بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Nota
sempena Ramadhan 1433H. Ditulis setelah seminggu berpuasa, barangkali
boleh ‘menengok’ kualitas Ramadhan tahun ini!)
Ramadhan
dan kewajiban untuk berpuasa telah datang lagi! Puasa itu sangat
hebat kepada semua. Seperti ditahun terdahulunya, disebutkan sebagai
PESTA TERHEBAT. Kehebatannya jelas kelihatan pada persediaan mereka
untuk berbuka sejak pada hari pertama berpuasa. Kehebatan itu
menyambung pula dengan persediaan sambutan Hari Raya Idul Fitri dan
sambutan sebulan penuh Syawal. Mereka seolah merasakan Allah SWT
membebankan dengan lapar dan dahaga, maka dengan itu seharusnya
mereka berpesta besar menyambutnya. Sedangkan sedikit pun tiada
pengetahuan terhadap perintah Allah SWT untuk berpuasa itu, melainkan
untuk membalas dendam kerana tidak makan dan minum disiang hari
selama sebulan.
(Beberapa
hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di
dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi
manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda
(antara yang hak dan yang bathil). Karena itu, barangsiapa di antara
kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah
ia berpuasa pada bulan itu, dan barangsiapa sakit atau dalam
perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa),
sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain.
Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran
bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu
mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya
kamu bersyukur
Sebenarnya
Ramadhan itu yang terutamanya adalah permulaan turunnya al Quran
nulKareem, Kalamullah. Allah SWT memerintahkan terlebih dahulunya
manusia itu menerima dengan tunduk patuh kepada KalamNYA sebagai
petunjuk jalan yang lurus lagi benar.
Kitabullah-Kalamullah itu sebagai pembimbing
hawa nafsu yang serakah, mengawal aqal fikir yang melampaui batas dan
sebagai pembeda antara haq dengan bathil. al
Quran adalah perlembagaan kehidupan
sebagai pengekang kejahatan dan
kemungkaran. Ianya
mengandungi perintah suruhan termasuk berpuasa dan perintah larangan
yang lainnya. Puasa
itu realistiknya al Quran!
Akan beroleh pelajaran dan pengajaran daripada Allah hu taala Tuhan
Maha Pencipta kepada mereka yang bersyukur kerana dicptakan.
Hai
orang orang yang beriman! Diwajibkan berpuasa keatas kamu sebagai
mana diwajibkan keatas orang orang sebelum kamu, agar kamu
bertaqwa
Sebenarnya
Allah SWT memerintahkan berpuasa itu hanya kepada orang orang yang
beriman, baik kepada orang yang terdahulu, yang sekarang mau pun yang
akan datang. Nabi Muhammad SAW berpuasa seperti orang terdahulu
melalui pengajaran dan penjelasan Kalamullah, maka yang sedemikian
itulah yang diajak baginda kepada ummat dengan suri teladan darinya
mencontohi orang terdahulu yang beriman kepada Allah. Terlebih
dahulu manusia itu beriman kepada Allah SWT dengan KalamNYA yang
mensucikan melalui UtusanNYA yang mengajarkan keterangan Kitabullah.
Berpuasa
orang sekarang sebagaimana orang terdahulu itu berpuasa? Orang dahulu
tidak dibulan Ramadhan sudah bagaikan berpuasa sepanjang tahun. Bukan
ketiadaan makanan tetapi bukan hidup ini untuk makan, melainkan makan
sekadar untuk beribadah kepada Allah SWT. Sewajarnya
puasa itu selari dengan Kehendak Allah SWT melalui turunnya al Quran
nulKareem tersebut sebagai perlembagaan. Jelasnya kehidupan
dilandasan Kalamullah samalah manusia itu berada didalam Ramadhan
sepanjang tahun! Tiada bulan selain Ramadhan, kerana sentiasa
mengikut ketetapan dan ketentuan Allah hu taala melalui al Quran,
Kalamullah yang dibawakan oleh UtusanNYA.
Dia-lah
yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul di antara
mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, mensucikan
mereka dan mengajarkan mereka Kitab dan Hikmah. Dan sesungguhnya
mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata
Sesungguhnya
manusia itu fitrahnya adalah bersih dan suci, namun bernoda dan
berdosa kerana tertipu dengan kehidupan didunia. Al Quran itu
diturunkan sebagai petunjuk yang lurus melalui UtusanNYA supaya
manusia itu kembali kepada keadaan fitrahnya yang terbaik suatu
ketika dahulu. Turunnya al Quran dengan didatangkan seorang Utusan
membawanya sebagai perlembagaan dan dibulan Ramadhan diwajibkan
berpuasa sebagai implimentasi ketetapan Allah SWT yang tersebu keatas
manusia. Benar! Bila mana Nabi SAW bersabdakan bahawa puasa itu
adalah sekolah kepada manusia. Perhubungan diantaranya sangat jelas
agar manusia itu beroleh keberkatan dan rahmah yang besar daripada
Allah SWT. Tidak menyampai amalan berpuasa seorang manusia itu kepada
Tuhannya melainkan berlapar dahaga semata tanpa terlebih dahulunya
meyakini sedemikian aturan urusan Allah hu taala kepada manusia.
Haa
miim. Demi Kitab (Al Quran) yang menjelaskan. Sesungguhnya Kami
menurunkannya pada suatu malam yang diberkahi
dan
sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan. Pada malam itu
dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah. (yaitu) urusan yang besar
dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah Yang mengutus rasul-rasul.
Sebagai rahmat dari Tuhanmu. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar
lagi Maha Mengetahui. Tuhan Yang memelihara langit dan bumi dan apa
yang ada di antara keduanya, jika kamu adalah orang yang meyakini
Bukan
menahan lapar dan dahaga untuk mendapatkan fadhilat dan kelebihan
yang digambarkan dengan balasan pahala berlipat ganda dan syurga
Allah SWT diakhirat kelak. Kebayakan manusia yang berpuasa sebenarnya
mengikut hawa nafsu dan citarasanya sendiri. Belum pun habis sehari
berpuasa sudah menggambarkan keenakan juadah berbuka dengan
persediaan yang berlebihan. Sementelahan lagi mereka sangat fokus
kepada merayakan Idul Fitri dengan kegembiraan dan hiburan tanpa
batasan. Jelasnya mereka tidak kembali kepada fitrah kemanusia yang
sepatutnya, malahan menjadi lebih teruk dan parah sehinggakan tidak
terbendung lagi. Kelihatan manusia berpesta berhabis habisan
sehingga menjadi saudara kepada syaitan yang mencintai pembaziran.
Sesungguhnya
Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata. Supaya Allah
memberi ampunan kepadamu terhadap dosamu yang telah lalu dan yang
akan datang serta menyempurnakan nikmat-Nya atasmu dan memimpin kamu
kepada jalan yang lurus. Dan supaya Allah menolongmu dengan
pertolongan yang kuat (banyak). Dia-lah yang telah menurunkan
ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka
bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada). Dan kepunyaan
Allah-lah tentara langit dan bumi dan adalah Allah Maha Mengetahui
lagi Maha Bijaksana. Supaya Dia memasukkan orang-orang mukmin
laki-laki dan perempuan ke dalam surga yang mengalir di bawahnya
sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dan supaya Dia menutupi
kesalahan-kesalahan mereka. Dan yang demikian itu adalah
keberuntungan yang besar di sisi Allah
Allah
hu taala menjanjikan kemenangan dan keberuntungan yang besar kepada
barang siapa yang berada diatas jalan Kalamullah yang lurus.
Sesungguhnya Allah hu taala tidak akan menyalahi janjiNYA. Kejayaan
manusia yang sentiasa berada didalam keadaan fitrah terbaik asal
kejadiannya berhak merayakan Idul Fitri. Fitrah yang suci bersih itu
berkekalan disepanjang kehidupan didunia. Hamba hamba Allah SWT
yang berada dibawah petunjuk al Quran Kalamullah sentiasa berada
didalam kemenangan dan keberuntungan. Kekangan hawa nafsu, selera dan
citarasa manusia melalui al Quran itu diterjemahkan dengan berpuasa
dibulan Ramadhan dengan diraikan kemenangan itu di Idul Fitri.
Unjuran turunnya ketetapan perintah dan larangan Allah SWT melalui al
Quran Kalamullah mampu
terlaksana sebagai suatu yang mengngembirakan dan bukan sebagai suatu
bebanan yang menyulitkan urusan kehidupan.
Sesungguhnya
al Quran ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus dan
memberi khabar gembira kepada orang-orang Mu'min yang mengerjakan
amal saleh bahawa bagi mereka ada pahala yang besar
Sesungguhnya
puasa itu implimentasi Kitablullah al Quran nulKareem, Kalamullah.
Realisasi suruhan perintah dan larangan Allah SWT melalui Kalamullah
itu berada didalam berpuasa dibulan Ramadhan. Kualitas puasa itu
kepada diri sendiri dengan sejauh mana Kitabullah al Quran nulKareem,
Kalamullah diimani dan diamalkan. Puasa itu bukan dengan lapar
dahaga, mengketedarah sewaktu berbuka dan kemaruk pula nak beraya
sakan Syawal sebulan. Sungguhlah mereka tanpa malu claim fhadilat
pahala dan syurga Allah hu taala hanya kerana sholat tarawikh 21
rakaat serta bertadarus setiap malam sehingga khatam Quran 30 juz.
Sewajarnya kepada manusia itu sepanjang usia diatas landasan
perlembagaan al Quran bagaikan setiap bulan berpuasa; seolah
sepanjang tahun dibulan Ramadhan!!!
Sekian,
Wassalam
Tiada ulasan:
Ulasan baru tidak dibenarkan.