IKHWANnul MUSLIMINnawalMUSLIMAT

Khamis, 7 April 2011

DSAI OH DSAI!!!


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


“Hendaklah ada diantara kamu umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh dengan maaruf dan melarang dari yang mungkar, dan mereka itu beroleh kemenangan”


BUKAN dan tidak berniat untuk membesarkan isu mau pun menyokong kepada sesuatu pihak. Tidak ada kepentingan apa lagi untuk mendapat keuntungan daripada keadaan tersebut. Jauh sekali untuk berasa terkeliru, namun keadaan semakin meruncing malahan mengundang kepada perkara kemungkaran tegahan Allah swt berpanjangan dan berleluasa. Sesungguhnya menangani perihal tanpa berlandaskan petunjuk dan pengajaran daripada Allah swt melalui Kalam KalamNYA menjadikan keadaan semakin buruk serta parah, sebaliknya hanyalah mendatangkan hasil yang sia sia dan tidak berguna


Sengaja tidak mengutip yang diperkatakan oleh mereka atau menyebutkan nama nama mereka, namun pastinya umum mengetahui bahawa pendedahan ‘Video Seks DSAI’ adalah semata ‘niat kerana Allah swt kerana mahu membuktikan kebenaran kepada umum’ bahawa DSAI adalah seseorang yang berakhlak buruk dan tidak bermoral langsung.


“Kitab itu (al Quran) tidak ada keraguan padanya, menjadi petunjuk bagi orang orang yang bertaqwa”


Bukan mahu mempertikaikan walau sesiapa pun, tetapi pastilah orang yang membawa kebenaran itu hendaknya terdiri dari mereka yang amanah dan ikhlas kepada Tuhan. Namun sesungguhnya hanyalah KEBENARAN (HAQ) itu adalah semata mata Kalamullah dan tiada selain daripada itu, maka Allah menuntut setiap manusia yang beriman menerima amanah kebenaran yang dariNYA tersebut dengan memperkatakan dan lebih lebih lagi menyatakan dengan ikhlas melalui seruan mengajak manusia keseluruhan untuk bersama sama beriman kepada Kalam yang akan menyampai amalan, keimanan dan ketaqwaan kepadaNYA. Tesangat jurjur ‘Lillahitaala’ yang diangkat sebagai niat dan sumpah itu, namun sebenarnya hanya Allah jua yang Maha Mengetahui


Walaupun barangkali kebenaran salah laku tidak bermoral kepada seseorang itu berlaku, tetapi Allah swt melarang untuk mencari salah dan aibnya untuk didedahkan kepada umum yang pasti akan menimbulkan prasangka, tohmah, fitnah dan umpat keji. Sungguh keras amaran Allah swt kepada manusia, tetapi manusia itu tidak mahu mengambil pelajaran sebagai pengajaran. Mereka tidak takut kepada Tuhan, apa lagi untuk berasa jijik ....


“Hai orang orang yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari cari kesalahan orang lain, janganlah ada diantara kamu yang mengumpat sebahagian yang lain. Apakah ada diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertawqalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang”


Ramai dikalangan manusia itu mendustakan kebenaran Kalamullah, maka yang sedemikian itu telah menjadikan mereka itu kufur (engkar) kepadaNYA. Mereka menolak kebenaran Kalam Tuhan dan tidak beriman kepada Ayat ayatNYA kerana merasakan kebenaran kepada apa yang difikirkan oleh otaknya sahaja. Sesungguhnya manusia itu diperintahkan beriman kepada Kalalmullah tanpa kesangsian dan keraguan


“Orang orang yang kafir dan mendustakan Ayat ayat Kami, mereka itulah penghuni neraka”


Kebanyakan manusia sentiasa merasakan ilmu, akal dan rasa rasa didalam hatinya berupakan kebaikan dan kebajikan tetapi tanpa disedarinya adalah dibawah tipu daya iblis syaitan yang menunjukan perkara kejahatan itu tampak baik lagi mulia


“Ia (iblis) berkata : Tuhan ku, oleh kerana Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, aku pasti akan jadikan (kejahatan) terasa indah bagi mereka dibumi, dan aku akan meyesatkan mereka semuanya”


Sesungguhnya manusia yang beriman teguh dan tetap hatinya kepada Kalamullah walaupun Ayat Tuhan terkadang tidak menepati kehendak ilmu, akal dan rasa rasa didalam hatinya. Hari ini mereka yang sedang berada dipuncak kuasa, mereka yang tenggelam timbul, kerabat dan sahabat yang setia, dan rakan yang membelot masing masing berkata tentang perjuangan untuk menegakan kebenaran, sementelah itu masyarakat ramai turut memperkatakan mengikut yang sesuai dengan citarasa


DSAI barangkali sungguh jahat dan ditakuti akan menghancurkan negara apabila memegang tampuk kuasa, sehinggakan maruah dan harga dirinya perlu dihina sekeji kejinya! (termasuk Liwat I & II), namun penyokongnya tetap ramai. Mungkin juga DSAI sendiri berasa tersangat hebat kebaikanya sehinggakan tetap kental dan tabah walaupun dilanyak habis habisan!, namun penentangnya juga banyak. Banyak penyokong pihak yang mengatakan DSAI itu sangat jahat, pun begitu ramai pula yang mengatakan beliau sangat baik orangnya!!


Undang undang yang ada setakat ini masih belum mampu untuk menyelesaikan masalah tersebut walaupun isu terbabit boleh menghancurkan diri, keluarga, masyarakat malah negara. Tidakah manusia manusia yang mengaku Islam itu berasa telah mempermain main dan memperolok olokan agama yang suci dan membiarkan musuh sentiasa mentertawakan?


Dari sudut dan segi mana pun sesungguhnya manusia itu sebenarnya sentiasa diliputi perkara yang membawa kepada noda dan dosa sekiranya tidak berlandaskan Kalamullah menangani perihal tersebut dan sebarang hal apa pun diatas muka bumi ini. Sesungguhnya undang undang ciptaan manusia itu tidak mampu menjadikan seseorang itu terselamat mahu pun menyelamatkan. Sehubungan itu, manusia sewajarnya kembali kepada kebenaran Kalamullah dan menegakanya, sesungguhnya itulah sebenar benarnya KEBENARAN (HAQ), Menegakan kebenaran adalah kewajiban keatas manusia tetapi adalah kebenaran yang dari Allah swt. Tiada selain kebenaran itu melainkan Kalamullah, al Quran nulKareem.


Apabila dari awalnya sudah diberikan peringatan dari Allah swt tentang kebathilan dengan kebenaran melalui Kalamullah yang dibaca dan disampaikan, namun penyokong dan penentang DSAI yang ramai dan banyak itu tidak menyahut dan meyambut seruan. Mereka tetap percaya kepada kebenaran ilmu, akal dan rasa rasa didalam hati!


Seseorang baru baru ini mahu mengura urakan pertanyaan ‘Mengapa DSAI tidak pencen saja dan habis cerita!?’


“Sesungguhnya manusia itu didalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal solleh serta saling berpesan kepada kebenaran dan saling berpesan dengan kesabaran”



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته