IKHWANnul MUSLIMINnawalMUSLIMAT

Jumaat, 18 Disember 2009

BICARA MAAL HIJRAH 1431 (i)


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

PERSOALAN

Mengapa Islam lemah dan tewas (belum menang2)? Jawaban yang segera mendatang didalam kotak fikiran ialah; PEMERINTAH DAN UMAT NGAKU2 JE SEBAGAI ISLAM! Malahan segolongan dari mereka yang ngaku2 Islam itu sendiri sering mendakwa Islam sangat lemah hingga terjajah dan ditindas oleh musuh2 Islam. Sebahagian dari mereka pula mengatakan bahawa musuh2 sentiasa memainkan propaganda dan manipulasi sehingga konfrantasi dan permusuhan sesama Islam terjadi mengakibatkan peperangan dan berbunuh2an sesama sendiri. Sesungguhnya setiap kelemahan itu datangnya dari mereka2 dan mereka2lah menyebabkan kekalahan dan ketewasan itu!


PEMERINTAH OH PEMERINTAH

Dibicarakan disini, Negara2 Islam (OIC kot?); dimana pemimpin2 (pemerintah) yang dipanggil Raja, Perdana Menteri maupun Presiden hanyalah sebagai boneka atau seperti kerbau dicucuk hidung kepada sogokkan maupun ugutan dari musuh Islam. Sogokkan dan ugutan berupa kekayaan dan kemewahan, disokong dan ditaja berkuasa sebagai pemerintah dan dikekalkan kekuasaan selama yang boleh atau sebaliknya dijatuhkan dan digulingkan dari singgahsana pemerintahan. Pemimpin2 ini menjadi leka dan alpa sehinggakan menjadikan sistem politik, ekonomi dan sosial didalam negara bercanggah dengan undang2 dan hukum Tuhan! Hati dan jiwanya mati untuk menegakkan tuntutan Allah SWT diatas muka bumi ini lantaran kemewahan dan kekayaan yang sedang dinikmati. Semudah itu pula ngaku2 sebagai pemerintah Islam didalam sebuah Negara Islam! Sesungguhnya Islam tidak menolak sama sekali kekayaan, kejayaan dan kemajuan didunia ini tetapi adakah yang dikecapi hari ini bersesuaian dan berada diatas landasan yang telah ditentukan oleh Allah SWT? Perhatikan sistem2 yang dipraktikan oleh negara yang kononnya Islam itu, apakah terbukti Islamik atau sebaliknya?.


Islam adalah sebuah perlembagaan dari sisi Tuhan, digubal oleh Allah yang meliputi segala aspek kehidupan termasuk politik, ekonomi dan sosial. Islam itu syumul mencakupi semua bidang untuk dijadikan landasan segenap aspek kehidupan. Dijamin dan dijanjikan oleh Allah kemenangan dan martabat yang tinggi dari dunia hingga akhirat. Sesebuah negara meletakan Islam sekadar agama resmi didalam perlembagaan negara yang digubal oleh manusia hanyalah bagai itu Islam dikesampingkan sahaja. Akhirnya menjadi sekadar lambang dan simbol sesekali setahun sebagai perayaan untuk dimegah2kan dimata manusia dan dunia semata2! Pemimpin ini akan melaung2kan kemegahan bahawa Islam hari ini telah maju dan berjaya dengan cemerlangnya seolah2 mengatasi kegemilangan Rasulullah, para sahabat dan zaman2 Khulafa arRasydin! Sesungguhnya jauh panggang dari api, malahan hanyalah kemudharatan yang diilhamkan kerana tiada mendapat keberkatan dari Allah SWT.


Masakan begitu mudah ngaku2 Islam sedangkan undang2 dan hukum Allah SWT tidak menjadi landasan didalam sistem kehidupan? Peraturan diatas percaturan hawa nafsu semata2, rakus dan haloba, hasad dan dengki, permusuhan dan perperangan sesama sendiri akhirnya musuh2 Islam mengaut keuntungan hasil bumi sendiri dan dari penjualan senjata oleh mereka. Memperkuat dan memperkukuhan angkatan bersenjata adalah semata untuk tujuan tunjuk kuat sesama sendiri. Pemimpin2 yang ada sebenarnya tunduk patuh dan telah menjadikan musuh2 Islam itu sebagai arah kiblat dan naungan bagi mereka. Tunjukanlah siapa dikalangan pemimpin dan dimanakah sesebuah negara yang benar2 menjadikan Islam sebagai landasan kepimpinan dan pemerintahan didunia ini, hari ini?


Ringkasan dari satu sabda Nabi SAW, ‘Setiap orang Islam itu adalah bersaudara. Tidak sempurna keimanan seseorang itu jika tidak mengasihi saudaranya seperti ia mengasihi dirinya sendiri’ Negara Islam manakah yang sanggup mempertahankan saudara2 di Palastin, Afghanistan, Iraq, Iran dan yang lainnya dari berterus2an dibuli dan ditindas oleh musuh secara terang2an sejak beratus tahun dahulu lagi? OIC bermesyuarat saban kali setiap tahun, sudah meluluskan beratus2 resolusi tetapi hanya tinggal didalam fail diatas meja tanpa tindakan drastik membenteras cengkaman dan penindasan musuh2 tersebut. Semuanya hanyalah bagai bahan lawak yang diketawa kekehkan oleh musuh. Paling mendukacitakan, bukan main lagi lagak masing2 apabila berbicara tentang Islam tetapi hanya tin dan tong kosong apabila tidak langsung dimplimentasikan Islam yang disebut2 itu.. Suara2 hanyalah sumbang apabila kepentingan pribadi didahulukan dan kroni diutamakan!


UMAT OH UMAT

Bolehkah
umat2 ngaku2 sebagai umat sebuah Negara Islam yang mana pemerintahnya tidak menjalankan dasar2 Islam didalam hala tuju pemerintahan? Sebaliknya umat2lah yang menyokong dan membela tampuk pemerintahan seperti diatas lantaran disogokkan kejayaan dan kemajuan yang digembar gemburkan atas nama kemodenan, toleransi dan hak asasi manusia sedunia. Rakyat begitu lemah sifat dan sikap keIslaman sehinggakan mudah dikaburi dengan simbol Islamik yang diada2kan dan ditonjolkan oleh pemerintah. Persoalan Islam hanyalah milik pribadi dan khusus kepada mengerjakan peribadatan Rukun Islam yang lima itu sahaja. Jika lain dari itu, seperti hudud, qisass, assabiyah, tareqat, mahzab akan diberikan pengertian yang salah iaitu biadaah, kuno, zalim, sesat. ektrims, taksub dan sebagainya.


Pun terdapat umat minoriti yang menyedari akan propaganda dan manipulasi musuh2 telah bertindak melulu sebagai penyerang berani mati dengan memasang bom dibadan dan meletupkan diri sendiri ditengah2 kepentingan musuh dengan alasan jihad untuk menegakkan Islam! Begitukah kehendak dan tuntutan Allah bagi mencapai kejayaan dan martabat yang tinggi bagi Islam? Apa yang terjadi sebenarnya ialah bunuh diri, membunuh nyawa2 yang tidak berdosa dan akhirnya Islam digelar agama terrorist, mengakibatkan tekanan bertambah kuat datang dari musuh2 sehinggakan diperangi dan dijajahnya sesebuah negara itu.


HIJRAHSesungguhnya Allah bersifat berkendak diatas segalanya tanpa berpandukan kehendak manusia kerana rahsia disebalik setiap kejadian itu adalah didalam genggaman pengetahuanNya. Allah Maha Mengetahui akan segala2nya. Begitulah, hanya Allah SWT yang akan memberikan rahmat, taufik dan hidayahNya kepada sesiapa yang dikehndakiNya. Maka golongan mereka inilah yang akan memperolehi kemenangan dan dijanjikan oleh Tuhan kedudukan martabat yang tinggi dari sisiNya.


وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةُُ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَأُوْلاَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ“Hendaklah ada diantara kamu umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh dengan maaruf (yang baik2) dan melarang dari yang mungkar; dan mereka itulah yang menang” QS Ali Imran 3:104. Sudah pastilah seruan dan ajakan kepada perkara maaruf dan melarang dari yang mungkar itu berpandukan al Quran nulKareem, kalamullah. Sesungguhnya al Quran itu diturunkan sebagai rahmat keseluruh alam sebagai panduan, pengajaran dan petujuk kepada semua manusia bagi menjalani kehidupan didunia. Allah SWT menggubal sistem politik, ekonomi dan sosial didalam al Quran bagi menjamin kejayaan, kekayaan dan kekuasaan dengan adil dan saksama bagi semua.


Berhijrahlah kepada Islam yang keseluruhan (kaffah) yakni dari segi dan aspek kehidupan dijalani diatas landasan al Quran. Berhijrah dari tidak baik kepada yang baik dan daripada yang baik kepada yang terbaik. Tidak ada yang lebih baik dari yang terbaik itu melainkan kembali kepada Allah dan Rasul. Tidak ada kata yang terbaik selainkan kalam Tuhan, tidak ada manusia terbaik selainkan Nabi Muhammad SAW. Barangsiapa yang hanya mengambil sebahagian mana2 yang elok bagi kepentingan pribadinya dan menolak yang lain2 itu kerana dirasakan merugikan dirinya dari dari keduanya adalah pengikut syaitan yang dilaknati oleh Tuhan didunia hingga keakhirat!


يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَآفَّةً وَلاَ تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينُُ Mafhum QS al Baqarah 2:208 “Hai orang2 yang beriman, masuklah kamu kedalam Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh mu yang nyata” Allah menggarapkan didalam al Quran kisah syaitan yang engkar perintah Allah untuk tunduk kepada Nabi Adam AS, sedangkan syaitan itu adalah pemimpin malaikat yang mengakui keEsaan Allah SWT. Slogan ‘Sokong Islam Anda Selamat’ sebenarnya adalah tidak tepat kerana sewajarnya berbunyi ‘Masuk Islam Anda Selamat!’Ingatlah, bahawa syaitan itu tidak digambarkan rupa dan wajahnya, tetapi sikap dan perangainya digambarkan oleh Allah didalam banyak firmaNya; maka barangsiapa yang mengamalkan sikap2 tersebut maka orang itu adalah syaitan sebenarnya, maka dengan sebab itulah Allah kerap menyebut syaitan itu musuh yang nyata!


Pemimpin dan umat amat sukar menerima segolongan manusia yang didatangkan oleh Allah untuk mengajak dan menyeru kepada amal maaruf dan nahi mungkar. Apabila dibacakan ayat2 Tuhan dari kalamNya mereka merasa takut dan bimbang malah ditentang dan diperangi habis2an. Pemimpin2 ini difahamkan membuat penentangan kerana takutkan kehilangan kekuasaan dan kemewahan yang dimiliki selama ini. Mereka2 yang sombong dengan ilmu pengajian yang tinggi beserta sijil dan ijazah pula beranggapan hanya mereka yang layak membicarakan perihal agama. Akal dan fikiran mereka yang bijak dan pandai digunakan untuk berhujjah menentang kalam Tuhan apabila dibacakan kepadanya. Mereka sanggup menjadi ulama suu’ (jahat) yang bersekongkol dengan perkara2 maksiat yang dilakukan oleh kepimpinan lantaran takut kehilangan jawatan, pangkat dan gaji lumayan yang diberikan oleh pemerintah. Budi biacara, niat menghalalkan cara dan asal jadi diguna pakai didalam hal2 agama! Malahan umat2 yang menyokong pemimpin dan ulama sedemikian juga terlalu ramai bilangannya, lantaran kebebalan ilmu yang diwarisi dari orang2 terdahulu tidak menggambarkan ajaran keagamaan yang sebenarnya. Budaya dan adat tradisi dijadikan amalan dan dipertahankan sejak turun menurun. Ketuanan kepada manusia yang berkuasa diberikan ketaatan dan kesetiaan dengan membabi buta tanpa berbelah bagi sedikit pun! Perintah Allah dan Rasul dipandang remeh dan ringan malah diperolok2an sesuka hati.


وَإِذَا قِيلَ لَهُمُ اتَّبِعُوا مَآأَنزَلَ اللهُ قَالُوا بَلْ نَتَّبِعُ مَآأَلْفَيْنَا عَلَيْهِ ءَابَآءَنَآ أَوَلَوْكَانَ ءَابَآؤُهُمْ لاَ يَعْقِلُونَ شَيْئًا وَلاَ يَهْتَدُونَ“Apabila dikatakan kepada mereka: Ikutlah apa2 yang diturunkan Allah! Maka jawab mereka: Tetapi kami mengikut apa2 yang kami peroleh dari bapa2 kami. Meskipun bapa2 mereka itu tiada memikirkan suatu apa pun dan tiada pula mendapat petunjuk” QS al Baqarah 2:170. Allah SWT menggambarkan orang2 yang seumpama itu kafir dan hanyalah seperti haiwan yang hanya mendengar suara seruan semata, padahal hati dan jiwa mereka pekak, bisu dan buta sehinggakan tidak dapat berfikir dengan sebaik2nya.


وَمَثَلُ الَّذِينَ كَفَرُوا كَمَثَلِ الَّذِي يَنْعِقُ بِمَا لاَ يَسْمَعُ إِلاَّ دُعَآءً وَنِدَآءً صُمُّ بُكْمٌ عُمْىُُ فَهُمْ لاَيَعْقِلُونَ“Dan bandingan (orang yang menyeru) orang2 kafir (yang tidak mahu beriman itu) samalah seperti orang yang berteriak memanggil binatang yang tidak dapat memahami selain dari hanya mendengar suara panggilan sahaja. (mereka itu) ialah orang2 yang pekak, bisu dan buta. Oleh itu mereka tidak dapat menggunakan akalnya untuk berfikir” QS al Baqarah 2:171.


Begitu mudah untuk ngaku2 Islam, tetapi mengapa amat sukar untuk menjadi Islam.
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَالاَتَفْعَلُونَ {2} كَبُرَ مَقْتًا عِندَ اللهِ أَن تَقُولُوا مَالاَتَفْعَلُونَ {3} “Hai orang2 yang beriman, mengapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu perbuat. Amat besar kebencian disisi Allah kerana kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu perbuatkan” QS al Shaff 61:2&3. Islam itu sebenarnya adalah dari sisi Allah SWT yakni mengimani dan mengamalkan perintah dan meninggalkan laranganNya secara keseluruhannya. Ingatlah, sesungguhnya kematian itu adalah bermaksud berpulang (kembali) menemui Allah Maha Pencipta, maka sudah tentulah hanya dengan mengikuti kalamNya (al Quran) maka pasti bertemu dengan yang empunya kalam!


Dengan kedatangan Tahun Baru Hijrah 1431 ini, usah dan janganlah ragu2 kepada yang menyeru dan mengajak kepada amal maaruf dan nahi mungkar kerana yang disampaikan hanyalah ayat2 dari kalam Tuhan. Hanyalah orang2 kafir yang menentang dan menghalang al Quran itu dibacakan untuk difahami, diimani dan diamalkan!. Pengertian hijrah hari ini adalah dari ngaku2 Islam kepada Islam kaffah. KHALIFAHhimpass menyeru, marilah bersatu dibawah kepimpinan yang mengajak kembali kepada Allah dan Rasul melalui al Quran nulKareem!. Ini adalah khabar gembira kepada yang mahu beriman dan satu peringatan kepada yang engkar. Hijrah kepada Islam kaffah dijanjikan kemenangan dan kemuliaan didunia dan akhirat oleh Allah SWT, sesungguhnya Dia tidak pernah memungkiri janji2Nya. Islam dan umatnya pasti menjadi kuat, berjaya dan beroleh kemenangan. Musuh2 Islam pasti kecundang dan dapat ditewaskan dengan amat mudah. Dunia keseluruhan akan aman makmur. Sesungguhnya Hijrah Nabi Muhammad SAW dari Kota Makkah ke Madinah adalah untuk meraih kemenangan dan kedudukan martabat yang tinggi dari sisi Allah SWT seperti yang dijanjikanNya. Allah memberikan perkenan dan keberkatan dari sisiNya.


يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا أَطِيعُوا اللهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُوْلِى اْلأَمْرِ مِنكُمْ فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي شَىْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللهِ وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللهِ وَالْيَوْمِ اْلأَخِرِ ذَلِكَ خَيْرُُ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلاً “Hai orang2 yang beriman, taatilah Allah, taatilah Rasul dan Pemimpin dari kalangan kamu. Jika berlaku perbalahan tentang sesuatu (perkara) hendaklah kamu kembalikan kepada Allah dan Rasul, jika kamu beriman kepada Allah dan hari yang kemudian. Demikian itu lebih baik dan sebaik2 jalan bagi mu” QS an Nissak 4:59. Datangilah kepimpinan dan golongan yang mengajak dan menyeru kepada sunnah Allah dan sunnah Rasul. Berjihadlah sebermula pada hari ini dengan jalan Tuhan melalui kalam2nya. Sesungguhnya Maal Hijrah ini bukanlah satu hari cuti kerana perayaan!!! Hari ini bukan hari berehat dan esuk kembali meneruskan kehidupan ditakuk lama yang hanya membawa kemudharatan dan kemunduran kepada Islam dan umatnya yang berpanjangan. Mengapakah manusia itu masih terus lepa dan alpa, tidakkah kamu berfikir?


Akhirulkalam,


تَبَارَكَ الَّذِي نَزَّلَ الْفُرْقَانَ عَلَى عَبْدِهِ لِيَكُونَ لِلْعَالَمِينَ نَذِيرًا QS al Furqaan 25:1 “Maha suci (Tuhan) yang menurunkan Furqan (al Quran) kepada hambaNya, supaya dia memberi peringatan kepada seluruh alam”
SELAMAT BERHIJRAH!!! Sekian. Wassalamualaikum warohmatullah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan