بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
KAFIR
Bahasa al Quran ialah “KAFIR”
Bahasa Melayu disebut ‘INGKAR’
Bahasa Melayu disebut ‘INGKAR’
Didalam Islam seseorang itu kafir
disisi Allah SWT
kerana menolak dan menentang
Kalamullah.
2:34 Dan ketika Kami
berfirman kepada Malaikat : Sujudlah kamu kepada Adam. Maka bersujudlah mereka
kecuali iblis; ia enggan dan takbur, dan adalah ia termasuk golongan orang
orang kafir
Dikalangan manusia kebanyakannya tersangat beragama
kepada Tuhannya termasuk berwatakan alim dan warak (bijak pandai) dengan
sentiasa berbuat kebaikan serta kebajikan terhadap Tuhan, seperti Malaikat yang
sentiasa bertasbih memuji Allah SWT, namun apabila dibacakan kepadanya Kalamullah,
ianya menjadi seperti iblis yang enggan dan takbur ketika Tuhannya berKalam.
Mereka yang terbaik bagaikan Malaikat itu menjadi seperti iblis yang kafir
terhadap Kalamullah!
Malaikat yang menjadi iblis terlebih dulunya merasakan
mulia diri dan terpuji kerja baiknya kepada Tuhan menjadi sombong dan bongkak
apabila memandang hina kepada Adam AS berKalamkan Kalamullah seperti yang
diperintahkan oleh Allah SWT. Iblis merasakan ia lebih berilmu dan banyak
amalannya kepada Tuhan sehinggakan tidak layak baginya untuk tunduk dan patuh kepada Adam
yang menyampaikan Ayat ayat Tuhan. Bijak pandai tidak dapat menerima Muhammad
bin Abdullah yang ummi lagi gembala kambing menyerukan kepadanya Kalamullah.
15:39 Iblis berkata : Wahai
Tuhan Pencipta ku, kerana Engkau menyatakan aku sesat sungguh aku akan hiasi bagi mereka dimuka
bumi dan sungguh aku akan menyesatkan mereka semuanya
Dahulu telah berlaku dan akan datang pasti berlaku;
dahulu dan akan datang itu sekarang sedang berlaku! Allah hutaala sentiasa
mendatangkan seorang Utusan dan Pemimpin (Khalifah) hingga akhir zaman sebagai Utusan yang membaca
dan menyerukan Kalamullah dikalangan manusia, namun akan ujud segolongan
manusia yang kononnya lebih menolak dan menentang. Ternyatanya penentangan itu
diketuai oleh orang orang yang merasakan lebih bijak dan pandai kerana
ketinggian ilmu. Mereka melihatkan kewarakannya
dengan amalan yang banyak kepada Tuhan. Mereka merasakan diri terlebih
layak dipilih Tuhan sebagai Pemimpin sehinggakan mereka akhirnya kafir seperti
iblis. Ilmunya diselaputi kesombongan dan amalannya dihiasi dengan kepura
puraan. Iblis berjaya menyesatkan
manusia sebagai mana ia sesat sehingga menjadi kafir.
4:59 Hai orang orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya),
dan ulil amri di antara kamu.Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang
sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul, jika kamu benar benar
percaya kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu)
dan lebih baik akibatnya
Setiap kali didatangkan Pemimpin berKalamkan
Kalamullah, diketika itu iblis dan konconya syaitan memainkan peranan untuk
menjayakan janjinya dengan Tuhan menyesatkan manusia. Kalau kepada Allah
hutaala memanglah sentiasa mereka bertasbih memujinya. KeBaithullah mau
saja saban tahun mereka berkunjung. Sentiasa ingin dekat dan hampir dengan
Tuhan dengan sembahyang tidak tinggal serta berpuasa. Ketika didatangkan Pemimpin, maujudnya
terlebih dahulu menjadi pertikaian dikalangan mereka. Persoalan tentang asal
usul, kekayaan. ketokohan ilmu dan amal selalu dipandang sangat rendah dan
hina. Dengan sombong merasakan selayaknya hanya mereka sewajarnya dipilih oleh
Tuhan sebagai Pemimpin.
Tidak kamu yang membuat pilihan dengan mengkategorikan Pemimpin
mengikut kemauan dan citarasa. Tidak berhak manusia membuat penentuan
Pemimpin yang didatangkan itu. Tuhan Maha BerKehendak dan tidak tergagah Allah
SWT dengan kehendak manusia. Sesungguhnya
Allah SWT Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Allah SWT mengadakan perujian
keimanan dan ketaqwaan kepada manusia. Pemimpin dan Kalamullah didatangkan
sebenarnya untuk menentukan barang siapa yang beriman dan kafir kepadaNYA. Seseorang
yang tidak mentaati Pemimpin yang membacakan Ayat ayat Allah secara langsung
tidak mentaati Rosulullah yang menyampaikan Kalamullah, maka secara mutlak ia
menjadi kafir disisi Tuhan yang berKalam. Manusia yang beriman itu mentaati
Allah SWT yang berKalam, mentaati Rusulullah SAW yang menerima Kalamullah dan
Pemimpin yang membacakan Ayat ayat Allah hutaala.
3:101 Bagaimanakah
kamu sampai menjadi kafir, sedangkan Ayat ayat Allah dibacakan kepada mu dan
Rosul rosulNYA pun berada ditengah tengah kamu?
Barangsiapa yang berpegang teguh kepada (agama) Allah, sesungguhnya
ia telah diberi petunjuk dijalan yang lurus
Allah SWT sentiasa mendatangkan Rosul dan Pemimpin
dikalangan manusia sebagai perantaraanNYA menyerukan KalamNYA. Kepimpinannya
adalah terpimpin oleh Allah SWT dengan Kalam. Sesungguhnya Kalam Tuhan adalah
petunjuk yang lurus untuk manusia. Sepatutnya tidak ada pertikaian. Sewajarnya
dengan Kalamullah yang dibaca dan disampaikan itu tidak menjadi persoalan
kepada kebenaran yang membawakannya. Sedemikian itu yang terdahulu dan yang
kemudian dari sekarang ini. Sesungguhnya al Quran nulKareem,
Kitabullah-Kalamullah itu hidup dan berjalan sentiasa dengan Pemimpin yang
didatangkan. Ayat ayat Allah hutaala kekal sebagai mukjizat dan Qodeem hingga
akhir zaman. Allah SWT sentiasa berKalam dan tidak pernah diam! Tuhan Seru
Sekelian Alam; dahulu, akan datang dan sekarang!
39:59 Ya!
Sesungguhnya telah datang kepada engkau Ayat ayat Ku; lalu engkau dustakan. Dan
engkau menyombongkan diri dan engkau termasuk orang orang yang kafir
al Quran itu bukan
seperti yang boleh dibeli dikedai buku! Memiliki senaskah bukan hanya sebagai
lambang beragama! Menghormatinya sebagai Kitab Suci bukan dengan meletakan
ditempat tinggi! Bukan melagukan Ayat ayat Allah hutaala dengan kemerduan suara
didalam pertandingan untuk menjadi johan! Mempelajari tajweed; bunyi panjang
pendek bukan kerana takut berdosa jika tersilap sebutan! Kitabullah bukan dibacakan
kepada orang yang mati! Khatam 30 juz bukan untuk pahala yang banyak dibulan
Ramadhan! Kalamullah bukan digantung didinding rumah untuk menghalau hantu
syaitan dan beharap Malaikat Rahmah yang datang berkunjung!
Didatangkan Allah SWT
seseorang dari kalangan manusia itu yang membawakan Ayat ayatNYA. Allah hutaala
mendatangkan seorang pemimpin yang menyerukan Kalamullah kepada manusia tanpa
ragu ragu untuk menyampaikan. Pemimpin yang dari Tuhan tiada kepentingan
pribadi, bukan dengan ketinggian ilmu dan banyak amalannya mencari pengaruh dan
populariti supaya orang ramai menghormati dan mengagungkannya. Allah SWT
mendatangkan Pemimpin yang bukan sebagai tok guru untuk mengajarkan bagi
mempunyai bilangan anak murid yang ramai. Pemimpin itu tidak membentangkan
ideology, pendapat dan pandangan dari aqal fikirnya untuk memenangkan agama
bagi kesejahteraan ummat.
3:164 Sungguh Allah telah memberi karunia kepada orang orang yang
beriman ketika Allah mengutus diantara mereka
seorang Rosul dari golongan mereka sendiri,
yang membacakan kepada mereka Ayat ayat Allah
membersihkan (jiwa) mereka, dan mengajarkan kepada mereka al Kitab dan al
Hikmah. Dan sesungguhnya sebelum itu, mereka adalah benar-benar dalam kesesatan
yang nyata
Kitabullah adalah ketetapan dari Allah SWT yang dibawa oleh Utusan dan
Pemimpin yang didatangkan. Sebenarnya manusia bijak pandai (ahli kitab)
mengetahui perkara tetapi menyembunyikan, sebaliknya mereka menjadi ahli yang
menentukan ketetapan pula dengan ilmu dan aqal fikirnya! Semuanya mengujudkan
perbalahan sesama manusia kerana ketetapan yang dibuat oleh mereka. Kelihatan
manusia sudah terbagi bagi kepada kumpulan, jemaah, aliran, jalan, jurusan dan
sebagainya sehinggakan langsung tiada persamaan untuk bersatu. Masing masing
mengakui dipihak benar dengan menyalahkan pihak yang lain. Tiada persaudaraan
melainkan permusuhan berpanjangan sehingga berbunuhan! Iblis mempengaruhi
aqal fikir dengan ide ide yang kononnya terlebih baik mengatasi Kalamullah yang
disampaikan. Sesungguhnya menyanggah dan menentang Kalamullah manusia itu
sentiasa tidak mendapat petunjuk melainkan dibawah telunjuk iblis yang menyesatkan
sepanjang masa.Sedemikian
itulah manusia menjadi kafir disisi Allah hutaala seperti mana iblis kafir dan
dilaknatiNYA hingga akhirat.
3:70&71
Hai ahli kitab, mengapa kamu kafir akan ayat ayat Allah, sedangkan
kamu mengakuinya? Hai orang orang ahli kitab, mengapakah kamu mencampurkan yang
hak dengan yang bathil dan kamu sembunyikan yang hak itu, sedangkan kamu
mengetahuinya?
Inilah kebenaran
yang daripada Allah SWT. Kalamullah menyampai kepada Muhammad melalui perantaraan malaikat Jibril
AS, menerimanya untuk dirinya; disampaikan kepada keluarga, para sahabat dan
pendokong baginda. Mereka itu beriman dan
menyampaikan kepada manusia manusia lainnya, lalu mereka juga beriman
dan menyampaikan kepada yang lain seterusnya. Begitu berlaku dan berulang dari
zaman kezaman dan sudah menyampai pada ketika dan saat ini sehinggalah kepada
masa yang akan datang. Sesungguhnya Kalamullah itu terlebih dahulunya untuk
diri sendiri dan menjadi tanggung jawab untuk menyampaikan kepada sekaliannya.
Demikianlah Pemimpin dan Kepimpinan Terpimpin
Oleh Kalamullah sentiasa didatangkan dikalangan manusia itu. Terserah kepada
yang mau berfikir untuk menyahut dan menyambut tangan dan bicara
Kalamullah untuk beriman dan bertaqwa dengan Ayat ayat Allah hutaala. Jika sebaliknya
memilih untuk menolak dan menentang, sesungguhnya kamu telah kafir disisi Allah
SWT, teeerrr.....serahlah!!!
39:33 Dan orang yang membawa kebenaran dan mereka yang membenarkan,
mereka itulah orang orang
yang bertaqwa