IKHWANnul MUSLIMINnawalMUSLIMAT

Ahad, 26 Mei 2013

IMAM MAHDI; alasan manusia





بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
  
59 Hai orang orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul, jika kamu benar benar percaya kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.

Semua tahu nama Imam Mahdi. Popular!. Semua percaya Imam Mahdi akan muncul. Semua menanti dan tertunggu tunggu. Semua faham seperti yang ditulis didalam artikel ‘Imam Mahdi dan Dajjal’ yang pernah disiarkan. Masing masing berharap menjadi pengikut Imam Mahdi, sipenyelamat manusia dan mahu berjihad bersamanya menentang pendustaan siDajjal yang mahu membinasakan ummat dunia. Tidak sempurna Iman kalau tidak percaya. Ini bukan soal main main!

Keimanan manusia hanyalah seperti titisan embun pagi dan senipis kulit bawang! Apabila kedua duanya muncul, manusia tidak percaya akan kedatangan tersebut. Permasalahannya kerana manusia telah menentukan ciri dan katogori mengikut ilmu, aqal dan fikirnya sendiri. Apabila datang keduanya, manusia itu tidak akan percaya kerana yang datang itu tidak menepati apa yang ada didalam kepala hotaknya! Mereka menafikan yang seorang itu bukan Imam Mahdi dan yang seorang lagi itu tidak  siDajjal. Padahal mereka sedang menjadi penentang Imam Mahdi dan menyokong pula kepada Dajjal.

Imam Mahdi tidak memperkenalkan diri. Mahdi didatangkan oleh Allah SWT ditengah tengah manusia dengan menyerukan Kalamullah.  Mengajak manusia kembali kepada Allah SWT dengan membacakan Kalam Kalam Tuhan dengan tidak mendahulukan ilmu dan aqal fikirnya. Dihadapan siapa dan dimana sahaja tiada keraguan dan ketakutan kepadanya untuk berkalamkan Kalamullah. Ketika Imam Mahdi datang, manusia punya banyak alasan terrrrr......rrbaiiik menafikan kedatangan sehinggakan menolak dan menentang seseorang yang dinanti nantikan!

(i)           Nabi SAW bersabda : Namanya sama seperti nama ku’. Ulama mengatakan sohihlah ucapan Baginda, maka manusia pun buat pertamanya akan meneliti kepada nama tersebut. Sebagai contoh pada perkiraan manusia itu, ‘Muhammad Zubir bin Amir Abdullah’ bukan sebagai Imam Mahdi walau pun namanya hampir sama, apa lagi kalau yang bernama ‘Nik Abdul Aziz bin Nik Mat’ yang namanya tidak serupa begitu juga ‘Mohd Najib bin Abdul Razak!’. Sesungguhnya Allah SWT Maha Berkehendak  dan tidak tergagah akan perkiraan manusia, seperti mana ‘akan datang Ahmad’ tetapi ‘Muhammad bin Abdulllah’ disempurnakan kedatangan oleh Tuhan Yang Maha Bijaksana.

(ii)   Manusia memandang serong kepada maujud seseorang yang menyerukan kepadanya Kalam Tuhan tersebut. Pada jangkaan mereka tentulah seseorang yang punya sijil dan ijazah berjela dari diuniversiti Makkah atau Madinah, Mesir atau Jordan. Pada fikiran manusia itu, pasti orangnya petah berpidato, lancar bahasa arabnya, berjubah, berserban besar dan berjanggut panjang. Mana mungkin Zubir Amir walau hampir sama nama Nabi SAW, tetapi tidak pandai berbahasa arab, begitu juga Nik Aziz namanya lain walaupun punya ijazah dari timur tengah serta fasih arab, apa lagi Najib bukan sahaja nama tidak serupa malah tidak boleh arab pun, tidak juga memakai serban dan tidak pula berjanggut. Sama sahaja manusia itu dengan orang Arab Quraish mempertikai dan menentang ketika Allah SWT mendatangkan Muhammad bin Abdullah yang ummi dan seorang gembala kambing!

(iii)       Allah SWT mendatangkan Imam Mahdi membawa al Quran Kalamullah sebagai petunjuk agar manusia bersatu dijalan yang benar lagi lurus. Manusia menjadi sangat berhati hati dengan berkata ‘jangan cepat percaya!’, sedangkan Kalamullah yang disampaikan kepadanya. Apabila melihat  simaujud tidak seperti bayangan mereka, manusia akan menuduh sesat dan gila walau pun yang diserukan ialah Ayat Ayat Allah SWT. Sesungguhnya manusia itu berdusta dengan mengatakan beriman kepada Kitabullah namun apabila dibacakan Kalamullah mereka menolak malahan menentang. Sesungguhnya mereka menentang Allah SWT dan secara langsung tidak beriman kepada_NYA.

(iv)  Ulama dan intelektual Islam yang banyak amalan dan tinggi ilmunya memperdebatkan Kalamullah yang dibacakan, sehingga menampakan penentangan kepada Ayat Ayat Allah SWT itu. Mereka mengajak manusia berbuat kebaikan dan kebajikan sebagai amal ibadat kepada Tuhan berlandaskan ilmu tuntutannya semata. Kepada Kalamullah mereka hanya mengambil sebahagian yang bersesuaian dengan citarasa dan ketika serta meninggalkan sebahagian yang dirasakan mendatangkan kerugian kepadanya.

(v)      Percampuran diantara haq dan bathil itu sangat mesera, sehinggakan tidak dapat dipisahkan. Niat menghalalkan cara asal sahaja popular. Urusan agama bukan sebagai jihad sebaliknya adalah kerjaya untuk memperolehi keuntungan harta dan wang ringgit. Bijak pandai agama juga kelihatan mengejar glamour mengalahkan artis.

(vi)        Kehidupan manusia berasa sangat selesa didalam mengumpulkan kekayaan dan menikmatinya disamping beramal ibadat pagi dan petang. Sudah cukup dengan masjid dan surau yang indah tesergam melambangkan kegemilangan beragama itu.

(vii)     Manusia sangat mencintai kekayaan dan kekuasaan walaupun memperolehinya melalui sogokan dan bersekongkol dengan musuh musuh agama. Jika pun berlaku penindasan terhadap Islam dan penganutnya oleh musuh, mereka sekadar protes melepaskan batuk ditangga kerana takut kehilangan kekuasaan yang ada.

(viii)   Manusia sentiasa salah mempersalahkan antara masing masing. Agama yang sepatutnya satu persamaan dilihat sudah pelbagai ragam dan bentuk. Masing masing mengatakan dipihak yang benar dengan hujjah ilmu dan aqal fikir tanpa merujuk kepada Kalamullah sebagai pemutus pertelingkahan.

(ix)   Peradaban manusia diukur dengan kemajuan yang disebut kemodenan dan kecanggihan walaupun sebenarnya tingkah laku didalam kehidupan sudah melampaui batas ketentuan Allah SWT. Mereka merasakan mundur dan ketinggalan jika kehidupan berada dibawah petunjuk Tuhan

(x)         Pihak berkuasa mempraktikan hukum dan undang undang karangan mereka dan sering berubah kerana tidak membawa kebaikan kepada kehidupan manusia itu. Manusia mengutamakan apa yang baik pada pandangan dan fikiran yang menjamin kepentingan pribadi dan kroni tidak tergugat

177. Amat buruklah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan kepada diri mereka sendirilah mereka berbuat zalim.

Berapa banyak pun alasan dikemukakan, manusia itu menolak dan menentang kedatangan Imam Mahdi, adalah berpunca kepada satu sebab munasabah iaitu tidak beriman kepada Allah SWT. Untuk beriman kepada Allah SWT pastinya melalui perantaraan Rosul-NYA yang menyampaikan Kalam_NYA; dan untuk itu pastilah kepada Pemimpin (Imam) yang didatangkan dikalangan manusia yang membacakan Kalam_NYA. Sewajarnya, jika Kitabullah-Kalamullah itu yang dikumandangkan pastilah manusia yang beriman itu tunduk patuh seratus peratus. Tidak ada keraguan dan kesangsian kepada siapa pun yang membacakan Kalam Tuhan kepadanya! Benarlah ilmu dan amal mereka menyampai kepada Rosul_NYA, seterusnya kepada Allah SWT melalui Pemimpin yang didatangkan.

Samada Imam Mahdi yang ditunggu oleh manusia itu sudah muncul atau belum, namun sangat jelas Pemimpin yang membawa petunjuk Tuhan yakni al Quran Kitabullah-Kalamullah sudah ditolak, ditentang, dimusuhi malahan diperangi. Sebanyak mana pun alasan manusia itu, sesungguhnya mereka adalah pasukan elit dibawah pimpinan Dajjal yang sebenarnya sudah pun berada ditengah tengah mereka. yang akan binasa oleh senjata ampuh Imam Mahdi dan pengikutnya iaitu al Quran Kalamullah! 

Sesungguhnya Dajjal dan pasukannya akan tewas, musnah dan binasa dengan senjata ampuh Imam Mahdi iaitu al Quran nulKareem. Selagi ada masa yang semakin suntuk, maka kepada keseluruhan manusia itu bersegeralah menyahut seruan Kalamullah yang disampaikan ...

56 Dan barangsiapa mengambil Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman menjadi penolongnya, maka sesungguhnya pengikut (agama) Allah, itulah yang pasti menang.

Amin amin amin ya muji basa ilin, ya Robbal’alamin. Wassalam




Tiada ulasan:

Catat Ulasan