
kedatangannya. Dajjal mengumpulkan pasukan elite yang sangat mudah mengatakan
sesat kepada segolongan manusia tetapi tidak berkemampuan memberikan pentunjuk kepada yang mereka yang
dikatakan sesat itu. Sebaliknya Imam Mahdi membawa petunjuk yang melepaskan
manusia itu dari kesesatan yang nyata. Dajjal dan pasukannya tidak bertanggung
jawab atas apa yang dikatakan maupun yang tuduhkan.
Imam Mahdi
yang dinanti kedatangannya ini akan diterima pimpinannya oleh segolongan
manusia sebagai pengikut, namun akan ditentang dan dimusuhi oleh segolongan manusia
lainnya, yang dipimpin oleh Dajjal, dengan menyebarkan fitnah bagi menolak
kedatangan beliau. Walaupun Imam Mahdi sudah didatangkan oleh Allah swt, fitnah
terbesar Dajjal ialah menafikan kehadiran tersebut. Fitnah merupakan senjata Dajjal dalam memerangi Imam
Mahdi, tetapi Allah swt akan selalu melindungi dan menolongnya.
Imam Mahdi
datang untuk menjalankan perintah Allah swt untuk menyatukan keseluruhan
manusia dengan menegakkan Kebenaran dimuka bumi berlandaskan Kalamullah.
Sesungguhnya manusia berada didalam keadaan teserak dan tercerai berai. Seruan
Kalamullah disampaikan agar manusia kembali bersatu kedalam kalimat yang satu :
“Tidak ada Tuhan melainkan Allah”
“Katakanlah: Hai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu
kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak
kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatupun dan
tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sebahagian yang lain sebagai tuhan
selain Allah. Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: Saksikanlah,
bahawa kami adalah orang orang yang berserah diri (kepada Allah)”
Dajjal
sentiasa menentang dengan mengatakan ‘ Tidak ada lagi orang seperti Muhammad’.
Allah swt paparkan sejarah sebagai pelajaran dan pengajaran didalam al Quran bahawa
ini adalah perkataan orang kafir yang terdahulu. Beginilah perangai Dajjal
beserta pasukannya, ketika dizaman Nabi Muhammad saw mereka mengatakan tidak
ada lagi orang seperti Nabi Isa dan ketika dizaman Isa mereka juga
mengatakan tidak ada lagi orang seperti Nabi Musa.
Dajjal
juga menyembunyikan Ayat ayat Allah swt walaupun sebenarnya mengetahui, kerana
sangat bijak dan pakar didalam segala kitab (Umul kitab), dengan menghasut
manusia agar tidak mahu mengikuti Imam Mahdi. Dajjal menanamkan kepercayaan
bahawa taat patuh (sujud) kepada manusia adalah syirik yakni mempersekutukan
Allah swt, maka dikatakan seharusnya hanya kepada Allah sahaja untuk berbuat
taat. Demikianlah juga ucapan Iblis (Pembangkang) ketika diperintahkan Allah
swt untuk taat patuh; sujud kepada Adam as. Mereka menolak dan menyombongkan
diri.
“Wahai orang orang yang beriman! Taati Allah, taati Rosul dan Pemimpin yang diantara
kamu. Jika kamu bersalahan tentang sesuatu, maka kembalikan kepada Allah dan
Rosul, jika kamu benar benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Itu adalah
lebih utama dan lebih baik akibatnya”
Sesungguhnya
Dajjal juga adalah sosok yang taat beramal dan beribadah kerana menyembunyikan
wujud aslinya sebagai benteng sangat
kukuh yang di bangunnya sejak lama, agar demikian dia dapat memperdaya manusia dimuka
bumi bagi tujuan memusuhi, mempersulitkan dan memerangi Imam Mahdi yang datang
dengan membawa petunjuk dari Allah swt. Imam Mahdi membawa Kebenaran yang nyata iaitu al Quran
Kalamullah, akan sentiasa mengumandangkan, menerangkan serta menjelaskan Ayat ayat
Allah swt.
“Kami tidak mengutus seorang Rosul pun, melainkan dengan
bahasa kaumnya supaya ia dapat memberi penjelasan dengan terang kepada mereka.
Maka Allah menyesatkan siapa yang Dia kehendaki, dan memberi petunjuk kepada
siapa yang Dia kehendaki. Dan Dia-lah Tuhan Yang Maha Kuasa lagi Maha
Bijaksana”
Dajjal
akan selalu membantah dengan mengatakan ‘Jibril tidak pernah lagi menurunkan
Wahyu’, padahal kalau kita mau berfikir jernih bahwa Kitab Suci al Quran adalah
Wahyu yang diturunkan kepada Muhammad saw, maka ertinya Ayat ayat yang terdapat
didalam Kitab suci al Qu’an yang akan dijelaskan dengan terang oleh Imam Mahdi keseluruhannya
adalah Wahyu dari Allah swt.
Begitulah
Dajjal yang selalu menentang kepada orang yang akan menegakkan Kebenaran,
kegiatan ini sedari duhulu sehingga
sekarang, sentiasa berusaha untuk mengingkari ketetapan yang sudah ditetapkan
oleh Allah swt. Demikian sedikit pengenalan biodata sosok Imam Mahdi yang membawa petunjuk
Kebenaran berlandaskan Kalamullah dan Dajjal yang akan menghalangi dengan
menolak Ayat ayat Allah swt yang dikumandangkan.
Persoalannya, anda pengikut siapa???
WASSALAM