IKHWANnul MUSLIMINnawalMUSLIMAT

Isnin, 17 Oktober 2011

HUDUD OH! HUDUD ...

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم



Pengertian HUDUD :-

Ianya bermaksud MENAHAN @ MENCEGAH, Dari pengertian syarak i bermaksud HUKUM KESEKSAAN yang ditetapkan oleh Allah SWT kepada pelaku jenayah



Berikut Soal Jawab dengan tajuk : ‘Hudud boleh diketepi : Dr Asri’, yang disiarkan baru baru oleh sebuah akhbar haria, bersama Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, beberapa orang Ikhwan cadangkan tumpang ‘sekaki’ mejawab soalan yang sama, namun pastilah Allah SWT diutamakan dan Kalamullah didahulukan. Sesungguhnya hukum Tuhan itu bukanlah semata hudud semata seperti yang selalu diperkatakan tetapi mencakupi kepada segala perintahNYA samada suruhan maupun larangan!



1 Apakah pandangan Dr Asri mengenai kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahu melaksanakan hukum hudud di Kelantan?



Dr : Saya melihat beliau begitu serius dan bukan main main hendak melaksanakan hudud. Hasrat ini terbit dari perasaan dan tanggungjawab sebagai pemerintah Muslim terhadap Ayat ayat al Quran serta Nas nas Rasulullah SAW



KLFH : “Katakanlah : Ikutlah Allah dan rasul, jika kamu berpaling, sesungguhnya Allah tiada mengasihi orang orang yang ingkar (kafir)” Sesungguhnya perintah Allah SWT menjadi kewajiban kepada manusia yang beriman itu samada pemerintah atau pun rakyat jelata untuk mengerjakan semua suruhan maupun meninggalkan semua laranganNYA tanpa dakwa dakwinya. Adalah tanggungjawab pemerintah melaksanakan undang undang dan hukum dan rakyat menyokong atas dasar aqidah dengan berpegang teguh kepadanya



2 Sebelum ini kenyataan Dr Asri, hudud boleh dilaksanakan tetapi ia bergantung kepada suasana kondusif. Boleh Dr jelaskan?



Dr : Maksudnya, saya sokong perlaksanaannya tetapi yang perlu ditekankan hudud masih terikat dengan persekitaran dalam negeri dan pentadbiran Pusat yang saya gelarkan suasana kondusif. Mudahnya, selagi Pusat tidak memberi kerjasama, Kelantan tidak mungkin boleh melaksanakan



KLFH : "Sesungguhnya agama disisi Allah, ialah Islam. Tiadalah berselisih ahli ahli Kitab melainkan setelah datang ilmu pengetahuan kepada mereka kerana berdengki dengki sesamanya. Barang siapa yang kafir akan Ayat ayat Allah, maka sesunggunya Allah bersegera menghisabnya" Perselisihan antara negeri dan Pusat tidak mahu diselesaikan kerana bimbang akan kehilangan kepentingan duniawi. Sepatutnya sebagai seorang Islam yang memerintah tidak timbul dolak dalih, sehingga terhalang halang dan dihalang halang antara keduanya tentang urusan agama



3 Adakah hukum hudud sesuai dan praktikal dilaksanakan dinegara ini yang terdiri dari pelbagai kaum?



Dr : Kita kena lihat tujuan hudud untuk keharmonian masyarakat dan undang undang hanya dikenakan kepada penjenayah zalim sahaja dengan bukti bukti yang kukuh. Sekarang kalau kita lihat, undang undang yang dijatuhkan kepada penjenayah tidak memberi apa apa pengajaran, keluar penjara mereka tetap melakukan perkara yang sama. Inilah yang diperlukan hudud



KLFH : “Jika engkau turut kebanyakan orang yang dibumi, nescaya mereka itu menyesatkan engkau dari jalan Allah, mereka tiadalah mengikut selain dugaan sahaja dan mereka tiada lain hanya mengira ngira sahaja Bukan sewajarnya manusia itu membuat penilaian kesesuaian pada buruk baiknya setiap ketetapan dan ketentuan Allah SWT, melainkan setiap segalanya yang datangnya dari Tuhan adalah rahmatNYA bagi seluruh alam, Sesungguhnya Allah SWT Maha Pengasih lagi Maha Penyayang



4 Pandangan segelintir pihak, hukum hudud sesuai dilaksanakan di Kelantan dan Terengganu?



Dr : Seperti ditekankan, apabila berlaku ketidakadilan didalam sistem perundangan yang ada dan suasana kondusif dianggap subur, hudud menjadi sebahagian dari undang undang. Jika keadaan tidak kondusif, adalah tidak wajar mana mana pihak menyalahkan pihak lain kerana tidak melaksanakan hukum itu



KLFH : “Allah yang telah menciptakan tujuh petala langit dan seperti itu pula bumi. Perintah Allah berlaku padanya, agar kamu mengetahui bahawasanya Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu, ilmuNYA benar benar meliputi segala sesuatu Tidak ada pengecualian atau pengkhususan stuasi zaman atau lokasi tempat



5 Perlukah hudud mendapat pandangan semua pehak sebelum dilaksanakan?



Dr : Memang perlu, andai kata ia dilaksanakan tetapi menimbulkan ketidakadilan kepada semua pihak dalam masyarakat majmuk dinegara ini sewajarnya tidak seharusnya dilaksanakan



KLFH : “Wahai kaum ku! Pada hari ini kerajaan ada pada mu dengan berkuasa dibumi, tetapi siapa yang akan menolong kita dari azab Allah jika (azab itu) menimpa kita? Firaun berkata : Aku hanya mengemukakan kepada mu apa yang aku pandang baik dan aku hanya menunjukkan kepada mu jalan yang lurus” Jika ditanya pendapat maka pastilah citarasa yang difikirkan baik dan rekayasa oleh aqal manusia itu semata. Sila rujuk QS 6:116



6 Mengenai perlaksanaannya, misalnya kes zina memerlukan empat orang saksi, adakah teknologi terkini seperti video boleh dijadikan bahan bukti?



Dr : Ia tidak boleh dijadikan bukti asas untuk mensabitkan seseorang dalam kes sebab boleh mengaibkan pribadi seseorang



KLFH : Sesuatu yang dirancang maupun direncanakan adalah berbentuk fitnah dan digunakan sebagai ‘black mail’. Kriteria saksi sangat berat termasuk mengapa pelaku dan kejadian dijadikan kes, mengapa dan bagaimana pula seseorang itu sampai menjadi saksi. Saksi dusta dikenakan Qazaf iaitu 80 kali sebat



7 Jika ini berlaku adakah ia memberi imej tidak baik pada Islam?



Dr : Sekiranya ada hukum yang ditegakkan diatas nama Islam tetapi gagal membawa keadilan, maka ia bukan syariat yang Allah kehendaki, sekali pun dipetik dalil dalil agama dalam mempertahankannya, itu sudah jelas untuk difahami



KLFH : “Wahai orang orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan Agama Islam dari sisi Allah SWT adalah sebagai penjaga imej dan kehormatan yang sempurna bagi manusia



8 Bagaimana keadilan kepada orang Islam kerana perlaksanaannya untuk orang Islam sahaja sedangkan bukan Islam terlepas?



Dr : Jika perkara ini berlaku keatas bukan Islam perlu dikenakan dengan hukuman lain, namun sekiranya ia masih bebas (tidak dikenakan hukuman), jadi pelaksanaannya undang undang Islam ini tidak boleh dipanggil hudud



KLFH : Itu sedang berlaku sekarang …



9 Mengambil contoh, penjenayah bernama ‘Abu dan Ah Lee’ melakukan rompakan, seperti diketahui Abu dipotong tangan manakal Ah Lee dipenjarakan, bagaimana proses keadilan dilakukan?



Dr : Kedua duanya adalah penjenayah dan mereka mengancam masyarakat, jadi hukumannya perlulah sama. Kita perlu memasukkan unsur unsur hudud dalam sistem perundangan yang ada, itu sudah jelas kerana matlamat untuk menjaga keharmonian masyarakat bukan menjaga kepentingan penjenayah



KLFH : “Dialah yang mengutus UtusanNYA dengan membawa petunjuk dan agama yang benar agar Dia memenangkannya diatas segala agama meskipun orang orang musyrik membenci”. Sedemikian itulah sesungguhnya orang Islam diberikan tampuk pemerintahan untuk penguatkuasakan undang undang Islam kerana Allah mahu memenangkan agama itu



10 Dalam undang undang ini bagaimanakah pesalah mendapat pembelaan?



Dr : Ketika membentangkan kertas kerja sempena sambutan Hari Hudud 2011 di Kota Bharu, Kelantan 20 September lalu, saya ada menjelaskan mengenai ruangan taubat dalam hudud. Mereka yang bertaubat sebelum tangkapan dilakukan hukumannya perlu digugurkan dan digantikan dengan takzir iaitu pemerintah boleh meminda atau membatalkannya



KLFH: Semua jenayah hudud yang disabit kesalahannya wajib dikenakan hukuman hudud tanpa pengurangan, pembatalan atau pun digantikan hukuman lain seperti penjara dan denda



11 Bolehkah Dr memberikan contoh keadilan untuk mudah difahami mengenai soalan diatas?



Dr : Senang saja, jika ada kecurian, jangan angkat kes kemahkamah sebaliknya selesai antara mererka. Dalam memastikan perlaksanaan hudud, pemerintah hendaklah mendidik rakyat agar mengelakkan sikap suka mengangkat kes hudud kepada pihak mahkamah sebaliknya, hendaklah digalakkan memaafkan antara rakyat dan diselesaikan diluar mahkamah


Ini seperti Hadis Nabi SAW : Sesungguhnya pencuri pertama didalam Islam dibawa kepada Nabi SAW, lalu diperintahkan agar dipotong tangan. Wajah Rasulullah SAW seakan kecewa sedih. Mereka berkata : ‘Wahai Rasulullah!’ Seakan engkau membenci hal ini’. Jawab Nabi SAW : “Mengapa tidaknya aku benci, kamu semua telah menjadi penolong syaitan menentang saudara kamu. Sesungguhnya tidak wajar bagi pemerintah yang diangkat kepadanya hukuman had melainkan dilaksanakan” Lalu Baginda membaca Firman Allah : “Hendaklah kamu maafkan dan lupakan kesalahan, tidakkah kamu suka supaya Allah ampunkan dosa kamu”



KLFH : “Balasan kejahatan ialah dengan kejahatan yang seumpamanya tetapi siapa yang memaafkan dan berdamai, maka pahalanya disisi Alllah. Sesungguhnya Dia tidak mengashi orang orang yang aniaya kepada diri sendiri”



12 Bagaimana hudud menjamin penganutnya dalam konsep keadilan?



Dr : Seperti saya perjelaskan kepada umum, keindahan hudud bukan melihat pandangan hukuman rejam kepada lelaki atau perempuan yang berkahwin sebagai contoh. Kita perlu lihat pengkhianatan kepada pasangan dan keluarga seuatu yang amat buruk dan keji. Jika keadaan kondusif diambil kira dalam perlaksanaan hukum, kita dapati hudud mencapai matlamat sebagai pencegahan, pendidikan dan keindahan itu. Jika matlamat ini tidak Berjaya, hukumannya akan membawa fitnah dan pandangan tidak baik kepada Islam



KLFH : “Ikutlah apa apa yang diwahyukan kepada mu, dan sabarlah sehingga Allah menghukum antara kamu. Dialah sebaik baik hakim”



13 Bagaimana pula pandangan awam mengatakan hudud menyekat hak asasi manusia?



Dr : Ramai akan menganggap, apabila hudud dilaksanakan bererti ‘privacy’ individu akan terganggu. Intipan disana sini akan dibuat untuk mencari orang yang berzina dan minum arak. Ini diburukkan lagi dengan gambaran perlaksanaan sekarang yang dilakukan oleh pihak penguatkuasa agama disesetengah tempat apabila mereka akan memasang ‘spy’ dalam mencari pelaku maksiat pribadi


Ini amat salah dan bercanggah dengan Firman Allah dalam Surah al Hujurat Ayat 12 (maksudnya) : Wahai orang orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip mencari cari kesalahan orang”



KLFH : Sebenarnya kebanyakan manusia itu berkata yang sedemikian termasuk mereka yang ‘Ahli Kitab’, yang tidak sepatutnya begitu. “Segolongan diantara Ahli Kitab bercita cita hendak menyesatkan kamu, dan tiadalah mereka menyesatkan (orang lain) melainkan diri mereka, sedangkan mereka tiada sedar”



14 Sebenarnya apa masalah hendak laksana hudud dan bagaimana hendak diatasi?



Dr : Sekiranya terdapat kelompangan ketidakadilan , kita perlu mengemaskinikan enakman yang sediada dan mengadakan diskusi mengenai hudud. Ia memerlukan masa panjang dan mereka yang pakar perlu meneliti persoalan yang dikemukakan



KLFH : “orang yang membawa kebenaran dan orang yang membenarkan mereka itu adalah orang orang yang bertaqwa” Silibus maupun korikulom didalam pendidikan sewajarnya berlandaskan al Quran dan Nas, apabila manusia itu memahami pembelajaran teori maka amat mudah untuk imlimentasikan secara praktikal



15 Adakah Dr setuju dengan pendapat mengatakan pelaksanaan hudud menyebabkan pelaburan dan kegiatan ekonomi dari luar terbantut?



Dr : Sekiranya berlaku ketidakadilan sehingga menakutkan orang ramai, perkara ini boleh berlaku kerana orang luar melihat negara kita tidak sesuai untuk tujuan pelaburan dan pelbagai kekangan dilakukan kepada mereka



KLFH : “Bumi bercahaya dengan cahaya (keadilan) Tuhannya dan buku perhitungan diletakkan dan nabi nabi dan saksi saksi dihadirkan lalu diputuskan hukum diantara mereka itu dengan keadilan sedang mereka tiada teraniaya”



PENUTUP :


Sungguh pun malaikat itu beriman dan sentiasa bertasbih mensucikan Allah SWT, namun dia menjadi iblis yang ingkar akan perintahNYA sehingga dilaknati Tuhan dunia akhirat, namun demikianlah iblis menyesatkan manusia seperti mana ia sesat dengan menampakkan perkara buruk itu baik melalui pendapat ilmu, aqal, fikir dan rasa, sebagaimana Fir’aun telah mengikut langkah langkah iblis dan menerima azab yang sangat pedih didunia dan dijanjikan siksa yang sangat keras diakhirat, namun manusia itu tidak mahu mengambil pelajaran



Berkata Iblis : Hai Tuhan ku, Demi, sebab Engkau menyesatkan aku, akan ku hiaskan kepada mererka (kejahatan yang ada) dibumi (sehingga mereka pandang baik) dan demi, akan aku sesatkan mereka itu semuanya”



Manusia tidak mampu membuat kajian keberkesanan undang undang Tuhan melalui ilmu aqal dan fikiran yang sememangnya terbatas, sebaliknya akan melahirkan penentangan dan menolak hukumNYA. Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana, maka kepadaNYA tempat berlindung dari kezaliman dengan pemperolehi keadilan sebenar



“Wahai orang orang yang beriman! Masuklah kedalam Islam kaffah, dan janganlah kamu ikut langkah langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh kamu yang nyata” 2:208



Wassalam