IKHWANnul MUSLIMINnawalMUSLIMAT

Jumaat, 7 Januari 2011

BICARA IMAM MUHAMMAD RADZI

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


al QURAN ITU PERINGATAN


“Sesungguhnya telah Kami unjukkan amanah (perintah) kepada langit, bumi dan gunung gunung, lalu mereka enggan memikulnya dan takut menerimanya, kemudian amanah itu dipikul oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu aniaya lagi jahil (tiada berilmu)” {33:72}


Amanah daripada Allah SWT yang dimaksudkan adalah membaca dan menyampaikan Kalamullah, yakni al Quran nulKareem Kitabullahllah, kepada keseluruhan manusia dan isi alam ini. Sudah pastilah akan ranap isi dunia apabila langit menghempap, segala yang ada diatas bumi akan lenyap sekelip mata ditelan olehnya dan akan hancur berkecai semuanya dipijak pijak oleh gunung ganang; demikianlah bila mana sekiranya langit, bumi dan gunung bersetuju menerima amanah Allah SWT tersebut kerana kebanyakan manusia itu engkar kepada Kalamullah yang diserukan!


Hanyalah manusia yang bodoh dan jahil menyangupi menerima amanah Allah SWT, kerana mereka yang berilmu dan beramal tinggi melangit atau yang punya kekayaan serta kemewahan bagaikan khazanah bumi mahu pun manusia yang punya kuasa serta gagah bagai berdiri gunung pasti berasa sangat hebat dan sombong untuk menerima amanah amanah Tuhan. Manusia tersebut akan berakal akal melalui rasa rasa hatinya dengan mengagamakan agama Islam itu baginya sendiri sedangkan.

"Sesungguhnya agama disisi Allah ialah Islam - INNADDI NA'INDALLAH HILISLAM" {3:19}


Sesungguhnya mereka yang seumpama itu menolak dan menentang malah sanggup memerangi apabila datang kepadanya seseorang menyampaikah amanah dari Allah SWT. Kepada jangkaan dan sangkaan mereka pastilah yang datang itu bukanlah Muhammad b Abdullah kerana sesungguhnya mereka sangat kenal dengan Muhammad yang pernah sebagai gembala kambing dan tidak pula tahu baca tulis, namun mengatakan Muhammad membacakan syair syair karangan Baginda, sedangkan mereka mengetahui dia seorang yang ummi!


“Kami tidak mengajarkan syair kepadanya dan bersyair itu tidaklah pantas baginya. Al Quran itu tidak lain hanyalah pelajaran dan Kitab yang jelas” {36:69}


Kalangan kaum kerabat dan sahabat handai menuduh sebagai sesat dan menyeleweng kerana selama ini tidak pernah mendengarkan Kalamullah dan keterangannya, lebih lebih lagi ianya datang dari seorang yang diketahui sejarah hidupnya yang ilmu tidak tinggi mana dan amal ibadat tidak sebanyak mana. Bagi mereka agama itu adalah warisan nenek moyang dahulu, cukup sekadar ikut ikutan kerja buat peribadatan walau tiada sebarang keterangan dan penejelasan dari Tuhan. Apabila dibaca dan disampaikan Kalamullah, mereka membenci dan sanggup memulaukan kerana pembawaan beragama itu menyalahi adat resam dan budaya nenek moyang selama ini. Bagi mereka al Quran itu adalah cerita dongeng orang orang dahulu.


“Apabila dibacakan kepadanya ayat ayat Kami, ia berkata ; (ini) dongeng orang orang dahulu” {68:15}


Bagi mereka al Quran itu sekadar bagai naskah buku cerita penglipurlara dengan membaca dengan kemerduan suara sehingga diberikan hadiah lumayan. Anggapan mereka sudah tidak ada Wahyu lagi, sehinggakan dituduh sesiapa yang membaca dan menyampaikan Kalamullah itu sebagai gila.!


“Berkata mereka : Hai orang orang yang diturunkan al Quran kepadanya! Sesungguhnya engkau orang gila” {15:6}


Apabila peringatan dengan membaca dan menyampaikan Kalamullah, kebanyakan manusia itu tidak mahu mendengarkan sebaliknya menolak dan menentang. Pertikaian kepada sijil dan ijazah sebagai ustaz dan ulama’ dipersoalkan, sedangkan Kalamullah yang dibicarakan adalah peringatan daripada Tuhan yang tidak akan dipertikaikan oleh mereka yang beriman. Mereka lebih memuliakan sekeping kertas tauliah daripada kebenaran dalil dengan Ayat Ayat Allah SWT yang dikumandangkan kepadanya. Malahan untuk menyampaikan kebenaran Kalamullah itu walau pun sepatah menjadi amat sukar kerana sekatan dan halangan termasuk dari pihak berwajib yang kononya jabatan penjaga kebenaran Agama Tuhan! Sehinggakan apabila tanpa kelayakan yang ditentukan oleh mereka, barang siapa membaca dan menyampaikan Kalamullah akan ditangkap, didenda dan dipenjarakan.


Dahulu telah berlaku, akan datang pasti berlaku; dahulu dan akan datang kini sedang berlaku! Sesungguhnya, Kalamullah pasti akan berkumandang diatas muka bumi ini sehingga keakhirat sebagai peringatan yang berupa khabar gembira kepada orang orang yang beriman dan satu peringatan takut kepada yang engkar. Swajarnya apabila Kalamullah yang dibaca dan disampaikan, mereka yang beriman itu pasti berkata ‘kami dengar dan kami patuh!’, namun begitu tidak hairanlah, apabila dikalangan manusia yang menolak dan menentang tetap sama seperti dahulu yang telah berlaku dan dimasa masa akan datang pasti berlaku juga yang sebegitu. Jika pun mereka hidup dizaman Nabi Muhammad SAW, pastilah mereka itu sebagai penentang dan petualang sejati terhadap Allah SWT dan RasulNya!


“al Quran ini tidak lain hanya peringatan bagi semesta alam” {38:87}


Allah SWT menggarapkan al Quran itu sebagai peringatan Tuhan menjurus kepada perintah dan larangan yang mencakupi segala aspek kehidupan manusia. Adalah menjadi kefardhuan supaya sesama manusia itu berpesan pesan dan ingat memperingati didalam bentuk berwasiat. Sejarah Nabi Muhammad SAW membuktikan bahawa berwasiat itu berupa majlis berjemaah dirumah Ibnu al Arqam bagi membicarakan Kalam Kalam Allah SWT sebagai peringatan kepada ummat.


Betapa Allah SWT menyebut bahawa manusia itu sentiasa berada didalam kerugian sentiasa kerana masa masa hanya terbuang dengan cerita cerita temberang beserta gelak ketawa kesukaan kepada perkara dunia semata. Sesungguhnya orang orang yang beriman dan beramal solleh itu akan memenuhi masa dengan berpesan pesan (berwasiat) dengan kebenaran, maka tiada selain kebenaran melainkan Kalamullah, al Quran nulKareem! Mereka sentiasa didalam keadaan bersabar berbicarakan Kalam Kalam Tuhan. Kebanyakan manusia merasakan telah melakukan kebaikan dan kebajikan itu, namun sebenarnya adalah sia sia malahan kerugian kerana disisi Allah SWT ianya bukan pekerjaan amal solleh kerana tidak beriman kepadaNya melalui kebenaran KalamNya.


وَالْعَصْرِ {1} إِنَّ الإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ {2} إِلاَّ الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ {3}
{al ‘Ashr 103:1-3}


Agama disisi Allah SWT ialah Islam, maka Dia mendatangkan petunjukNya dengan Kalamullah, sewajarnya manusia itu tidak berbolak balik hatinya apabila Kalam Tuhan dibaca dan disampaikan. Patut untuk manusia itu taat dan patuh kepada Kalamullah kerana apabila ditanya siapakah Tuhan, sangat bersegera mereka menjawab ‘Allah Tuhan ku!’ Mereka mengakui kepada Allah SWT tempat kembali, sebaliknya Kalamullah sebagai petunjuk jalan untuk kembali kepadaNya diengkari. Sewajarnya untuk menemui Allah SWT itu hanyalah dengan mengikuti petunjuk jalan yang dariNya.


Sesungguhnya manusia itu dikurniakan akal, namun tidak mahu memikirkan Kalamullah yang disampaikan supaya mendapat pelajaran sebagai pengajaran dari Tuhan. Sedemikian itu, manusia ternyata membiarkan akalnya dibawah kawalan perasaan dengan merasakan ilmu, amal dan keturunanya telah menjadikan keIslaman dirinya cukup sempurna.


“Aku menyampaikan amanat amanat Tuhan ku kepada mu dan aku hanyalah pemberi nasihat yang terpercaya bagimu" {7:68}


Nabi Muhammad SAW bersabda ‘Agama itu nasihat’, dan nasihat itu hanyalah peringatan dengan Kalam Allah SWT.

Amin amin amin ya muji basa ilin ya Robal’alamin
Wassalam