بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
“Sesungguhnya Kami
menurunkannya (al Quran) dimalam kemuliaaan. Taukah kamu apakah itu Malam
Kemuliaan? Malam Kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu
turun malaikat malaikat dan dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk
mengatur segala urusan. Malam itu kesejahteraan sehingga terbit fajar”
Sesungguhnya kegelapan malam
menggambarkan keadaan manusia berada didalam kesesatan yang nyata, sehinggalah
Allah SWT menurunkan al Quran sebagai penyuluh jalan mengeluarkan mereka dari
kesesatan selama ini. Sesungguhnya cahaya al Quran Kitabullah-Kalamullah itu sebagai
petunjuk penyuluh jalan yang sangat terang dan nyata meskipun sekiranya
terdapat seribu bulan bercahaya dilangit. Begitu juga sekiranya manusia menjadikan ilmu,
amal, aqal fikir, ideology, harta, wang atau pun seribu macam lagi sebagai tuntunan
kehidupan, pastilah mereka terus terusan berada didalam kesesatan yang panjang.
Allah SWT mendatanglan Utusan utusanNYA membacakan Kalamullah mengajarkan
kepada manusia dan mensucikan mereka, sedangkan sebelumnya mereka didalam
kesesatan yang nyata. Dengan petunjuk al Quran yang dibawa oleh UtusanNYA, kehidupan
manusia itu kembali berada didalam sinar yang terang benderang bagaikan
terbitnya fajar dipagi hari.
“Dan kamu tidak pernah mengharapkan al Quran itu diturunkan kepada
mu, tetapi ia kerana suatu rahmat yang besar dari Tuhan mu, maka jangan
sesekali kamu menjadi penolong bagi
orang orang kafir”
Allah
SWT yang memberikan keselamatan, kekayaan dan kebahagian kepada manusia sebagai
rahmatNYA; yang kepadaNYAlah mereka memohonkan segala kebaikan tersebut sebagai
rahmat dariNYA. Betapa al Quran sebagai
RAHMAT BESAR dari Allah hutaala kepada manusia dan diturunkan pada MALAM
KEMULIAAN yang lebih baik dari seribu bulan! Satu malam menjadi sangat mulia
yang melebihi seribu bulan kerana turun al Quran sebagai rahmat besar dari
Tuhan pada malam itu. al Quran sebagai Rahmat dari Tuhan itu sangat mulia sehingga
malam menjadi mulia melebihi seribu bulan. Beroleh manusia itu kepada rahmat
besar dari Tuhan melalui al Quran dan
ianya lebih bernilai dan mulia daripada sangkaan mereka tentang kebaikan yang
diingini selama ini. Tidak mampu terbayang oleh mereka kebaikan dan kemuliaan
yang lebih baik dari seribu bulan dengan kedatangan rahmat besar al Quran
tersebut! Sesungguhnya kemuliaan al Quran
itu sebagai rahmat Tuhan yang besar
untuk manusia dan keseluruhan isi alam melebihi 1000 bulan. Sesungguhnya
Allah SWT Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada hambanNYA.
“Dan apabila ditanya kepada mereka apa yang
diturunkan Tuhan mu? Mereka menjawab: Dongeng orang orang dahulu”
Allah SWT menurunkan al Quran pada
Malam Kemuliaan didalam bulan Ramadhan. Bagaimana pun manusia menjadi keliru
dengan pelajaran dari tok guru dan pak ustaz berkenaan Malam Kemuliaan . al
Quran yang turun dan Utusan yang datang tidak menjadi pelajaran, sebaliknya diajarkan
ilmu dan amal untuk mencari keajaiban dan perkara pelik pada setiap malam
dibulan Ramadhan. Mereka disuruh menunggu serta mencarinya pada setiap tiba Ramadhan,
kononnya akan berjumpa dengan keajaiban
yang akan memberikan kebaikan dan keberuntungan yang besar kepada barang siapa
yang menemuinya. Keselamatan, kekayaan dan kebahagian dikaitkan dengan peristiwa
pelik seperti pokok sujud, air sungai menjadi beku dan sebangainya.
“Atau adakah Kami memberikan sebuah kitab kepada mereka sebelum al
Quran, lalu mereka berpegang dengan kitab itu?”
Sesungguhnya
kebaikan kepada manusia itu hanya mengikut aqal fikir diatas landasan hawa nafsunya
belaka, sehinggakan al Quran yang diturunkan kepada manusia sebagai rahmat yang
besar dari Tuhan tidak ada umpamanya bagi mereka. Meskipun kebaikan yang
dimaukan oleh manusia namun menetapkan yang sesuai dengan kehendak citarasanya.
al Quran nulKareem adalah Kitabullah; yakni KETETAPAN ALLAH sebagai rahmat
kepada manusia. al Quran Kalamullah ialah berita gembira bagi segala kebaikan
untuk kehidupan manusia dunia akhirat dan
peringatan takut dengan azab yang sangat pedih kepada mereka yang
ingkar. al Quran itu diturunkan sebagai rahmat untuk manusia dengan Maha Kasih
Sayang Tuhan, sebaliknya mereka membuat ketetapan sendiri untuk kepuasan
keinginannya terhadap Tuhan yang Maha Pemurah! Sesungguhnya mereka menolak
rahmat besar dariNYA dengan merekayasa Malam Kemuliaan dengan keajaiban dan
perkara pelik untuk mendapatkan kebaikan didalam kehidupan.
“Sesungguhnya orang orang
yang mendustakan Ayat ayat Kami dan menyombongkan diri terhadapnya, sesekali tidak akan dibukakan
bagi mereka pintu pintu langit dan tidak mereka masuk syurga hingga unta masuk
kedalam lubang jarum. Demikian Kami member pembalasan kepada orang orang yang
berbuat kejahatan”
al Quran sebagai Ketetapan Allah
SWT berupa perintah suruhan dan larangan diturunkan kepada manusia agar tidak
lagi mengikut aqal fikir dan hawa nafsu yang dibawah telunjuk iblisyaitan.
Diturunkan pada Ramadhan yang diperintahkan manusia itu berpuasa untuk mempraktikan
Kitabullah bagi mengekang rekayasa aqal fikir dan hawa nafsu tersebut. Ramadhan
sebagai sebuah institiut untuk manusia itu belajar bagi implimentasikan
Kalamullah pada bulan bulan seterusnya. Bagi manusia yang beriman dan bertaqwa,
tiada bulan selain daripada Ramadhan kerana al Quran itu menjadi pegangannya
disepanjang kehidupan. Setiap bulan, bulan Ramadhan! Sesungguhnya dengan itu
manusia sentiasa berada didalam rahmat Allah SWT. Dengan al Quran itu mereka
sentiasa didalam keselamatan, kekayaan dan kebahagian didunia dan seterusnya
diakhirat.
“Dan sesungguhnya al Quran itu benar benar menjadi petunjuk dan
rahmat bagi orang orang yang beriman”
Dibulan Ramadhan Kareem; padanya
Malam Kemuliaan dengan diturunkan al Quran Kitabullah-Kalamullah, maka bukanlah
mengharapkan kepada perkara keajaiban yang pelik untuk manusia itu mendapatkan
keselamatan, kekayaan dan kebahagian. Tinggalkan perkara bida’ah yang diada
adakan kerana tiada janji Allah SWT berkaitan dengan itu melainkan sebagai
petunjuk. Sesungguhnya Ramadhan dan
Malam Kemuliaan itu secara langsung dengan al Quran untuk manusia itu
mendapatkan perkenan Allah SWT terhadap janji janjiNYA. Manusia tidak
sewajarnya terpesung sedari awal kehidupan dengan kebinasaan pada saat
kedatangan Ayat ayatNYA sebagai petunjuk jalan yang lurus lagi benar.
“Bulan Ramadhan, bulan
yang didalamnya diturunkan al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan
penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda …….”
Sesungguhnya Ramadahan bukanlah berpuasa
untuk merasakan lapar dahaga disiang hari dan pada malamnya pula berjaga
menunggu keajaiban. Berpuasa itu bukan untuk merasakan bagaimana orang miskin pedih
perutnya kerana lapar, sedangkan sewaktu berbuka juadah beraneka; dan ketika
bersahur didinihari tidak ubah seperti santap ditengahari. Berpuasa genap
sebulan penuh bukan untuk berhari raya berpakaian Melayu sedondon anak beranak 6 pasang tiap seorang.
Puasa sebulan tidaklah berhari raya juga sebulan. al Quran itu tidak pada
malamnya hanya membacanya 30 juz atau bertadarus sepanjang bulan sampai khatam,
melainkan menjadikannya tuntunan sepanjang zaman. Sesungguhnya al Quran itu diturunkan
pada Malam Kemuliaan sebagai Rahmat Besar dari Allah SWT kepada manusia
sehinggakan … 1
malam = 1000 /12 = 83++ tahun! .’. 1
malam = 83 tahun!!! Fikir fikir dan
renungkanlah …
Nota : Sambungan
tulisan Ikhwan Muhammad Aidil pada terbitan yang terdahulu akan disiarkan pada akan datang,
insyaALLAH.
Wassalam