بِسْــــــــمِ
اللَّــــــــهِ الرَّحْمَــــــــنِ الرَّحِيــــــــمِ
‘Wahai orang orang yang beriman! Taati ALLAH, taati Rosul dan
Ulilamri diantara kamu. Jika kamu berbalah tentang sesuatu perkara, maka kembalikan
kepada ALLAH dan Rosul; jika kamu beriman kepada ALLAH dan hari kemudian. Yang
demikian itu lebih utama dan lebih baik akibatnya’
Untuk mentaati ALLAH swt terlebih dahulunya taat kepada RosulNYA dan untuk kepada RosulNYA terlebih dahulu mentaati Ulilamri yang diantara kamu. Ketaatan
itu ialah dengan Kalamullah-Kitabullah,
alQuran nulKareem. ALLAH swt berKalam, RosulNYA menyampaikan KalamNYA dan
pemimpin membacakan Kalamullah itu. Sesungguhnya ketaatan RosulNYA dan Ulilamri
itu pada Kalamullah dengan menerima dan beriman seterusnya menyampai dan
membacakan kepada manusia. Ketaatan manusia menyampai terhadap ALLAH swt itu
dengan ketaatan mereka kepada RosulNYA dan Ulilamri yang berKalamullah
kepadanya. Kalam Tuhan yang dikumandang oleh RosulNYA dan Ulilamri tidak
berbeda sebagai tuntutan suruhan dan larangan ALLAH swt untuk ditaati oleh manusia
keseluruhan. Tuntutan kepada ketaatan manusia terhadap ALLAH swt hanyalah melalui
Kalamullah yang sama. Ketaatan Rosul, Ulilamri dan kamu kepada ALLAH swt bukan tiga tapi satu jua adanya dengan KalamNYA.
Sesungguhnya alQuran itu sebagai petunjuk yang lurus daripada ALLAH swt kepada
keseluruhan manusia.
ALLAH swt ber-Kehendak sekalian manusia itu tunduk
patuh kepadaNYA maka didatangkan seorang anak manusia dikalangan mereka
dengan KalamNYA sebagai petunjuk supaya manusia tidak mendurhakaiNYA. Sesungguhnya
RosulNYA, Ulilamri dan kamu sendiri sebagai manusia pilihan ALLAH swt dengan diturunkan KalamNYA sebagai petunjuk
yang lurus lagi benar untuk diimani dan diikuti. ALLAH swt mendatangkan
sesorang yang dari kalangan kamu sebagai pembawa Kalamullah untuk kesejahteraan
kehidupan didunia dan akhirat. Sebagai manusia pilihan, apabila dibacakan
Kalamullah, maka ‘dengar dan taat’. Secara langsungnya pastilah kamu juga adalah
anak manusia pilihan Tuhan, yang juga didatangkan oleh ALLAH swt sebagai mana
RosulNYA dan Ulilamri seterusnya menyampaikan Kalamullah tersebut kepada
manusia lainnya. Kalamullah yang kamu terima dan imani itu sebagai amanah ALLAH swt untuk disampaikan. Sesungguhnya
sedemikian itu sebenar tuntutan ketaatan terhadap manusia daripada ALLAH swt untuk
kepadaNYA jua.
Kali ini kita mau membicarakan perbalahan dalaman yang seseorang itu
menjadi penentang RosulNYA dan Ulilamri yang membawa dan menyampaikan
Kalamullah. Perbalahan berlaku juga
antara manusia sesamanya sedangkan tau untuk kembali kepada Tuhannya melalui
petunjuk Kalamullah. Sungguh pun mengakui Kalamullah sebagai petunjuk, namun
mereka menolak RosulNYA dan Ulilamri yang didatangkan dari kalangannya yang membawa
dan membacakan Kalamullah kepada mereka. ALLAH swt sendiri tidak datang kepada
mereka untuk berKalam secara terus melainkan didatangkan perantaraan seorang
UtusanNYA. Bermaksud bukanlah semata penentang kepada RosulNYA dan Ulilamri,
malahan mereka sebenarnya menentang Kalamullah sekali gus sebagai penentang
ALLAH swt.
Dahulu
telah berlaku, akan datang pasti berlaku; dahulu dan akan datang itu sedang
berlaku sekarang. Dahulunya,
1500 tahun yang lampau, Nabi Muhammad
saw didatangkan ALLAH swt ditengah tengah kaumnya sebagai UtusanNYA membawa
dan menyampaikan Kalamullah ditentang oleh mereka termasuk kerabatnya. Baginda
ditolak dan ditentang sedangkan mereka juga mengatakan ALLAH swt sebagai Tuhan Seru Sekalian Alam. Sepanjang
tahun kaumnya bertawaf mengelilingi Kaabah di Baitullah membesarkan Tuhan. Perbalahan
dalaman berlaku kerana Muhammad bin
Abudullah seorang gembala kambing
yang ummi adalah tersangat biasa perwatakannya dan sejarah silamnya yang telah
diketahui oleh mereka sehingga menyebabkan hilang hormat kepadanya sebagai seorang
pilihan Tuhan untuk menyampaikan KalamNYA. Ada dikalangan kaumnya bersangka
terlebih baik daripada Baginda sewajarnya sebagai Utusan ALLAH swt untuk membawa
dan menyampaikan Kalamullah. Kemuliaan,
ilmu dan amal yang dimiliki merasakan terlebih hebat daripada Muhammad.
Terlebih lama dahulu sebelum kedatang
Muhammad di Makkah itu, sedemikian juga terdapat penentang penentang kepada
seorang anak manusia yang didatangkan oleh ALLAH swt sebagai UtusanNYA. Sesungguhnya
aqal fikir manusia itu tertawan akan hawa nafsu yang sentiasa bodoh sombong dengan kemuliaan taraf,
ilmu yang tinggi dan amal yang banyak kepada Tuhannya. Sungguhlah manusia itu
tidak menggunakan aqal fikirnya untuk mengambil pelajaran dari kisah dan
perumpamaan tersebut sehinggakan sebahagian darinya menentang RosulNYA dan
Ulilamri, menolak Kalamullah dan sekali gusnya menjadi kufur/Kafir terhadap
ALLAH swt.
Sejarah RosulNYA dan Ulilamri
berulang ulang sebagai Sunnahtullah
dahulu, akan datang dan sekarang. Penciptaan manusia sebagai makhluk pilihan
oleh ALLAH swt seawalnya mendapat tentangan
dalaman disyurga dari kalangan malaikat yang merasakan terlebih mulia
kedudukannya, berilmu pengetahuan dan sentiasa beramal serta bertasbih memuji
Tuhan. Nabi Adam as diciptakan untuk
berKalamkan Kalamullah yang diajarkan. Diketika ALLAH swt berKalam
memerintahkan para malaikat tunduk kepada tok Adam as, ada dikalangannya yang takbur
dan sombong lalu ingkar perintah sehingga menjadi Iblis laknatullah keakhir zaman.
Merujuk kepada permasalahan
perbalahan dalaman ini, ALLAH swt mengajarkan hendaklah dikembalikan kepadaNYA
dan RosulNYA. Bukanlah kemana mana lagi atau kepada sesiapa sahaja melainkan
satu jua adanya iaitu kepada Kalamullah petunjuk penyelesaiannya. Tidak timbul
perbalahan sebaliknya ketaatan yang sangat tunduk patuh kepada ALLAH swt,
RosulNYA dan Ulilamri melalui Kalamullah. Tidaklah ALLAH swt itu Tuhan yang
bisu dan diam melainkan sentiasa berKalam. Tidaklah RosulNYA menyembunyikan
Kalamullah selain daripada menyampaikan. Sesungguhnya Ulilamri itu menerima dan
membacakan Kalamullah kepada manusia sebagai amanah Tuhannya. Diri kamulah
sebagai Ulilamri itu diketika kamu menerima dan beriman kepada Kalamullah
seterusnya bertanggung jawab menyampaikan kepada manusia lainnya.
Perbedaan pada kedudukan, ilmu dan
amal hanyalah pada aqal fikir yang dipengaruhi hawa nafsu semata, akhirnya membawa
kepada perbalahan. Perbalahan kepada RosulNYA atau Ulilamri dan Kalamullah
adalah satu jua adanya yakni kekufuran terhadap ALLAH swt. Sesungguhnya ALLAH swt Maha Mengetahui lagi Maha
Bijaksana. dan manusia sedikit pun tidak tau bahawa mereka selalu berlagak hebat
dengan kedudukan mu. Sebenarnya manusia itu adalah warisan manusia pilihan
sebermula dari penciptaan tok Adam as sebagai Khalifah, Ulilamri diatas muka bumi ini ......
Dan barangsiapa mentaati ALLAH dan RosulNYA merka itu akan bersama
sama dengan orang orang yang dianugerahi nikmat oleh ALLAH ; iaitu Nabi nabi,
para siddiqin, orang orang yang syahid dan orang orang salleh. Dan mereka
itulah teman yang sebaik baiknya
Wassalam daripada IMR