IKHWANnul MUSLIMINnawalMUSLIMAT

Jumaat, 30 September 2011

SUNGGUHLAH AHLI KITAB ITU BERSELISIH!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

“Hai kaum kami, terimalah (seruan) orang yang menyeru kepada Allah dan berimanlah kepada-Nya, niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosa kamu dan melepaskan kamu dari azab yang pedih” [46;31]


Pada selang seminggu, minggu pertama dan kedua September, berkesempatan ana mengikuti ‘ceramah perdana’ berasingan oleh tokoh hebat dari dua pihak parti yang berlawanan. Tokoh yang terlibat bergelar ustaz, malahan dipihak masing masing adalah sebagai ulamak besar mereka. almaklum, sebagai seorang ustaz yang berkelulusan dari Timur Tengah, Kalam Kalam Tuhan sangatlah cayor dihamburkan dari bibir mereka


Menghadiri dikedua ceramah tersebut, ana sedikit pun tidak gelisah kerana marah mau pun bosan kerana diawalnya sudah bermohon kepada Allah SWT agar mendapat bimbingan pelajaran sebagai pengajaran yang dariNYA jua, sehinggalah keakhirnya persembahan mereka itu. Sesungguhnya ana bukanlah penyokong keduanya, walau pun pernah menganggotai kepada salah satu parti tersebut tiga belas tahun lampau! Sememangnya pelbagai keraguan muncul dikotak fikir yang mendatangkan bermacam persoalan, namun ana tidak mahu membuat andaian sendiri sebagai jawaban, melainkan Allah SWT telah merungkaikan segalanya didalam al Quran nulKareem. Sesungguhnya yang nyata ialah mereka adalah ‘Ahli Kitab’ yang berselisih sentiasa seperti tersebut didalam FirmanNYA


"Sesungguhnya agama disisi Allah, ialah Islam. Tiadalah berselisih ahli ahli Kitab melainkan setelah datang ilmu pengetahuan kepada mereka kerana berdengki dengki sesamanya. Barang siapa yang kafir akan ayat ayat Allah, maka sesunggunya Allah bersegera menghisabnya"


PERTAMA

Kedua Ahli Kitab sama sama mengakui pendokong Islam, tetapi sama sekali tidak mengajak bersatu kepada Islam itu. Mereka mengajak bersatu kepada parti dengan menjaminkan kemenangan keatas Islam, malahan menjamin keahlian dengan pahala dan memasuki syurga Allah SWT diakhirat kelak. Mengagamakan agama itu mengikut citarasa masing masing dengan mengaqal aqalkan dengan perasaan semata


Seorang Ahli Kitab menggesa ummat sewajarnya berbangga bila mana perlembagaan negara tercatat Islam sebagai agama resmi. Kemuliaan dan kebajikan agama itu terbukti terpelihara dengan pembinaan banyak masjid dan surau yang tesergam indah dengan kemudahan canggih serta moden telah dibina serta sudah terdapat universiti, kolej, sekolah, bank dan pajak gadai berunsurkan Islam. Beberapa kali Ahli Kitab itu melaungkan ‘Malaysia Boleh!’ kerana pencapaian antarabangsa (dan juga antara agama!) dengan membuat perbandingan telah mengatasi negara negara lain termasuk barat yang bukan Islam. Beberapa perkara yang memecahkan rekod seperti bangunan tertinggi didunia, angkasawan, perjalanan dan penerjunan kutub, merenangi Selat Inggeris, pelayaran solo dan lain lainnya dilihat beriringan dengan Majlis Musabaqah al Quran, Pengerusi Persidangan OIC, hab halal, busana Muslim, LIMA, Tabong Haji, misi keamanan Palastin serta Somalia dan sebagainya membuktikan Malaysia telah berjaya memartabatkan Islam keseluruhannya dimata dunia


Kegiatan dakwah Islamiah di Malaysia tidak terhalang malahan berkembang melalui segala ruang dan bidang termasuk lakonan serta nyayian. Ahli Kitab tersebut sempat menyanyikan beberapa rangkap lagu ‘jangan pegang pegang, duduk renggang renggang …, biar malu malu, kerana malu itu perisai orang beriman!’ Banyak rancangan berkonsepkan agama disiarkan melalui tv dan radio sehinggakan ada waktu siarannya pada jam tiga pagi! Mufti dari luar negara malahan Imam Masjidil Haram dijemput datang turut berfatwa mengisytiharkan Malaysia Negara Islam Contoh yang berlambangkan kekayaan, kejayaan dan kemajuan selaras kaca mata Islam itu sendiri


“Wahai ahli Kitab, mengapa kamu mencampurkan diantara haq dengan yang bathil dan menyembunyikan yang haq itu, sedangkan kamu mengetahuinya?’ 3:71


KEDUA

Kalamullah tidak dijadikan sebagai petunjuk dan pengajaran dari Tuhan. Meskipun Ahli Kitab petah berpidato lebih lebih lagi berkemampuan membacakan Kalam Tuhan dengan slanga Arabnya, tambahan pula beserban, berjanggut dan berjubah namun hanya Ayat Tuhan yang menepati citarasa perjuangan parti yang dikumandangkan. Mengambil sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain. Perkara halal haram dan peristiwa Isra’ Mikraj, Hijrah Nabi, Perang Badar termasuk nama nama seperti Firaun, Abu Lahab, Qorun dan sebagainya didalam al Quran itu sewajarnya menjadi contoh dan ikhtibar sebaliknya menjadi bahan lawak dan jenaka semata bagi Ahli Kitab. Penggunaan Ayat Ayat Allah dengan membuat pengertian yang menguntungkan pihak sendiri dan meletakan kesalahan dipihak yang lagi satu. Pastilah dikalangan mereka itu pandai agama dengan ijazah berjela dari Tanah Arab sepatutnya lebih mengetahui duduk perkara Kalam Kalam Allah SWT itu


“(al Quran) ini adalah keterangan untuk manusia, menjadi petunjuk dan pengajaran bagi orang orang yang bertaqwa” 3:138


KETIGA

“Tetapi Rasul dan orang orang beriman bersamanya berjihad dengan harta dan dirinya. Mereka itu memperolehi kebaikan, dan mereka itu orang orang yang beruntung” 9:88


Kedua pihak seolah terlalu syumul keIslaman mereka, sehinggakan satu pihak yang lain berada didalam kesesatan jahilliah. Pertentangan sesama dianggap sebagai Jihad Fisabilillah tanpa merujuk kepada kisah perjuangan Rasulullah SAW dan para sahabat yang berjihad semata menegakkan Kalamullah diatas muka bumi ini dengan harta dan jiwa. Allah SWT menyebut jihad itu terlebih dahulu dengan harta dan dikuti jiwa. Jika Nabi Muhammad SAW, Sity Khadijah dan para sahabat berhabis segala harta malah sanggup bergadai nyawa untuk berjihad, sebaliknya Ahli Kitab yang pandai agama hari ini tidak berhenti henti menghimpun harta setinggi gunung dengan menggunakan kepandaian agama itu! Apabila Allah memerintahkan ‘Dirikan sholat dan tunaikan zakat’, tetaplah mereka bersembahyang, berpuasa dan mengerjakan haji dua tiga kali! Ahli Kitab sebagai Ulamak yang berceramah datangnya berkereta mercedes benz, punya driver dan escort menceritakan tentang jihad tetapi malamnya tidur dihotel lima bintang beserta makan minum ditanggung beres! Percaya atau tidak, pasti mereka memperolehi bayaran yang mereka sendiri tetapkan pada Ayat Ayat Tuhan yang dijualnya ketika berceramah


“Amat besar kebencian disisi Allah bahawa kamu mengatakan apa apa yang tiada kamu perbuat” 61:3


RUMUSAN : PERSELISIHAN

“Dan janganlah kamu menjadi seperti orang orang yang bercerai berai setelah sampai kepada mereka keterangan yang jelas. Dan mereka itulah orang orang yang mendapat azab yang sangat berat” 3:105


Kita sebenarnya mahu mengungkap huraian kepada ummat yang bersatu dengan Kalimah Tuhan, namun ungkaian diatas, sebenarnya adalah sinonim dikalangan Ahli Kitab apabila pertembungan diantara yang sedang berkuasa mahu mempertahankan kekuasaan dengan yang mahu mengambil alih kekuasaan. Diperingkat ini jelas berlaku perselisihan diantara kedua pihak apabila sanggup berkata apa sahaja dan bersedia juga melakukan bertindak. Tuduh menuduh, caci cerca, maki hamun, sumpah seranah, membuka aib orang lain adalah bahan ucapan yang diangkat sebagai kebenaran sehinggakan sanggup bersumpah dengan nama Tuhan. Pelik sungguh apabila mempertahankan kebenaran dengan cara yang ditegahNYA kerana sifat dan sikap yang sedemikian nyata dimurkai oleh Allah SWT. Ternyata hasad dan dengki antara Ahli Kitab sehinggakan satu perkongsian kuasa atas nama agama gagal tercapai, malangnya sebelum pun mesyuwarah diadakan


"Diantara mereka ada satu golongan yang memutar balikan lidahnya dengan (membaca) Kitab supaya kamu kira bahawa ianya dari Kitab, padahal bukanlah dari Kitab, dan mereka berkata : Ianya dari sisi Allah, padahal bukan dari sisi Allah dan mereka berkata dusta kepada Allah, sedang mereka mengetahui” 3:78


Sangat jauh untuk ummat bersatu diatas nama agama Islam bila mana Ahli Kitab berselisih pendapat sesama mereka lebih lebih lagi tentang Kalamullah. ‘Majlis Ilmu’ sebgaiai sebuah taman syurga dimana malaikat yang turun memohonkan terhadap Allah SWT agar keberkatan kepada majlis dan pengunjungnya, sebaliknya iblisyaitan dan konco konconya tertawa terbelahak kesukaan yang amat sangat! Manakan tidak! Seruan kepada penyatuan ummat sewajarnya dibawah satu Kalimah Tuhan tidak kedengaran. Sesungguhnya Kalam Kalam Tuhan tidak menganjurkan kepada perpecahan dengan berpuak puak sesama manusia itu. Allah SWT menjanjikan kemenangan keatas agama Islam jika ummat bersatu dengan KalimahNYA seterusnya untuk menegakkan syiar diatas muka bumi ini dengan jayanya. Ahli Ahli Kitab berkenaan sangat jelas mengeluarkan pendapat dan pandangan berlandaskan akal fikir dan perasaannya semata, walau pun yang dibaca dan disampaikan adalah Kalamullah. Tidak sukar mencari kecacatan kepada yang kononnya kebenaran, kerana penyelewengan sangat ketara melalui perbuatan berserta pula dengan ucapan ucapan manusia itu


“Kami tiada menurunkan Kitab (al Quran) kepada engkau, melainkan supaya engkau terangkan kepada mereka hal hal yang mereka perselisihkan dan untuk petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman” 16:64


Pastilah diri sendiri terlebih dahulunya untuk beriman kepada Kalamullah itu, maka seterusnya disampaikan kepada manusia keseluruhannya. Bagi mereka yang sebenarnya mengetahui melalui ilmu yang dipelajarinya sehinggakan beroleh sijil dan ijazah, menjawat pula sebagai pejaga agama, sesungguhnya tidak berperanan sebagai pembawa kebenaran (haq) dan pecundang kebathilan. Kepentingan pribadi dan parti adalah urusan duniawi yang mengatasi ketetapan Allah SWT melalui KalamNYA, maka kebathilan itu bermaharajalela, maksiat dan kemungkaran berlaku disana sini dengan sewenang wenangnya


Barangsiapa yang sebenarnya berpegang kepada Kalamullah sebagai aqidahnya pastilah tiada perselisihan dan tidak mahu perbalahan sesama mereka, terutama yang pandai agama itu. Sebarang perbalahan, pertengkaran dan permusuhan pasti menuju penyelesaian terbaik sekiranya Kalamullah dijadikan landasan pembicaraan terutamanya didahulukan dengan bermsyuawarah . Perselisihan sesama mereka menjauhkan lagi manusia itu bersatu didalam agama. Pasti ummat ikut bersatu sekiranya Ahli Kitab itu sudah bersatu kepada Kalamullah


“Jikalau Tuhan mu menghendaki, tentu Dia menjadikan manusia ummat yang satu, tetapi mereka sentiasa berselisihan pendapat” 11:118. MUNGKINKAH AHLI AHLI KITAB MAHU MEYELESAIKAN PERSELISIHAN MEREKA DENGAN KALAMULLAH YANG MEREKA SENDIRI LEBIH MEMAKLUMINYA???


*Nota Terakhir September Ini :-

Pengerusi Masjid memaklumkan disempena Ulang Tahun ke 100 Tahun Masjid yang beliau memegang jawatan telah mengundang Seorang Ahli Kitab yang terkenal (Popular diTV) menyampaikan ceramah pada 24Hb September 2011 dengan bayaran RM 5000.00. ana tidak dapat hadir pada waktu itu kerana demam selsema, alaaahai …., Wassalam ayahIssa