بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Sesungguhnya Kami menurunkannya (al Quran) dimalam kemuliaaan. Taukah
kamu apakah itu Malam Kemuliaan? Malam Kemuliaan itu lebih baik dari seribu
bulan. Pada malam itu turun malaikat malaikat dan dan malaikat Jibril dengan
izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu kesejahteraan sehingga
terbit fajar
Apabila disebutkan ‘TURUN’,
pastilah dari Yang Maha Teratas, dari keadaan Yang Maha Tertinggi dan dari
kedudukan Yang Maha Termulia. Pastinya ‘yang diturunkan’ itu Sangat
Mulia dengan sendirnya. Jika waktu malam yang IA-nya diturunkan disebut Malam
Kemuliaan, pastilah barang siapa yang menerimanya akan turun beroleh
Kemuliaan tersebut. Sesungguhnya ALLAH
swt Maha Bijaksana lagi berKehendak sedemikian.
Apabila disebut ‘TURUN’,
pastilah IA-nya turun kebawah. Pastilah yang dibawah itu kedudukanya
didalam keadaan yang kacau balau dengan kemaksiatan dan kemungkaran. Dibawah
itu ‘bumi atau tanah’ tempat berlakunya segala onar buruk, dimana
pelakunya adalah manusia yang secara langsung asal kejadianya adalah dari ‘tanah
hitam yang kering diberi bentuk’
Sesungguhnya
kegelapan malam adalah gambaran keadaan manusia berada didalam kesesatan yang
nyata melakukan kemungkaran terhadap Tuhan, sehinggalah Allah swt menurunkan al
Quran nulKareem, Kitabullah-Kalamullah sebagai penyuluh jalan mengeluarkan
mereka dari kesesatan selama ini. Sesungguhnya cahaya al Quran Kitabullah-Kalamullah
itu sebagai petunjuk jalan yang lurus
kepada kehidupan manusia keseluruhannya. Jika pun 1000 bulan diatas
langit pada malam itu, al Quran itu lebih terang cahayanya sebagai petunjuk
kepada manusia.
Begitu
juga sekiranya manusia menjadikan ilmu, amal, aqal fikir, ideologi, harta, wang
atau pun 1000 macam lagi sebagai tuntunan kehidupan, pastilah mereka terus
terusan berada didalam kesesatan yang panjang sekiranya al Quran tidak
dijadikan landasan kehidupan. Sesungguhnya al Quran itu mengajar dan mensucikan
manusia, sedangkan sebelumnya mereka didalam kesesatan yang nyata. Melalui
petunjuk al Quran Yang Mulia, kehidupan manusia itu kembali berada didalam
sinar yang terang benderang bagaikan terbitnya fajar siddiq dipagi hari.
DIA-lah yang mengutuskan Utusan-NYA dengan membawa petunjuk dan agama
yang benar agar DIA memenangkannya diatas segala agama, meskipun orang orang
musyrik membenci
al
Quran nulKareem itu sebagai petunjuk kepada manusia, maka pastilah untuk manusia
IA-nya diturunkan. al Quran itu besifat Qodeem; tidak akan pernah
berubah dan sentiasa bersesuaian sebagai petunjuk yang keakhir zaman. Cahayanya
sentiasa menerangi perjalanan kehidupan manusia agar beroleh keselamatan dan
kesejateraan didunia dan akhirat. Dahulu telah berlaku, akan datang pasti
berlaku; dahulu dan akan datang itu sekarang sedang berlaku. Sentiasa ALLAH
SWT mendatangkan seorang anak manusia Yang Mulia sebagai Utusan-NYA memberikan khabar
gembira dan peringatan takut dengan berKalamkan Kalamullah. Seorang anak
manusia Yang Mulia tersebut tidak
menyampaikan yang dari ilmu atau amalnya melainkan mengajak manusia berada
diatas petunjuk yang lurus daripada ALLAH SWT.
Orang
orang musyrik sangat membenci akan kedatangan seorang anak manusia Yang Mulia, kerana
kemuliaan bagi mereka dengan ilmu tinggi dan amal yang sudah banyak dikerjakan.
Mereka merasakan kehebatan sendiri dengan ramainya pengikut mahzab, tharekat
dan jurusan masing masing. Bagi mereka tidak akan datang lagi seorang manusia Yang
Mulia membacakan Kalamullah, melainkan merekalah yang terbaik kerana kedudukan
mereka dimata masyarakat sebagai tok shyeikh, tok guru, ulama atau ustaz sebagai
penjaga agama yang terlantik lantaran ijazah, sijil dan tauliah serta mempunyai
anak murid yang ramai bilangan. Secara langsung mereka membenci, menolak dan
menentang Ayat ayat ALLAH swt, al Quran Yang Mulia yang disampaikan kepadanya
oleh seorang anak manusia.
Dan apabila ditanya kepada mereka apa yang diturunkan Tuhan mu? Mereka
menjawab: Dongeng orang orang dahulu
Allah
SWT menurunkan al Quran Yang Mulia pada Malam Kemuliaan didalam bulan Ramadhan.
Bagaimana pun manusia menjadi keliru dengan pelajaran dari pak shyeihk, kiyai, tok
guru dan pak ustaz berkenaan Malam Kemuliaan . al Quran yang turun tidak
menjadi pelajaran. Kemuliaan al Quran untuk kehidupan tidak terpakai,
sebaliknya diajarkan ilmu dan amal untuk mencari keanehan dan perkara pelik
pada setiap malam dibulan Ramadhan. Manusia disuruh menunggu serta mencari
keajaiban pada setiap Ramadhan, kononnya akan
berjumpa dengan suatu ketakjuban yang akan memberikan kebaikan dan
keberuntungan yang besar kepada yang menemukan keadaan tersebut. Keselamatan,
kekayaan dan kebahagian dikaitkan dengan peristiwa pelik seperti pokok sujud,
air sungai menjadi beku dan sebagainya pada Malam Kemuliaan yang kerana sebenarnya
adalah al Quran telah diturunkan.
Atau adakah Kami
memberikan sebuah kitab kepada mereka sebelum al Quran, lalu mereka berpegang
dengan kitab itu?
Sesungguhnya kebaikan
kepada manusia itu hanya mengikut aqal fikir diatas landasan hawa nafsunya
belaka, sehinggakan al Quran yang diturunkan kepada manusia sebagai rahmat yang
besar dari Tuhan tidak ada umpamanya bagi mereka. Meskipun kebaikan yang dimaukan
oleh manusia namun mereka menetapkan hanya yang sesuai dengan kehendak
citarasanya. al Quran nulKareem adalah Kitabullah; yakni KETETAPAN ALLAH
sebagai rahmat kepada manusia. al Quran Kalamullah ialah berita gembira bagi
segala kebaikan untuk kehidupan manusia dunia akhirat dan peringatan takut dengan azab yang sangat
pedih kepada mereka yang ingkar. al Quran itu diturunkan sebagai rahmat untuk
manusia dengan Maha Kasih Sayang Tuhan, sebaliknya mereka membuat ketetapan
sendiri untuk kepuasan keinginannya terhadap Tuhan yang Maha Pemurah!
al Quran itu diturunkan
didalam bulan Ramadhan dan saban tahun Ramadhan datang. Sungguhlah al Quran itu
cahaya yang terang benderang melebihi 1000 bulan dilangit tetapi manusia itu
masih berada didalam kegelapan yang menyesatkan. Sepanjang tahun anak manusia
Yang Mulia mengumandangkan Kalimat kalimat ALLAH swt kepada manusia, namun
mereka hanya bertadarus membacakan al Quran sehingga khatam 30juz sebulan
Ramadhan. Mereka berharap kepada pahala berlipat ganda seolah dibulan lain
dibolehkan untuk berbuat dosa. Mereka berasa bertambah keimanan dan peningkatan
taqwa mengajikan al Quran walau sepatah haram tiada kefahaman tanpa keterangan.
Begitu
juga, Ramadhan bukanlah berpuasa untuk merasakan lapar dahaga disiang hari dan
pada malamnya pula berjaga menunggu kepelikan dan keajaiban supaya beroleh
kebaikan dan keberuntungan. Berpuasa itu bukan untuk merasakan bagaimana orang
miskin pedih perutnya kerana lapar, sedangkan sewaktu berbuka juadah beraneka;
dan ketika bersahur didinihari tidak ubah seperti santap ditengahari. Berpuasa
genap sebulan penuh bukan untuk berhari raya berpakaian Melayu sedondon anak
beranak 6 pasang tiap seorang. Puasa sebulan dan tidaklah berhari raya juga sebulan.
Sesungguhnya Ayat ayat
ALLAH swt itu diulang ulang baca dan disampaikan pengajarannya oleh Utusan-NYA
Yang Mulia kepada manusia, namun mereka masih tetap sesat didalam kegelapan
cahaya terang benderang al Quran nulKareem yang melebihi dari 1000 bulan
dilangit tinggi. Manusia lebih membuat kira kira congak, bahawa al Quran Yang Mulia itu diturunkan pada Malam Kemuliaan, yang lebih baik
dari 1000 bulan itu seperti berikut ?:-
1 malam
= 1000 /12 = 83++ tahun! .’. 1 malam =
83 tahun!!!
Bulan Ramadhan adalah yang didalamnya diturunkan al Quran sebagai
petunjuk bagi manusia dan penjelasan penjelasan mengenai petunjuk itu dan
pembeda (antara haq dan bathil) Kerana itu barang siapa diantara kamu ada
dibulan itu maka berpuasalah. Dan siapa yang sakit dan dalam perjalanan (tidak
berpuasa) maka (wajib menggantikannya) sebanyak hari yang ditinggalkannya pada hari
hari yang lain. Allah menghendaki yang mudah bagi mu dan tidak menghendaki
kesukaran bagi mu. Hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan mengAgongkan
ALLAH atas petunjukNYA yang diberikan kepada mu, agar kamu bersyukur.
Wassalam
(admin Khalifahhimpass
mengambil kesempatan mengucapkan SELAMAT IDUL FITRI, maaf dzahir dan bathin
kepada semua Ikhwan Muslimin/Muslimat)