IKHWANnul MUSLIMINnawalMUSLIMAT

Ahad, 12 Julai 2015

MALAM KEMULIAAN - ulang siar



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Sesungguhnya Kami menurunkannya (al Quran) dimalam kemuliaaan. Taukah kamu apakah itu Malam Kemuliaan? Malam Kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat malaikat dan dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu kesejahteraan sehingga terbit fajar

Apabila disebutkan ‘TURUN’, pastilah dari Yang Maha Teratas, dari keadaan Yang Maha Tertinggi dan dari kedudukan Yang Maha Termulia. Pastinya ‘yang diturunkan’ itu Sangat Mulia dengan sendirnya. Jika waktu malam yang IA-nya diturunkan disebut Malam Kemuliaan, pastilah barang siapa yang menerimanya akan turun beroleh Kemuliaan tersebut. Sesungguhnya  ALLAH swt Maha Bijaksana lagi berKehendak sedemikian.
                                               
Apabila disebut ‘TURUN’, pastilah IA-nya turun kebawah. Pastilah yang dibawah itu kedudukanya didalam keadaan yang kacau balau dengan kemaksiatan dan kemungkaran. Dibawah itu ‘bumi atau tanah’ tempat berlakunya segala onar buruk, dimana pelakunya adalah manusia yang secara langsung asal kejadianya adalah dari ‘tanah hitam yang kering diberi bentuk’
                                                                 
Sesungguhnya kegelapan malam adalah gambaran keadaan manusia berada didalam kesesatan yang nyata melakukan kemungkaran terhadap Tuhan, sehinggalah Allah swt menurunkan al Quran nulKareem, Kitabullah-Kalamullah sebagai penyuluh jalan mengeluarkan mereka dari kesesatan selama ini. Sesungguhnya cahaya al Quran Kitabullah-Kalamullah itu sebagai petunjuk  jalan yang lurus kepada kehidupan manusia keseluruhannya. Jika pun 1000 bulan diatas langit pada malam itu, al Quran itu lebih terang cahayanya sebagai petunjuk kepada manusia.

Begitu juga sekiranya manusia menjadikan ilmu, amal, aqal fikir, ideologi, harta, wang atau pun 1000 macam lagi sebagai tuntunan kehidupan, pastilah mereka terus terusan berada didalam kesesatan yang panjang sekiranya al Quran tidak dijadikan landasan kehidupan. Sesungguhnya al Quran itu mengajar dan mensucikan manusia, sedangkan sebelumnya mereka didalam kesesatan yang nyata. Melalui petunjuk al Quran Yang Mulia, kehidupan manusia itu kembali berada didalam sinar yang terang benderang bagaikan terbitnya fajar siddiq dipagi hari.


DIA-lah yang mengutuskan Utusan-NYA dengan membawa petunjuk dan agama yang benar agar DIA memenangkannya diatas segala agama, meskipun orang orang musyrik membenci

al Quran nulKareem itu sebagai petunjuk kepada manusia, maka pastilah untuk manusia IA-nya diturunkan. al Quran itu besifat Qodeem; tidak akan pernah berubah dan sentiasa bersesuaian sebagai petunjuk yang keakhir zaman. Cahayanya sentiasa menerangi perjalanan kehidupan  manusia agar beroleh keselamatan dan kesejateraan didunia dan akhirat. Dahulu telah berlaku, akan datang pasti berlaku; dahulu dan akan datang itu sekarang sedang berlaku. Sentiasa ALLAH SWT mendatangkan seorang anak manusia Yang Mulia sebagai Utusan-NYA memberikan khabar gembira dan peringatan takut dengan berKalamkan Kalamullah. Seorang anak manusia  Yang Mulia tersebut tidak menyampaikan yang dari ilmu atau amalnya melainkan mengajak manusia berada diatas petunjuk yang lurus daripada ALLAH SWT.

Orang orang musyrik sangat membenci akan kedatangan seorang anak manusia Yang Mulia, kerana kemuliaan bagi mereka dengan ilmu tinggi dan amal yang sudah banyak dikerjakan. Mereka merasakan kehebatan sendiri dengan ramainya pengikut mahzab, tharekat dan jurusan masing masing. Bagi mereka tidak akan datang lagi seorang manusia Yang Mulia membacakan Kalamullah, melainkan merekalah yang terbaik kerana kedudukan mereka dimata masyarakat sebagai tok shyeikh, tok guru, ulama atau ustaz sebagai penjaga agama yang terlantik lantaran ijazah, sijil dan tauliah serta mempunyai anak murid yang ramai bilangan. Secara langsung mereka membenci, menolak dan menentang Ayat ayat ALLAH swt, al Quran Yang Mulia yang disampaikan kepadanya oleh seorang anak manusia. 

Dan apabila ditanya kepada mereka apa yang diturunkan Tuhan mu? Mereka menjawab: Dongeng orang orang dahulu
              
Allah SWT menurunkan al Quran Yang Mulia pada Malam Kemuliaan didalam bulan Ramadhan. Bagaimana pun manusia menjadi keliru dengan pelajaran dari pak shyeihk, kiyai, tok guru dan pak ustaz berkenaan Malam Kemuliaan . al Quran yang turun tidak menjadi pelajaran. Kemuliaan al Quran untuk kehidupan tidak terpakai, sebaliknya diajarkan ilmu dan amal untuk mencari keanehan dan perkara pelik pada setiap malam dibulan Ramadhan. Manusia disuruh menunggu serta mencari keajaiban pada setiap Ramadhan, kononnya akan  berjumpa dengan suatu ketakjuban yang akan memberikan kebaikan dan keberuntungan yang besar kepada yang menemukan keadaan tersebut. Keselamatan, kekayaan dan kebahagian dikaitkan dengan peristiwa pelik seperti pokok sujud, air sungai menjadi beku dan sebagainya pada Malam Kemuliaan yang kerana sebenarnya adalah al Quran telah diturunkan.

Atau adakah Kami memberikan sebuah kitab kepada mereka sebelum al Quran, lalu mereka berpegang dengan kitab itu?

Sesungguhnya kebaikan kepada manusia itu hanya mengikut aqal fikir diatas landasan hawa nafsunya belaka, sehinggakan al Quran yang diturunkan kepada manusia sebagai rahmat yang besar dari Tuhan tidak ada umpamanya bagi mereka. Meskipun kebaikan yang dimaukan oleh manusia namun mereka menetapkan hanya yang sesuai dengan kehendak citarasanya. al Quran nulKareem adalah Kitabullah; yakni KETETAPAN ALLAH sebagai rahmat kepada manusia. al Quran Kalamullah ialah berita gembira bagi segala kebaikan untuk kehidupan manusia dunia akhirat dan  peringatan takut dengan azab yang sangat pedih kepada mereka yang ingkar. al Quran itu diturunkan sebagai rahmat untuk manusia dengan Maha Kasih Sayang Tuhan, sebaliknya mereka membuat ketetapan sendiri untuk kepuasan keinginannya terhadap Tuhan yang Maha Pemurah!

al Quran itu diturunkan didalam bulan Ramadhan dan saban tahun Ramadhan datang. Sungguhlah al Quran itu cahaya yang terang benderang melebihi 1000 bulan dilangit tetapi manusia itu masih berada didalam kegelapan yang menyesatkan. Sepanjang tahun anak manusia Yang Mulia mengumandangkan Kalimat kalimat ALLAH swt kepada manusia, namun mereka hanya bertadarus membacakan al Quran sehingga khatam 30juz sebulan Ramadhan. Mereka berharap kepada pahala berlipat ganda seolah dibulan lain dibolehkan untuk berbuat dosa. Mereka berasa bertambah keimanan dan peningkatan taqwa mengajikan al Quran walau sepatah haram tiada kefahaman tanpa keterangan.

Begitu juga, Ramadhan bukanlah berpuasa untuk merasakan lapar dahaga disiang hari dan pada malamnya pula berjaga menunggu kepelikan dan keajaiban supaya beroleh kebaikan dan keberuntungan. Berpuasa itu bukan untuk merasakan bagaimana orang miskin pedih perutnya kerana lapar, sedangkan sewaktu berbuka juadah beraneka; dan ketika bersahur didinihari tidak ubah seperti santap ditengahari. Berpuasa genap sebulan penuh bukan untuk berhari raya berpakaian Melayu sedondon anak beranak 6 pasang tiap seorang. Puasa sebulan dan tidaklah berhari raya juga sebulan.

Sesungguhnya Ayat ayat ALLAH swt itu diulang ulang baca dan disampaikan pengajarannya oleh Utusan-NYA Yang Mulia kepada manusia, namun mereka masih tetap sesat didalam kegelapan cahaya terang benderang al Quran nulKareem yang melebihi dari 1000 bulan dilangit tinggi. Manusia lebih membuat kira kira congak, bahawa al Quran Yang Mulia itu diturunkan pada Malam Kemuliaan, yang lebih baik dari 1000 bulan itu seperti berikut ?:-

1 malam = 1000 /12 = 83++ tahun!  .’. 1 malam = 83 tahun!!!

Bulan Ramadhan adalah yang didalamnya diturunkan al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara haq dan bathil) Kerana itu barang siapa diantara kamu ada dibulan itu maka berpuasalah. Dan siapa yang sakit dan dalam perjalanan (tidak berpuasa) maka (wajib menggantikannya) sebanyak hari yang ditinggalkannya pada hari hari yang lain. Allah menghendaki yang mudah bagi mu dan tidak menghendaki kesukaran bagi mu. Hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan mengAgongkan ALLAH atas petunjukNYA yang diberikan kepada mu, agar kamu bersyukur. 

Wassalam.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan