IKHWANnul MUSLIMINnawalMUSLIMAT

Selasa, 13 September 2011

BAGAIMANA IBLIS SESAT DAN MENYESATKAN???

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ


“Ingatlah ketika Tuhan berfirman kepada para malaikat : Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah dimuka bumi. Malaikat berkata : Mengapa Kamu hendak menjadikan (khalifah) dibumi orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, pada hal kami sentiasa bertasbih memuji dan mensucikan Engkau? Tuhan berfirman : Sesungguhnya aku mengetahui apa engkau tidak ketahui”


Sewajarnya manusia itu apabila membaca al Quran akan dapat mengambil pelajaran kerana sesungguhnya Kalamullah adalah petunjuk dan pegajaran kepada manusia yang bertaqwa. Bacalah Kitabullah dengan nama Tuhan mu, pastilah Allah SWT akan mengajarkan dan memberikan penjelasanNYA, namun jika sebaliknya tentulah kamu akan sekadar memperdengarkan kelunakan suara dan yang mendengarkan semata mata terlena dibuai kemerduan suara hingga tertidur dengan mulut ternganga.


Melalui wahyuNYA tersebut diatas, sebenarnya sedari awal makhluk ciptaan Allah SWT selalunya mahu mempersoalkan Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahuinya Tuhan. Sesungguhnya Allah SWT Maha Berkehendak kepada setiap segala urusanNYA tanpa tergagah atau terhalang dengan citarasa hamba hambaNYA, pun begitu tiada suatu pun yang sia sia melainkan bermanfaat, lebih lebih lagi makhluk bernama manusia!


Jika manusia itu suka membuat kerosakan dan menumpahkan darah dimuka bumi, maka Allah SWT mengajarkan ilmu dengan Kalam KalamNYA sebagai petunjuk dan pengajaran. Kepada Allah jugalah siapa yang diberikanNYA petunjuk dan kepada siapa pula yang disesatkan. Sesungguhnya tiada sebarang sedikit pun pengetahuan bagi mereka, walaupun bagi mereka itu sudah merasakan tinggi ilmunya dan banyak amalannya


“Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama nama seluruhnya, kemudian kepada malaikat berfirman : Sebutkanlah kepada Aku nama nama benda itu, jika kamu memang orang yang benar. Mereka menjawab : Maha Suci Engkau, tiada yang kami ketahui selain apa yang Engkau ajarkan. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”


Demikianlah al Quran itu sebagai pelajaran dan pengajaran bagi manusia yang mahu memikirkan. Sesungguhnya (sungguh sungguh!) benarlah al Quran itu bersesuaian sampai bila bila, sepanjang zaman sebagai petunjuk dan pengajaran untuk manusia hingga hari kiamat. Kesyumulan Kalamulllah itu tidak memerlukan perubahan mau pun sebarang penambahan, maka al Quran itu ternyata Qodeem sebagai mukjizat sehingga akhir zaman; ‘Dulu dah berlaku, akan datang pasti berlaku; dulu dan akan datang itu sekarang sedang berlaku’


Perhatikanlah perulangan kisah peristiwa dan sikap manusia diatas muka bumi hari ini yang tiada perbezaannya dengan yang terdahulu dengan Firman Allah SWT diatas. Diatas muka bumi ini, Tuhan sentiasa mendatangkan utusanNya sebagai Khalifah, yang mana seperti Adam as atas Kehendak Allah SWT jua, maka pastilah dengan ilmu Tuhan yang Dia sendiri mengajarkan melalui Kalam kalamNYA. Kalamullah jualah yang dibaca dan disampaikan oleh UtusanNYA didalam pembicaraanya sebagai peringatan kepada manusia agar tidak melakukan kerosakan dan pertumpahan darah diatas muka bumi. Silih berganti Utusan Tuhan datang tetapi sering tidak menepati kehendak dan citarasa manusia sehingga berlakunya menolakan dan penentangan yang merupakan keingkaran kepada Allah SWT. Kebanyakan manusia membuat penilaian yang hanya menepati apa yang dikotak fikiranya betul, apa yang dirasa rasakan dihatinya benar dan ikut ikut seperti mana orang lain berbuat


“Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat : Sujudlah kamu kepada Adam! Maka bersujudlah mereka kecuali iblis, ia enggan dan takabur, dan adalah ia termasuk golongan orang orang yang kafir”


Sangat jelasnya bahawa rasa takabur, sombong dan bongkak iblis menyebabkan ianya menjadi makhluk yang ingkar kepada Allah SWT dan dilaknatiNYA sehingga keakhirat. Iblis beranggapan dirinya terlalu mulia asal kejadian sehingga merasakan diri hebat dari makhluk Tuhan yang lain dan sebagai ketua kepada malaikat seolah olah telah memiliki kuasa mutlak membuat keputusan, tambahan pula sentiasa bertasbih memuji Tuhan sebagai tanda ilmu dan amalanya sudah banyak. Keadaan tersebut menjadikan dia didalam kesesatan, apabila Allah SWT memerintahkan untuk tunduk kepada Adam as, maka ia ingkar, malahan menjadi musuh kepada anak cucu Adam sehingga hari kiamat, dimana ia dan konco konconya akan sentiasa mengajak manusia itu ikut sesat seperti mana keadaannya


“Wahai orang orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu”


Perkara utama mengapa iblis itu ingkar kepada Allah SWT sehingga dilaknatNYA dunia akhirat ialah tidak mahu ia kepada Utusan yang DIDATANGKAN berKalamkan Tuhan. Sedemikian itu, maka kebanyakan manusia yang luaranya kelihatan beriman kepada Allah dengan ilmu dan amalnya, sebenarnya punya langkah seiringan dengan iblis apabila tuntutan untuk taat dan patuh kepada suruhan dan larangan Allah SWT melalui wahyu yang diturunkan kepada UtusanNYA ditolak dan ditentang. Apabila dibaca dan disampaikan Kalamullah mereka terlebih dahulu mempersoalkan kelayakan sijil, ijazah dan tauliah.


Apabila Nabi Muhammad saw sebagai seorang yang ummi mengajak manusia beriman kepada Allah SWT melalui Kalamullah yang Dia yang menjarkan telah mendapat tentangan dan ancaman, kerana kepada manusia ketika itu yang selayaknya ialah dari pendeta pendeta, ketua ketua kabilah, orang orang kaya atau penyair penyair yang ternama dan terkenal dikota Makkah. Sesungguhnya Kehendak Allah SWT yang Maha Mengetahui kepada siapa Dia mahu sebagai UtusanNYA, meskinya seorang gembala kambing yang tidak tau baca tulis, seorang yang miskin mau pun seorang driver atau buruh sekali pun. UtusanNYA tidak pernah mendahulukan ilmu, akal fikir, perasaan atau pun ikut ikut kepada orang lainya


“Ia (iblis) berkata : Tuhan ku, oleh kerana Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, aku pasti akan jadikan (kejahatan) terasa indah bagi mereka dibumi, dan aku akan meyesatkan mereka semuanya”


Terdapat mereka yang punya ijazah berjela dari Jordan atau Arab Saudi, paling tidak punya 4 Senawi mengaku sebagai ulama, ustaz, ustazah, kiyai dan tok guru. Mereka mengajarkan dan mengamalkan ilmu yang dikaji tuntutnya dengan diberikan tauliah. Mereka membicarakan agama itu mengikut ilmu akal fikir, menduga baik pada kata hatinya dan bersangka sangka pada rasa kesesuaian mengikut pada masa dan tempat. Mengambil sebahagian dan meninggalkan sebahagain dari tuntutan dan larangan Allah SWT dengan mencampur adukan antara yang haq dan bathil tanpa berasa bersalah apa lagi berdosa!


Kepada manusia lainya terpesona dengan kepetahan berpidato walaupun maki hamun serta sumpah seranah yang dihamburkan dan sangat lancar lidah mengaji tetapi sekadar berlagu bolywood. Keterampilan dengan berjubah, berserban besar dan berjanggut pengukur kepada kealiman dan kewarakan, namun baginya bicara perihal agama itu merupakan satu kerjaya yang menguntungkan dengan pendapatan lumayan, jawatan tinggi malah kepopularitian bagaikan artis


Kebanyakan manusia itu tetaplah berasakan telah mengerjakan kebaikan dan kebajikan, namun sebenarnya bukan merupakan amal solleh disisi Allah SWT. Merasa sungguh hebat sebagai sebuah negara Islam dengan membentuk pelbagai jabatan dan jawatan sebagai penjaga agama itu, tetapi undang undang dan hukuman yang dilaksanakan adalah diluar batas ketentuan Allah SWT. Perkara kemungkaran dan maksiat bermaharaja lela dan berleluasa malahan bersekongkol memberikan galakan dan sokongan atas nama kemajuan dan kemodenan. Jangan sesiapa membicarakan perihal agama secara terbuka tanpa keizinan pihak berkuasa kerana kemungkinan akan ditangkap, didenda dan dipenjarakan


Sesungguhnya Kehendak Allah SWT itu sentiasa mendatangkan utusanNYA sebagai Khalifah diatas muka bumi ini. Barangsiapa pun tentulah yang berKalamkan KalamNYA, mengajak manusia kepada Allah SWT hanya dengan petunjuk dan pengajaran yang dariNYA, yakni al Quran nulKareem. Sesungguhnya kepada Allah SWT sebagai tempat kembali, maka pastilah jalan pulang kepadaNYA mengikut petunjuk yang dariNYA. Mustahil bagi kamu melihat dan berbicara kepadaNYA, melainkan didatangkan UtusanNYA. Walaupun tidak menepati citarasa kemahuan mu, jika kamu menolak dan menentangnya, maka menyamailah kepada iblisyaitan yang takabur, bongkak dan sombong sehingga menjadi ingkar (kafir) dan mendapat laknat Tuhan


“Dan tidaklah patut bagi seorang manusia bahwa Allah akan berbicara kepadanya kecuali dengan perantaraan wahyu atau dari belakang tabir atau dengan mengutus Utusan lalu diwahyukan kepadanya dengan izinNya apa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Tinggi lagi Maha Bijaksana”


Sehubungan itu, kepimpinan bukanlah diatas kehendak dan penilaian manusia menentukan katogorinya. Jika diatas kemahuan manusia, semenjak dahulu pemimpin itu dinaikan dengan rasa sukacitanya dan tiba masanya dijatuhkan dengan perasaan benci, manakala permasalah sejagat itu tidak nampak penyelesaianya. Marilah kembali kepada Allah SWT melalui Kalam KalamNYA sebagai petunjuk dan pengajaran bagi orang orang yang bertaqwa .....


“Sesungguhnya telah Kami terangkan didalam al Quran ini untuk manusia dengan bermacam macam contoh tetapi kebanyakan manusia enggan, kecuali ingkar (kafir)”


Wassalam