بِسْــــــــمِ
اللَّــــــــهِ الرَّحْمَــــــــنِ الرَّحِيــــــــمِ
“Hai orang orang yang beriman! Janganlah kamu mendahului ALLAH dan
Rosul_NYA dan bertaqwalah kepada ALLAH. Sesungguhnya ALLAH Maha Mendengar lagi
Maha Mengetahui”
‘Marilah kita bertaqwa dengan
mengerjakan suruhan ALLAH dan meninggalkan laranganNYA’, demikian Tok Khatib diatas mimbar
Jumaat sentiasa tidak lupa mengingatkan jemaah. Wajib dalam Khutbah Jumaat
pesanan sedemikian. Benarlah taqwa itu sangat khusus berkenaan sikap dan sifat
manusia kepada ALLAH SWT. Keadaan manusia sebagai hamba yang lemah terhadap
Tuhan yang Maha Berkuasa Menciptakan-nya. Petikan Firman diatas adalah ALLAH menyerukan perintah kepada manusia yang
beriman agar tidak mendahului_NYA dan Rosul_NYA. Tidak mendahului terhadap
ALLAH yang berKalam dan Rosul_NYA yang diwahyukan kepadanya Kalam dan
disampaikan kepada manusia sebagai petunjuk. Justeru itu ALLAH memerintahkan manusia
jangan dan tidak mendahului kepada
Kalamullah didalam kehidupan. Tidak mendahului Kalam itu bermaksud seseorang
itu tidak mendahului ALLAH dan Rosul.
“Kitab ini tidak ada keraguan padanya;
petunjuk bagi orang yang bertaqwa”
Kalamullah sebagai petunjuk dari
Tuhan adalah ‘KITABULLAH - KETETAPAN
ALLAH’ kepada manusia keseluruhannya. Hendaklah manusia itu tidak
meraguinya dengan mendahuluinya, melanggarnya atau melampauinya. Sesungguhnya
pada aqal fikir, ilmu dan amal manusia selalu sahaja sebagai pendahulu terhadap
Kalamullah. Menggunakan aqal fikir terlebih dahulu sehingga akhirnya mengambil
sebahagian dan meninggalkan sebahagian Kalamullah mengikut kemahuan dan
citarasanya. Menganggap ilmunya lebih tinggi sehingga mengetahui
ketidaksesuaian Kalamullah pada keadaan dan masa yang tertentu sahaja.
Kebanyakan manusia memilih untuk beramal kepada Tuhan-nya mengikut aqal fikir lebih
benar dan ilmunya sangat tinggi sedangkan tanpa menepati petunjuk Kalamullah
sebagai Kehendak_NYA terhadap manusia.
“Dan orang yang membawa kebenaran dan yang membenarkannya, mereka
itu orang orang yang bertaqwa”
Manusia yang bertaqwa, sentiasa
penuh yakin dan percaya kepada Maha
Benar Kalamullah itu tanpa sedikit pun keraguan terhadap ketetapan dan
ketentuan ALLAH pada Kalam_NYA. Rosulullah SAW membawakan kebenaran Kalamullah itu tanpa penyelewengan
oleh aqal fikir dan citarasa kaumnya mau pun dengan keadaan tempat dan suasana
diketika itu. Sesungguhnya terdapat dari kalangan manusia ikut beriman dan
bertaqwa dengan membenarkan, malahan langsung membawa Kalamullah itu sebagai ketetapan
dan ketentuan dari ALLAH untuk manusia lainnya. Sesungguhnya ALLAH menurunkan
Kalam_NYA dengan Maha Kasih dan Maha Sayang untuk manusia. ALLAH berKehendak
kepada kebaikan dan kesejahteraan untuk manusia. Tidak ada kebenaran itu selain
Kalamullah. Jestru itu sangat jelas bahawa taqwa ialah penerimaan seseorang itu
kepada Kalamullah sebagai petunjuk tanpa keraguan. Aqal fikir, ilmu dan amalnya
berfungsi selari dengan keHendak ALLAH melalui Kalam_NYA.
Daging dan darah itu sekali kali tidak mencapai tetapi ketaqwaan
kamulah yang dapat mencapai. Demikianlah ALLAH telah menundukkannya untuk kamu
supaya kamu mengagungkan ALLAH terhadap hidayah_NYA kepada mu. Dan berilah
khabar gembira kepada orang orang yang berbuat baik”
Sudah dijelaskan bahawa aqal fikir,
ilmu dan amal manusia itu sentiasanya mendorong melakukan perkara yang
mendahului ALLAH dan Rosul_NYA melalui Kalamullah yang diturunkan_NYA. Manusia
terkeliru bila mana merasakan dengan ketiganya itu, mereka melakukan jihad bagi
menegakkan agama diatas muka bumi ini. Sangat malang manusia itu beranggapan dengan
ketiga unsur itu untuk betaqwa kepada ALLAH SWT. Didalam aqal fikirnya selalu berencana
untuk berbuat perkara yang hebat bersimbolkan hari kebesaran agama. Lahir ide
menjayakan program yang kelihatan hebuh termasuk biaya besar dan penyertaan
ramai yang impaknya hanyalah pembaziran. Berlaku sebenarnya pesta gempak dan
kenduri makan yang meriah. Ilmu yang tinggi dengan sekeping sijil. Ijazah atau
tauliah membolehkan membuka peluang bicara dihadapan penonton ribuan orang.
Ceramah perdana kelihatan bagi satu persembahan untuk mendapatkan kesukaan
orang tua dan muda belaka. Mengumpat, lawak jenaka dan menyanyi dimajlis ilmu menjadikan
nama popular sehingganya menghasilkan pendapatan sangat lumayan kepadanya
mengalahkan artis. Amalan seharian seperti gaya, percakapan, pakaian dan
sebagainya dilambangkan sebagai peribadatan lebih lebih lagi pada ketika
menjalankan perkara rukun dalam agama.
“Kami dengar dan kami toat!”
Dengar dan toat kepada ALLAH yang
berKalam dan kepada Rosul_NYA yang menyampaikan Kalamullah. Dengarkan dan
toatlah tanpa sedikit pun keraguan terhadap Kalamullah. Manusia yang dengar dan
toat itulah tidak mendahului ALLAH dan Rosul. Dengar dan toat itulah bagi mereka
sebagai orang orang yang bertaqwa kepada Tuhannya. Selalu sahaja manusia itu
mendengarkan tetapi aqal fikir terlebih dahulu membuat kesesuaian dengan ilmu
yang dimiliki dan amalnya yang sudah menjadi peribadatan sekian lama. Melalui aqal
fikir, ilmu dan amal berlaku pertentangan dengan Kalamullah, sehingga langsung
Kalamullah tidak lagi menjadi petunjuk buat mereka. Jelas mereka mendahului
ALLAH dan Rosul_NYA sedangkan mereka mengatakan beriman, berjihad dan bertaqwa
kepada ALLAH yang berKalam dan Rosul yang menyampaikan.
“Hai orang orang yang beriman! Bertaqwalah kepada ALLAH dengan
sebenar benar taqwa kepada_NYA, Dan janganlah kamu mati melainkan didalam
keadaan berserah diri”
Untuk bertaqwa tidak dengan aqal
fikir kononnya beriman, bukan mempunyai ilmu tinggi merancang perkara jihad dan
jauh sekali banyak beramal untuk mencapai kedudukan taqwa kepada Tuhan
melainkan berserah diri sebulatnya kepada ketetapan dan ketentuan ALLAH dengan
Kalam_NYA. Sesungguhnya untuk betaqwa kepada ALLAH SWT adalah dengan tidak
mendahului Kalamullah. Berserah diri bermaksud dengar dan toat kepada
Kalamullah tanpa keraguan pada aqal fikir, ilmu dan amalan.
“Sesungguhnya ALLAH tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga
mereka mengubah yang ada pada diri mereka sendiri”
Merubah mau pun mengubah itu ialah hendaklah
kepada ketetapan ALLAH melalui Kalam_NYA semata. Sungguhlah aqal fikir itu satu
anugerah besar Tuhan kepada manusia namun jangan sampai melampaui batas
ketentuan ALLAH. Aqal fikir itu sewajarnya digunakan untuk manusia berubah
kepada mengikuti petunjuk_NYA yakni Kalamullah. Aqal fikir itu bukan berfikir terlebih
dulu tentang kesesuaian Kalamullah dengan citarasa. Ilmu yang tinggi itu seharusnya
digunakan bagi mengatasi aqal fikir yang
bukan bukan terhadap Kalamullah. Sesungguhnya aqal fikir dan ilmu yang tidak
mendahului ALLAH SWT dan Rosul_NYA menjadikan manusia sebagai seorang abid; beramal
kepada ALLAH selaras dengan Kehendak_NYA melalui Kalamullah yang disampaikan
oleh Rosul_NYA.
“Sesungguhnya Kami menurunkan kepada mu Kitab dengan kebenaran, maka
sembahlah ALLAH dengan memurnikan ketaatan kepada_NYA”
Sesungguhnya TAQWA bukan takut,
seperti mana kamu menjauhkan diri dari sekor harimau kerana takut dibaham.
Tidak juga seperti takutkan kepada manusia maka terpaksa bersikap mengampu dan
membodek kerana bimbang akan dihina dan ditindas didunia ini .....