Penulis : Chilown al Ghuraba'
بِسْمِ اللَّهِ
الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
45:23 Maka pernahkah kamu
melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya
sesat berdasarkan ilmunya, dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan
hatinya dan meletakan tutupan atas penglihatannya?
Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk
sesudah Allah. Maka mengapa tidak kamu mengambil pelajaran?
Kebelakangan ini ramai yang menyelar tulisan ana! Mereka mengutuk dan menuduh dengan sinis bahawa ana menolak golongan ulama, ilmuan mau pun para intelektual. Chating
difb mereka marah marah dan ada
diantaranya menghantar email. Sebenarnya
yang ditulis, itu juga yang ana sebut
diluar, dikalangan yang mendengarkan turut menyuarakan sedemikian termasuk kenalan.
ana dilihat seperti mempertikaikan
ketokohan ulama tersohor dahulu dan intelektual Islam sezaman, malahan dituduh
memperhinakan mereka! ana dicop anti
ulama! Menolak dan menentang kelompok cerdik pandai, yang ana lebih suka menyebut sebagai Ahli Kitab! Semacam ana mempertikaikan
itjimak ulama dan fatwa yang
dikeluarkan oleh golongan tersebut. Dikalangan yang protes itu ada yang
tergamak menjatuhkan diri ana sebagai
seorang yang sesat, menyeleweng aqidah, gila dan murtad!
6:115 Telah sempurna Kalimat Tuhan mu sebagai kalimat yang benar
dan adil. Tidak ada yang dapat mengubah ubah kalimat kalimatNYA dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
Sangat
jelas dan terang bahawa : ‘Kitabullah al
Quran nulKareem, Kalamullah itu benar dan adil sebagai petunjuk kepada manusia
untuk menerimanya secara sukarela atau terpaksa!’ Sesungguhnya al Quran itu
selalu terasa bertentangan serta tidak menepati kehendak manusia dengan ilmu
mereka, walau sebenarnya pengetahuan itu sangat terbatas dan tidak sehebat
mana. Terhadap Kalamullah terlebih dahulunya aqal fikir dan ilmunya akan
menepati citarasa dan kesenangan dirinya. Sebenarnya hanya berilusi dengan
dorongan hawa nafsunya. Kebanyakan Ahli Kitab akan tidak menerima bulat bulat
untuk berbuat menurut Ayat ayat Allah hu taala itu, sebaliknya berani menyuarakan ‘yang begini itu sepatutnya
begitu’. Sebenarnya tiada sedikit pun pengetahuan manusia itu tentang
Tuhan mau pun pasal dirinya sendiri,
melainkan melalui pelajaran dan pengajaran dari Kalamullah yang diturunkanNYA.
Meski pun membaca dan mengetahui tentang isi al Quran itu, sebaliknya
dipersesuaikan dengan kemahuan mereka sehingga sanggup merubah ketentuan dan
ketetapan Illahi.
3:19 Sesungguhnya agama disisi Allah ialah Islam.
Tiada berselisih orang orang yang diberi al Kitab,
kecuali sesudah didatangkan pengetahuan kepada mereka
kerana kedengkian diantara mereka.
Barang siapa kafir (ingkar) terhadap Ayat ayat Allah,
maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisabNYA
Pastinya jika
agama Islam yang disisi Allah hu taala itu hanyalah melalui KalamNYA.
Sesungguhnya manusia itu akan kembali kepada Allah SWT dan hanya dengan
petunjuk jalan yang dariNYA akan menyampaikan manusia itu kepada Tuhan. Tidak
ada cara atau pun jalan lain untuk kepada Allah hu taala yang Empunya Kalam
melainkan meniti diatas KalamNYA. Kepada yang menolak Kalamullah sesungguhnya
mereka itu kafir kepada Allah SWT. Mendustakan Ayat ayat Allah hu taala adalah
menentang terus secara langsung ianya terhadap Tuhan. Jangan berkira kira
tentang kepuasan hati terhadap Ayat ayat Allah hu taala, kerana hisabNYA
terlebih cepat dan tepat!
3:69 Segolongan Ahli Kitab
ingin menyesatkan kamu,
padahal mereka tidak menyesatkan melainkan dirinya
sendiri
dan mereka tidak menyedarinya
Sebahagian Ahli Kitab telah berbuat yang tidak sepatutnya. Dikatakan cerdik
dan bijak tetapi sebenarnya berfikiran ligat yang licik memperdayakan orang
lain. Berasa sombong sebab berpelajaran
tinggi dengan sijil, ijazah dan tauliah. Merasakan sentiasa betul dan tidak pernah
berbuat silap. Ucapan sebagai kata pujangga yang lebih hebat dari Kalamullah
dan Sabda Nabi SAW. Mereka mengulas segala sesuatu dengan pendapat pribadi dan
menulis buku buku sebagai panduan hidup manusia bagai mengatasi Kitabullah al
Quran nulKareem. Mereka mencari pengaruh untuk kelihatan hebat. Ahli Kitab
mengajak manusia kepada Tuhan tetapi dengan mengikuti cara yang mereka sendiri tetapkan.
3:78
Sesungguh diantara mereka ada golongan yang memutar
lidahnya
membaca al Kitab supaya kamu menyangkakan yang
dibacakannya itu sebahagian
dari al Kitab, padahal ianya bukan dari al Kitab, dan mereka mengatakan : Ianya dari sisi Allah padahal
bukan dari sisi Allah. Mereka berkata dusta terhadap Allah sedangkan mereka
mengetahui
Sebagai golongan yang mengetahui al Kitab, sewajarnya mereka pembimbing
dan sebagai pakar rujukan. Tidak
sepatutnya mengujudkan kekeliruan dan kacau balau masyarakat dengan kepandaian
mereka. Mereka menghasilkan rekayasa yang menjadi doktrin, sedangkan sebahagian
besar diantaranya bertentangan dengan Kalamullah dan Sunnah suri teladan oleh
Nabi Muhammad SAW. Kata kata hikmat dan buku karya mereka mengandungi banyak unsur
bidaah dan khurafat malahan syirik kepada Allah SWT. Semuanya sebagai dakyah menyebabkan kehidupan manusia menyimpang dari
Kalamullah sebagai petunjuk yang lurus lagi benar seperti mana yang disampaikan
oleh Rosulullah SAW. Kitabullah al Quran kononnya sangat berat dan payah, maka
dipermudahkan oleh mereka mengikut cara kemahuannya.
7:52 Sesungguhnya telah
Kami datangkan Kitab kepada mereka,
serta kami terangkan didalamnya dengan ilmu Kami,
menjadi petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman
Sesungguhnya
Allah SWT yang mengajarkan manusia itu melalui Kitabullah, sedangkan sebelumnya
mereka tidak mengetahui suatu apa pun. Selain dari itu hanyalah aqal fikir dan
duga duga mereka yang dibawah kawalan hawa nafsu semata. Demikian Allah SWT
menurunkan al Quran sebagai petunjuk jalan yang lurus lagi benar agar manusia
tidak terpesong oleh yang diaqal aqalkan dan rasa rasa dalam hati. Mengambil sebahagian dan meninggalkan sebahagian dari Kitabullah
menyebabkan haq dan bathil itu bercampur tersangat meseranya. Konsep niat baik
menghalalkan cara diunjurkan oleh Ahli Kitab didalam aspek kehidupan manusia
didunia ini. Mereka sebagai pembuat dasar politik, ekonomi dan sosial dengan
mencipta hukum dan undang undang. Mereka mengagamakan agama itu dengan menyesuaikannya
mengikut masa, tempat dan keadaan sedangkan agama disisi Allah adalah Islam
menerusi KalamNYA sebagai petunjuk!
2:42 Dan janganlah kamu campurkan kebenaran dengan yang bathil,
dan jangan kamu sembunyikan kebenaran itu sedangkan kamu
mengetahuinya
Islam itu menjadi
terbahagi bahagi kepada kepelbagaian berdasarkan ilmu dari aqal fikir golongan
yang kononnya sebagai bijak pandai. Keujudan mahzab, tharekat, jurusan,
perguruan, pengajian dan sebagainya mempunyai perbezaan yang ketara dan tidak
serupa termasuk bentuk peramalan kepada Allah SWT. Dikalangan yang berbagai itu
dinamakan dengan yang sangat Islamik bunyinya, namun masing masing mendakwa
sebagai yang terbaik dengan menyalahkan yang lain tidak betul sehingga timbul
permusuhan yang berpanjangan. Kafir mengkafirkan dan murtad memurtadkan
sesamanya. Kitabullah tidak dijadikan landasan, sebaliknya buku karangan tok
guru mereka menjadi perlembagaan hidup sebagai sandaran peribadatan kepada
Tuhan.
3:64 Wahai ahli Kitab! Marilah kepada suatu
kalimat
yang tidak ada perselisihan antara kami dan
kamu bahawa tidak
kita sembah kecuali Allah dan
kita
mempersekutukan Dia dengan seuatu pun dan
tidak sebahagian kita menjadikan sebahagian yang lain
sebagai Tuhan selain Allah. Jika mereka berpaling,
katakanlah : Saksikanlah bahawa kami orang orang yang
berserah diri
Kini
sudah sampai al Quran kalamullah itu dan telah menyampai kepada kamu. Kepada
kamu yang menerima dan beriman menjadi tanggungjawab pula untuk menyampaikan
kepada yang lain. Begitu seterusnya hingga keakhir zaman. Sebegitu semenjak
bermulanya, Allah SWT melalui Jibril AS menurunkan Kalamullah kepada Nabi
Muhammad SAW dan Baginda menyampaikan kepada para sahabat dan ummat diketika
itu. Sampai menyampaikan sekian lama, sehingga menyampai pula kepada kamu, maka
sampaikanlah kepada yang lainnya, agar mereka juga menyampaikan kepada orang
orang keseterusnya. Sedemikian Islam itu berkembang, begitu yang awal dan
akhirnya. Sedari awalnya dan diakhir
juga yang dari Allah hu taala jua. Datang dariNYA dan berpulang kepadaNYA. Segalanya
bermula dan berakhir hanya dengan petunjuk yang lurus lagi benar iaitu dengan
Kalamullah.
3 :102 Wahai orang orang yang beriman!
Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar benar taqwa kepadaNYA.
Janganlah sesekali kamu mati melainkan didalam kepadaan Islam (berserah
diri)
Sesungguhnya
bukan untuk dibuat kaji selidik akan Kalamullah, apa lagi memperdebatkan. Terlebih
dahulu dikehendaki manusia itu menerima dan beriman kepada petunjuk Kalamullah,
maka didatangkan oleh Tuhan pengajaran dan pelajaran agar manusia itu beroleh ilmu
pengetahuan. Kecerdasan itu ialah menerima dan
mempertahankan dasar yang Allah hu taala perintah untuk dilaksanakan, bukan
mengubah suai yang dari Tuhan itu bagi menepati selera sendiri. Manusia
itu sama sahaja disisiNya melainkan ketaqwaan kepada Allah SWT. Sebenar benar
ketaqwaan itu ialah mati didalam keadaan berserah diri (ISLAM). Ketahuilah, agama disisi Allah SWT adalah
Islam yang menyampai melalui KalamNYA. Untuk mati sebegitu terlebih dahulu
hidup didalam Islam tersebut. Hidup mati didalam Islam itu ialah berserah diri
kepada petunjukNYA. Seperti orang mati terserahlah untuk diperlakukan apa
sahaja, kerana tiada upayanya untuk membantah dan mempertikaikan lagi .......
27:84 Hingga apabila mereka datang, Allah
berfirman :
Apakah kamu telah mendustakan Ayat ayat KU,
padahal ilmu kamu tidak meliputinya atau apakah yang kamu kerjakan?
ana ditanya bertalu talu :
mengajinya dimana? gurunya siapa?? dan kitab apa???
ana hanya menyerukan
Kalamullah! insyaALLAH, suatu ruang nanti akan terjawab dan Allah SWT yang akan
memperjelaskan. ana
tidak mengajarkan kerana ilmu tidak setinggi mana dan amalan pula tersangat
kurang. ana
hanya menyampaikan Kalamullah! WASALAM