IKHWANnul MUSLIMINnawalMUSLIMAT

Selasa, 3 Mei 2011

al Quran Surah Ali Imran 3:61-64 (SUMPAH LAKNAT)

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم



“Siapa yang membantah mu dalam hal ini setelah engkau memperolehi ilmu, katakanlah : Mari kita panggil anak anak kami dan anak anak kamu, isteri isteri kami dan isteri isteri kamu, kami sendiri dan kamu sendiri, kemudian marilah kita bermubahalah agar laknat Allah kepada orang orang yang dusta”



Asbabun Nuzul dari Ayat Allah yang dimaksudkan diatas adalah dari kisah Nabi Muhammad saw mengajak utusan Nasrani Najran bermubahalah tetapi mereka tidak berani dan ini menjadikan bukti kepada kebenaran Rasulullah. Kebenaran yang dibawa dan dipertahankan oleh Rasulullah tidaklah yang lain selainkan ‘TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH’



Tanyalah kepada siapa sahaja, pastilah mengatakan Allah itu Tuhan namun kebanyakan manusia itu tidak mahu mengEsakanNYA. Pelbagai tingkah melalui ilmu akal dan rasa rasa untuk menyatakan Tuhan itu ada sehinggakan kebanyakanya hanya mengada adakan, sedangkan melampaui batas batas ketentuan Tuhan sendiri!



“Sungguh ini adalah kisah benar. Tidak ada Tuhan selain Allah dan sungguh Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”



Persoalanya, manusia itu sering melupakan apakah dimaksudkan dengan KEBENARAN yang sewajarnya dipertahankan itu!? Sekali lagi kebanyakan manusia meletakan kebenaran itu dengan mengikut ilmu dan rasa rasanya yang tersendiri. Sesungguhnya kebenaran KALAMULLAH, al QURAN nulKAREEM adalah sebenar benaranya kebenaran yang sewajarnya ditegakan dan dipertahankan oleh setiap manusia itu. Apa pun, samada Ayat ayatNYA tidak bersesuaian dengan ilmu dan rasa rasa didalam hati manusia itu, semestinyalah manusia itu tidak berpaling atau pun menolak kerana yang sedemikian itulah mereka itu menjadi orang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah swt. Mereka yang berpaling dari Kalamullah, sesungguhnya telah melakukan kerosakan bukan sahaja kepada dirinya sendiri malahan pihak lain juga terbabit dan terlibat. Mereka menyebut Tuhan dengan mengikut citarasa masing masing



“Kemudian jika mereka berpaling, maka (ketahuilah) bahawa Allah Maha Mengetahui orang orang yang membuat kerosakan”



Sesungguhnya kebanyakan manusia tidak melihat bahawa ilmu dan rasa rasanya yang tidak bersesuaian dengan Kalamullah pasti mendatangkan kerosakan tersebut. al Quran sebagai petunjuk dan pengajaran bagi manusia itu dikesampingkan malah mendahulukan dan mengutamakan ilmu dan rasa rasa daripada Kalamullah. Perinsip perjuanganya dikatakan sangat benar dan sanggup berbuat apa sahaja tingkah mempertahankan walau pun sehingga melampaui batas ketetapan Allah swt didalam al Quran



Allah swt memerintahkan kepada hambaNYA yang beriman dan Rasulullah itu menjadi suri tauladan kepada manusia keseluruhnya beriman dan berbuat tindakan serta tingkah hanyalah berlandaskan Kalamullah semata



“Katakanlah :Hai ahli kitab! Marilah kita menuju kepada satu kalimat yang sama antara kami dan kamu bahawa kita tidak menyembah selain Allah dan kita tidak mempersekutukanNYA dengan suatu pun dan bahawa kita tidak menjadikan satu sama lain tuhan tuhan selain Allah. Jika mereka berpaling maka katakanlah : Saksikanlah, bahawa kami adalah orang Muslim”



Jelasanya, pastilah tiada kebenaran selain daripada Kalamullah bagi manusia itu memperjuangkan dan mempertahankanya. Sesungguhnya al Quran yang diturunkan oleh Allah swt itu sangat sempurna mencakupi segala aspek kehidupan (politik, ekonomi dan sosial) manusia sebagai petunjuk dan pengajaran bagi memperolehi kesejahteraan dan keuntungan kehidupan baik didunia mahu pun akhirat. Manusia yang menjadikan ilmu dan rasa rasanya sebagai landasan kehidupan dengan melupakan ketetapan Allah swt melalui KalamNYA, maka diajak untuk kembali berada diatas jalan yang lurus lagi benar yakni al Quran nulKareem, Kitabullah. Keterangan kebenaran yang sebenar benarnya sangat benar telah menyampai kepada kamu dan sesungguhnya pasti akan menyampaikan kepada Allah swt sebagai tempat kembali



Sesungguhnya Kalamullah adalah berita gembira kepada orang yang beriman dan peringatan takut kepada mereka yang engkar, dan ana hanyalah membacakan KalamNYA



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته