IKHWANnul MUSLIMINnawalMUSLIMAT

Sabtu, 24 Mac 2012

SIAPAKAH INTELEKTUAL ISLAM?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم



“Sesungguhnya agama disisi Allah hanyalah Islam. Tiada berselisih orang orang yang telah diberikan al Kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka kerana kedengkian diantara mereka. Barangsiapa yang kafir terhadap Ayat ayat Allah, maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisabNYA” 3:19



Tuan,

Muzakarah Bahasa dan Persuratan Melayu DBP 2012 yang akan berlangsung pada 14 dan 15 Mac 2012.

(http://kembarabahasa.blogspot.com/2012/02/muzakarah-bahasa-dan-persuratan.html)
Untuk makluman, bidang keAGAMAan akan berlangsung seperti butiran dibawah
Tarikh: 15 Mac 2012

Masa: 2.30 petang

Tempat: Dewan Bankuet, Tingkat 1, Menara DBP, Kuala Lumpur

Muzakarah ini bertujuan mempertemukan cendikiawan MUSLIM MU’KMIN dalam mendapatkan pemikiran, saranan, maklumat, DLL.

Untuk makluman tuan, keperluan maklumat seperti nama penuh, alamat surat-menyurat, e-mel, nombor telefon dan faksimile adalah bertujuan menyampaikan surat rasmi tersebut. Justeru, sekiranya tuan mempunyai kenalan yang terdiri daripada cendikiawan MUSLIM adalah dialu-alukan. Namun begitu, diharap segera memaklumkan butiran mereka dengan kadar segera. Perhatian dan makluman segera daripada tuan dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Kembara Bahasa: Muzakarah Bahasa dan Persuratan

kembarabahasa.blogspot.com



NOTA : Demikian budi baik seorang teman fb yang belum pernah dikenali telah menghantar message. Ianya bukan jemputan buat ana, al maklum bukan sebagai seorang cendiakawan, namun terima kasih diucapkan diatas makluman. Malangnya, ana tidak mengetahui apa, bagaimana dan siapa yang dimaksudkan teman fb tersebut dengan cendiakawan itu untuk membolehkan menyertai muzakarah tersebut, lebih lebih lagi yang dipanggilnya sebagai Cendiakawan Muslim Mukmin itu!? Sehubungan itu, berikut disiarkan tulisan Ikhwan Muhammad Chilown al Ghuraba’, mudah mudahan mendapat pelajaran bagi yang mahu memikirkan - ayahIssa



Kamus Dewan : Cendiakawan bermaksud Bijak Pandai atau Intelektual. Taulah kita bahawa Cendiakawan Muslim Mukmin itu bermaksud Bijak Pandai Islam atau pun lebih hebat disebut dan didengar sebagai Intelektual Islam!



Siapa Intelektual Islam? Terlebih dulunya mempastikan orang itu adalah beragama Islam, di Malaysia, Melayu itu Islam, asal saja namanya berbunyi keMelayuan



Kebanyakan orang beranggap, Melayu lepasan universiti, maka dia adalah seorang intelektual Islam



Sebahagianya pula berpendapat untuk bergelar intelektual Islam mestilah bidang pengajian semasa diuniversiti didalam jurusan yang berkaitan agama



Sesetengah orang mengatakan mestilah belajar diuniversiti Islam dan kalau yang dari luar negeri mestilah di arab Saudi, Mesir, Jordan atau dinegara Timur tengah lainnya



Rumusannya, hampir seratus ribu orang Melayu lulusan universiti saban tahun, maka beratus ratus ribu intelektual sudah ada. Tentunya kini sudah berjuta orang intelektual Islam di Malaysia!



Intelektual Islam Melayu Malaysia yang ditentukan seperti diatas, pastinya memegang jawatan jawatan tinggi mengikut kelulusan pengajiannya samada didalam pentadbiran awam, swasta dan NGO. Terdengar rasa penuh kebanggaan apabila berkata di Malaysia sudah ramai doktor pakar, ramai peguam terkemuka, jurutera, ahli perniagaan berjaya, jutawan, hartawan dan sebagainya. Mereka Melayu dan Islam sekali gus, maka mereka digelar intelektual Islam!



Sebagai intelektual, maka penggubalan dasar segala bidang yang dibuat dan pelaksanaannya menjurus kepada ilmu pembelajaranya. Tidak timbul samada ianya bertepatan dengan ketetapan Islam yang digaris oleh Allah SWT melalui KalamNYA, al Quran nulKareem. Keintelektualan hari ini kebanyakannya melampaui batas kerana mengatasi Kalam Tuhan. Sedemikian itulah yang berlaku kepada Islam di Malaysia hari ini, sehingga percampuran diantara yang haq dan bathil itu bergaul dengat sangat mesra. Tulisan ini bukan membicarakan persoalan percampuran antara baik dan jahat itu tetapi perihal memperkatakan kelayakkan sebagai intelektual Islam. Apakah benar ada intelektual Islam?



Katogori sebagai seorang intelektual Islam seperti yang dinyatakan, adakah ianya menepati kepada Nabi Muhammad SAW yang ummi? Sesungguhnya Baginda sebagai role model sejati seorang manusia yang tiada tandingan keintelektualannya dan pastilah Islam. Sebenarnya intelektual Islam adalah satu maksud yang tidak berpisah dan sama sahaja. Bijak pandai itu adalah Islam dan Islam itulah bijak pandai. Demikian itulah agama Islam dari sisi Allah SWT yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana segala sesuatu. Kesahihan Nabi Muhammad SAW sebagai intelektual Islam dengan agama yang dari sisi Allah SWT berpandukan Kitabullah. Islam itu intelektual! al Quran itu tuntunan dariNYA



Untuk seseorang itu sebagai intelektual Islam adalah yang beriman dan beramal dengan agama yang disisi Tuhan melalui Kalam kalamNYA. Kegemilangan Islam pernah menjadi kenyataan suatu masa dahulu semata mata kerana tokoh tokoh ilmuan diketika itu kehidupan dzahir dan bathinnya berlandaskan Kitabullah, al Quran nulKareem. al Quran dijadikan sebagai perlembagaan yang mengekang pelampauan batas ilmu aqal fikir. Tokoh perubatan, pakar aljibra, ahli astronomi, jutawan, dermawan dan sebagainya menjadikan Kalamullah sebagai perlembagaan kehidupan. Mereka terkenal sebagai penjaga Kitabullah itu sendiri. Mereka sebagai Ulama Pewaris Nabi – Warissatul anbi’a, mencontohkan keintelektualan Islam berlandaskan petunjuk Allah SWT



Islam adalah agama disisi Allah SWT, barang siapa berpegang teguh kepada petunjukNYA iaitu al Quran didalam kehidupan, sesungguhnya kedudukannya adalah seorang intelektual Islam sejati, walau pun dianya bukan lulusan universiti, walau pun dia seorang gembala kambing! Tidak mendahulukan ilmu, aqal fikir dan rasa rasa didalam hatinya. Sijil, ijazah dan tauliah didalam bidang pengajian apa pun dan dari universiti mana sekali pun, malahan setinggi mana pun jawatannya, walaupun berbangsa Melayu bukanlah dia sebagai intelektual Islam; sekiranya al Quran Kitabullah hanya sebagai senaskah buku yang diletakkan diatas meja! Kalau pun sangat ramai intelek hari ini, namun perhatikanlah kedudukan Islam sebagai tempat berkeyakinan orang Melayu ditanahair tercinta yang carca marba dan entah bila akan bersatu.



Kepada manusia itu, termasuk Melayu Malaysia sebenarnya hanyalah sebagai MEMANDAI MANDAI! Paling hebatnya orang Melayu Malaysia ialah memandai mandai otomatik Islam samada yang lepasan universiti atau tidak! Beribu kali intelektual bermuzakarah tentang agama Islam, namun yang mahu diketengahkan ialah ide, pendapat, pandangan dan cadangan yang lain dari ketetapan Allah SWT. Tidak ada pencapaian hasil terbaik, melainkan angan angan kosong yang sia sia. Islam itu akan cemerlang, gemilang dan terbilang dengan petunjuk dan pengajaran Kalamullah, al Quran nulKareem dan manusia itu tidak lagi melampaui batas ketetapan Allah SWT yang kononnya sebagai intelektual



Oleh itu, renungkanlah Sabda Rasullullah SAW bahawa seorang sultan (pemimpin) itu adalah bayangan Allah SWT diatas muka bumi ini …..,



insyaAllah dibicarakan lain kali,

Wassalam, Chilown al Ghuraba’