بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Salamunalaykum
Dan ketika Tuhan mu mengeluarkan keturunan anak anak
Adam dari shubli mereka, dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka. (Allah
berFirman) ‘Bukankah AKU ini Tuhan mu?’ Mereka menjawab : ‘Benar! Kami menjadi
saksi’. ‘Agar dihari kiamat kamu tidak
mengatakan : Sesungguhnya kami adalah orang orang yang lengah terhadap ini’
Semua manusia itu sebenarnya sudah pun membuat perjanjian KeIslaman
iaitu ‘Tiada Tuhan Selain Allah’ semenjak
dialam ruh lagi. Kelalaian manusia kepada penghidupan didunia menjadikan mereka
lengah dan lupa terhadap perjanjian, maka Allah SWT menurunkan al Quran
nulKareem sebagai petunjuk jalan yang lurus supaya manusia itu kembali
berpegang kepada perjanjian yang terdahulu tersebut. Sesungguhnya
Kalamullah itu Qodeem hingga akhir zaman, begitulah Sunnahtullah yang
tidak pernah berubah. Seruan perintah mau pun larangan Allah SWT didalam al
Quran adalah ketetapan mutlak yang sentiasa menepati ummat manusia pada setiap
zaman mereka. Tuhan memerintahkan manusia untuk mengikuti kepada Nabi Ibrahim
as sebagai Bapa Agama yang diredhoiNYA. Allah SWT telah mengangkat kedudukan
Nabi Ibrahim didalam al Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW dan
ummat sebagai suri teladan sebagai pelengkap sempurnanya agama Islam untuk manusia sehingga akhir
zaman. Baitullah (ka’abah) dan Masjidil Haram
sangat berkait rapat kepada ummat
Islam keseluruhan.
Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad
yang sebenar benarnya. DIA telah memilih kamu dan DIA sekali kali tidak
menjadikan untuk kamu dalam agama itu suatu kesempitan. …
Jihad yang sebenarnya ialah dengan jalan Allah SWT. Tidak ada selain
jalan Allah melainkan Kalamullah, al Quran nulKareem Kitabullah. Berjihad
dengan jalan Allah iaitu Kalamullah adalah sebenar benarnya jihad. Peringatan, perintah dan larangan Allah didalam al Quran adalah
merupakan jihad bagi manusia untuk mentaatinya. Sungguh manusia itu terlupa akan
perjanjian Tiada Tuhan Selain Allah, maka
jihad yang terutama adalah untuk manusia itu kembali berpegang pada janji
berpandukan Kalamullah. Seterusnya menjadi satu amanah dan tanggungjawab jihad
besar untuk mengajak manusia lain yang sememangnya sedang terlupa pada
perjanjian masing masing dengan Tuhan. Kembali kepada perjanjian, memberikan
peringatan dan mengajak manusia kepada Tiada Tuhan
Selain Allah hanya dengan Kalamullah, al Quran Kitabullah.
Sedemikian itulah sebenar benar jihad!
… Ikutlah agama orang tua mu Ibrahim. DIA telah
menamai kamu sekalian orang orang Muslim dari dahulu, dan dalam (al Quran) ini
supaya Rosul menjadi saksi atas diri kamu dan supaya kamu semua menjadi saksi
atas segenap manusia; maka dirikan sholat, tunaikan zakat dan berpeganglah kamu
kepada tali Allah.
Allah SWT secara jelas memerintahkan supaya manusia mengikuti agama Nabi
Ibrahim yang sudah ternyata hubung kait itu kepada Nabi Muhammad dan ummat
sehingga akhir zaman. Sebenarnya bukan Baitullah dan Masjidil Haram sahaja yang
dimaksudkan oleh Tuhan, sebaliknya terdapat suatu kerja buat Ibrahim yang
menjadi kefardhuan kepada manusia itu wajib melaksanakan. Tuntutan Allah
hutaala kepada manusia terhadap perjanjian Tiada
Tuhan Selain Allah telah menjadi Wasiat Ibrahim buat manusia
sehingga diperintahkanNYA untuk diikuti.
Asas utama didalam Islam itu ialah mengambil semula aku janji persaksian
‘Tiada Tuhan Selain Allah’ yakni DUA
KALIMAH SYAHADAH yang dijadi Rukun Islam yang pertama. Mengucapkan Kalimah Syahadah terlebih dahulu sebagai
tanda seseorang itu memasuki / memeluk Islam sebagai mana janjinya dialam ruh
yang sudah dilupakan dan dilalaikan oleh kehidupan didunia.
Hai orang orang yang beriman! Masuklah kamu kedalam
Islam keseluruhan, dan jangan kamu ikuti langkah syaitan. Sesungguhnya ia musuh
kamu yang nyata
Rukan Islam 5 perkara dan yang pertama adalah Mengucap Kalimah Syahadah.
Tidak hanya dengan bersembahyang, berpuasa, mengeluarkan zakat dan mengerjakan
haji seseorang itu sudah dikira Islam. Sesungguhnya Islam itu bukan agama ikut
ikutan dari keturunan dari nenek moyang. Islam itu bukan otomatik kerana lahir
dari perut seorang Arab atau Melayu melainkan sesorang itu memasuki agama itu terlebih
dahulu. Agama itu bukan menjalankan peribadatan dengan menjadikan nama Tuhan
sebagai sesembahan, sedangkan perintahNYA tidak dijadikan landasan dalam
beramal. Allah SWT memerintahkan kepada manusia untuk mengikuti Ibrahim didalam
beragama bila mana baginda berwasiatkan Kalimah Syahadah kepada anak cucu
baginda. Ibrahim seorang Nabi lagi
Rosul, begitu juga anak dan cucunya yang juga Nabi lagi Rosul diminta untuk Aku
Janji Persaksian mereka, maka adalah dikehendaki juga kepada manusia keseluruhannya
bersyahadah.
Ketika Tuhannya berfirman : ‘Tunduk patuhlah!’ Ibrahim
menjawab : ‘Aku tunduk patuh kepada Tuhan semesta alam’ Dan Ibrahim telah
mewasiatkan ucapan itu kepada anak anaknya, demikian pula Ya’cub : ‘Hai anak
anak ku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagi mu, maka janganlah
kamu mati kecuali dalam memeluk Islam’. Adakah kamu hadir ketika Ya’cub
kedatangan maut, ketika ia berkata kepada anak anaknya : ‘Apa yang kamu sembah sepeninggalan
ku? Mereka menjawab : ‘Kami akan menyembah Tuhan mu, Tuhan nenek moyang mu
Ibrahim, Ismail, dan Ishaq (iaitu ) Tuhan yang Maha Esa dan kami hanya tunduk
patuh kepadaNYA’
Wasiat Ibrahim adalah mengembalikan manusia kepada agama Islam yang
diredhoi Tuhan kepada manusia sejak mula. Pengkisahan ini merupakan perintah
Allah didalam al Quran bahawa Kalimah
Syahadah adalah rukun kefardhuan untuk dilaksanakan. Agama Islam bukan warisan
secara tradisi untuk diikut ikut dari orang orang terdahulu tanpa membuat Aku
Janji Persaksian. Tindakan sedemikian sebenarnya menjadi bukti dan saksi sesama manusia sehingga menjadi bukti dan saksi pula
kepada Rosulullah dan menyampai kepada Allah Subhanahuwataala tentang keIslaman
itu. Unjuran ini sebagai tali perhubungan antara manusia dengan Tuhannya, yakni
‘Tali Allah’ sebagai pegangan hamba terhadap Tuhan. Sesungguhnya dengan yang sedemikian
itu Islam berkembang
Dan tidak ada yang benci kepada agama Ibrahim
melainkan orang yang memperbodohkan dirinya sendiri dan sungguh telah Kami
memilihnya didunia dan sesungguhnya dia diakhirat benar benar termasuk orang
orang yang solleh
Sesungguhnya Wasiat Ibrahim berupa pengajaran daripada Kalamullah dan
sebagai perintah Allah SWT. Kepada manusia yang mengakui beriman dengan
Kalamullah, al Quran nulKareem Kitabullah. Sewajarnya tidak sukar bagi manusia
untuk melaksanakan Wasiat Ibrahim tersebut. Beriman kepada Kitab al Quran itu
adalah keseluruhan dan tidaklah mengambil sebahagian dan meninggalkan
sebahagian dari pada ketentuan Tuhan yang hanya bersesuaian dengan kepentingan
diri. Mengatakan beriman dan sudah Islam kerana mendirikan sembahyang,
mengerjakan puasa, mengeluarkan zakat dan menunaikan haji ke Baitullah, namun
apabila diajak kepada Aku Janji Persaksian Dua Kalimah Syahadah menjadi marah
kerana merasa diri sudah dikafirkan.
Sebenarnya bagi ku hanyalah membacakan Kalamullah kepada mu, Wassalam ….