IKHWANnul MUSLIMINnawalMUSLIMAT

Jumaat, 24 Disember 2010

AL QURAN ITU BUKAN SYAIR!


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


"Kami tidak mengajarkan syair kepadanya dan bersyair itu tidaklah pantas baginya. Al Quran itu tidak lain hanyalah pelajaran dan Kitab yang jelas” {36:69}

al Quran susah, bukan senang untuk faham. Orang Arab sendiri menyebut ianya adalah syair yang berbelit belit untuk faham dan orang Arab sendiri pun tidak faham!’ Mengapalah orang yang memberikan hujjah itu mengguna pakai alasan tersebut apabila ana membacakan Kalamullah kepadanya. Barangkali dia mengenali pak Arab tersebut atau barangkali mungkin juga saudaranya kerana hidungnya ada irap hidung orang Arab! Tentunya orang Arab itu menolak al Quran sebagai bukan seorang yang Islam! Bukan semua orang Arab itu Islam.


Sebenarnya orang ini mahu mempertikaikan al Quran yang disampaikan kepadanya disamping itu mahu mengatakan ana menterjemah dan mentafsir al Quran sesuka hati kerana tidak langsung pandai berbahasa Arab. Benar! ana tidak pandai berbahasa Arab, apa lagi untuk menjadi seorang pentafsir tetapi hanya membacakan terjemahan dan tafsiran oleh Mufashirin mufashirin tersohor lagi termasyhor dengan kitab kitabnya. Tidak siapa pun pernah berani mengatakan kitab tersebut khilaf terjemahan dan pentafsiranya malahan kitab kitab tersebut dijadikan rujukan wajib orang perseorangan, ulama kecil atau besar mahu pun di institiusi pengajian rendah, menengah dan tinggi.


ana bukan mahu mempertikaikan orang ini mahu pun orang Arab itu apa lagi para Mufashirin tetapi sesungguhnya al Quran itu tidak susah dan ianya sangat terang dan jelas. Allah SWT itu sangat bersifat Kasih dan Sayang kepada hamba hambanya dengan mendatangkan Kalamullah sebagai petunjuk dan rahmat bagi manusia. al Quran itu adalah khabar gembira kepada orang orang yang bertaqwa dan satu peringatan takut kepada orang orang yang engkar. Walaupun bahasa International al Quran itu Arab, namun untuk memahami dan mengetahuinya tentulah dengan bahasa kaum seseorang itu. Sedemikian itu sangat memudah bagi semua manusia berbangsa apa pun.


“Sungguh telah Kami mudahkan (al Quran) dengan bahasa mu, agar dengan itu engkau dapat memberi khabar gembira kepada orang orang yang bertaqwa dan agar engkau dapat memberi peringatan kepada kaum yang membangkang” {19:97}


Menurutnya perlu bagi setiap seseorang itu mencapai makam sehingga kepada ketaraf Waliullah terlebih dahulu jika mahu membicarakan ketaqwaan kepada Allah. Orang ini menerangkan untuk mencapai ketaraf tersebut perlulah seseorang itu mengenal diri dan Tuhan melalui 7 peringkat makam ilmu terlebih dahulu secara berguru dengan seseorang yang Mursyid, tanpa berguru maka syaitanlah yang mengajarkan! Tidak ana bertanyakan peringkat peringkat ilmu tersebut dan orang ini seakan tidak mampu menerangkan apabila ana mengatakan seseorang itu akan mengenal Tuhannya oleh Tuhan itu sendiri melalui Kalamullah. Pastilah untuk mengenal diri yang diciptakan dan Allah SWT yang Maha Pencipta itu hanya dengan keterangan keteranganNya melalui Kalamullah. ana juga berguru dengan seseorang tetapi ilmunya hanyalah al Quran dan Allah SWT jualah yang mendatangkan pelajaran dan pengajaran sebagai rahmatNya. Pastilah seorang guru Mursyid itu berlandaskan al Quran nulKareem, walau pun tidak pandai bahasa Arab. Sesungguhnya syaitan itu takut dan lari apabila al Quran itu dibacakan lantaran ia menolak dan kufur kepada Kalamullah!



Sesungguhnya manusia itu suka berakal akal dengan rasa rasa didalam hatinya mendifinisikan Kalimat kalimat Allah SWT itu agar bertepatan dengan kehendak citarasanya sendiri, maka timbulah rekayasa yang melampaui batas akalnya.. Baginya persoalan baik dan jahat dapat ditentukan oleh akal yang waras semata, Tuhan menyukai yang baik dan murka kepada kejahatan maka lakukanlah yang baik. Tidak perlu merujuk kepada al Quran yang hanya merupakan teori semata, yang penting katanya ialah praktikal! Sesetengah orang bertuhankan guru atau ibu bapa yang menyuruh berbuat baik namun pastinya dia bertuhankan akalnya kerana tidak mahu berdalilkan dengan Kalamullah. Apabila ana berkata demikian, dengan tegas dia menyebut: ‘Allah Tuhan ku, Tuhan itu Maha Mengetahui!’


"Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka: Siapakah yang menjadikan langit dan bumi?' Tentu mereka akan menjawab: 'Allah'. Katakanlah: Segala puji bagi Allah. Tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui" {31:25}


Barangkali Allah SWT itu datang kepadanya Berkalam, entah entah menunjukan wajahNya sekali gus! Menurutnya, sudah menjangkau 20 tahun dia mencari Tuhan dan akhirnya lihatlah kepada dirinya yang tidak merasakan kesusahan malahan tenang dan senang sentiasa, walaupun sebenarnya tadi ana melihat dia datang dihantar oleh seorang kawan kerana motosikal pun tidak ada! ana lebih susah sebenarnya walau masih berkereta kesana kemari kerana road dah lama mati!


"Kamu tidak menyembah yang selain Allah kecuali hanya (menyembah) nama nama yang kamu dan nenek moyang mu membuat buatnya. Allah tidak menurunkan suatu keterangan pun tentang nama nama itu. Keputusan itu hanyalah kepunyaan Allah. Dia telah memerintahkan agar kamu tidak menyembah selain Dia. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui" {12:40}


Demikianlah manusia itu mengada adakan iman dan taqwa didalam dada. Mereka mengujudkan agama itu sesuka hati yang sebenarnya hanya sekadar ikut ikutan semata. Menyebut nama Tuhan dan sifat sifatNya namun mereka menolak dan menentang apabila datang seseorang yang membaca dan menyampaikan Kalamullah. Apabila diminta bukti apa yang disebutkan itu maka dirinya sendirilah sebagai dalil. Seolahnya sikap kasih sayang kepada isterinya sama dengan Kasih dan Sayang Tuhan, Maha Kuasa Allah SWT itu sama sahaja dengan tenaga yang ada padanya dan Maha KayaNya sama seperti kemewahan yang dimiliki olehnya, dan begitulah sebagainya! Akhirnya bagai dia telah mengaku sebagai Tuhan. Fahamlah ana mengapa beliau menolak dan menentang apabila disampaikan Kalamullah.


Sembang sembang dengan orang itu, ana pendekan secara tiba tiba!!!



“Barangsiapa yang dikehendaki Allah untuk mendapat hidayah, Dia akan membukakan dadanya untuk menerima Islam. Dan siapa yang dikehendakiNya menjadi sesat, Dia jadikan dadanya sempit dan sesak seakan akan dia (sedang) mendaki kelangit. Demikianlah Allah menimpakan sisksa kepada orang yang tidak beriman” {6:125}



Wahai orang orang yang beriman!

Apabila membaca dan menyampaikan Kalamullah kepada orang lain, kebanyakan mereka menjadi engkar, seterusnya sering menimbulkan andaian bahawasanya telah ada Rasul yang menerima Wahyu daripada Allah SWT sesudah Nabi Muhammad SAW! Terdapat dua golongan engkar yang punya tanggapan seumpama iaitu golongan sombong dengan ilmu tinggi lantaran punya sijil dan ijazah terutamanya didalam bidang keagamaan, manakala golongan yang kedua kerana banyaknya amalan peribadatan tetapi didalam kepura puraan kerana sekadar ikut ikutan tradisi dari nenek moyang. Pengalaman dengan peristiwa dan stuasi perdebatan tegang membuktikan bahawa mereka hanyut didalam agama atas sangka sangka dan duga semata! Sesungguhnya manusia itu punya hati tetapi mati, ada mata namun buta, miliki telinga telah tuli dan akal kurniaan Allah SWT tidak mahu memikirkan pelajaran dan pengajaran dari Tuhan apabila dibacakan Kalamullah.


Kebanyakan manusia mudah mengaku sebagai ‘Pengikut Nabi’ namun percakapan dan perbuatan jauh melencung dan menyeleweng dari mengikuti Sunnah Nabi Muhammad SAW. Manusia mengaku sebagai ‘Ummat Nabi’ tetapi tidak sesekali pun menjadikan ummat dizaman Baginda sebagai contoh, malahan jauh sekali menjadikan Muhammad SAW sebagai suri teladan didalam kehidupan mereka. Sewajarnya apabila dilihat daripada perwatakan sudah tentu tersangat mencintai Nabi dan agama, namun sebaliknya mereka sangat cepat bersikap negatif malah segera membuat provokasi jahat apabila datang kepada mereka seseorang yang membaca dan menyampaikan Kalamullah. Mereka tersangat marah dan benci apabila mendengarkan seruan Ayat ayat Allah SWT sehingga menentang dan sanggup memerangi, sedangkan demikian itu adalah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW yang membaca dan menyampaikan Kalam kalam Allah SWT! Kedua dua golongan tersebut bersikap sedemikian kerana agama itu diagamakan oleh mereka sendiri secara diakal akalkan mengikut rasa rasa yang akhirnya cuma menjadi satu rekayasa yang menjadi anutan. Mereka menuduh sesat malahan mengkafirkan tanpa dalil dari Kalamullah, melainkan mereka itu sendiri didalam kesesatan kerana menolak Ayat ayat yang dibacakan.


Sedemikian itulah juga perintah dari Tuhan untuk mengumandangkan Kalimat kalimatNya diatas dunia ini sehingga hari kiamat. Benar! Muhammad bin Abdullah sebagai pembawa Berita Besar dengan sesempurnanya agama Islam yang dari sisi Allah SWT itu, namun Tuhan Maha Bijaksana lagi Maha Memelihara hamba hambaNya yang beriman dan bertaqwa kepadaNya dengan mendatangkan Utusan utusan berterusan untuk membaca dan menyampaikan Kalam kalam sebagai khabar gembira dan peringatan. Namun selepas kewafatan Muhammad, kebanyakan manusia itu mengatakan ‘Tidak ada lagi Utusan dan tidak ada lagi Wahyu Tuhan!’ Sehubungan itu al Quran hanya tinggal sebagai naskah lambang bagi agamanya.


Sesungguhnya Allah SWT pasti mendatangkan Utusan utusan kepada manusia dengan membaca dan menyampaikan Kalamullah sehingga kehari akhirat. Tidak ada agama baru selain daripada mengajak manusia itu kepada Allah SWT sebagai tempat kembalinya. Pastilah bagi hamba hamba ciptaanNya untuk bertemu Maha Pencipta hanyalah dengan mengikuti petunjuk jalan benar dan lurus dari Allah SWT, yakni Kitabullah al Quran nulKareem. Untuk bertemu dengan Empunya Kalam maka sewajarnya ikutilah Kalam kalamNya.



“Orang orang kafir itu di halaukan kedalam neraka dengan berbondong bondong, apabila tiba, dibukakan pintu pintunya maka berkata Malaikat penjaga neraka : Tiadakah datang kepada mu Utusan utusan dari kalangan mu yang membacakan Ayat ayat Tuhan mu kepada mu dan memberikan peringatan kepada mu? Sahut mereka : Ya! Tetapi tetaplah siksaan terhadap orang orang yang kafir” {40:71} Sila rujuk QS 67:7-11.



Sekiranya hanya Nabi Muhammad SAW yang sudah wafat 1500 tahun yang lampau tersebut sebagai Utusan yang dimaksudkan, maka pastilah kita semua yang hidup selepas kewafatan Nabi SAW, apabila sewaktu ditanya oleh Malaikat akan menjawab ‘Tidak!’ dan terselamatlah kita dari siksaan api neraka jahanam! Adalah mustahil Allah SWT itu bersifat zalim kepada manusia manusia yang tidak hidup dizaman Rasulullah SAW dengan mencampakan ke dalam neraka, begitu juga nasib mereka yang sezaman Baginda tetapi berada jauh dari Kota Makkah mahu pun Madhinah dan tidak dapat berjumpa dengan Nabi ketika itu walau sekali pun!



Wahai Manusia!

Sesungguhnya manusia itu dikurniakan oleh Allah SWT akal, namun manusia itu tidak mahu memikirkan apabila dibacakan Kalamullah untuk mendapat pelajaran sebagai pengajaran dari Tuhan. Barangsiapa yang menolak dan menentang Kalamullah, sesungguhnya adalah menentang Allah SWT sebagai Penciptanya dan pastinya tidak akan melemahkan apa lagi untuk mengalahkan. Sehubungan itu, sambutlah salam dan jabatlah tangan; jangan ada keraguan, usah ada kesangsian kepada Kalamullah. Allah SWT menjanjikan keberuntungan dan kemenangan yang besar baik didunia mahu pun diakhirat. Lantaran Kasih dan Sayang Allah SWT, maka didatangkan seorang UtusanNya yang membaca dan menyampaikan al Quran sebagai petunjuk dan rahmat kepada manusia dan keseluruhan alam. Terserah kalian mahu menyebutnya sebagai Rasul, Utusan dan sebagainya, ana tetap mendahulukan Kalamullah-Kitabullah, al Quran nulKareem ……….



Wassalam daripada ayahIssa.