IKHWANnul MUSLIMINnawalMUSLIMAT

Khamis, 9 Februari 2012

CATATAN PERJALANAN

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Bagaimana kamu menjadi kafir,

sedangkan dibaca kepada mu Ayat ayat Allah dan

pada mu ada UtusanNYA? Barangsiapa yang berpegang kepada Allah,

sesungguhnya ia mendapat petunjuk ke jalan yang lurus 3:101


Tidaklah iblis dan manusia itu menjadi kafir kerana mereka berTuhankan selain Allah SWT, atau sebagai penzina, minum arak mahu pun merompak, bukan pula kerana menyembah berhala, meninggalkan sholat, tidak berpuasa mahu pun enggan mengeluarkan zakat. Sesungguhnya mereka menjadi kafir lantaran menolak Kalamullah yang diserukan


Iblis sebagai hamba Tuhan, sentiasa sujud dan bertasbih memuji Tuhan yang Maha Pencipta, sehingga menjadi ketua kepada para malaikat, akhirnya menjadi kafir dan dilaknati Allah SWT dunia akhirat lantaran sangat merasa tinggi kedudukannya dan asal kejadian. Diajar Tuhan Adam as dengan ilmu KalamNYA bagi menyebutkan perkara dan nama yang mana iblis langsung tidak mengetahuinya, namun iblis tetap berasa ego dengan kemuliaannya daripada Adam as yang diberi rupa bentuk dari tanah hitam


Dahulu telah berlaku, akan datang pasti berlaku; dahulu dan akan datang itu sekarang sedang berlaku


Seorang manusia kelihatan sangat tinggi ilmu dengan sijil, ijazah dan tauliahnya, manakala amal ibadatnya sangat banyak dengan berketerampilan sungguh warak. Sedemikian mereka mengagamakan agama itu sehinggakan beroleh kemuliaan dan darjah kebesaran. Sebagai seorang tok guru atau kiyai ramai anak muridnya. Kepada mereka sangat tidak bersesuaian bila mana Allah SWT mendatangkan dari kalangannya yang tidak tau tulis baca, apa lagi hanya seorang gembala kambing berKalamkan Ayat ayatNYA


Tidak ada yang sekarang jika tiada yang terdahulu. Tidak ada dimasa akan datang jika tiada yang sekarang


Bermula dari Adam as disyurga sehinggalah diturunkan kedunia, sesungguhnya silih berganti didatangkan oleh Allah SWT seorang anak Adam menyerukan Ayat ayatNYA. Sebaliknya begitulah juga iblis sentiasa berusaha menyesatkan manusia supaya menjadi penentang dan akhirnya kafir sehingga dilaknatiNYA dunia akhirat. Sesungguhnya iblis itu sangat mengakui Allah SWT sebagai Tuhannya, begitu juga manusia sangat kuat beramal ibadat kepada Allah SWT dengan ilmunya namun ia ingkar kepada Kalamullah yang dikumandangkan kepada mereka


Jelasnya, iblis itu menjadi kafir dan dilaknati Allah SWT kerana menolak Adam as yang berKalamkan Kalam Tuhan, dan apabila dibangkitkan seorang anak cucu Adam yang seumpama diatas muka bumi ini lalu kebanyakan manusia itu menjadi konco iblis yang mengikuti langkah untuk menjadi kafir pula. Sesungguhnya, maka nyatalah syaitan berupa manusia sebagai konco iblis menjadi musuh kepada manusia yang beriman


Dan (di antara orang-orang munafik itu) ada orang-orang yang mendirikan masjid untuk menimbulkan kemudharatan (pada orang-orang mukmin), untuk kekafiran dan untuk memecah belah antara orang-orang mukmin serta menunggu kedatangan orang-orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sejak dahulu. Mereka Sesungguhnya bersumpah: "Kami tidak menghendaki selain kebaikan." Dan Allah menjadi saksi bahwa sesungguhnya mereka itu adalah pendusta (dalam sumpahnya) 9:107


Hampir sebulan mengadakan perjalanan didalam negara. Banyak masjid dan surau disinggahi untuk bersholat, disamping menyahut perintah Allah SWT untuk menyeru manusia dengan mengumandangkan Kalamullah sebagai peringatan. Berbagai peristiwa yang tidak diduga dan tidak sepatutnya berlaku. Sungguh sangat tidak wajarnya memohon keizinan dari seorang manusia Pengerusi untuk Allah SWT menyerukan : ‘Wahai orang orang yang beriman! ....’


Pastilah jemaah yang berada didalam masjid dan surau terdiri dari kalangan mereka yang beriman dan sudah Islam kerana ulang alik kemasjid setiap waktu dan menedengar ceramah. Sesungguhnya Kalamullah itu sebagai khabar gembira kepada orang orang yang beriman itu, sebaliknya mereka tidak mahu mendengarkan apabila dibacakan. Mereka seolah berkata, sampaikanlah kepada orang Hindu, Budha atau Kristian; Islamkan mereka! Barangkali mereka sanggup menukar Kalimat Allah kepada : ‘Wahai orang orang kafir! .....’???


Terdapat dua keputusan iaitu keizinan dan tiada keizinan, namun purata yang mengizinkan adalah 2 daripada sepuluh buah Rumah Allah! Persepsi yang mengizinkan, hanya dua daripada 10 orang yang mendengarkan dengan berlapang dada menerima Kalamullah yang dikumandangkan!


Tidak di izinkan membuat seruan Allah SWT didalam masjid kerana tidak mempunyai sijil tauliah daripada pejabat penguasa agama sebagai alasan mutlak. Walau ditegaskan hanya mahu menyampaikan beberapa dari Ayat ayat Allah SWT, mereka takut untuk membenarkan, pertamanya kerana kuasa dipegang oleh Jabatan Agama, dan keduanya ragu untuk percaya serta takut sesat, lebih lebih lagi ini kali pertama datang malah tidak pernah kenal. Walau pun mereka berkata ‘kami telah beriman kepada Kitabullah’ namun tidak pula mahu mendengarkan KalamNYA dibacakan. Kebanyakan masjid dan surau bukan lagi sebagai RumahNYA kerana tidak dibenarkan berKalam. Tuhan telah dibisukan!


Sebagaimana (Kami telah memberi peringatan), Kami telah menurunkan (azab) kepada orang-orang yang membagi-bagi (Kitab Allah) (yaitu) orang-orang yang telah menjadikan Al Quran itu terbagi-bagi 15:90-91


Bagi majlis yang izin, peratus orang yang banyak itu merasa bagaikan al Quran pemecah belah keharmonian sesama mereka selama ini. Sudah turun temurun tok guru mau pun ustaz mengajarkan ilmu dan amal, dengan mendahulukan buku karangan manusia yang mereka panggil ulama tersohor. Bermula sejak dizaman persekolahan sehinggalah dewasa dan tua bangka, manusia diajarkan agama itu dengan mendahulukan pendapat dan teori aqal fikir yang direkayasa. Bersungguh sungguh mereka mengadakan kelas pengajian disurau dan masjid dengan berpegang kepada ilmu dan beramal ibadat berpandukan berbagai buku fekah, usuluddin, tasawuf dan sebagainya


Buku karangan itu menjadi dokma sebagai doktrin untuk beragama sehingga Kitabullah disimpan ditempat yang tinggi didalam almari kerana sangat memuliakan Kalamullah tersebut. Mereka takut untuk memahami al Quran itu kerana ilmunya sangat payah dengan memerlukan sekurang kurangnya 7, malah lebih 20 ilmu tuntutan seperti bahasa, nahu, mantik, asbabul nuzul dan sebagainya! Jika pun diajarkan al Quran itu hanya tajwid dan melagukan dengan kemerduan suara. Disurau Ampang, Ipoh, walau sudah mendapat izin 20 minit pada awalnya tetapi kelas tajwid al Quran mingguan mereka diteruskan juga, sehingga 3 orang yang pada mulanya menunjukkan minat dengan selamba meninggalkan Kalamullah belum pun habis dibacakan


Di Tapah, keizinan seawal dua hari sebelum, sudah diperolehi daripada Pengerusi surau melalui seorang Ikhwan, tetapi terpaksa dibatalkan disaat saat akhir. Ustaz yang mengajarkan ilmu dari buku Iman al Ghazali sekali sebulan disurau tersebut mempercepatkan jadualnya kerana hari sebenarnya (next week) dia ‘terpaksa’ menghadiri majlis keraian anjuran Menteri Besar. Kelihatan terlopong beberapa orang dengan mulut ternganga serta menganggukkan kepala bila mana sang ustaz mengatakan wajib berbukukan karangan ulama tersohor itu untuk menjadi Islam sejati! Kelihatan diakhir ceramahnya, salam Pengerusi beserta sampul berlipat cepat cepat dimasukan kedalam poket jubahnya. Jika dia tidak datang hari itu, bermakna pada bulan tersebut tidak ada masyuuk


Sebuah pusat pengajian dan peramalan tareqat, di Taman Melewar, Kuala Lumpur mengadakan majlis tahlil memperingati hari hol ke 5 tahun guru mereka. Melalui seorang kawan kepada Ikhwan, telah dijemput sebagai tetamu untuk slot ucapan dihadapan lebih dari 100 orang ahli tareqat tersebut. Sesungguhnya bukanlah tepukan gemuruh yang diharapkan kepada Ayat ayat Allah SWT yang diserukan tetapi bagi mereka ucapan daripada kiyai mereka kelihatan lebih menarik kerana diselitkan lawak jenaka malah turut menyanyikan bait lagu lagu P Ramlee. Difahamkan kiyai tersebut mendapat sokongan 100% akan mengambil alih pucuk pimpinan pusat pengajian/tareqat tersebut dalam waktu terdekat


Disebuah masjid, di Melaka, permohonan untuk berKalamkan Kalamullah tidak mendapat izin, kerana mereka mengadakan majlis berzanji dan marhaban sempena Maulidur Rasul SAW. Betapa mereka mengatakan cinta kepada Nabi dihari ulangtahun kelahiran Baginda, namun apabila datang seorang anak manusia mahu membacakan Ayat ayat Allah SWT seperti mana Nabi dahulu berbuat, mereka ‘membunuhnya’ pula


Di Kelantan, si tokoh besar bersedia meluang masa selama 20 minit berjumpa dan mendengarkan Kalamullah didalam masjid diperkarangan kediamannya. Barangkali benarlah sebagai seorang tokoh agama yang sangat memahami al Quran itu, dengan sopan menghulurkan tangan bersalam dan terus memasuki rumahnya. Tanpa sepatah bicara tanda sokongan mau pun menentang, beliau berlalu dengan jangkaan beliau akan datang semula, namun tidak muncul muncul semula. Sebagai tetamu, mungkin disuruh tunggu atau diminta berambus? Ditanya kepada seseorang yang mungkin cucunya, mengatakan ‘Datuk berehat dan tidak boleh diganggu!’


Wahai orang orang yang beriman! Masuklah kedalam Islam kaffah, dan janganlah kamu ikut langkah langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh kamu yang nyata 2:208


Seungguhnya bukanlah syaitan dipohon besar, atau diatas busut dan dirumah rumah kosong menghalang manusia untuk menerima Ayat ayat Allah SWT yang dikumandangkan sehinggakan manusia itu menjadi kafir. Tidak juga mereka mengajak untuk berzina, minum arak atau berjudi agar manusia itu mengerjakan perkara maksiat dan mungkar. Sesungguhnya manusia yang mengikuti langkah langkah iblis itu adalah syaitan syaitan sebagai musuh yang nyata didepan mata dan boleh didengar suaranya. Mereka menentang dan menghalang Ayat ayat Allah SWT dibacakan ......


Wassalam