بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalamu’alaikum warohmatullahiwabarokatuh!
(Imam Muhammad Radzi pernah membuat perumpamaan tentang ‘Orang Islam’ disuatu Malam Majlis Wasiat : Presiden dan Jawatankuasa, Kelab Melayu, Kuala Lumpur perlulah membuat seruan mengajak semua orang Melayu di Kuala Lumpur menjadi ahli kelab berpandukan perlembagaan yang baik dan menguntungkan. Orang Melayu yang tinggal di Kuala Lumpur yang berminat dan tertarik terlebih dahulunya perlu membuat pendaftaran sebagai anggota bagi membolehkan menyertai aktiviti dan memperolehi imbuhan tetapi hendaklah juga taat patuh kepada perlembagaan serta sanggup berjuang dan berkorban jiwa raga mempertahankan kelab. Nyatanya bukanlah keturunan atau pun tradisi, adat dan budaya kepada seseorang mau pun kaumnya melainkan terlebih dahulunya membuat penyataan menyertai keahlian kelab tersebut)
Ramai orang bertanya berkenaan Islam baka atau Islam keturunan dan disebut juga sebagai Islam tradisi. Jawabannya yang paling tepat ialah otomatik Islam! Tempuh dahulu diberitahukan, bahawa Islam itu adalah orangnya, jika ramai mereka akan membentuk sebuah masyarakat Islam sehingga menjadi sebuah negara dan akhirnya dunia Islam. Pembentukannya memerlukan faoundation kukuh yang akan menguatkan orang Islam seterusnya mencapai kemenangan yang dijanjikan Allah SWT!
Pertama : AKU JANJI PERSAKSIAN > “Wahai orang orang yang beriman! Masuklah kedalam Islam kaffah, dan janganlah kamu ikut langkah langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh kamu yang nyata” 2:208
Islam agama disisi Allah SWT. Tidak ada istilah Islam baka atau keturunan walaupun seseorang itu kelihatan sangat Islamik melalui ilmu dan amalnya yang sekadar ikut ikutan daripada orang terdahulu tanpa keterangan tentangnya. Tidak ada otomatis kerana berketurunan, bangsa, bahasa, negara malahan ilmu dan amalan yang sudah berperilaku seperti perintah suruhan mahu pun larangan Islam! Bagi seorang manusia yang beraqal dan baligh, yakni sudah sampai syiar Islam itu kepadanya, maka diterimanya (beriman - percaya) akan Islam itu dengan berbuat Aku Janji Persaksian, Dua Kalimah Syahadah
Apabila diajak untuk mengambil Aku Janji Persaksian, Dua Kalimah Syahadah, mereka merasakan satu tuduhan tidak Islam keatasnya. Mereka merujuk kepada QS 7:172 ...., bahawa sudah berjanji terlebih dahulunya dihadapan Allah SWT semenjak dialam roh lagi. Lebih lucu bila sebahagian mereka mengatakan sudah diajarkan syahadah sewaktu diazan dan iqomahkan sewaktu lahir dahulu! Sedangkan Rukun Syahadah ianya adalah apabila beraqal dan baligh seseorang itu. Sementelah mereka mengatakan beriman, tidaklah salah malahan digalakkan untuk bersyahadah selalu lantaran rasa tawadduk kepada Tuhan, namun mereka menjawab sememangnya acap kali mengucapkannya didalam sholatnya, sedangkan itu adalah Rukun 16!
Kedua : al QURAN nulKAREEM > “(al Quran) itu adalah penjelasan yang sempurna bagi manusia, dan supaya mereka diberi peringatan dengannya, dan supaya mereka mengetahui bahawasanya Dia adalah Tuhan yang Maha Esa dan agar orang yang beraqal mengambil pelajaran) 14:52
Dimaksudkan syiar Islam itu adalah al Quran nulKareem, Kalamullah! al Quran merupakan seruan Allah SWT, kepada mereka yang beriman adalah khabar gembira dan satu peringatan takut kepada mereka yang ingkar. al Quran itu bersifat Qodeem dan sebagai mukjizat sehingga akhirat, maka Islam itu berkembang melalui seruan seruan KalamNYA hingga keseluruh pelosok alam jagat
Kepada mereka al Quran bukan lagi sebagai wahyu dari Tuhan. Selain dibaca sebagai perujian kelunakan suara, ianya sudah menjadi senaskah buku untuk kajian, walaupun aqal fikir dan perasaan itu sewajarnya berada diatas landasan Kalamullah. Apabila aqal fikir yang sangat terbatas itu membuat penilaian terhadap Ayat ayat Tuhan, sudah tentu berlaku pertentangan dan mereka memenangkan kepuasan nafsu dan citarasa. Manusia berani mempersoalkan keberkesanan hukum dan undang undang Allah SWT dengan kesesuaian zaman dan lokasi tempat. Mereka akan mengambil sebahagian perintah dan larangan dan meninggalkan sebahagian lagi kerana diatas kepentingan duniawi. Sehingga sekarang Hukum Hudud tidak dapat terlaksana lantaran aqal fikir didahulukan dan hawa nafsu diutamakan
Ketiga : UTUSAN ALLAH > “Dan tidaklah patut bagi seorang manusia bahwa Allah akan berbicara kepadanya kecuali dengan perantaraan wahyu atau dari belakang tabir atau dengan mengutus utusan lalu diwahyukan kepadanya dengan izinNya apa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Tinggi lagi Maha Bijaksana” 42:51
Sesungguhnya Allah SWT itu Laisa, dengan itu didatangkanNYA UtusanNYA sebagai pembawa syiar kepada manusia. Utusan itu tidak menyeru dengan pendapat aqal fikir dan rasa rasanya melainkan berkalamkan Kalamullah semata. Ilmu dan amal bukan kesombongan dan kepura puraan melainkan berlandaskan Kalam Tuhan
Benar! Nabi Muhammad SAW Rasulullah terakhir, namun bukan berakhirnya agama itu selpas kewafatan baginda. Allah SWT sentiasa mendatangkan UtusanNYA sebagai pembawa syiarNYA berterusan diatas dunia ini hingga keakhir zaman. Dizaman Nabi SAW mereka yang jauh dari Kota Makkah dan Madinah tetap mengambil Aku Janji Persaksian, walau tidak pernah bertemu dengan baginda. Khalifah khalifah selepas baginda tetap berbuat yang serupa dan Rasulullah SAW sudah wafat hampir 1,500 tahun dahulu! Jika posmen juga sebagai utusan mereka yang mengeposkan surat, maka yang membawa Kalamullah pastilah sebagai Utusan Allah! Kalau pun manusia mengatakan sebagai ulama’, umara’, ustaz, tok guru, sheikh dan sebagainya, namun pastilah yang membawa seruan syiar, yakni Kalamullah tanpa tentukan upah membenarkan antara haq dan bathil. Aku Janji Persakasian menyampaikan keIslaman seseorang kepada Rasulullah, maka menyampailah kepada Allah SWT sebagai kepadaNYA tempat kembali
“Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia sesekali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama kesempitan . (Ikutlah) agama orang tua mu Ibrahim. Dia telah menamai kamu sekalian orang orang Muslim dari dahulu dan begitu pula dalam (al Quran) ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas kamu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia. Maka dirikanlah sholat dan tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu pada tali Allah. Dia adalah pelindung mu ,maka Dialah sebaik baik pelindung dan sebaik baik penolong” 22:78
RUMUSAN – PELAJARAN DAN PENGAJARAN
Agama Islam itu menyampai keterangannya melalui seruan syiar yang mengajak kepada beragama. Sekadar mendengar ilmu, melihat amalannya atau membaca tentangnya, malahan diajarkan tatacaranya untuk diperbuatkan, sebenarnya hanyalah ikut ikutan dengan tiru meniru semata. Berbuat seperti orang lain berbuat adalah menipu diri sendiri dan menzalimi diri sendiri! ‘Allahamdulillahhirobbil’alamin – Allah Tuhan Seru Sekalian Alam’, sungguh jelas seruan daripadaNYA, maka kepada manusia yang mahu beriman bertindak menyahut dengan memasukinya secara ambil Aku Janji Persaksian
Manusia beranggapan ilmu pengetahuan tentang agama itu tertakluk kepada pembelajaran dengan mentelaah kitab kitab, maka hanya mereka yang berkeupayaan dan dari golongan tertentu yang punya peluang kesempatan itu dikatakan bijak dan berilmu. Jika orang tua golongan berada dan kaya, punya kos untuk biaya, mungkin ana sendiri sudah punya kelulusan sarjana dari Jordan atau Mesir! Sepuluh tahun akan datang mungkin menjadi Tan Sri Dato Seri Mufti!!!
Tanggapan sudah sedia Islam dari baka, maka ustaz hanya mengajarkan kesempurnaan perilaku beramal dan beribadat didalam kuliah dan ceramah. Terdapat pusat pengajian khusus yang melahirkan pakar didalam bidang tertentu yang mereka sebut Ahli Feqah, Usuluddin, Tassauf dan sebagainya. Terdapat pula pondok pondok perguruan dan pengajian yang sangat ketara berbeza pula tatacara ibadat kepada Tuhan. Islam yang satu dari sisi Allah SWT menjadi pelbagai dengan dipanggil mazhab, torekat, maqom, jurusan dan sebagainya!
Sebenarnya tiada perubahan kepada dunia mahu pun penghuninya termasuklah manusia itu sendiri. Sesungguhnya tidak ada perubahan tentang Iman, begitu juga syiar al Quran, Utusan Tuhan dan agama Islam disisi Allah SWT. Dahulu telah berlaku, akan datang pasti berlaku; dahulu dan akan datang berlaku sekarang! Dari azalinya ketetapan Allah SWT. Ingatlah! Allah SWT mendatangkan UtusanNYA, semenjak bermula dengan menciptakan Adan as yang diajarkan Tuhan KalamNya, maka sebermula itu juga adanya penentang dan petualang kedatanganNYA. Sesungguhnnya tiada beza dizaman Utusan utusan Allah SWT yang terkemudiannya, seperti yang kisahkan Tuhan didalam al Quran, hanyasanya manusia itu tidak mahu mengambil pelajaran dan pengajaran dariNYA. Terdapat para keluarga, sanak saudara, para sahabat serta kaum kaum yang menjadi pendokong setia Utusan Tuhan sebagai Syuhada dan Mukmin, namun tidak semuanya kerana sebahagiannya diantara mereka menjadi musyrik, munafik, fasiq dan kafir!
PERHATIAN!!!
Penyataan yang dibuat bukan satu pembaharuan agama, malahan ada tuduhan mengatakan agama baru!. Kenyataan ini tidak mengajak ummat menjadi mundur dan kuno. Penyataan dan kenyataan ini adalah seruan mengajak manusia kembali kepada agama asalnya melalui Kalam kalamNYA sebagai landasan. Kepada Allah SWT sebagai tempat kembali, maka pasti petunjuk jalanNYA Kalamullah itu dikumandangkan Utusan
“Bagaimana kamu menjadi kafir, sedangkan dibaca kepada mu Ayat ayat Allah (al Quran) dan pada mu ada UtusanlNYA? Barangsiapa yang berpegang kepada Allah, sesungguhnya ia mendapat petunjuk ke jalan yang lurus” 3:101
......... bersambung, Wassalam