IKHWANnul MUSLIMINnawalMUSLIMAT

Jumaat, 22 April 2011

KISAH PAGI MINGGU ...

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Suatu pagi minggu, sedang ana menyapu sampah dan daun daun dihalaman rumah, sebuah kereta Proton Waja berhenti dan parkir. Kelihatan keluar pemandunya berusia sekitar 50 tahun dan di ikuti penumpangnya seorang pemuda, pada jangkaan ana belum pun melewati 30’an. Mereka kelihatan berjubah putih, beserban besar dan berjanggut lebat serta kedua duanya tidak bermisai memberikan salam sambil menghulurkan tangan

Mereka bertanyakan dimana rumah Tuan Imam yang kebetulan hanya terletak selang rumah, lantas ana memaklumkan Tuan Imam baharu sahaja lalu bermotosikal, barangkali kepekan untuk membeli barang keperluan. Secara langsung ana bertanyakan mustahak apa untuk berjumpa, kerana mungkin boleh membantu atau menyampaikan pesanan jika perlu

Melalui cara berpakaian mereka sebenarnya memang dugaan ana tepat apabila dimaklumkan mereka adalah dari kumpulan tabligh meninggalkan khariah dan bertandang bermalam dimasjid kariah kampong. Sambil menunggu Tuan Imam, ana mempelawa sahaja mereka duduk sambil meminta isteri bancuhkan air, lagi pun ana juga dahaga selepas menyapu sampah tadi

‘Waktu asar semalam, tidak seorang pun berjemaah dimasjid. Fardhu Kifayah tidak berlaku dan rahmat Tuhan tidak turun serta seluruh kariah menanggung dosa!’ Demikian dengan bersahaja tetamu yang berusia 50 tahun itu memulakan bicaranya. Beliau berhajat untuk berjumpa dengan Tuan Imam untuk bertanyakan mengapa keadaan sedemikian boleh berlaku. Riak muka kedua mereka tampak kesal yang amat sangat

ana sangat kaget sebenarnya mendengarkan bicaranya tetapi bukanlah berkenaan ketiadaan orang berjemaah tetapi apabila dia mengatakan tiada rahmat Tuhan dan seluruh penduduk kariah menanggung dosa. Kalau begitu ana pun turut berdosa dan tidak mendapat rahmat walau pun ketika itu berada diluar kawasan kerana bertugas

‘Oh! Tidak begitu, sebenarnya bagi mereka yang berada didalam persekitaran kariah sahaja yang menanggung laknat Tuhan’ Ujarnya sambil meminta maaf, walau sebentar tadi dia berkata sebaliknya, malah dia menukarkan dari ‘dosa kepada laknat!’ ana tidak memanjangkan persoalan tersebut kerana bukanlah marah walau pun sekelumit

‘Tuan, rahmat Allah swt dan laknatNYA itu macamana dan bagaimana? Barangkali ianya turun berbentuk seketul atau sebiji turun berdentum menghempap manusia?’ ana memancing penjelasanya sambil mempersilakan kedua mereka menikmati jus oren yang sudah siap dihidangkan. Kelihatan mukanya sedikit berubah, mungkin (barangkali!) takut terperangkap dengan jawaban sendiri, maka persoalan itu dimintanya pula ana yang memperjelaskan. Bijak!

Benarlah jika kekayaan, kesihatan dan kekuasaan atau pun kurniaan anggota yang sempurna itu disebut rahmat daripada Allah swt tetapi bukanlah semata kepada orang orang Islam sahaja dikurniakanNYA! Apa pun agama dan dimana pun juga seseorang itu samada orang Islam atau pun tidak, mahu pun mereka tidak bersholat jemaah atau tidak langsung bersholat sebenarnya semuanya sedang leka menikmati rahmat dari Allah swt!

“Bagi Allah kerajaan langit dan bumi, dan Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu” [3:189]

Diseluruh dunia diliputi rahmatNYA, walaupun disebuah kampong di Eropah yang tidak ada masjid untuk bersholat jemaah kerana seorang pun penduduknya tidak beragama Islam pastinya tanpa rahmat Allah sudah tentu ulat dalam batu pun tidak ada malahan penempatan itu sendiri juga tidak ada, Sesungguhnya rahmat Allah swt itu meliputi seluruh isi alam ini. Seluruh isi alam ini adalah rahmat dari Tuhan. Sesungguhnya Allah swt itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Demikian itu segalanya adalah tanda tanda Kekuasaan dan KebesaranNYA

‘Jadi ....., maksudnya tiada laknat Tuhan?’ Tuan 50 tahun tiba tiba mengajukan pertanyaan.

‘Kita bicara sahaja perkara rahmat Tuhan terlebih dahulu!’ Dia yang berusia 50 tahun memandang tepat kemuka dan sipemuda kelihatan berkali kali menganggukkan kepala namun mata kedua duanya kelihatan tidak berkelip

Sesungguhnya kehidupan manusia didunia ini sangat bergantungkan kepada rahmat daripada Allah swt tetapi manusia meletakan rahmat Allah itu hanya kepada perkara yang menyenangkan dan kepuasan hatinya tentang keadaan fizikal serta material sahaja. Mereka berasa jika tanpanya tidaklah dapat dibayangkan bagaimana teruk dan haru biru kehidupan ini, namun ianya sangat melekakan lagi melalaikan bagi mereka yang tidak mengerti.

“Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurauan, perhiasan, dan saling berbangga diantara kamu serta berlumba lumba dalam kekayaan dan anak keturunan; seperti hujan yang tanam tanamanya mengagumkan para petani, kemudian itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan diakhirat nanti ada azab yang keras dan ampunan daripada Allah serta keredhaanNYA. Dan kehidupan dunia tiada lain hanyalah kesenangan yang palsu” [57:20]

ana meminta anak mengambilkan tiga naskah al Quran Terjemahan untuk rujukan. Sebenarnya tedapat 6 naskah dirumah sebagai milik senaskah setiap seorang ahli keluarga. Kedua tetamu kelihatan menyelak naskah mencari alamat yang disebutkan sebentar tadi. Keduanya mengangguk serentak sambil berpandangan

Kebanyakan manusia itu akhirnya merasakan kekuasaan dan kemewahan dari kurniaan Allah swt adalah melalui usaha dan bijak pandainya belaka sehinggakan berasa sangat ego mahukan pujian dan sanjungan dari manusia. Perhatikan Fir’aun, bagaimana kekuasan yang dimilikinya itu menyebabkanya mengaku sebagai Tuhan sehingga dilaknat Allah swt akhirnya. Bukankah juga kekayaan yang menyebabkan Qorun juga dilaknat oleh Tuhan sehingga akhirnya mati ditimpakan musibah? Demikianlah yang sebenarnya rahmat dari Allah swt itu akhirnya menjadi laknat kepada manusia

Sesungguhnya Allah swt itu tetaplah tidak berkurangan keAgongan atas segala sifat sifatNYA, dan Maha Pengasih lagi Maha PenyayangNYA tetaplah kepada hamba hambaNYA yang beriman tanpa putus putusnya. Sehubungan itu, maka sudah pastilah Allah swt sentiasa mendatangkan rahmatNYA agar manusia itu terselamat dari laknat yang juga adalah daripadaNYA. Tidaklah manusia itu mengetahui bahawa terdapat satu rahmatNYA yang terbesar dan tersebar kepada manusia itu, melainkan mereka tidak memperdulikan serta tidak endah terhadapnya

“Maka nikmat Tuhan mu yang manakah yang kamu dustakan? [55;31X!]

Tiadalah selain daripada rahmat yang dimaksudkan itu melainkan al Quran nulkareem, Kalamullah!!! Sesungguhnya manusia itu tidak pernah mahu bersyukur, sehinggakan petunjuk dan pengajaran dari Kalamullah dilupan dan diabaikan sehingga membuatkan mereka sentiasa diselaputi dosa dan kesesatan yang berpanjangan didalam arus kekuasaan dan kemewahan kehidupan. Allah swt itu Maha Kasih dan Sayang sebagai Tuhan Maha Pencipta dengan mendatangkan Kalam kalamNYA sebagai rahmat kepada manusia dan seisi alam ciptaanNYA

Sesungguhnya terlalu banyak Allah swt berfirman melalui wahyuNYA bahawa al Quran Kalamullah adalah sebenar benarnya rahmat daripadaNYA kepada manusia sebagai penyelamat kehidupan didunia hinggalah keakhirat. Kebanyakan manusia sekadar mengaku beriman kepada Kitabullah tersebut dengan hanya memuliakan senaskah buku dengan meletakanya diatas tempat yang tinggi seperti almari atau menggantungkan potongan Kalam Tuhan itu didinding rumah dan pejabat kerana takut terlangkah mahu pun takut memegangnya kerana tidak berwuduk! Manusia menjadikan ayat al Quran sebagai penghalau syaitan dan jin malahan beranggapan Malaikat Rahmah akan berkunjung menaburkan rezeki melimpah ruah kepadanya!

“Kitab ini (al Quran) tidak ada keraguan padanya, menjadi petunjuk kepada orang orang yang bertaqwa” [2:2], maka rujuklah juga [3:128], [20:2], 38:87], [45:2] dan sebagainya!

al Quran Kitabullah - Kalamullah sebagai rahmatNYA keatas manusia dan seisi alam ini tidak dijadikan sebagai petunjuk dan pengajaran oleh manusia, sehinggakan kekuasaan dan kekayaan yang sewajarnya berada dibawah rahmat Kalamullah itu menyebabkan kemungkaran dan kemaksiatan terus berleluasa dan bermaharaja lela sewenangnya. Walau pun kehidupan manusia didunia adalah dengan rahmatNYA semata, namun Kalamullah sebagai rahmat daripada Allah untuk manusia itu agar sentiasa berada didalam keselamatan dan kesejahteraan dunia serta akhirat

Kelihatan kedua tetamu yang diundang tetapi ana terima kedatangan mereka dengan tangan terbuka agak tergamam mendengar keterangan yang agak panjang. Diharapkan mereka tidak bosan, tetapi kelihatan sangat memberikan tumpuan

Sebenarnya al Quran itu sebagai rahmat daripada Allah swt kepada seluruh manusia dan seisi alam, maka kepada manusia itu adalah menjadi kewajiban untuk menyebar dan menyampaikan kepada manusia manusia lainya, namun terlebih dahulu hendaklah seruan itu menyampai buat diri sendiri khususnya. Terlebih dahulu manusia itu beriman (percaya) kepada Kalamullah, dan seterusnya serulah mengajak manusia keseluruhanya untuk kembali kepada Allah. Hanyalah dengan meniti KalamNYA akan membawa kepada yang Empunya Kalam sebagai tempat kembali

Islam itu sepatutnya mempersatukan ummat manusia, dan Allah swt menurunkan Wahyu wahyuNYA bagi mempersatukan manusia dengan mengEsakan Allah swt. Selagi manusia itu tidak menjadikan Kalamullah sebagai petunjuk dan pengajaran, maka perbezaan akan sentiasa ujud malah jurang pemisah akan bertambah jauh dan luas. Sedemikian itulah manusia itu berpecah belah kepada berbagai golongan dengan perbuatan dan amalan yang berbeza, sedangkan masing masing mempertahankan keIslaman mereka adalah yang diterima disisi Tuhan. Berlaku pergaduhan dan perperangan sesama sendiri, sedangkan Islam menganjurkan persaudaraan sejati dikalangan ummatnya

“Maaf tuan! Seolah tuan tidak senang dengan usaha didalam jema’ah tabligh?” ana tidak terkejut dengan soalan tersebut, malahan tersenyum simpul. ana terlebih dahulu memohon maaf seandainya seolah olah tidak menyenangi golongan jemaah tabligh, walaupun sebenarnya itu adalah anggapan dan prasangka mereka sahaja! Sebenarnya ‘tuduhan’ seumpama sering dilemparkan pada setiap kali bermuzakarah atau pun sembang sembang, dengan sesiapa pun termasuk UMNO, PAS, NGO, Pejabat Agama mahu pun kumpulan mahzab, tarekat dan sebagainya. Hal sedemikian semata kerana mereka sebenarnya tidak dapat memahami maksud penjelasan dalil dan keterangan melalui Kalamulah yang dibaca dan disampaikan

Sebenarnya ana bukan tok guru atau pun ustaz yang mahu mengajarkan sesiapa. ana menyedari diri sendiri bahawa ilmu tidak setinggi mana, manakala amalan pula tersangat kurang. Bukan untuk menentang sesiapa dan golonganya tetapi mengajak mereka kepada satu persamaan. Sesungguhnya ilmu dan amal tidak sepatutnya berbeza mengikut mahzab, tarekat, perguruan dan pengajian sehinggakan masing masing mengatakan betul dan menyalahkan pula pihak yang lain sehingga timbul pertelingkahan. Terdapat tok guru dengan kitab kitab karangan sehingga seolah olah dengan istiadat dan upacara tertentu dijadikan amalan yang jelas menyelewengkan dan terkeluar daripada akidah Islam

“Hai orang orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar benarnya taqwa kepadaNYa, dan janganlah kamu mati kecuali didalam keadaan Islam” [3:104]

Allah swt memerintahkan seseorang hamba yang beriman untuk bertaqwa kepadaNya dengan sebenar benar taqwa supaya apabila matinya didalam keadaan Islam. Terlebih dahulu untuk mati yang tidak pernah terduga datangnya, maka hendaklah hidup sentiasa didalam keadaan Islam. Mana mungkin bisa mati didalam Islam sedangkan hidup adalah sebaliknya?

Kesimpulanya ialah, apabila berada dibawah rahmat Kalamullah pastilah masalah yang menyebabkan kedua tetamu untuk bertemu Tuan Imam tidak akan berlaku! Bukanlah rahmat dan laknat itu berlaku kerana dimasjid tidak sholat berjemaah. Terlebih dahulu ilmu dan amal yang berlandaskan al Quran akan mempastikan masjid sebagai tempat ummat itu berjemaah didalam hidup beragama akan berfungsi seperti yang sewajarnya. Kembali manusia itu beriman kepada Kalamullah, maka ilmu dan amal pasti sentiasa mendapat keberuntungan dari sisi Allah swt, jika pun ditimpa musibah ianya adalah sekadar perujian dariNYA bagi mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Tuhan

Sehubungan itu, al Quran nulKareem Kalamullah-Kitabullah itu adalah terlebih dahulunya untuk pelajaran sebagai pengajaran kepada diri sendiri dan seterusnya menyampaikan kepada manusia keseluruhanya adalah pertanggungjawaban amanah daripada Allah swt kepada setiap diri tersebut. Sesungguhnya dengan Kaalamullah akan menyampailah ilmu dan amal kepada Tuhan dan mempertemukan kita denganNYA sebagai tempat kembali

Dalam sedar tak sedar, bersama kedua tetamu tersebut telah habis satu jug fresh oren dan sepiring cucur yang dihidangkan. Diakhir pertemuan, keduanya berkali kali mengucapkan terima kasih kerana bagi mereka penjelasan membawa impak yang besar kepada perjuangan yang akan diteruskan oleh mereka. Keduanya membatalkan cadangan untuk bertemu dengan Tuan Imam walaupun tadi sudah kelihatan pulang dari pekan. Sipemuda mencium tangan ana sewaktu bersalam dan ana membisikan kepadanya ‘BACALAH al QURAN!’ Mereka pun berlalu pergi sambil berharap untuk bertemu lagi, insyaAllah .....

“(al Quran) Ini adalah keterangan untuk manusia, menjadi petunjuk dan pengajaran bagi orang orang yang bertaqwa” [3:138]

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Khamis, 7 April 2011

DSAI OH DSAI!!!


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


“Hendaklah ada diantara kamu umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh dengan maaruf dan melarang dari yang mungkar, dan mereka itu beroleh kemenangan”


BUKAN dan tidak berniat untuk membesarkan isu mau pun menyokong kepada sesuatu pihak. Tidak ada kepentingan apa lagi untuk mendapat keuntungan daripada keadaan tersebut. Jauh sekali untuk berasa terkeliru, namun keadaan semakin meruncing malahan mengundang kepada perkara kemungkaran tegahan Allah swt berpanjangan dan berleluasa. Sesungguhnya menangani perihal tanpa berlandaskan petunjuk dan pengajaran daripada Allah swt melalui Kalam KalamNYA menjadikan keadaan semakin buruk serta parah, sebaliknya hanyalah mendatangkan hasil yang sia sia dan tidak berguna


Sengaja tidak mengutip yang diperkatakan oleh mereka atau menyebutkan nama nama mereka, namun pastinya umum mengetahui bahawa pendedahan ‘Video Seks DSAI’ adalah semata ‘niat kerana Allah swt kerana mahu membuktikan kebenaran kepada umum’ bahawa DSAI adalah seseorang yang berakhlak buruk dan tidak bermoral langsung.


“Kitab itu (al Quran) tidak ada keraguan padanya, menjadi petunjuk bagi orang orang yang bertaqwa”


Bukan mahu mempertikaikan walau sesiapa pun, tetapi pastilah orang yang membawa kebenaran itu hendaknya terdiri dari mereka yang amanah dan ikhlas kepada Tuhan. Namun sesungguhnya hanyalah KEBENARAN (HAQ) itu adalah semata mata Kalamullah dan tiada selain daripada itu, maka Allah menuntut setiap manusia yang beriman menerima amanah kebenaran yang dariNYA tersebut dengan memperkatakan dan lebih lebih lagi menyatakan dengan ikhlas melalui seruan mengajak manusia keseluruhan untuk bersama sama beriman kepada Kalam yang akan menyampai amalan, keimanan dan ketaqwaan kepadaNYA. Tesangat jurjur ‘Lillahitaala’ yang diangkat sebagai niat dan sumpah itu, namun sebenarnya hanya Allah jua yang Maha Mengetahui


Walaupun barangkali kebenaran salah laku tidak bermoral kepada seseorang itu berlaku, tetapi Allah swt melarang untuk mencari salah dan aibnya untuk didedahkan kepada umum yang pasti akan menimbulkan prasangka, tohmah, fitnah dan umpat keji. Sungguh keras amaran Allah swt kepada manusia, tetapi manusia itu tidak mahu mengambil pelajaran sebagai pengajaran. Mereka tidak takut kepada Tuhan, apa lagi untuk berasa jijik ....


“Hai orang orang yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari cari kesalahan orang lain, janganlah ada diantara kamu yang mengumpat sebahagian yang lain. Apakah ada diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertawqalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang”


Ramai dikalangan manusia itu mendustakan kebenaran Kalamullah, maka yang sedemikian itu telah menjadikan mereka itu kufur (engkar) kepadaNYA. Mereka menolak kebenaran Kalam Tuhan dan tidak beriman kepada Ayat ayatNYA kerana merasakan kebenaran kepada apa yang difikirkan oleh otaknya sahaja. Sesungguhnya manusia itu diperintahkan beriman kepada Kalalmullah tanpa kesangsian dan keraguan


“Orang orang yang kafir dan mendustakan Ayat ayat Kami, mereka itulah penghuni neraka”


Kebanyakan manusia sentiasa merasakan ilmu, akal dan rasa rasa didalam hatinya berupakan kebaikan dan kebajikan tetapi tanpa disedarinya adalah dibawah tipu daya iblis syaitan yang menunjukan perkara kejahatan itu tampak baik lagi mulia


“Ia (iblis) berkata : Tuhan ku, oleh kerana Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, aku pasti akan jadikan (kejahatan) terasa indah bagi mereka dibumi, dan aku akan meyesatkan mereka semuanya”


Sesungguhnya manusia yang beriman teguh dan tetap hatinya kepada Kalamullah walaupun Ayat Tuhan terkadang tidak menepati kehendak ilmu, akal dan rasa rasa didalam hatinya. Hari ini mereka yang sedang berada dipuncak kuasa, mereka yang tenggelam timbul, kerabat dan sahabat yang setia, dan rakan yang membelot masing masing berkata tentang perjuangan untuk menegakan kebenaran, sementelah itu masyarakat ramai turut memperkatakan mengikut yang sesuai dengan citarasa


DSAI barangkali sungguh jahat dan ditakuti akan menghancurkan negara apabila memegang tampuk kuasa, sehinggakan maruah dan harga dirinya perlu dihina sekeji kejinya! (termasuk Liwat I & II), namun penyokongnya tetap ramai. Mungkin juga DSAI sendiri berasa tersangat hebat kebaikanya sehinggakan tetap kental dan tabah walaupun dilanyak habis habisan!, namun penentangnya juga banyak. Banyak penyokong pihak yang mengatakan DSAI itu sangat jahat, pun begitu ramai pula yang mengatakan beliau sangat baik orangnya!!


Undang undang yang ada setakat ini masih belum mampu untuk menyelesaikan masalah tersebut walaupun isu terbabit boleh menghancurkan diri, keluarga, masyarakat malah negara. Tidakah manusia manusia yang mengaku Islam itu berasa telah mempermain main dan memperolok olokan agama yang suci dan membiarkan musuh sentiasa mentertawakan?


Dari sudut dan segi mana pun sesungguhnya manusia itu sebenarnya sentiasa diliputi perkara yang membawa kepada noda dan dosa sekiranya tidak berlandaskan Kalamullah menangani perihal tersebut dan sebarang hal apa pun diatas muka bumi ini. Sesungguhnya undang undang ciptaan manusia itu tidak mampu menjadikan seseorang itu terselamat mahu pun menyelamatkan. Sehubungan itu, manusia sewajarnya kembali kepada kebenaran Kalamullah dan menegakanya, sesungguhnya itulah sebenar benarnya KEBENARAN (HAQ), Menegakan kebenaran adalah kewajiban keatas manusia tetapi adalah kebenaran yang dari Allah swt. Tiada selain kebenaran itu melainkan Kalamullah, al Quran nulKareem.


Apabila dari awalnya sudah diberikan peringatan dari Allah swt tentang kebathilan dengan kebenaran melalui Kalamullah yang dibaca dan disampaikan, namun penyokong dan penentang DSAI yang ramai dan banyak itu tidak menyahut dan meyambut seruan. Mereka tetap percaya kepada kebenaran ilmu, akal dan rasa rasa didalam hati!


Seseorang baru baru ini mahu mengura urakan pertanyaan ‘Mengapa DSAI tidak pencen saja dan habis cerita!?’


“Sesungguhnya manusia itu didalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal solleh serta saling berpesan kepada kebenaran dan saling berpesan dengan kesabaran”



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته