بِسْــــــــمِ اللَّــــــــهِ الرَّحْمَــــــــنِ
الرَّحِيــــــــمِ
1. Kaum Nabi Nuh
(Surah Al-Ankabut 29:14) : Nabi Nuh berdakwah selama 950 tahun, namun yang beriman hanyalah
sekitar 80 orang. Kaumnya mendustakan dan memperolok-olok Nabi Nuh. Lalu, Allah
mendatangkan banjir yang besar, kemudian menenggelamkan mereka yang engkar,
termasuk anak dan isteri Nabi Nuh.
2. Kaum Nabi Hud
(Surah Attaubah 9:70, Fushshilat 41:13, Qaaf
50:13, Annajm 53: 50, Alqamar 54:18) Nabi Hud
diutus untuk kaum ‘Ad. Mereka mendustakan kenabian Nabi Hud. Allah lalu
mendatangkan angin yang dahsyat disertai dengan bunyi guruh yang menggelegar
hingga mereka tertimbun pasir dan akhirnya binasa.
3. Kaum Nabi Salleh
(Surah Huud 11:68, ALhijr 15:80, Qaaf 50:12)
Nabi Salleh diutuskan Allah kepada kaum Tsamud.
Nabi Salleh diberi sebuah mukjizat seekor unta betina yang keluar dari celah
batu. Namun, mereka membunuh unta betina tersebut sehingga Allah menimpakan
azab kepada mereka.
4. Kaum Nabi Luth
(Surah Alhijr 15:67, Alfurqan 25:38, Alsyu’araa
26:160, Annaml 27:54, Qaaf 50:12) Umat Nabi
Luth terkenal dengan perbuatan menyonsang, iaitu berminat dengan pasangan
sesama jenis (homoseksual dan lesbian). Banyak kali diberi peringatan, mereka
tidak mahu bertaubat. Allah akhirnya memberikan azab kepada mereka berupa gempa
bumi yang dahsyat disertai angin kencang dan hujan batu sehingga hancurlah
rumah-rumah mereka. Dan, kaum Nabi Luth ini akhirnya tertimbun di bawah
runtuhan rumah mereka sendiri.
5. Kaum Nabi Syuaib
(Surah Attaubah 9:70, Alhijr 15:78,
Thaaha 20:40, dan Alhajj 22:44) Nabi Syuaib
diutuskan kepada kaum Madyan. Kaum Madyan ini dihancurkan oleh Allah kerana
mereka suka melakukan penipuan dan kecurangan dalam perniagaan. Bila membeli,
mereka minta dilebihkan dan bila menjual selalu mengurangi. Allah pun mengazab
mereka berupa hawa panas yang teramat sangat. Banyak kali mereka berlindung di
tempat yang teduh, perkara itu tidak mampu melepaskan rasa panas. Akhirnya,
mereka binasa.
(Surah AlHijr 15:78, Alsyu’araa 26:176,
Shaad38:13, Qaaf 50:14)Nabi Syuaib juga diutus kepada
penduduk Aikah. Mereka menyembah sebidang padang tanah yang pohonnya sangat rimbun.
Kaum ini disebut pula sebgai penyembah hutan lebat (Aikah).
6. Firaun
(Albaqarah 2:50 dan Yunus 10:92) Kaum Bani Israil sering ditindas oleh Firaun. Allah mengutus Nabi Musa
dan Harun untuk memperingatkan Firaun akan azab Allah. Namun, Firaun mengaku
sebagai tuhan. Dia akhirnya maut di Laut Merah dan jasadnya berjaya
diselamatkan. Hingga kini masih boleh disaksikan di museum mumi di Mesir.
7. Ashab Al-Sabt
(Surah Al-A’raaf 7:163) Mereka adalah segolongan fasik yang tinggal di Kota Eliah, Elat
(Palestin). Mereka melanggar perintah Allah untuk beribadah pada hari Sabtu.
Allah menguji mereka dengan memberikan ikan yang banyak pada hari Sabtu dan
tidak ada ikan pada hari lainnya. Mereka meminta rasul Allah untuk mengalihkan
ibadah pada hari lain, selain Sabtu. Mereka akhirnya dibinasakan dengan
dilaknat Allah menjadi kera yang hina.
8. Ashab Al-Rass
(Surah Alfurqan: 38 dan Qaf ayat 12) Rass adalah nama sebuah telaga yang kering airnya. Nama Al-Rass
ditujukan pada suatu kaum. Konon, nabi yang diutus kepada mereka adalah Nabi
Salleh. Namun, ada pula yang menyebutkan Nabi Syuaib. Sementara
itu, yang lainnya menyebutkan, utusan itu bernama Handzalah bin Shinwan
(adapula yang menyebut bin Shofwan). Mereka menyembah patung. Ada pula yang
menyebutkan, pelanggaran yang mereka lakukan kerana mencampakkan utusan yang
dikirim kepada mereka ke dalam perigi sehingga mereka dibinasakan Allah.
9. Ashab Al-Ukhdudd
(Surah Alburuuj 85:4-9) Ashab Al-Ukhdud adalah sebuah kaum yang menggali parit dan menolak
beriman kepada Allah, termasuk rajanya. Sementara itu, sekelompok orang yang
beriman diceburkan ke dalam parit yang telah dibakar, termasuk seorang wanita
yang sedang menggendong seorang bayi. Mereka dikutuk oleh Allah SWT.
10. Ashab Al-Qaryah
(Surah Yaasiin 36:13-29) Menurut sebagian ahli tafsir, Ashab Al-Qaryah (suatu negeri) adalah
penduduk Anthakiyah. Mereka mendustakan rasul-rasul yang diutus kepada mereka.
Allah membinasakan mereka dengan sebuah suara yang sangat keras.
11. Kaum Tubba’
(Surah Addukhan 44:37)Tubaa’ adalah nama seorang raja bangsa Himyar yang beriman. Namun,
kaumnya sangat engkar kepada Allah hingga melampaui batas. Maka, Allah
menimpakan azab kepada mereka hingga binasa. Peradaban mereka sangat maju.
Salah satunya adalah empangan air.
12. Kaum Saba
(Surah Saba 34:15-19)Mereka diberi berbagai kenikmatan berupa kebun-kebun yang ditumbuhi
pohonan untuk kemakmuran rakyat Saba. Kerana mereka enggan beribadah kepada
Allah walau sudah diperingatkan oleh Nabi Sulaiman, akhirnya Allah
menghancurkan empangan Ma’rib dengan banjir besar (Al-Arim).
Penutup;
Surah Yaasin 36:30-32 “Alangkah besarnya penyesalan terhadap hamba
hamba itu, tiada datang pun seorang Rosul pun kepada mereka melainkan mereka
selalu memperolok olokannya. Tidakah mereka mengetahui berapa banyaknya ummat
sebelum mereka telah Kami binasakan, bahawasanya orang orang itu tidak kembali
kepada mereka. Dan setiap mereka semuanya akan dikumpulkan lagi kepada Kami”
Wassalam