IKHWANnul MUSLIMINnawalMUSLIMAT

Rabu, 22 Julai 2009

WASIAT - Khabar Gembira & Satu Peringatan

Bismillahhirrohmannirrohhim

Assalamualaikum wmwb

al Quran surah al Ghaasyiyah 88:21 mafhumnya " Maka berikanlah peringatan kerana sesungguhnya kamu hanyalah seorang yang memberikan peringatan "

KEPIMPINAN - Pemimpin yang dijanjikan telah datang

" Hai kaum kami, turutilah orang yang menyeru kepada Allah dan berimanlah kepadanya, nescaya Allah mengampuni dosa mu dan memelihara kamu dari siksa yang pedih ", mafhum al Quran surah al Ahqaf 46:31

Kalamullah diatas adalah satu peringatan dan perintah Allah agar sekalian manusia mengikuti dan mentaati kepada Orang yang menyeru/mengajak kepada Allah swt. Tuhan memerintahkan beriman kepada Orang yang menyeru kepada Allah semata mata tanpa mengira siapa pun kita samada ahli thariqat, orang hahikat, orang syariat dan sebagainya. Sesungguhnya firman Allah itu adalah menyeluruh kepada semua manusia tidak mengira kaum, bangsa dan agama termasuk Hindu, Budha, Nasrani, Yahudi malahan orang Islam sendiri! Sedalam mana ilmu dan sebanyak mana pun amalan seseorang itu, hendaklah dia taat dan patuh kepada Orang yang menyeru kepada Allah.

Adalah jelas Orang itu mengajak manusia bersatu itu membesarkan Allah semata. Orang itu mengajak kepada Allah hanya dengan memperjelaskan kalam kalam Tuhan kepada mu. Orang itu tidak akan memperkatakan atau berbuat sesuatu itu dengan akal fikirnya, tidak ada ideologi yang dilahirkan, apa lagi mengikut perasaan - segalanya adalah berlandaskan al Quran dan disokong oleh sunah Nabi saw baik dari segi ilmu, amal dan akhlaknya. Maka dialah Pemimpin (Khalifah) yang dijanjikan Allah setelah kewafatan Nabi Muhammad saw dimuka bumi ini untuk diikuti sebagai penyelamat umat. Sambungan surah al Ahqaf 46:32 " Dan barang siapa tidak menerima seruan orang yang menyeru kepada Allah maka ia tiada dapat melemahkan (mengalahkan Allah) dimuka bumi dan tiada baginya wali wali (penolong) selain dari Nya. Mereka itu didalam kesesatan yang nyata "

Kedatangan Orang itu janganlah dihairankan, usahlah jadi bingung apa lagi meragukannya! " Apa hairankah kamu, kerana datang kepada mu peringatan dari Tuhan mu (dibawa) oleh seorang laki laki diantara kamu, supaya dia memberi peringatan kepada mu dan supaya kamu bertaqwa dan mudah mudahan kamu mendapat rahmat " maksud al Quran surah al A'raaf 7:63

Kedatangan Khalifah akan memberi perkhabaran gembira kepada yang mahu beriman sekali gus sebagai peringatan kepada yang engkar (kafir). Bagi Khalifah itu amat terasa berat baginya kesusahan umat serta berharap akan keimanan mu lagi sangat kasihan dan penyayang kepada orang orang yang beriman. Pasti akan selamat setiap umat yang beriman andai berada dibawah payung Pemimpin tersebut.

Khalifah ini memberikan perkhabaran gembira kepada yang beriman dan peringatan kepada yang engkar samalah seperti yang telah pernah didatangkan kepada umat terdahulu. Apabila dibacakan kalam kalam Allah kepada mu janganlah dikatakan 'itu dulu, sekarang tidak ada lagi'. al Quran surah al Qalam 68:15 bermaksud " Apa bila dibacakan kepadanya ayat ayat Kami, ia berkata; (ini) dongeng orang orang dahulu "

al Quran nulKareem adalah bersifat Qodim. Gugurlah keimanan seseorang itu jika beranggapan al Quran itu adalah untuk umat terdahulu. Penentangan kepada kalamullah itu menyebabkan seseorang itu telah tergelincir aqidahnya lalu terus menjadi kafir. Qodim al Quran itu membawa maksud - dahulu telah berlaku, akan datang pasti berlaku; dahulu dan akan datang sedang berlaku sekarang! Berfikirlah sekarang apakah kita tergolong dalam golongan orang orang yang menjidal/menentang kalam kalam Allah?

Kita tidak dituntut untuk percaya sebatas yang terdahulu sahaja, Rasullullah saw pernah mewasiatkan akan ada orang seperti baginda dan para sahabat sebagai pewaris. Mereka itulah Warisatul Anbiya'a yang meneruskan memberi perkhabaran gembira kepada yang beriman dan peringatan kepada yang engkar. Mereka disebut sebagai Khalifah, Imam, Syeikh, ulamak, umarak dan sebagainya- mereka datang memperjelaskan kalamullah dengan terus terang tanpa menyembunyikan satu apa pun, tiada sebarang muslihat untuk kepentingan pribadi melainkan mempertahankan kebenaran Islam. Ilmu, amal dan akhlak adalah seperti Muhammad saw - dimana kedatangan mereka adalah untuk diikuti dan ditaati sepenuhnya.

Khalifah telah datang terdahulu itu adalah untuk manusia diwaktu itu dengan membawa perkhabaran gembira dan peringatan dengan kalamullah. Namun banyak riwayat menyebut bahawa manusia melakukan penentangan dan menolak kedatangan Pemimpin lantaran kebodohan dan kesombongan sendiri. Seumpama Syeikh Abdurauf Singkil, Aceh diusir dari kampong halaman, Imam Ghazali difitnah malah dimusuhi, Imam Syafii dicambuk sultan kerana semata mata mengatakan al Quran itu Qodim dan Syeikh Besilam ditohmah memakan harta anak muridnya.

Hari ini Khalifah telah datang kepada manusia tetapi mengapa kamu tidak mahu menerimanya malah seperti manusia terdahulu kamu turut melakukan penentangan itu? Apabila dibacakannya al Quran kalamullah dan diperjelaskan, manusia hari tidak mahu mempercayai malah langsung tidak mahu mendengarkanya. Sombong dengan kebodohan, menuduh apa yang dibawa oleh Khalifah adalah satu ajaran sesat. Manusia penentang Pemimpin yang dijanjikan Allah kedatangannya, dipimpin oleh mereka yang mengaku ulamak kerana sijil pengajian agamanya dan diiktiraf pula oleh umarak yang memperolehi jawatan lantaran tipu muslihatnya politiknya!

Kepada ulamak dan umarak ini, sekiranya berada didalam perjuangan menegakkan Islam berlandaskan al Quran yang sebenarnya, marilah mengajak manusia kembali kepada Allah dan Rasul dan pastinya KHALIFAHhimpass akan bersama sama berada dibarisan hadapan! Sekiranya tidak mampu untuk berlaku sedemikian maka bukanlah mereka ini ulamak mau pun umarak sebagai Pemimpin yang dijanjikan Allah kedatanganya itu. Ancaman Allah dalam surah al Baqarah 2:174 mafhumnya " Sesungguhnya orang orang yang menyembunyikan Kitab yang diturunkan Allah dan menjualnya dengan harga yang sedikit, maka tiadalah yang mereka makan masuk perutnya melainkan api neraka dan Allah tiada bercakap cakap dengan mereka pada hari kiamat dan tiada pula membersihkanya dan untuk mereka itu seksaan yang pedih " Oleh itu marilah bersama dengan KhalifahHIMPASS kembali kepada Allah dan Rasul, dan menegakkan Islam berlandaskan al Quran semata mata! Terbukti nyata yang mengaku sebagai ulamak dan umarak hari ini tidak berani berkata tentang kebanaran al Quran apa lagi mahu mengajak manusia kembali kepada Allah dan Rasul. Kasih sayang mereka kepada gahnya nama, sanjungan dunia, jawatan, wang dan harta benda menjadikan mereka ulamak suk/jahat dan umarak yang zalim, rasuah dan mengerjakan pembohongan. Mereka bukanlah Khalifah yang dijanjikan oleh Allah kedatangannya.

Apa yang terjadi sekarang ialah pemujaan kepada nama Khalifah, Imam dan Syeikh terdahulu itu setelah kewafatan mereka, malahan kuburan mereka pula yang disembah. Sedangkan sekiranya manusia itu hidup dizamannya mereka inilah penentang kuat malah sehingga sanggup membunuh Khalifah yang didatangkan itu. Sepatutnya yang berlaku ikuti dan taatilah pewaris Khalifah tersebut sebagai penyelamat umat.

Surah Ali Imran 3:142 bermaksud " Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga pada hal Allah belum membuktikan siapa siapa orang yang berjihad diantara kamu dan siapa yang sabar " Allah swt hanya mempastikan orang yang berjihad dilandasannya dengan bersabar akan masuk syurga, tetapi manusia selalu menganggap akan pasti masuk syurga dengan ilmu dan amalan semata. Allah menceritakan didalam surah al Baqarah 2:80 mafhumnya " Berkata mereka; kami tidak akan disentuh api neraka melainkan beberapa hari sahaja. Katakanlah; adakah kamu telah berjanji dengan Allah, tentu Allah tiada akan memungkiri janjiNya atau kamu mengadakan bohong terhadap Allah degan sesuatu yang tiada kamu ketahui? "

Bagaimanakah cara mengambil janji dengan Allah? Allah mengajar kita didalam al Quran, datangilah RasulNya atau pewaris (Warissatul Anbiya'a) yakni Khalifah yang kedatangan telah dijanjikan oleh Allah.

Surah an Nisa'a 4:59 bermaksud " Hai orang orang yang beriman, taatilah Allah, taatilah Rasul dan Pemimpin yang didatangkan dari kalangan kamu. Sekiranya berlaku perbalahan tentang sesuatu (perkara) hendaklah kamu kembalikan kepada Allah dan Rasul, jika kamu beriman kepada Allah dan hari yangkemudian. Demikian itu lebih baik dan sebaik baik jalan "

Demikianlah untuk mengambil janji disisi Allah. Itulah yang dimaksudkan tali Allah, atau Waliullah. Jangan difikirkan Allah akan menghulurkan tanganNya dari langit untuk mengambil janji dengan kamu namun Allah bermaksud mestilah melalui pewaris risalah ketuhanan baik ianya dari Adam as sampai kepada Muhammad saw anak Abdullah hinggalah kepada Khalifah Khalifah seterusnya.

" Sesungguhnya orang orang yang berbai'ah (berjanji taat setia) kepada engkau hanya sebenarnya mereka itu berbai'ah kepada Allah. Tangan Allah diatas tangan mereka. Barangsiapa yang melanggar (bai'ah itu) maka bahaya pelanggarannya itu atas dirinya sendiri dan barangsiapa yang menyempurnakan (menepati) apa yang telah dijanjikannya kepada Allah, maka Allah akan memberikan pahala yang besar kepadanya " demikian maksud al Quran dari surah al Fath 48:10. Setiap bai'ah pasti memerlukan kepada perlakuan dan persaksian. Bersegeralah berbuat aku janji bersama Khalifah, pemimpin yang telah dijanjikan kedatangannya oleh Allah swt.

Semua garapan diruang siber KHALIFAHhimpass ini bukanlah untuk mengajar dengan ilmu atau idea, bukanlah juga ikut ikut rasa namun hanyalah wasiat perkhabaran gembira bagi mereka yang mahu beriman dan peringatan kepada mereka yang engkar. Usahlah berbalah mencari kebenaran hakiki Islam itu kerana Khalifah yang didatangkan hanya menyampaikan dan memperjelaskan segalanya berlandaskan al Quran nulkareem, kalamullah. ............

Sekian, jumpa lagi dilain halaman.

Wassalamualaikum wmwb.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan