بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
2:208 Wahai
orang orang yang beriman! Masuklah kedalam Islam Kaffah (keseluruhan)
Jangan di ikuti langkah
langkah syaitan, sesungguhnya ia adalah musuh kamu yang nyata
Sebulan yang lepas aku minum teh tarik dengan
seorang kenalan, bekas cikgu. Bukan cikgu lama aku, tetapi dia besara awal kira
kira 10 tahun dulu. Alasan berhenti, tidaklah diketahui. Semua kenalan tetap
memanggilnya cikgu. Beliau bekas AJK UMNO Bahagian penggal yang terdahulu.
Gagal pertahankan jawatan. Kalah bertanding. Sembangnya bernada lain, semacam
sudah membenci UMNO. Banyak sekali keburukan parti dan salah laku ahli
disebutkannya, lebih lebih lagi yang sedang memegang jawatan diperingkat
bahagian. Semua nama yang disebutnya aku kenal, termasuk Presiden dan Timbalan
Presiden!
Minggu lalu aku terbaca disurat khabar cikgu masuk
PAS. Ada gambar menyerahkan borang keahlian kepada pemimpin tinggi parti. Katanya : Masuk PAS kerana Islam! Aku
tidak terkejut kerana sudah dibayangkan beliau akan bertukar haluan sewaktu minum
bersamanya dulu. Sedikit rasa kesal dihati, maka aku mengkisahkan melalui
tulisan yang juga akan aku berikan kepadanya, mudah mudahan dia mengerti akan
maksud. Terpulanglah kepadanya mengambil pelajaran dan pengajaran, lagi pun
bekas seorang guru, sepatutnya beliau mudah mengerti. Sekiranya dia membalas
pasti akan ku mohon Khalifahhimpass menyiarkan. Tunggu saja.
Cikgu,
Allah SWT berKalam melalui QS 2:208, mendahulukan Firmanya dengan “Yaaiyuhallazinaamanu - Wahai orang orang yang
beriman!”; bahawa orang yang beriman itu diseru masuk kedalam Islam
Kaffah (keseluruhan). Allah hu taala berbaik sangka kepada hambanya dan
seruanNYA bukan kepada orang orang kafir. Sesungguhnya kebanyakan manusia itu
percaya adanya Tuhan dan mereka beriman kepadaNYA. Sesungguhnya “Laailahaillallah -
Tiada Tuhan selain Allah”, maka hanya kepada Allah SWT manusia itu
beriman dan berTuhan. Allah SWT hanya meredhoi Islam itu sebagai agama yang haq
bagi manusia.
“Innadinaindallahilislam - Agama disisi Allah adalah Islam”, maka
dengan itu Allah hu taala menyeru manusia untuk masuk kedalam Islam.
Sesungguhnya Ayat diatas, Allah SWT menyeru manusia
untuk masuk kedalam Islam kerana tiada siapa diatas muka bumi otomatik Islam.
Tidak siapa otomatik Islam sejak lahirnya. Manusia itu sama dimana sahaja,
walau berbagai bangsa dan bahasa. Tidak otomatik seseorang itu Islam kerana
lahir sebagai Melayu atau Arab, begitu juga sebaliknya tidak kafir mereka yang
lahir dari perut India, Cina atau orang putih mau pun hitam! Sedang Allah bersangka baik kepada manusia,
sebaliknya manusia menuduh kafir sesama
mereka. Sesungguhnya untuk menjadi Islam itu, Allah hu taala menyerukan manusia
itu masuk kedalam Islam terlebih dahulu.
7:172 Dan
ketika Tuhan mu mengeluarkan keturunan anak anak Adam dari tulang shulbi mereka
dan Allah mengambil persaksian terhadap jiwa mereka : ‘Bukankah Aku ini Tuhan
mu?’ Mereka menjawab : Benar! kami menjadi saksi. (Persaksian ini) agar dihari
kiamat kelak kamu tidak mengatakan : Sesungguhnya kami adalah orang orang yang
lengah terhadapnya (persaksian ini)
Benar!, Ketika dialam roh semuanya sudah membuat persaksian dengan Allah
hu taala, tetapi apabila dilahirkan kedunia manusia itu menjadi lengah, lalai,
dan lupa kepada perjanjiannya dengan Tuhan.
Aku Janji Persaksian dialam roh sudah
termansuh. Batal! Tidak
sesekali Allah SWT itu zalim kepada anak Ramasamy atau anak Ah Chong atau David
sebagai kafir, manakala bayi yang lahir dari perut orang Melayu atau Arab
otomatis sebagai Islam; sedangkan semuanya adalah anak-cucu-cicit Adam!
Sesungguhnya untuk kepada Islam semestinyalah ‘masuk melalui pintu pintunya’ dan pastilah melalui pintunya yang
pertama. Rukun Islam itu 5 Perkara, bila mana seseorang itu sudah beraqal
waras dan baligh, yakni sampai keterangan Kalamullah kepadanya maka terlebih
dahulunya mengambil Aku Janji Persaksian secara sukarela mau pun terpaksa, iaitu mengucap Dua Kalimah Syahadah. Islam itu bukan diwarisi kerana baka
keturunan, melainkan diwariskan kepadanya dengan bersyahadah serta syarat sah
rukunnya Qauli, Qolbi, dan Fiqli
serentak. Lafazkan dimulut, ikralkan
dilidah dan lakukan dengan perbuatan anggota.
3:138 Quran ini adalah keterangan untuk
manusia, jadi pentunjuk dan pengajaran bagi orang orang yang bertaqwa
Cikgu,
Beriman, Islam dan bertaqwa kepada Allah SWT bukan
ketentuannya oleh manusia itu secara suka duga duga citarasanya, apa lagi masuk
PAS!. Manusia adalah hamba ciptaan Tuhan dan kepadaNYA tempat kembali.
Sesungguhnya Allah SWT Maha Pengasih dan Maha Penyayang kepada hambaNYA dengan
menurunkan al Quran nulKareem kepada manusia sebagai petunjuk jalan yang lurus
lagi benar untuk menemuiNYA. Hendaklah manusia itu menjadikan Al Quran sebagai
perlembagaan kehidupan diatas muka bumi ini supaya tidak tersesat jalan untuk
berpulang. Hanya melalui KalamNYA untuk bertemu dengan yang Empunya Kalam.
Berpegang teguh kepada Kalamullah dan Sunnah Rosulullah suri teladan baginya,
maka benarlah ketaqwaan seseorang itu terhadap Allah SWT, sohih iman dan Islam
sebagai agamanya.
|
Jelasnya, untuk manusia kembali kepada Allah SWT,
terlebih dahulu kepada kepimpinan Rosulullah yang membaca dan menyampaikan
Kalamullah hendaklah tunduk dan patuh. Bukan
kerana ilmunya yang tinggi ketika dipelajarinya disekolah untuk disampaikan.
Bukan kerana sijil dan ijazah pengajiannya diuniversiti yang berjela menjadi
tiket membicarakan hal agama. Tidak dengan sehelai kertas tauliah dia boleh
bercakap tentang Tuhan. Rosulullah tiada kepentingan peribadi atau suatu
keadaan tertentu dengan mengambil sebahagian dan meninggalkan sebahagian
Kalamullah untuk diserukan. Tidak atas sebab rasa rasa dengan menduga
kesesuaian terlebih dahulu Kalamullah itu dibacakan kepada manusia. Bukan
kerana upah atau gaji dia sebagai juru bicara agama. Keputusan tentang sesuatu
perkara tidak dengan timbagan ilmu dan aqal fikirnya, melainkan yang sudah
diputuskan oleh Allah SWT melalui KalamNYA yang disampaikan oleh Rosulullah.
17:9 Sesungguhnya
al Quran ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus dan memberi
khabar gembira kepada orang-orang Mu'min yang mengerjakan amal saleh bahawa
bagi mereka ada pahala yang besar
Kepimpinan Rosulullah sentiasa membenarkan setiap
Kalamullah, Ayat ayat Allah sebagai amanah dan tanggungjawab untuk disampaikan
kepada keseluruhan manusia. Kebijaksanaan pada Rosulullah itu tanpa
mendahulukan ilmu dan aqal fikirnya didalam urusan agama, sementelah pula tidak
tau baca tulis. Rosulullah tidak ada keraguan dan kekhuatiran baginya untuk
berKalamkan Kalam Tuhan walau dimana atau dihadapan siapa sahaja mau
dibicarakan. Kalamullah sebagai khabar gembira kepada yang beriman dan
peringatan takut kepada yang ingkar. Dia tidak meminta upah dari manusia untuk
hidup mewah, sedangkan mungkin hanya seorang gembala kambing!
4:40 Tidak ada yang memperdebatkan
tentang ayat ayat Allah, kecuali orang-orang yang kafir. Kerana itu janganlah
pulang balik mereka dengan bebas dari suatu kota ke kota yang lain memperdayakan
kamu
Sesungguhnya, manusia itu menjadi kafir terhadap
Allah SWT hanyalah kerana menolak dan menentang kepada al Quran Kalamullah.
Allah hu taala memberi amaran agar jangan ikuti langkah syaitan yang menjadikan
iblis sebagai pemimpinnnya. Azazil nama
pada awalnya adalah ketua para Malaikat yang pastinya sentiasa bertasbih memuji
dan mensucikan Tuhan menjadi kafir dan dilaknati Tuhan didunia hingga akhirat
hanyasanya kerana ingkar akan Kalamullah dan panggil Tuhan sebagai iblis
laknatullah.
Amaran Allah SWT sangat keras suapaya jangan ikuti
langkah iblisyaitan, sesungguhnya mereka adalah musuh yang nyata. Iblisyaitan
itu makhluk Tuhan yang ghaib. Allah SWT mau
pun Rosulullah tidak menggambarkan rupa bentuknya, tetapi sikap dan karektornya
disebutkan sebagai pembangkang Kalamullah yang akhirnya menolak dan menentang
dengan sombong. Barangsiapa diantara manusia itu memakai sikap sedemikian, maka
nampak dipandangan dan boleh didengar suara iblisyaitan dengan nyatanya. Mereka
menjadikan iblisyaitan itu nyata. Mereka adalah manusia syaitan. Sesungguhnya
mereka musuh yang sangat berbahaya. Bukanlah iblisyaitan yang dipohon pohon
besar, yang tinggal dirumah rumah kosong atau yang dibusut jantan menghalang
manusia kepada al Quran Kalamullah sebagai petunjuk yang lurus lagi benar,
melainkan manusia syaitan tersebut.
2:30 Ingatlah ketika Tuhan mu berfirman kepada para malaikat :
Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang Khalifah dimuka bumi. Mereka berkata
: Mengapa Kamu hendak menjadikan dimuka bumi itu orang yang membuat kerosakan
padanya dan menumpahkan darah, sedangkan kami sentiasa bertasbih dan mensucikan
Engkau. Tuhan berfirman : Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang engkau tidak
ketahui
Dari awalnya blis itu sudah membangkang Kalamullah,
apabila Allah SWT mahu menjadikan manusia sebagai Khalifah dimuka bumi dengan
pendapatnya bahawa manusia akan membuat kerosakan dan pertumpahan darah,
sedangkan Allah hu taala Maha Mengetahui segala sesuatu. Sesungguhnya Allah SWT
yang mengajarkan ilmuNYA supaya mendapat pengetahuan hambaNYA melalui Kalam
kalamNYA. Sedangkan sebelumnya mereka tidak mengetahui sesuatu termasuk tentang
Tuhannya. Sekadar mengada adakan iman didalam dada dan merasakan sudah bertakwa kepada Allah dengan ilmu dan amal,
sudahlah bongkak malah bodoh sombong!
Manusia yang seperti iblis juga sedemikian. Ilmu
adalah kesombongan dan amalan kepura puraan! Apabila dibacakan Kalamullah
mereka menolak malah menentang bukan sahaja kepada Rosulullah malahan menjadi
kafir terhadap Allah SWT. Sesungguhnya iman dan taqwa terhadap
Allah hu taala itu bukan dengan berjubah, beserban besar, berjanggut, walau dia
bersholat, berpuasa dan mengerjakan haji di Baithullah; ilmu pelajarannya
tinggi, punya sijil, ijazah dan tauliah; petah berpidato, lancar bahasa arabnya,
amalannya banyak, anak muridnya ramai dan bergelar ulama atau dipanggil tuan
guru. Mereka mengatakan telah dituduh kafir, sedangkan yang disampaikan adalah
Kalamullah. Iblis menjadi kafir bukan kerana berzina, berjudi, merompak atau
rasuah; begitu juga manusia menjadi kafir, keduanya dilaknati Allah hu taala
kerana ingkar kepada Kalamullah.
7:12 Allah berfirman: Apakah yang menghalangi mu untuk bersujud
(kepada Adam) di waktu Aku menyuruhmu? Menjawab iblis : Aku lebih baik
daripadanya: Engkau ciptakan aku dari api, sedang dia Engkau ciptakan dari
tanah
Menuntut ilmu
disekolah dan universiti berpandukan buku buku pelbagai tetapi menagih pulangan
ganjaran lumayan serta kedudukan jawatan tinggi. Fasih firman dan hadisth hanya
sebagai celoteh yang mampu membuat audien
ketawa menjadikan diri popular mengalahkan artis. Mendakwa ulama dan tuan guru
tetapi agama diperdagangkan untuk kehidupan glamour
duniawi yang gemerlapan.
Pandai agama
adalah sebagai kerjaya untuk mengejar nama dan bergelar jutawan. Akhirnya mahu
memiliki kuasa politik melalui parti dengan membangkitkan rasa marah dan benci
sesama manusia dengan maki hamun dan sumpah seranah. Perihal agama itu sebagai
alat mengumpul ahli serta penyokong kepada jawatan dan parti bagi mengekalkan
kekuasaan; begitu juga bagi yang mahu merampas kuasa, sanggup berbuat apa
sahaja bagi mencapai matlamat yang dimaksud! Menjual agama demi kemewahan dan
kekuasaan. Hidup didalam kemewahan, berumah banglow, kereta mewah, isteri dua,
tiga dan 4 serta rakus mengumpul harta. Mereka mendakwa sudah berbuat kebaikan
dan kebajikan atas nama agama namun disisi Allah SWT bukan sebagai amal solleh,
melainkan kerja laghro yang sia sia belaka!
9.9 Mereka menukarkan Ayat ayat Allah dengan harga yang sedikit,
lalu mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah. Sesungguhnya amat buruklah
apa yang mereka kerjakan itu
Sewajarnya
manusia itu diajak masuk Islam Kaffah yang disisi Allah hu taala. Masing masing
mengagama agamakan Islam itu mengikut kemahuan ilmu, aqal fikir dan citarasa.
Perbezaan fahaman tentang agama sangat ketara walau pun mengaku beriman dan
Islam sehingga berlaku pertentangan dan permusuhan. Islam di Arab Saudi tidak
sama dengan di Mesir. Di Pakistan lain dengan di Jordan. Di Iran, Iraq, Yaman, Indonesia dan di
Malaysia juga lain! Didalam sesebuah negara juga pelbagaian kelainannya!
Disebuah kampong pedalaman juga tidak sama!! Didalam sebuah keluarga juga tidak
serupa!!! Di Afghanistan tewas dan di Palastin kalah sudah sekian lama kepada
musuh. Terdapat negara yang tidak pernah berhenti perang saudara. Pulau
memulaukan dalam masyarakat dan berlaku perceraian suami isteri dan anak anak
bercempera! Bukan sahaja pada kenyataannya berbeza malahan mimpi mereka juga
tidak sama. Perselisihan berlanjutan. Permasalahan tidak selesai dengan
kelainan dan kepelbagaian.
Persamaan
agama sewajarnya menjadikan manusia bersatu. Islam yang sesungguhnya dibawah
pemeliharaan Allah SWT sentiasa kuat dan menang, namun manusia tidak menyedari
kelemahan diri sendiri melainkan bodoh sombong dan bongkak. Selagi tidak
kembali kepada Islam melalui petunjuk Kalamullah dan suri teladan Rosulullah,
manusia sebenarnya tertipu malah turut menipu manusia lain dengan ilmu, aqal
fikir dan amalan kebaikan dan kebajikan yang sebenarnya bukan amal solleh disisi
Allah SWT. Manusia diajak kepada Islam,
bukan kepada perjuangan pribadi atau pertubuhan walau pun pada nama yang
sungguh Islamik. Satu sahaja pertubuhan atas nama Islam dan perlembagaannya
adalah Kitabullah, al Quran nulKareem Kalamullah.
2:39 Ada pun orang orang
yang kafir dan mendustakan Ayat ayat Kami, mereka itu penghuni neraka , mereka
kekal didalamnya
Cikgu,
Rukun Islam 5
Perkara, namun yang pertama bukan masuk PAS! Mungkin aku semacam membantai PAS, tetapi aku bukan
penyokong UMNO atau mana mana parti. Tidak ada satu parti yang ada itu menjadi
pilhan bagi aku! Bukan nak
mengajarkan ilmu yang sememangnya tak
punya, sekolah pun tak tinggi mana;
malah minta diajarkan. Tidak juga kerana amal sudah banyak malah tersangat
kurang dan mohon ditunjukkan. Dimana dan kepada siapa sahaja, aku serukan Islam
yang disisi Allah hu taala melalui Kalamullah : 1Tuhan-1Kalimah; Allah Diutamakan-al Quran Didahulukan! Masuklah Islam Kaffah!; Kalam Tuhan
ku yang juga Tuhan kamu sebagai khabar gembira dan peringatan. Wassalam.