بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ
الرَّحِيم
Sesungguhnya Kami menurunkannya (al Quran) dimalam
kemuliaaan. Taukah kamu apakah itu Malam Kemuliaan? Malam Kemuliaan itu lebih
baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat malaikat dan dan malaikat
Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu
kesejahteraan sehingga terbit fajar
Apabila disebutkan ‘TURUN’, pastilah dari
Yang Maha Teratas, dari keadaan Yang Maha Tertinggi dan dari kedudukan Yang
Maha Termulia. Pastinya ‘yang diturunkan’ itu Sangat Mulia dengan
sendirnya. Jika waktu malam yang IA-nya diturunkan disebut Malam
Kemuliaan, pastilah barang siapa yang menerimanya akan turun beroleh
Kemuliaan tersebut. Sesungguhnya ALLAH
swt Maha Bijaksana lagi berKehendak sedemikian.
Apabila disebut ‘TURUN’, pastilah IA-nya
turun kebawah. Pastilah yang dibawah itu kedudukanya didalam keadaan yang kacau
balau dengan kemaksiatan dan kemungkaran. Dibawah itu ‘bumi atau tanah’
tempat berlakunya segala onar buruk, dimana pelakunya adalah manusia yang
secara langsung asal kejadianya adalah dari ‘tanah hitam yang kering diberi
bentuk’
Sesungguhnya kegelapan malam adalah gambaran keadaan manusia berada
didalam kesesatan yang nyata melakukan kemungkaran terhadap Tuhan, sehinggalah
Allah swt menurunkan al Quran nulKareem, Kitabullah-Kalamullah sebagai
penyuluh jalan mengeluarkan mereka dari kesesatan selama ini. Sesungguhnya
cahaya al Quran Kitabullah-Kalamullah itu sebagai petunjuk jalan yang lurus kepada kehidupan manusia
keseluruhannya. Jika pun 1000 bulan diatas langit pada malam itu, al
Quran itu lebih terang cahayanya sebagai petunjuk kepada manusia.
Begitu juga sekiranya manusia menjadikan ilmu, amal, aqal fikir,
ideologi, harta, wang atau pun 1000 macam lagi sebagai tuntunan kehidupan,
pastilah mereka terus terusan berada didalam kesesatan yang panjang sekiranya
al Quran tidak dijadikan landasan kehidupan. Sesungguhnya al Quran itu mengajar
dan mensucikan manusia, sedangkan sebelumnya mereka didalam kesesatan yang
nyata. Melalui petunjuk al Quran Yang Mulia, kehidupan manusia itu kembali
berada didalam sinar yang terang benderang bagaikan terbitnya fajar siddiq
dipagi hari.
DIA-lah yang mengutuskan Utusan-NYA dengan membawa
petunjuk dan agama yang benar agar DIA memenangkannya diatas segala agama,
meskipun orang orang musyrik membenci
al Quran nulKareem itu sebagai petunjuk kepada manusia, maka pastilah
untuk manusia IA-nya diturunkan. al Quran itu besifat Qodeem; tidak akan
pernah berubah dan sentiasa bersesuaian sebagai petunjuk yang keakhir zaman.
Cahayanya sentiasa menerangi perjalanan kehidupan manusia agar beroleh keselamatan dan
kesejateraan didunia dan akhirat. Dahulu telah berlaku, akan datang pasti
berlaku; dahulu dan akan datang itu sekarang sedang berlaku. Sentiasa ALLAH
SWT mendatangkan seorang anak manusia Yang Mulia sebagai Utusan-NYA memberikan khabar
gembira dan peringatan takut dengan berKalamkan Kalamullah. Seorang anak
manusia Yang Mulia tersebut tidak
menyampaikan yang dari ilmu atau amalnya melainkan mengajak manusia berada
diatas petunjuk yang lurus daripada ALLAH SWT.
Orang orang musyrik sangat membenci akan kedatangan seorang anak manusia
Yang Mulia, kerana kemuliaan bagi mereka dengan ilmu tinggi dan amal yang sudah
banyak dikerjakan. Mereka merasakan kehebatan sendiri dengan ramainya pengikut
mahzab, tharekat dan jurusan masing masing. Bagi mereka tidak akan datang lagi
seorang manusia Yang Mulia membacakan Kalamullah, melainkan merekalah yang
terbaik kerana kedudukan mereka dimata masyarakat sebagai tok shyeikh, tok
guru, ulama atau ustaz sebagai penjaga agama yang terlantik lantaran ijazah,
sijil dan tauliah serta mempunyai anak murid yang ramai bilangan. Secara
langsung mereka membenci, menolak dan menentang Ayat ayat ALLAH swt, al Quran
Yang Mulia yang disampaikan kepadanya oleh seorang anak manusia.
Dan apabila ditanya kepada mereka apa yang
diturunkan Tuhan mu? Mereka menjawab: Dongeng orang orang dahulu
Allah SWT menurunkan al Quran Yang Mulia pada Malam Kemuliaan didalam
bulan Ramadhan. Bagaimana pun manusia menjadi keliru dengan pelajaran dari pak
shyeihk, kiyai, tok guru dan pak ustaz berkenaan Malam Kemuliaan . al Quran
yang turun tidak menjadi pelajaran. Kemuliaan al Quran untuk kehidupan tidak
terpakai, sebaliknya diajarkan ilmu dan amal untuk mencari keanehan dan perkara
pelik pada setiap malam dibulan Ramadhan. Manusia disuruh menunggu serta
mencari keajaiban pada setiap Ramadhan, kononnya akan berjumpa dengan suatu ketakjuban yang akan
memberikan kebaikan dan keberuntungan yang besar kepada yang menemukan keadaan
tersebut. Keselamatan, kekayaan dan kebahagian dikaitkan dengan peristiwa pelik
seperti pokok sujud, air sungai menjadi beku dan sebagainya pada Malam
Kemuliaan yang kerana sebenarnya adalah al Quran telah diturunkan.
Atau adakah Kami memberikan sebuah kitab
kepada mereka sebelum al Quran, lalu mereka berpegang dengan kitab itu?
Sesungguhnya kebaikan kepada manusia itu hanya
mengikut aqal fikir diatas landasan hawa nafsunya belaka, sehinggakan al Quran
yang diturunkan kepada manusia sebagai rahmat yang besar dari Tuhan tidak ada
umpamanya bagi mereka. Meskipun kebaikan yang dimaukan oleh manusia namun
mereka menetapkan hanya yang sesuai dengan kehendak citarasanya. al Quran
nulKareem adalah Kitabullah; yakni KETETAPAN ALLAH sebagai rahmat kepada
manusia. al Quran Kalamullah ialah berita gembira bagi segala kebaikan untuk
kehidupan manusia dunia akhirat dan
peringatan takut dengan azab yang sangat pedih kepada mereka yang
ingkar. al Quran itu diturunkan sebagai rahmat untuk manusia dengan Maha Kasih
Sayang Tuhan, sebaliknya mereka membuat ketetapan sendiri untuk kepuasan
keinginannya terhadap Tuhan yang Maha Pemurah!
al Quran itu diturunkan didalam bulan Ramadhan dan
saban tahun Ramadhan datang. Sungguhlah al Quran itu cahaya yang terang
benderang melebihi 1000 bulan dilangit tetapi manusia itu masih berada didalam
kegelapan yang menyesatkan. Sepanjang tahun anak manusia Yang Mulia mengumandangkan
Kalimat kalimat ALLAH swt kepada manusia, namun mereka hanya bertadarus
membacakan al Quran sehingga khatam 30juz sebulan Ramadhan. Mereka berharap
kepada pahala berlipat ganda seolah dibulan lain dibolehkan untuk berbuat dosa.
Mereka berasa bertambah keimanan dan peningkatan taqwa mengajikan al Quran
walau sepatah haram tiada kefahaman tanpa keterangan.
Begitu juga, Ramadhan bukanlah berpuasa untuk merasakan lapar dahaga
disiang hari dan pada malamnya pula berjaga menunggu kepelikan dan keajaiban
supaya beroleh kebaikan dan keberuntungan. Berpuasa itu bukan untuk merasakan
bagaimana orang miskin pedih perutnya kerana lapar, sedangkan sewaktu berbuka
juadah beraneka; dan ketika bersahur didinihari tidak ubah seperti santap
ditengahari. Berpuasa genap sebulan penuh bukan untuk berhari raya berpakaian
Melayu sedondon anak beranak 6 pasang tiap seorang. Puasa sebulan dan tidaklah
berhari raya juga sebulan.
Sesungguhnya Ayat ayat ALLAH swt itu diulang ulang
baca dan disampaikan pengajarannya oleh Utusan-NYA Yang Mulia kepada manusia,
namun mereka masih tetap sesat didalam kegelapan cahaya terang benderang al
Quran nulKareem yang melebihi dari 1000 bulan dilangit tinggi. Manusia lebih
membuat kira kira congak, bahawa al Quran Yang Mulia itu diturunkan pada Malam Kemuliaan, yang lebih baik
dari 1000 bulan itu seperti berikut ?:-
1 malam = 1000 /12 = 83++ tahun!
.’. 1 malam = 83 tahun!!!
Bulan Ramadhan
adalah yang didalamnya diturunkan al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan
penjelasan penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara haq dan bathil)
Kerana itu barang siapa diantara kamu ada dibulan itu maka berpuasalah. Dan
siapa yang sakit dan dalam perjalanan (tidak berpuasa) maka (wajib
menggantikannya) sebanyak hari yang ditinggalkannya pada hari hari yang lain.
Allah menghendaki yang mudah bagi mu dan tidak menghendaki kesukaran bagi mu.
Hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan mengAgongkan ALLAH atas petunjukNYA
yang diberikan kepada mu, agar kamu bersyukur.
Wassalam.