IKHWANnul MUSLIMINnawalMUSLIMAT

Selasa, 7 September 2010

MALAM QADAR

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Lailatul Qadar, iaitu Malam Kemuliaan, hanya dalam satu malam sahaja kemuliaannya melebihi dengan seribu bulan. Kira congaknya kalau mengikut kelaziman usia manusia zaman ini ianya dapat mencakup seumur hidup seseorang itu. Cuba anda buat matematiknya. Kalaulah mendapat seseorang itu dengan Malam Qadar, maka berolehlah kemuliaan akan dia buat sepanjang hayatnya!


Demikianlah manusia itu difahamkan oleh ustaz dan tok guru. Malam Qadar itu berlakunya dibulan Ramadhan al Mubarak. Maka manusia itu digalakkan untuk banyak beramal ibadat bagi menemui Malam Qadar tersebut. Diceritakan bahawa dimalam tersebut akan berlaku perkara miracle seperti pokok pokok akan sujud kebumi seolah olah tumbang atau pun air sungai akan beku seperti ais dan berbagai bagai kejadian pelik dan ajaib, maka barangsiapa menemuinya, jika berbuat permohonan hajat seperti mahukan kekayaan dan kemewahan ianya akan dimakbulkan oleh Tuhan!


Oleh itu, kelihatanlah manusia berlumba lumba melakukan amalan dimalam malam Ramadhan dengan qiamulail, tadarus al Quran, berzikir dan sebangainya berharapkan agar menemui Malam Qadar tersebut untuk bermohonkan hajat hajatnya yang tersendiri. Demikianlah ana dizaman jahiliyah, pernah bermalam dimasjid dengan hanya diterangi cahaya sebatang lilin menunggu Malam Qadar, tetapi akhirnya keluar dari masjid kerana tidak tahan dengan gigitan nyamuk yang berbulu banyaknya!


“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al Quran) pada malam Qadar. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan [97:1-3]


Sesungguhnya bulan Ramadhan itu dimuliakan oleh Allah SWT dan satu satunya bulan yang disebutNya didalam al Quran. Dibulan Ramadhan itulah adanya satu malam iaitu Malam Qadar; malam kemulian yang melebihi seribu bulan. Dimalam itulah permulaanya turun al Quran yang mulia sehinggakan tiada lagi kemuliaan selain daripadanya. al Quran itulah mukjizat (miracle ), keajaiban dan kemuliaan yang mengandungi petunjuk dan rahmat Allah kepada seluruh alam dan isi dunia tujuh petala langit dan tujuh petala bumi! Tidak ada kemuliaan yang selain dari al Quran itu.


Manusia itu beranggapan bahawa al Quran itu boleh diperolehi bila mana kamu yang mempelajarinya dengan ongkos yang kamu ada sehinggakan berilmu tinggi, mendapat sijil dan ijazah dari dalam dan luar negeri. Begitu juga yang sekurang kurangnya disebut 4 Senawi, kebanyakan mereka itu berjawatan khusus didalam keagamaan seperti yang beri gelaran al hafiz, ustaz/zah, pendakwah dan penceramah, pandai mengaji dengan kemerduan suara dan bertaranum dikhalayak ramai atau yang bersekolah mengaji pondok dan pandai berbahasa arab. Mereka telah memperolehi al Quran tanpa Lailatul Qadar! Kebayakan manusia itu beranggapan Malam Qadar yang turunnya al Quran itu telah berlaku kepada Nabi Muhammad SAW lebih 1400 tahun. Benarlah! Namun apakah Jibril AS selaku Ketua Malaikat dan menyampaikan Wahyu Allah kini sudah tidak bekerja lagi dan sedang menikmati skim pencen yang lumayan dari Tuhan ketika ini? Mereka mereka claim sebegitu dengan mengatakan wahyu itu tidak ada lagi dan Utusan Tuhan juga tidak ada lagi kerana kewafatan Muhammad SAW, walaupun didalam sabda baginda menyebut ‘Tidak ada nabi sesudah aku, tetapi pasti ada penganti penganti ku!’


“Katakanlah : Barangsiapa menjadi musuh bagi Jibril, maka sesungguhnya Jibril itu menurunkan al Quran kedalam hati engkau dengan izin Allah, serta membenarkan yang sebelumnya dan menjadi petunjuk dan khabar gembira bagi orang orang yang beriman [2:97]


Apabila sekarang ini ada seseorang makanik kereta, seorang drebar lori, seorang peniga, seorang kontraktor, seorang pekerja dikelab golf mahu pun seorang doktor, seorang jurutera atau seorang peguam yang kononnya bukan berlatar belakangkan pendidikan agama seperti mereka yang diatas membacakan al Quran, lalu dituduh menyeleweng, gila dan sesat! Samalah sepertinya seorang yang miskin, sebagai anak angkat atau seseorang yang dilahirkan tanpa bapa mahu pun seorang gembala kambing ditentang, diperangi malahan dibunuh semata mata membacakan Kalam Kalam Tuhan! Bagi mereka tidak layak orang orang sedemikian itu membicarakan urusan agama selain daripada diri mereka sendiri.


Sesungguhnya al Quran itu diturunkan oleh Allah SWT kepada mereka mereka yang mahu menerimanya diatas izin dan kehendakNya jua. Jibril AS masih tetap menjalankan tugas dan amanah Tuhannya sehingga kehari akhirat Siapa pun seseorang itu, Allah SWT jualah yang menentukan ianya berimankepadaNya dan Dia jugalah yang menyesatkan melalui KalamNya.. Bukanlah seperti yang diakal fikir dan pandangan manusia yang sejajar dengan sijil atau ijazah mahu pun jawatan seseorang itu maka mereka itu sudah menerima Kitab dari Tuhan.


Kelihatan ternyata tidak ada unsur kerohanian manusia itu kepada al Quran, sebaliknya jika perkara yang diada adakan oleh nenek moyang, mereka itu menyambut kedatangan Lailatul Qadar seperti sebagai satu upacara khusus pula. Dipasang lampu (pelita) jalan menuju kerumah dan disekeling rumah agar malaikat membawa keajaiban mudah berkunjung! Sedangkan al Quran dijadikan sekadar teks bacaan khatam 30 juz sebulan Ramadhan kerana berharapkan fadhilat 70,000 ganda pahala. Maka sesungguhnya, pastilah bukan naskah al Quran yang dibaca olehnya itu turun kepada mereka diMalam Qadar! Tiada selainnya yang mereka amalkan melainkan bida’ah dan khurafat belaka. Pastinya tidak akan beroleh manusia itu kemuliaan Malam Qadar seandainya kemuliaan al Quran nulKareem itu tidak diendah dan tidak dipedulikan!


Sesungguhnya berpuasa itu adalah mengekang hawa nafsu termasuklah makan dan minum disiang hari dibulan Ramadhan. Puasa itu hanya wajib kepada manusia yang beriman, maka tanpa beriman kepada al Quran puasa yang dikerjakan hanyalah sia sia belaka yang hanya mendapat rasa lapar dan dahaga. al Quran itu sebagai petunjuk dan rahmat kepada manusia, mengajar untuk mengekang hawa nafsu bukan sahaja khusus dibulan Ramadhan, oleh itu sesiapa yang mengekang hawa nafsunya berpandukan al Quran maka berpuasalah dia sepanjang tahun, berolehlah dia kemuliaan melebih 1000 bulan yang dijanjikan oleh Allah SWT! Setiap bulan itu Ramadhan baginya maka seumur hidup manusia itu berada didalam kemuliaan yang dijanjikan oleh Tuhannya.


“Haamiim. Demi Kitab yang nyata. Sesungguhnya Kami menurunkannya pada malam yang berkat, sungguh Kami memberi peringatan (kepada manusia). Pada malam itu diselesaikan tiap tiap urusan yang mempunyai nikmat. Sebagai perintah dari sisi Kami. Sungguh Kami mengutus (beberapa Rasul) Sebagai rahmat dari Tuhan mu. Sungguh Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Tuhan langit dan bumi; dan apa apa yang diantaranya, jika kamu berhati yakin [44:1-7]


Sesungguhnya kemuliaan al Quran itu adalah Qodeem, satu satunya mukjizat sehingga kehari akhirat. Terdahulu, sekarang dan akan datang tetap sebagai Kitabullah Kalamullah ; sekarang juga Kitabullah Kalamullah! Maka tidak ada Malam Qadar tanpa al Quran, Tidak ada kemuliaan tanpa Kalam Tuhan! Tulisan ini diterbitkan hujung Ramadhan selaku pertanyaan apakah sudah bertemu Kemuliaan Laitul Qadar seperti keinginan atau sudah sampai al Quran yang sangat mulia itu; semoga berolehlah KEMULIAAN itu. Amin, amin, amin ya muji basa ilin, ya Robbal’alamin. Wassalam daripada ayahIssa