IKHWANnul MUSLIMINnawalMUSLIMAT

Ahad, 26 Mei 2013

IMAM MAHDI; alasan manusia





بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
  
59 Hai orang orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul, jika kamu benar benar percaya kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.

Semua tahu nama Imam Mahdi. Popular!. Semua percaya Imam Mahdi akan muncul. Semua menanti dan tertunggu tunggu. Semua faham seperti yang ditulis didalam artikel ‘Imam Mahdi dan Dajjal’ yang pernah disiarkan. Masing masing berharap menjadi pengikut Imam Mahdi, sipenyelamat manusia dan mahu berjihad bersamanya menentang pendustaan siDajjal yang mahu membinasakan ummat dunia. Tidak sempurna Iman kalau tidak percaya. Ini bukan soal main main!

Keimanan manusia hanyalah seperti titisan embun pagi dan senipis kulit bawang! Apabila kedua duanya muncul, manusia tidak percaya akan kedatangan tersebut. Permasalahannya kerana manusia telah menentukan ciri dan katogori mengikut ilmu, aqal dan fikirnya sendiri. Apabila datang keduanya, manusia itu tidak akan percaya kerana yang datang itu tidak menepati apa yang ada didalam kepala hotaknya! Mereka menafikan yang seorang itu bukan Imam Mahdi dan yang seorang lagi itu tidak  siDajjal. Padahal mereka sedang menjadi penentang Imam Mahdi dan menyokong pula kepada Dajjal.

Imam Mahdi tidak memperkenalkan diri. Mahdi didatangkan oleh Allah SWT ditengah tengah manusia dengan menyerukan Kalamullah.  Mengajak manusia kembali kepada Allah SWT dengan membacakan Kalam Kalam Tuhan dengan tidak mendahulukan ilmu dan aqal fikirnya. Dihadapan siapa dan dimana sahaja tiada keraguan dan ketakutan kepadanya untuk berkalamkan Kalamullah. Ketika Imam Mahdi datang, manusia punya banyak alasan terrrrr......rrbaiiik menafikan kedatangan sehinggakan menolak dan menentang seseorang yang dinanti nantikan!

(i)           Nabi SAW bersabda : Namanya sama seperti nama ku’. Ulama mengatakan sohihlah ucapan Baginda, maka manusia pun buat pertamanya akan meneliti kepada nama tersebut. Sebagai contoh pada perkiraan manusia itu, ‘Muhammad Zubir bin Amir Abdullah’ bukan sebagai Imam Mahdi walau pun namanya hampir sama, apa lagi kalau yang bernama ‘Nik Abdul Aziz bin Nik Mat’ yang namanya tidak serupa begitu juga ‘Mohd Najib bin Abdul Razak!’. Sesungguhnya Allah SWT Maha Berkehendak  dan tidak tergagah akan perkiraan manusia, seperti mana ‘akan datang Ahmad’ tetapi ‘Muhammad bin Abdulllah’ disempurnakan kedatangan oleh Tuhan Yang Maha Bijaksana.

(ii)   Manusia memandang serong kepada maujud seseorang yang menyerukan kepadanya Kalam Tuhan tersebut. Pada jangkaan mereka tentulah seseorang yang punya sijil dan ijazah berjela dari diuniversiti Makkah atau Madinah, Mesir atau Jordan. Pada fikiran manusia itu, pasti orangnya petah berpidato, lancar bahasa arabnya, berjubah, berserban besar dan berjanggut panjang. Mana mungkin Zubir Amir walau hampir sama nama Nabi SAW, tetapi tidak pandai berbahasa arab, begitu juga Nik Aziz namanya lain walaupun punya ijazah dari timur tengah serta fasih arab, apa lagi Najib bukan sahaja nama tidak serupa malah tidak boleh arab pun, tidak juga memakai serban dan tidak pula berjanggut. Sama sahaja manusia itu dengan orang Arab Quraish mempertikai dan menentang ketika Allah SWT mendatangkan Muhammad bin Abdullah yang ummi dan seorang gembala kambing!

(iii)       Allah SWT mendatangkan Imam Mahdi membawa al Quran Kalamullah sebagai petunjuk agar manusia bersatu dijalan yang benar lagi lurus. Manusia menjadi sangat berhati hati dengan berkata ‘jangan cepat percaya!’, sedangkan Kalamullah yang disampaikan kepadanya. Apabila melihat  simaujud tidak seperti bayangan mereka, manusia akan menuduh sesat dan gila walau pun yang diserukan ialah Ayat Ayat Allah SWT. Sesungguhnya manusia itu berdusta dengan mengatakan beriman kepada Kitabullah namun apabila dibacakan Kalamullah mereka menolak malahan menentang. Sesungguhnya mereka menentang Allah SWT dan secara langsung tidak beriman kepada_NYA.

(iv)  Ulama dan intelektual Islam yang banyak amalan dan tinggi ilmunya memperdebatkan Kalamullah yang dibacakan, sehingga menampakan penentangan kepada Ayat Ayat Allah SWT itu. Mereka mengajak manusia berbuat kebaikan dan kebajikan sebagai amal ibadat kepada Tuhan berlandaskan ilmu tuntutannya semata. Kepada Kalamullah mereka hanya mengambil sebahagian yang bersesuaian dengan citarasa dan ketika serta meninggalkan sebahagian yang dirasakan mendatangkan kerugian kepadanya.

(v)      Percampuran diantara haq dan bathil itu sangat mesera, sehinggakan tidak dapat dipisahkan. Niat menghalalkan cara asal sahaja popular. Urusan agama bukan sebagai jihad sebaliknya adalah kerjaya untuk memperolehi keuntungan harta dan wang ringgit. Bijak pandai agama juga kelihatan mengejar glamour mengalahkan artis.

(vi)        Kehidupan manusia berasa sangat selesa didalam mengumpulkan kekayaan dan menikmatinya disamping beramal ibadat pagi dan petang. Sudah cukup dengan masjid dan surau yang indah tesergam melambangkan kegemilangan beragama itu.

(vii)     Manusia sangat mencintai kekayaan dan kekuasaan walaupun memperolehinya melalui sogokan dan bersekongkol dengan musuh musuh agama. Jika pun berlaku penindasan terhadap Islam dan penganutnya oleh musuh, mereka sekadar protes melepaskan batuk ditangga kerana takut kehilangan kekuasaan yang ada.

(viii)   Manusia sentiasa salah mempersalahkan antara masing masing. Agama yang sepatutnya satu persamaan dilihat sudah pelbagai ragam dan bentuk. Masing masing mengatakan dipihak yang benar dengan hujjah ilmu dan aqal fikir tanpa merujuk kepada Kalamullah sebagai pemutus pertelingkahan.

(ix)   Peradaban manusia diukur dengan kemajuan yang disebut kemodenan dan kecanggihan walaupun sebenarnya tingkah laku didalam kehidupan sudah melampaui batas ketentuan Allah SWT. Mereka merasakan mundur dan ketinggalan jika kehidupan berada dibawah petunjuk Tuhan

(x)         Pihak berkuasa mempraktikan hukum dan undang undang karangan mereka dan sering berubah kerana tidak membawa kebaikan kepada kehidupan manusia itu. Manusia mengutamakan apa yang baik pada pandangan dan fikiran yang menjamin kepentingan pribadi dan kroni tidak tergugat

177. Amat buruklah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan kepada diri mereka sendirilah mereka berbuat zalim.

Berapa banyak pun alasan dikemukakan, manusia itu menolak dan menentang kedatangan Imam Mahdi, adalah berpunca kepada satu sebab munasabah iaitu tidak beriman kepada Allah SWT. Untuk beriman kepada Allah SWT pastinya melalui perantaraan Rosul-NYA yang menyampaikan Kalam_NYA; dan untuk itu pastilah kepada Pemimpin (Imam) yang didatangkan dikalangan manusia yang membacakan Kalam_NYA. Sewajarnya, jika Kitabullah-Kalamullah itu yang dikumandangkan pastilah manusia yang beriman itu tunduk patuh seratus peratus. Tidak ada keraguan dan kesangsian kepada siapa pun yang membacakan Kalam Tuhan kepadanya! Benarlah ilmu dan amal mereka menyampai kepada Rosul_NYA, seterusnya kepada Allah SWT melalui Pemimpin yang didatangkan.

Samada Imam Mahdi yang ditunggu oleh manusia itu sudah muncul atau belum, namun sangat jelas Pemimpin yang membawa petunjuk Tuhan yakni al Quran Kitabullah-Kalamullah sudah ditolak, ditentang, dimusuhi malahan diperangi. Sebanyak mana pun alasan manusia itu, sesungguhnya mereka adalah pasukan elit dibawah pimpinan Dajjal yang sebenarnya sudah pun berada ditengah tengah mereka. yang akan binasa oleh senjata ampuh Imam Mahdi dan pengikutnya iaitu al Quran Kalamullah! 

Sesungguhnya Dajjal dan pasukannya akan tewas, musnah dan binasa dengan senjata ampuh Imam Mahdi iaitu al Quran nulKareem. Selagi ada masa yang semakin suntuk, maka kepada keseluruhan manusia itu bersegeralah menyahut seruan Kalamullah yang disampaikan ...

56 Dan barangsiapa mengambil Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman menjadi penolongnya, maka sesungguhnya pengikut (agama) Allah, itulah yang pasti menang.

Amin amin amin ya muji basa ilin, ya Robbal’alamin. Wassalam




Jumaat, 3 Mei 2013

TUKAR! : KALI INI @ LAIN KALI?



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

aku tidak berapa ikut hal PRU kali ini. aku tuliskan pendapat dan pandangan sorang kawan yang bercerita panjang beberapa hari selepas penamaan calon tempuhari …

Senario PRU13 ini dikatakan rakyat Malaysia mau tukar kerajaan. Sangat mengejutkan kelantangan kemauan itu bila datangnya dari orang Melayu! Satu kebangkitan yang sangat berani bangsa Melayu dalam sejarah selepas merdeka. Kerajaan hari ini wajar ditukar! Sememangnya patut dilakukan, namun peralihan kuasa ini sebenarnya tidak akan membawa kepada kebaikan apa lagi terlebih baik dari yang sebelumnya! Jangan berharap PR lebih baik dari BN/UMNO untuk Melayu! Kedudukan Melayu didalam PR sangat teruk sedari mula mereka berpakat lagi kerana Melayu didalamnya sudah sedia buruk. Tidak jelas janji DSAI terhadap Melayu kerana beliau takut kepada orang bukan Melayu tidak sokong beliau yang kepingin sangat jadi PM! Sangat menghairankan apabila Melayu PAS ikut joint kononnya untuk tegakkan Hudud tanpa dominan dalam PR. Saja omong kosong TGNA dan HA kerana tentangan kuat dari DAP yang menjadi rakan baik, apa lagi Melayu peneraju PKR belum pernah mengatakan bersetuju untuk Hudud. Tiada kenyataan terbuka DSAI dan WAI terhadap perkara agama Islam, sebaliknya NI timbulkan isu yang bertentangan menurut ulama’.

Melayu berani tetapi berlawak yang sangat tidak kelakar, melainkan menunjukkan kebodohan yang ditertawakan oleh bukan Melayu. Kelihatan sesama Melayu ‘berperang’ atas nama parti masing masing untuk mempertahankan bangsanya, agamanya dan tanah air Melayu itu sendiri! Melayu sama Melayu yang bergaduh; bangsa lain hanya maukan keuntungan buat mereka. Dibawah sedar orang Melayu, bahawa berlakunya perang adalah berpunca dari kebijaksanaan bukan Melayu yang sangat berkepentingan terhadap bangsa mereka. Mereka sengaja dan suka melihat perang Melayu berlaku sentiasa bagi mengambil kesempatan untuk kesenangan mereka semata. Bangsa lain ini hanya mencari jalan untuk menyelamatkan kedudukannya yang sebenarnya sentiasa dijamin oleh BN selama ini dan mereka mempastikan agar keadaan ini kekal baik dengan PR. Sekian lama dibawah pemerintahan BN/UMNO kebajikan dan keselamatan bukan Melayu sebenarnya sentiasa terjaga manakala dengan PR mereka menyusun agenda untuk mendapat lebih lagi kebaikan sekiranya mendapat mandat.

Melayu Malaysia tidak cerdik. Sekian lama Melayu dominan didalam politik tetapi tidak berkuasa sepenuhnya. Kerajaan BN yang didominan parti Melayu UMNO sejak merdeka tidak menggunakan kelebihannya untuk menjaga kesejahteraan bangsanya dengan menyeluruh. UMNO megah mengatakan Malaysia sebuah negara yang membangun dengan pesat dan menuju sebagai negara maju. Cemerlang dan gemilang itu bukan dengan bangunan KLCC mencakar langit atau KLIA yang moden serta canggih. UMNO gagal mengagihkan sumber kekayaan negara kepada orang Malayu sehinggakan masih ramai yang miskin tegar. Melayu masih  terpinggir dan dianak tirikan oleh orang Melayu sendiri yang salah guna kuasa. Kelibat sang jutawan dan hartawan Melayu tidak menyampai 30% walau sudah 60 tahun UMNO mendominan politik tanah air! Tun Dr dan UMNO sebenarnya mimpi siang hari sehingga tahun 2020 kerana ASN dan ASB yang sudah lama itu tidak berjaya mencapai target Melayu Maju! Masalah terbesar UMNO ialah gagal menguruskan kekayaan negara untuk kepentingan sebangsa dan seagama. Kesilapan dan kesalahan UMNO sebenarnya adalah dosa besar terhadap bangsa Melayu apabila BANGSA DAN AGAMA dari aspek penting iaitu politik, ekonomi dan sosial dihurai panjang lebar dan dijadikan sebagai bukti kepincangan UMNO sepanjang pemerintahan.

Oleh itu kerajaan perlu ditukar kali ini! Sesungguhnya kemenangan PR sangat sangat diharapkan. BN mesti ditumbangkan. Semoga orang Melayu mengundi PR! Tetapi harus diingat bahawa pertukaran bukan untuk kebaikan, kerana tiada bagusnya PR! Pertukaran ini sebenarnya adalah untuk mengajar bangsa Melayu agar cerdik dan bijak. Pertukaran untuk merubah Melayu UMNO jangan lupa diri hingga menjual maruah, Melayu PAS usah peralatkan agama untuk popular, Melayu PKR tidak jual bangsa kerana gila kuasa dan apa sahaja yang dikatakan Melayu; NGO Melayu bukan sekadar buat repot polis atau pasang sepanduk tunjuk perasaan, orang bergelar tidak duduk diam atas singgahsana dalam istana agam dan orang perseorangan semacam lalang ditiup angin mau pun cuma bertenggek atas pagar! Melayu akan tersedar dari mimpi siang malam. Orang Melayu akan terjaga dari tidurnya yang panjang!

Tidak lama selepas PR mengambil pemerintahan, bukan Melayu menjadi rakus untuk mentidakan ketuanan Melayu keatas tanahnya, manakala Melayu PR mentikuskan diri kerdil dan lemah. Selama ini Melayu PR menduga bijak dan handal, baharulah menyedari bahawa terjerat kerana kebodohan sendiri. Didalam PR, Melayu itu bukan lagi sebagai dominan. DSAI terpaksa menurut kehendak bukan Melayu yang menaikkanya sebagai PM ke 7. Melayu PR akan sentiasa di black mail. Sememangnya bukan Melayu sudah lama menunggu bagi menunjukan sikap biadab mereka untuk memijak kepala Melayu secara terbuka. Bukan Melayu mau bolot segalanya maka tidak ada lagi ketuanan dan keistimewaan orang Melayu. Orang Melayu akan muflis dan menderita didalam negerinya sendiri. Dua tiga orang UMNO Melayu yang dulunya kaya raya kerana monopoli kontrak projek jatuh miskin; bukan Melayu peroleh projek secara kontrak terbuka memihak kepada mereka kerana pengalaman dulunya sebagai sub-kont kepada Melayu membida lebih murah. Material milik mereka kerana kilang milik selama ini. Melayu lemah dan terhina. TGNA dan HA tidak dibenarkan berwatak alim dan warak, apa lagi untuk sebut hukum Hudud! KSgh melangkahi lagi Malay body hidup hidup yang sudah pun dibuatnya sebelum sebelum ini. LKS, anaknya dan konco konconya memperolok olokan Islam sesuka hati je. PAS terkedu!

Diketika bukan Melayu menjadi betambah rakus, percayalah tidaknya orang Melayu itu berdiam diri! Melayu bukan dayus pabila bangsanya diperlecehkan apa lagi agamanya  diperlekeh! Tiba ketikanya orang Melayu sudah tidak tertahan lagi, maka akan bangkit Melayu yang bersatu mengembalikan kedudukan yang sebenarnya ia berhak keatasnya. Diwaktu itulah kebodohan Melayu itu menjadi bijak dan cerdik. Keadaan ini akan mempersatukan semua Melayu bangkit diseluruh negara. Ternama ianya orang Melayu akan  bingkas dari setiap pelusuk Malaysia atas nama bangsa dan agamanya! Orang Melayu menjadi gagah dan hebat bila bersatu.  Melayu didalam UMNO, PAS, PKR, NGO, orang bergelar dan orang perseorangan akan bersatu ‘mengamuk’ atas nama JIHAD. Bagi Melayu perkataan jihad segera dihubungan kepada agama Islam; sejahat jahat penyangak atau penyamun itu, jika ianya Melayu dia akan sanggup mati mempertahankan agama pabila orang bukan Melayu dan bukan Islam menghina keduanya sekali gus. Tunggu dan lihat!

Keadaan itu sebenarnya yang mau dibeli oleh bangsa bukan Melayu, sedangkan mereka tidak tau berapa harganya! Hari ini, Cina dan yang lainnya tidak dapat menduga bagaimana orang Melayu pabila bersatu. Mereka menyangkakan Melayu mudah diperkotak katik, lemah dan lembam untuk diganyang. Bukan Melayu perlu diajar supaya jangan kurang ajar! Sudah cukup diberi muka dan badan bebas memakai baju tradisinya, maka mereka perlu mengucapkan terima kasih, terima kasih dan terima kasih! Semoga PR menang PRU13 untuk semua orang Melayu sedar diri agar kembali bijak dan kuat mengajarkan bukan Melayu tunduk bersyukur menangis tinggal disebuah negara bernama Malay…sia!!! AMIN

Adakah betul pendapat kawan aku itu? Orang Melayu sendiri mau ingatlah! Dia tanya aku :  mike nak undi sape? Aku jawab : X taulah! (dalam hati : Calon Parlimen dan Dun, MCA vs PKR; 2duanya Cha! Mungkin aku x p ngundi kali ini-lain kalilah!)

Nota : Petikan Kalamullah daripada posting akan datang :

“Wahai orang orang yang beriman. Jangan kamu berkhianat kepada Allah dan Rasul dan jangan kamu berkhianat terhadap amanat yang dipercayakan kepada mu padahal kamu mengetahui (8:27)”

Sekian, Salamun’alaikum