بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
JANJI ALLAH, Yang
Maha Menepati Janji_NYA
Dan apabila hamba hamba Ku bertanya kepada mu tentang Aku, maka jawablah bahawasanya Aku adalah dekat. Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada Ku, maka hendaklah memenuhi Ku (segala perintah) dan hendaklah mereka beriman kepada Ku, agar mereka selalu berada didalam kebenaran (2:186)
BerFirman
Tuhan Pencipta kalian : Berdoalah kalian kepadaKu, Aku akan kabulkan bagi
kalian. Sesungguhnya orang orang yang sombong dari beribadah, maka mereka semua
akan masuk neraka Jahannam dengan hina (40:60)
Maka
Tuhan perkenankan doa mereka (dengan firmanNya):
Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal perbuatan orang yang bertaubat dari
kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, sebahagian dari kamu dari
sebahagian yang lain; maka orang orang yang berhijrah, dan yang diusir dari
tempat tinggalnya, dan juga yang disakiti kerana agama Ku, dan mereka membunuh
dan terbunuh, sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan kesalahan mereka, dan
sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya
sungai sungai, sebagai pahala dari sisi Allah. Dan di sisi Allah jualah sebaik
baiknya pahala (3:195)
ALLAH SWT MENGAJARKAN DOA
Wahai
Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan
peliharalah kami dari azab neraka
(2:201)
Wahai
Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian
kami serta tolonglah kami terhadap kaum yang kafir (2:250)
Wahai
Tuhan kami! Janganlah Engkau hukum kami apabila kami lupa atau kami salah.
Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kami beban yang berat sebagaimana
Engkau bebankan atas orang orang sebelum kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah
Engkau bebani kami pada kekuatan yang tidak ada bagi kami dan berikan kemaafan
dan keampunan bagi kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah pelindung
kami, maka tolonglah kami dari kaum yang kafir (2:286)
Wahai
Tuhan kami! Janganlah Engkau palingkan hati hati sesudah Engkau memberikan
petunjuk kepada kami dan berikanlan untuk kami dari sisi Mu rahmat.
Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi (3:8)
Wahai
Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah dosa dosa kami dan
bebaskanlah kami dari siksa api neraka (3:16)
Wahai
Tuhan ku! Berikanlah kepada ku dari sisi Engkau anak keturunan yang baik.
Sungguh Engkau Mendengarkan doa (3:38)
Wahai
Tuhan kami! Ampunkanlah bagi kami dosa-dosa kami dan tindakan berlebih lebihan
kami didalam urusan kami dan tetapkanlah tapak pendirian kami; dan tolonglah kami
terhadap kaum yang kafir (3:147)
Wahai
Tuhan kami! Keluarkanlah kami dari negeri ini, yang zalim penduduknya, dan
berikanlah untuk kami dari sisi Mu pelindung dan berikanlah untuk kami dari
sisi Engkau penolong (4:75)
Ya
Allah, Tuhan kami! Turunkanlah kepada kami hidangan dari langit, ianya bagi
kami hari raya, bagi orang orang yang bersama kami dan orang-orang yang datang
setelah kami dan tanda tanda dari Engkau dan berilah kami rezki dan Engkaulah
sebaik baik Pemberi rezki (5:114)
Wahai
Tuhan kami, limpahkanlah kepada kami kesabaran, dan wafatkan kami sebagai orang
orang yang berserah diri (7:126)
Wahai Tuhan ku, berilah keampunan
kepada ku dan kepada saudara ku dan masukanlah kami kedalam rahmat Mu dan Engkau Zat paling Pengasih dari segala
yang mengasihani (7:151)
Wahai
Tuhan ku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sholat dan dari keturunan ku.
Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa ku (14:40)
Wahai
Tuhan ku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah
merawat ku semasa kecil (17:24)
Wahai
Tuhan ku! Masukanlah daku ke tempat masuk yang benar dan keluarkanlah aku dari
tempat yang benar dan jadikanlah bagi ku
dari sisi Mu yang menolong (17:80)
Wahai
Tuhan kami! Berikanlah kepada kami dari sisi Engkau dan sempurnakanlah bagi
kami urusan kami dengan petunjuk (18:10)
Wahai
Tuhan ku, turunkanlah daku di tempat turun yang berkat, dan Engkau adalah
sebaik-baik Pemberi tempat (23:29)
Wahai
Tuhan ku, Tolongah daku, kerana apa yang telah mereka dustakan kepada ku (23:26: lihat
juga 39)
Wahai
Tuhan ku, berikanlah keampunan dan kurniakan rahmat, dan sememangnya Engkaulah
sebaik baik Pemberi rahmat! (23:118)
Wahai
Tuhan kami, sisihkanlah kami azab neraka Jahannam, sesungguhnya azab seksanya itu kekal (25:65)
Wahai
Tuhan kami, anugerahi kepada kami isteri
isteri kami dan keturunan kami penyejuk mata kami dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa (25:74)
Wahai Tuhan
ku, selamatkanlah daku dan keluarga serta pengikut pengikut ku dari apa yang
dikerjakan oleh golongan mereka itu (26:169)
Wahai
Tuhan ku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat Mu yang Engkau
kurniakan kepada ku dan kepada ibu bapa ku, dan supaya aku mengerjakan amal
soleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah daku dengan limpah rahmat Mu dalam
golongan hamba hamba Mu yang soleh (27:19)
Wahai
Tuhan ku, selamatkanlah daku dari kaum yang zalim. Mudah mudahan Tuhan
ku menunjukkan jalan yang benar kepada ku ( 28:21&22)
Wahai Tuhan ku, sesungguhnya aku
sangat berhajat kepada sebarang kebajikan yang Engkau berikan (28:24)
Wahai Tuhan kami! Rahmat Mu dan Ilmu
Mu meliputi segala galanya; maka berilah ampun kepada orang orang yang
bertaubat serta menurut jalan Mu, dan peliharalah mereka dari azab neraka (40:7)
Wahai Tuhan kami! Kepada Engkaulah
kami berserah diri, dan kepada Engkaulah kami bertaubat, serta kepada Engkaulah
jua tempat kembali. Wahai Tuhan kami! Jangan Engkau jadikan kami fitnah bagi
orang orang yang kafir dan ampunilah kami. Wahai Tuhan kami, sesungguhnya
Engkau Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana (60:4&5)
Amin amin amin ya muji basa ilin, ya
ROBB
Alhamdulillah, t e r i m a k a s i h
terima kasih terima kasih
Wassalam
(ulang siar)