IKHWANnul MUSLIMINnawalMUSLIMAT

Isnin, 31 Ogos 2009

PEMIMPIN DAN KEPIMPINAN

Salam

Sesungguhnya manusia ini adalah pemimpin (pemimpin) paling tidak adalah kepada dirinya sendiri. Setiap pemimpin akan dipertanggunjawabkan dan akan ditanya Allah diatas kepimpinannya termasuk keatas dirinya sendiri di akhirat kelak. Tidak siapa pun akan terlepas dari soal jawab sedemikian.


Seperti seseorang yang mengaku sebagai bapa tentulah ada anak anak akan mengatakan dirinya itu adalah bapanya, seorang suami mesti ada seorang isteri (atau lebih) yang akan mengakui bahawa sipolan itu adalah suaminya (mereka) Begitulah seterusnya mau pun sebaliknya. Maka tentulah seseorang pemimpin itu ada pengikut yang mengesahkan seseorang itu adalah pemimpinnya. Seseorang pemimpin pasti ada pengikutnya.

Pemimpin bertanggungjawab diatas kebajikan dan keselamatan para pengikut pengikutnya. Pemimpin adalah penyelamat. Umpama sekiranya berlaku sesuatu perkara yang kacau bilau sudah tentulah setiap pengikut yang dijaga dan yang terselamat akan menjadi bukti pengesahan bahawa pemimpinnya amat bertanggunjawab dan boleh dipercayai. Sebaliknya jika pemimpin itu sahaja yang terselamat siapakah yang akan mengatakan dia penyelamat? Tiada orang yang mengatakan dia adalah penyelamat kerana tidak seorang pun yang terselamat kecuali dia seorang! Maka apabila disoal tanya Allah kelak sudah pasti dia juga tidak akan selamat!

Makna dan maksud pemimpin ini selalu dipayahkan oleh sebutan bahasa malah kadang kadang mengelirukan. Sebahagiannya dipanggil ulamak, sebahagian lagi dipanggil umarak ( khalifah, raja, sultan, kiai, syeikh dan sebagainya) Mudahnya apabila seseorang itu ada pengikut maka jadilah dirinya sebagai pemimpin lalu menepati bahawa setiap individu itu adalah pemimpin walaupun hanya kepada dirinya sendiri. Namun, sebenarnya yang penting untuk dibacarakan ialah kriteria pemimpin itu bagaimanakah mengikut kehendak Allah SWT? Atau seperti sabda Nabi saw 'seperti aku dan para sahabat'.

Jika mahu dipisahkan difinisi ulamak dan umarak pastilah ulamak itu perwaris nabi - warissatul anbiya'a maka umarak mewarisinya dari ulamak; yang jadinya bertataraflah ulamak juga si umarak! Ulamak maupun umarak yang mewarisi iman, ilmu dan amal dari pada susur galur yang menyampai kepada Nabi saw tidak akan menggadaikannya dengan apa pun jua, dengan mana cara sekali pun dan dimana mana pun dia berada. Atas dasar iman, ulamak dan umarak akan sentiasa berjuang membimbing umat (pengikut) untuk sentiasa hanya menghamba kepada Allah SWT secara total. Penghambaan total ini terbukti dengan cara menjalani segala aspek kehidupan sesuai dengan tuntunan yang dibawa Rasullullah saw baik dalam kehidupan politik maupun spiritual seraya berharap keredhaan Illahi sebagai tujuan utama hidup didunia yang menuju akhirat. Dititik nokhtakanlah ulamak maupun umarak itu adalah disebut gelarannya sebagai pemimpin!

Pemimpin wajib mejadi pembimbing dengan kepimpinan yang mulia dengan berlandaskan al Quran dan Sunnah Rasul, sebab pemimpin juga adalah hamba hamba Allah yang juga mendambakan keredhaanNya. Hanyalah dengan membawa pengikut diatas landasan al Quran menjadikan mereka pemimpin sejati sebagai penyelamat umat ini. Umat hari ini merindukan sosok pemimpin yang ikhlas berjuang dengan pengorbanan maksima agar dapat mengeluarkan mereka dari kegelapan jahilliah moden, derita dan sengsara kekangan sistem sekular-leberal; membawa kemuliaan dan kegembiraan degan Nur Islam kaffah, masyarakat dan negara bersyariah diatas rahmah, taufik dan hidayah Allah SWT. Begitulah yang pernah didaulahkan dan dicontohkan oleh Nabi saw dan para khalifah terdahulu.

Sesungguhnya pemimpin yang didambakan itu memiliki kelas dan kriteria tertentu khusus untuk dijadikan ikutan dan taat setia tanpa keraguan sedikit pun jua. Kepimpinannya hanyalah berlandaskan al Quran didalam semua keadaan. Tertera sebahagaian yang dapat dicatatkan didalam al Quran adalah seperti beriku :-

1 . Sentiasa mengingati Allah SWT - "Mereka adalah orang orang yang selalu mengingati Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadan berbaring" Surah ali Imran 3:191

2 . Menjauhi thaghut - "Mereka adalah orang orang yang menjauhi thaghut, iaitu tidak menghambakan diri kepadanya" Surah az Zunar 39:17

3 . Takut kepada Allah - "Mereka selalu takut kepada Tuhannya" Surah ar Ra'd 13:21

4 . "Berwasiat / berpesan kepada kebenaran dengan kesabaran ' Surah al Ashr 103:1-3

5 . Sabar dan redha - "Mereka adalah orang orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya " Surah ar Ra'd13:22

Perlu ditegaskan bahawa pemimpin tersebut hanya 'diutuskan, didatangkan dan dibangkitkan' oleh Allah semata. Sebagai contoh sila rujuk firman Allah surah al Baqarah 2:151, Ibrahim 14:4, an Nahl 16:84, al Fathir 35:23-24 dsbnya. Maka Allah jugalah yang menentukan kriteria seseorang pemimpin itu. Kriteria dari Tuhan tidak semestinya menepati citarasa manusia malah sering berlawanan dengan kehendak manusia itu kerana selalunya tidak bersesuaian dengan kepentingan pribadi dan hawa nafsu mereka. Jikalah manusia yang menetapkan kriteria itu sudah tentu akan dijatuhkan /digulingkan pemimpin itu walaupun merekalah juga yang mengangkatnya sebagai pemimpin suatu ketika dahulu! Perkara seperti ini lumrah terjadi dari dahulu hingga sekarang. Suatu ketika begitu disanjung dan dihormati sudahnya berakhir dengan tidak dipedulikan langsung oleh pengikutnya yang dahulu itu.

Sudah dijanjikan kedatangan pemimpin seumpama oleh Allah ditengah tengah masyarakat dan umat bagi mengembalikan daulah Islamiah dimuka bumi ini. Pemimpin ini akan menegakkan sistem syariah Allah SWT dan akan menenggelamkan sistem kemungkaran thaghut yang selama ini menerapkan hukum hukum kufur buat manusia. Didatangkan pemimpin akhirat ini untuk umat akhir zaman dengan berlandaskan al Quran. Hanya dengan menjadi pengikut setia kepadanya pasti cita cita mengujudkan baldat(tun), thayibat(tun), warrab(bun) ghafur akan benar benar menjadi kenyataan diatas muka bumi ini. Umat akan terselamat kerana beliau datang untuk menyelamatkan.

Sampaikanlah berita gembira ini kepada yang mahu beriman dan berikanlah peringatan kepada yang engkar. Datangilah untuk ambil janji setia (bai'ah) dengannya. Allah telah berfirmn, mafhum dari surah an Nissak 4:59 "Hai orang orang yang beriman, taatlah kepada ALLAH, taatlah kepada RASUL dan PEMIMPIN (ululamri) yang mengurus pekerjaan dari kamu. Kalau kamu berbantah bantah tentang sesuatu (perkara) hendaklah kamu kembalikan kepada Allah dan Rasul, jika kamu beriman kepada Allah dan hari yang kemudian. Demikian itu lebih baik dan sebaik baik jalan"

Sesungguhnya hanya orang orang yang berjanji setia akan memperolehi syafaat didunia mahu pun diakhirat. Mafhum surah Maryam 19:87 " Mereka tiada berhak mendapat syafaat (pertolongan) kecuali orang yang telah mengambil janji disisi yang Maha Pengasih "

....... asal serah janji dahulu.......

WASSALAM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan