IKHWANnul MUSLIMINnawalMUSLIMAT

Khamis, 31 Januari 2013

MARILAH BERDOA




بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Dan apabila hamba hamba Ku bertanya  kepada mu tentang Aku, maka jawablah bahawasanya Aku adalah dekat. Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada Ku, maka hendaklah memenuhi Ku (segala perintah) dan hendaklah mereka beriman kepada Ku, agar mereka selalu berada didalam kebenaran (2:186)  

Saudara ku sekalian, catatan terdahulu Allah SWT menegaskan dari QS 14:7 bahawa manusia semestinya bersyukur dan berterima kasih bagi setiap yang didatangkan samada berbentuk kesusahan dan kesulitan atau pun kesenangan dan kesusahan. Kehendak Tuhan yang Maha Pencipta selalu tidak menepati kehendak citarasa manusia itu, namun Alah SWT mahukan yang terbaik untuk hamba_NYA. Mungkin sahaja yang diperkenankan hanya sebahagian, namun jika bersyukur dan berterima kasih maka Allah hu taala akan memberikan tambahan rahmat dan nikmat yang lebih banyak. Marilah selalu mengucapkan rasa s y u k u r  dan  t e r i m a kasih!!!

BerFirman Tuhan Pencipta kalian : Berdoalah kalian kepadaKu, Aku akan kabulkan bagi kalian. Sesungguhnya orang orang yang sombong dari beribadah, maka mereka semua akan masuk neraka Jahannam dengan hina (40:60)

Kembalikan segalanya kepada Tuhan dengan bersyukur dan berterima kasih kerana segala sesuatu itu samada baik atau buruk hanya sebagai ujian yang menuntut sifat tawakal dan  keimanan untuk tingkatan ketaqwaan kepada Tuhan yang Maha Pencipta. Manusia itu sememangnya berkendak kepada keinginan untuk memuaskan hatinya, sebaliknya sifat kehambaan selayaknya tiada upaya untuk mendapatkan sesuatu itu mengikut kemahuannya melainkan seizin_Nya. Allah SWT Maha Pengasih lagi Maha Penyayang membuka seluas luasnya kesempatan untuk manusia bermunajat bermohon kepadanya, malahan diajarkan doa doa terbaik melalui Kalamullah. Bersyukurlah diatas peluang dan berterima kasih dengan doa doa yang diajarkan. Mari bersyukur, berterima kasih dan berdoa, sesungguhnya Tuhan Maha Pemberi dan melimpah ruah rahmat dan nikmat kepada hamba_Nya.  

Maka Tuhan perkenankan doa mereka (dengan firmanNya): Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal perbuatan orang yang bertaubat dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, sebahagian dari kamu dari sebahagian yang lain; maka orang orang yang berhijrah, dan yang diusir dari tempat tinggalnya, dan juga yang disakiti kerana agama Ku, dan mereka membunuh dan terbunuh, sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan kesalahan mereka, dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya sungai sungai, sebagai pahala dari sisi Allah. Dan di sisi Allah jualah sebaik baiknya pahala (3:195)

Allah SWT mengajarkan doa doa melalui Kalam_Nya menunjukkan hubungan Pencipta dengan yang diciptakan tersangat dekat!  Pasti datang rasa keasyikan dan tawaduk kepada Tuhan. Sebenarnya tidak perlu manusia itu berdoa sesuka hati mengikut citarasanya yang terkadang jelas dari hawa nafsu semata. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana apa yang terbaik untuk manusia. Diturunkan sebahagian doa doa daripada Kitabullah, al Quran nulKareem Kalamullah. Mudah mudahan mendapat perhatian dan menjadi kecenderungan kepada Ikhwan untuk dijadikan amalan. insyaALLAH.          

Ya Tuhan kami! Terimalah dari kami, sungguh Engkaulah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui (2:127)

Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka  (2:201)

Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta tolonglah kami terhadap kaum yang kafir (2:250)

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau hukum kami apabila kami lupa atau kami salah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan atas orang orang sebelum kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebani kami pada kekuatan yang tidak ada bagi kami dan berikan kemaafan dan keampunan bagi kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah pelindung kami, maka tolonglah kami dari kaum yang kafir (2:286)

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau palingkan hati hati sesudah Engkau memberikan petunjuk kepada kami dan berikanlan untuk kami dari sisi Mu rahmat. Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi (3:8)

Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah dosa dosa kami dan bebaskanlah kami dari siksa api neraka (3:16)

Wahai Tuhan ku! Berikanlah kepada ku dari sisi Engkau anak keturunan yang baik. Sungguh Engkau Mendengarkan doa (3:38)

Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah bagi kami dosa-dosa kami dan tindakan berlebih lebihan kami didalam urusan kami dan tetapkanlah tapak pendirian kami; dan tolonglah kami terhadap kaum yang kafir (3:147)

Wahai Tuhan kami! Keluarkanlah kami dari negeri ini, yang zalim penduduknya, dan berikanlah untuk kami dari sisi Mu pelindung dan berikanlah untuk kami dari sisi Engkau penolong (4:75)

Ya Allah, Tuhan kami! Turunkanlah kepada kami hidangan dari langit, ianya bagi kami hari raya, bagi orang orang yang bersama kami dan orang-orang yang datang setelah kami dan tanda tanda dari Engkau dan berilah kami rezki dan Engkaulah sebaik baik Pemberi rezki (5:114)

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami bersama orang-orang yang zalim (7:47)

Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kepada kami kesabaran, dan wafatkan kami sebagai orang orang yang berserah diri (7:126)
                                                             
Wahai Tuhan ku, berilah keampunan kepada ku dan kepada saudara ku dan masukanlah kami kedalam rahmat  Mu dan Engkau Zat paling Pengasih dari segala yang mengasihani (7:151)

Wahai Tuhan ku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sholat dan dari keturunan ku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa ku (14:40)

Wahai Tuhan ku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah merawat ku semasa kecil (17:24)

Wahai Tuhan ku! Masukanlah daku ke tempat masuk yang benar dan keluarkanlah aku dari tempat yang benar  dan jadikanlah bagi ku dari sisi Mu yang menolong  (17:80)

Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami dari sisi Engkau dan sempurnakanlah bagi kami urusan kami dengan petunjuk (18:10)

Wahai Tuhan ku, lapangkanlah bagiku, dada ku (20:25)

Wahai Tuhan ku, tambahilah kepada aku ilmu (20:114)

Wahai Tuhan ku, turunkanlah daku di tempat turun yang berkat, dan Engkau adalah sebaik-baik Pemberi tempat (23:29)

Wahai Tuhan ku, Tolongah daku, kerana apa yang telah mereka dustakan kepada ku (23:26: lihat juga 39)

Wahai Tuhan ku, berikanlah keampunan dan kurniakan rahmat, dan sememangnya Engkaulah sebaik baik Pemberi rahmat! (23:118)

Wahai Tuhan kami, sisihkanlah kami azab neraka Jahannam,  sesungguhnya azab seksanya itu kekal (25:65)

Wahai Tuhan kami, anugerahi kepada kami  isteri isteri kami dan keturunan kami penyejuk mata kami dan jadikanlah kami  imam ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa (25:74)

Wahai Tuhan ku, selamatkanlah daku dan keluarga serta pengikut pengikut ku dari apa yang dikerjakan oleh golongan mereka itu (26:169)

Wahai Tuhan ku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat Mu yang Engkau kurniakan kepada ku dan kepada ibu bapa ku, dan supaya aku mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah daku dengan limpah rahmat Mu dalam golongan hamba hamba Mu yang soleh (27:19)

Wahai Tuhan ku, selamatkanlah daku dari kaum yang zalim. Mudah mudahan Tuhan ku menunjukkan jalan yang benar kepada ku ( 28:21&22)
                                                                                       
Wahai Tuhan ku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang kebajikan yang Engkau berikan (28:24)

Wahai Tuhan ku, tolonglah daku terhadap kaum yang berbuat kerosakan (29:30)
                                
Wahai Tuhan kami! Rahmat Mu dan Ilmu Mu meliputi segala galanya; maka berilah ampun kepada orang orang yang bertaubat serta menurut jalan Mu, dan peliharalah mereka dari azab neraka (40:7)

Saudara ku sekaliannya, berikut itu hanyalah sebahagiannya sahaja yang sempat menjadi catatan. Sesungguhnya kehidupan manusia ini hanyalah diatas limpahan rahmat dan nikmat daripada Allah hu taala. Manusia itu sendirinya sangat lemah, hanyasanyalah manusia itu bermohon kepada Tuhan, manakala Allah SWT Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada hamba_Nya, sesungguhnya Dia tidak pernah memungkiri janji janji_Nya.

Wahai Tuhan kami! Kepada Engkaulah kami berserah diri, dan kepada Engkaulah kami bertaubat, serta kepada Engkaulah jua tempat kembali. Wahai Tuhan kami! Jangan Engkau jadikan kami fitnah bagi orang orang yang kafir dan ampunilah kami. Wahai Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana (60:4&5)

Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas Kasihan dan Rahmat Mu (59:10)

Amin amin amin ya muji basa ilin, ya ROBB
Alhamdulillah dan t e r i m a ka s i h!!!
Wassalam

Khamis, 17 Januari 2013

BERSYUKUR DAN TERIMA KASIH

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
 
7:14 Ingatlah ketika Tuhan mu memaklumkan : Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepada mu dan jika kamu mengingkari, maka sesungguhnya azab Ku sangat pedih

Ringkasnya, Allah SWT memerintahkan manusia untuk bersyukur dan berterima kasih, nescaya akan ditambah nikmat oleh_NYA. Sekali mengucapkan syukur akan bertambah nikmat, apabila berbanyak kali maka akan bertambah tambah banyak nikmat akan didapati. Sekiranya manusia itu tidak bersyukur, Allah SWT akan memberikan azab siksa yang sangat pedih. 

Laungkan kesyukuran terhadap Alah SWT dengan berterima kasih kepada alam dunia dengan segala isinya! Tanpa kesemuanya manusia itu sebenarnya sedang hidup didalam kufur nikmat Tuhan. Sewajarnya manusia mengucapkan terima kasih kepada udara yang bertiup dan kepada injap jantung yang turun naik bernafas. Terima kasih kepada otak yang berfikir, hati yang dapat menilai rasa, mulut yang mengunyah, gigi yang menggigit, perut yang menghadamkan makanan, tangan yang menyuap dan isteri yang memasak! Terima kasih buat petani yang bertanam! Terima kasih kepada pokok padi yang dari sebatang menjadi tujuh tangkai; setiap darinya berbuah 700 biji!

Terima kasih kepada nelayan ditengah lautan menangkap ikan, kepada perahu yang belayar dan kepada lautan yang terbentang luas yang mengandungi ikan dan membenarkan kapal tidak tenggelam! Terima kasih kepada majikan memberikan kerja dan gaji untuk kos, kepada kapal terbang dan ruang angkasa yang luas hingga sampai ke Kampung Khydir, Medan, Sumut! Terima kasih kepada Ikhwan yang menyambut kedatangan.

Terima kasih buat Yang Mulia Guru kerana mengajarkan erti kesyukuran dan berterima kasih!  T E R I M A K A S I H ! T e r i m a kasih! terima kasih!

1:59 Bertasbih kepada Allah apa yang ada dibumi dan apa yang ada dilangit dan Dia-lah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana

Segala sesuatu itu sentiasa bersyukur dan berterima kasih dengan keadaannya disetiap masa. Bertasbih memuji Allah SWT segala apa yang dibumi, dilangit dan diantara kedunya sebagai rasa bersyukur dan berterima kasih terhadap Tuhan yang menciptakannya dalam pelbagai ragam penciptaan. Diciptakan Allah SWT segalanya itu dengan ketaatan dan kepatuhan kepada Sang Penciptanya semata untuk kepentingan kehidupan makhluk yang bernama manusia.  Tiada sesuatu apa pun pada kejadian penciptaan Allah SWT itu menjadi sia sia kepada manusia, sedangkan manusia itu tidak mahu bersyukur kepada Allah SWT, malahan mereka tidak tau berterima kasih kepada setiap penciptaan Tuhan yang untuk kepentingan kehidupan mereka. Sepatutnya manusia berterima kasih kepada yang berada disekeliling termasuk kepada anggota keseluruhan jasadnya,  kerana tanpanya manusia itu tidak mampu untuk berada didalam keadaan yang sedianya sekarang. 

Bersyukur terhadap Tuhan dan ucapkan terima kasih kepada segala sesuatu yang didatangkan sebagai ketentuan_NYA kepada manusia. Penciptaan alam keseluruhannya adalah untuk manusia itu mengambilnya sebagai suatu anugerah daripada Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dari satu keadaan buruk atau susah kepada satu keadaan baik dan senang dengan ketentuan Allah SWT, manusia itu sebenarnya sentiasa didalam rahmah dan nikmat Tuhan didalam kedua dua keadaan tersebut. Sewajarnya manusia bersyukur dan berterima kasih, kerana tiada upaya mereka mengadakan sesuatu itu mengikut kemahuan citarasa. Sesungguhnya manusia tidak menyedari untung nasib dan takdirnya!

11:9 Dan sesungguhnya  jika Kami berikan kepada manusia dari Kami rahmat, kemudian Kami cabut darinya, sesungguhnya pastilah dia berputus asa dan sangat engkar.

Sesungguhnya kesusahan itu boleh sahaja membawa kepada kekufuran terhadap Alah SWT. Apabila ditimpa musibah manusia akan berkeluh kesah dan gundah gulana sentiasa, sehingga berputus asa kepada Tuhan. Menyesali nasib dan kecewa dengan takdir dengan marah merungus terhadap keadaan, makhluk dan sesama manusia, malahan menyalahkan Tuhan diatas masalah yang menimpa. Manusia itu menjadi tidak keruan pada tutur dan tingkah bagai gila apabila dilanda musibah.

11:10 Dan sesungguhnya jika Kami berikan kepadanya kenikmatan setelah penderitaan yang telah menimpanya, sesungguhnya dia akan berkata telah lenyap berbagai musibah dari ku. Sesungguhnya dia sangat gembira dan bangga

Kesenangan yang dinikmati juga boleh menyebabkan manusia menjadi kufur kepada Tuahnnya! Mereka melahirkan rasa sangat gembira sehingga terkadang  terlupa kepada Tuhan apabila beroleh kesenangan seperti kejayaan dan kekayaan. Mereka melahirkan kesukaan sakan yang melampaui batas. Menjadi sombong dan bongkak dengan mengatakan keupayaan dan kebijaksanaan dirinya sendiri menyebabkan memperolehi apa yang dihajatinya. Orang lain baginya bodoh lagi tidak berkeupayaan sepertinya.

Kebanyakan manusia tidak mahu bersyukur dan berterima kasih, malahan mereka tidak tau bagaimana mau berbuat! Manusia bersyukur dan berterima kasih apabila memperolehi sesuatu yang dihajati, yang baik baik dan yang disukai sahaja. Itu pun hanyalah sekadar ucapan. Jika beroleh sesuatu yang diluar keinginan, manusia itu tidak mungkin bersyukur sebaliknya menyesali dan berdukacita.  Seperkara lagi, manusia selalunya tidak bersyukur jika keinginannya tidak mencapai 100% seperti yang dikehendakinya. Tidak pernah berpuas hati. Cara dan gayanya menjadi lebih agresif termasuk berbuat dengan melanggar hukum dan undang undang demi mencapai matlamatnya. Manusia mahu mendapatkan berlebih lebih keberuntungan dengan hanya sekali gus datangnya!

94:5&6 Kerana sesungguhnya sesudah kesusahan itu ada kesenangan. Sesungguhnya sesudah kesusahan itu ada kesenangan

Didalam Firman Allah SWT tersebut,  dua kali ditegas bahawa, sesungguhnya disebalik setiap  kesusahan itu pasti akan datang kesenangan. Disebalik kesusahan atau pun musibah itu ada hikmah iaitu kesenangan untuk dinikmati dikemudiannya. Jangan merungut menyesali akan kesusahan yang melanda, kerana manusia itu tidak dapat lari dari permasalahan dalam hidup. Tidak perlu berasa kecewa sehingga berputus asa, kerana permasalahan tidak akan selesai, sebaliknya akan semakin bertambah berat. Sehubungan itu manusia sewajarnya menerima terlebih dahulu musibah dengan rasa kesyukuran. Tanpa mengalami masalah didalam kehidupan, seseorang itu tidak dapat memahami erti kenikmatan sebuah kesenangan. Tidak seorang pun yang dapat merasakan kesenangan tanpa terlebih dahulu mengharungi kesusahan. Tiada siapa dapat mengerti kenikmatan kesenangan itu dengan tidak merasakan kesulitan terlebih dahulu. Merasakan nikmat kesenangan selepas kesusahan, malah manusia itu merasakan betapa nikmatnya bersabar sewaktu kesusahan. Sesungguhnya kesusahan dan kesenangan adalah nikmat yang sepatutnya disyukuri oleh manusia. Susah senang atau buruk baik diatas muka bumi ini daripada Allah SWT.

Sewajarnya manusia itu bersyukur dan berterima kasih diatas kesusahan dan kesenangan itu. Didatangkan kesusahan dan kesulitan itu sebagai ujian yang menuntut sifat sabar seorang hamba. Berendah diri atas sifat kehambaan yang selayaknya tiada upaya untuk mendapatkan sesuatu itu mengikut kemahuannya melainkan seizin Tuhan. Kehendak Tuhan yang Maha Pencipta selalu tidak menepati kehendak citarasa manusia itu, namun Alah SWT mahukan yang terbaik untuk hamba_NYA. Tuhan Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Mungkin sahaja yang diperkenankan hanya sebahagian, namun jika bersyukur dan berterima kasih maka Allah hu taala akan memberikan tambahan nikmat yang lebih banyak. Sikap kehambaan dan bersabar sebenarnya adalah nikmat yang tidak terhingga dapat dirasakan.

34:1 Segala puji bagi Allah yang memiliki apa yang dilangit dan apa yang dibumi dan bagi_NYA segala puji diakhirat. Dia yang Maha Bijaksana dan lagi Maha Mengetahui
 
Sesungguhnya segala sesuatu yang dilangit, dibumi dan diantara keduanya  itu adalah milik Allah SWT, termasuk manusia. Setiap keburukan dan kesusahan serta kebaikan dan kesenangan itu hanyalah diatas Kehendak_NYA. Allah hu taala Maha Bijaksana menciptakan segala sesuatu itu lagi Maha Mengetahui mengapa  dan untuk apa segala sesuatu itu. Sungguh segalanya adalah cubaan dan perujian kepada tahap keimanan manusia terhadap Tuhan. Hikmah dan nikmat tidak terhitung banyaknya untuk manusia daripada Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Bersyukur dan berterima kasih sebagai pelajaran dan pengajaran kepada tingkatan ketaqwaan seseorang itu terhadap Allah SWT.   Sesungguhnya Allah SWT menjanjikan keberuntungan yang besar untuk manusia, baik didunia mau pun di akhirat!

21:35 Tiap jiwa merasakan mati dan Kami menguji kalian dengan keburukan dan kebaikan sebagai ujian, dan kepada Kami kalian dikembalikan

Sesungguhnya segala sesuatu yang dilangit, dibumi dan diantara keduanya, termasuk manusia itu adalah milik Allah SWT, dan kepada_NYA manusia dikembalikan.

Marilah bersyukur dan ucapkanlah T ER I M A  K A S I H!, T e r i m a kasih!! terima kasih!!!

Wassalam ...

(Catatan akan datang menbicarakan ‘HUBUNGAN SYUKUR DAN DOA’, insyaALLAH)