IKHWANnul MUSLIMINnawalMUSLIMAT

Isnin, 21 Mac 2011

KIAMAT ITU BUKAN OLOK OLOK!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


‘Biar dunia hancur berkecai, langit runtuh, biar bumi terbelah dua, biar halilintar sambar menyambar, ombak dan badai mengganas, mahu pun gunung ganang lebur, walau nyawa melayang namun perjuangan diteruskan dan segalanya akan dipertahankan’


Kebanyakkan daripada kita pasti pernah melihat dan mendengar bergema teriakan dan gemuruh tepuk sorak tanda sokongan padu apabila seseorang pemimpin yang sedang berada ditampuk kekuasaan dan kekuatan berucap berapi api dan penuh bersemangat seperti ungkapan diatas. Dia mengatakan apa yang baik pada akal fikir dan pandangannya sahaja, namun sebenarnya hanya untuk mempertahankan kekuasaannya daripada tergugat, manakala juak juaknya pula menyokong semata mata tidak mahu kehilangan sedikit limpahan kemewahan dan kesenangan yang sedang dikecapi daripada pemimpin tersebut.


Selalunya, kalau pemimpin sesuatu kaum atau bangsa itu akan menjadikannya sebagai perinsip perjuangan atas kaum dan bangsanya sebagai alat atau batu loncatan bagi meraih sokongan untuk berkuasa terus keatas kaumnya tersebut. Kekuasaan yang diperolehinya akan membolehkan mengaut kekayaan buat pribadinya namun dibahagikan sedikit kepada juak juak yang menyokong sebagai mengaburi pandangan semata. Bagi mereka yang pandai bodek dan ampu pula akan beroleh agak lumayan, lebih lebih lagi jika sanggup juga menumbuk rusuk!


Tulisan ini tidak bermaksud mahu memperkatakan soal perjuangan yang menjadi perinsip bagi pemimpin dan kaum kaum tertentu, tetapi tentang sikap manusia yang sebenarnya gila kuasa sehinggakan apabila berkata kata dan mengambil tindakan itu selalunya melampaui batas batas ketentuan dan ketetapan Allah SWT. Pemimpin dan kaumnya yang seumpama banyak digarapkan oleh Allah SWT didalam al Quran, namun manusia itu tidak mahu memikirkan dan tidak mahu mengambil pelajaran.


Sesungguhnya kuasa yang dimiliki dan kekayaan yang dikecapi manusia itu adalah berupa amanah yang diperuji oleh Tuhan agar diselenggarakan dengan sebaik baiknya. Namun dengan sifat Kasih dan Sayang Allah SWT, maka diturunkanNya al Quran sebagai petunjuk agar manusia itu memperolehi rahmatNya didalam menjalankan pertanggungjawaban yang diamanahkan itu. Dahulu sudah ada siFiraun dan siQarun, akan datang juga pasti akan ada yang seumpama mereka; seperti yang terdahulu dan yang akan datang itu, sekarang ini juga sememangnya manusia yang demikian itu tetap juga ada!


“Sesungguhnya telah Kami terangkan didalam al Quran ini untuk manusia dengan bermacam macam contoh tetapi kebanyakan manusia enggan, kecuali engkar (kafir)” {17:89}


Sesungguhnya kerana kekuasaan dan kekayaan itu, manusia menjadi angkuh, sombong dan takabur terhadap Allah SWTdisamping tohmah, fitnah penipuan dan penindasan. Sungguh sungguh mereka adalah manusia yang telah melampaui batas kerana mengaku telah beriman kepada Allah dan Rasulnya tetapi tidak mempercayai al Quran dengan sebenar benarnya, dan apabila dibaca dan disampaikan al Quran, mereka berpaling dan menentang. Ungkapan dan tindakan manusia seperti yang diatas tersebut, sebenarnya memperolok olok dan mempermainkan Kalam kalam Tuhan tentang Hari Kiamat didalam Firman firmanNya! Banyak kali Allah SWT menggarapkan didalam al Quran berkaitan dengan Hari Kiamat. Sebahagiannya dicatatkan dibawah, semoga mendapat pelajaran bagi mereka yang berakal dan mahu memikirkan sebagai pelajaran dari Tuhan. InsyaAllah.


“Dan (ingatlah) pada hari (ketika) Kami perjalankan gunung gunung dan engkau akan melihat bumi itu rata, dan Kami kumpulkan mereka (seluruh manusia), dan tidak Kami tinggalkan seorang pun dari mereka” {18:47}


“Hai sekalian manusia, taqwalah kamu kepada Tuhan mu; sesungguhnya gempa bumi pada Hari Kiamat, suatu kejadian yang amat besar. Pada hari itu kamu lihat, ibu yang menyusukan lupa akan anak yang disusukan dan setiap perempuan yang hamil, gugur kandungannya. Engkau lihat manusia dalam keadaan mabuk, tetapi mereka bukan mabuk, tetapi siksa Allah sangat keras “ {22:1-2}


“Wahai manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan mu dan takutlah pada hari yang seorang bapa tidak dapat menolong anaknya, dan seorang anak tidak pula dapat menolong bapanya. Sungguh janji Allah pasti benar, maka jangnlah sesekali kamu terpedaya kehidupan dunia dan jangan sampai kamu terpedaya oleh penipu dalam (mentaati) Allah” {31:33)


“Maka tunggulah pada hari ketika langit membawa kabut yang tampak jelas. Yang meliputi manusia; Inilah azab yang pedih” (44:10-11}


“Pada ketika langit bergoncang sekeras kerasnya, dan gunung berjalan; maka celakalah pada hari itu bagi orang orang yang mendustakan” {52:9-10}


“Saat (hari kiamat) semakin dekat, bulan pun terbelah” {54:1)


“Apabila terjadi hari kiamat, terjadinya tidak dapat didustakan. Kejadian itu merendahkan (satu golongan) dan meninggikan (satu golongan) Apabila bumi digoncangkan sedahsyat dahsyatnya dan gunung dihancur luluhkan sehancur hancurnya, maka jadilah debu yang beterbangan” {56:1-6}


“Apabila matahari digulung, dan apabila bintang bintang berjatuhan, dan apabila gunung gunung dihancurka, dan apabila unta unta bunting ditinggalkan, dan apabila binatang liar dikumpulkan, dan apabila lautan dipanaskan, dan apabila ruh ruh dipertemukan (dengan tubuh), dan apabila bayi bayi perempuan yang dikuburkan hidup hidup ditanya kerana dosa apakah dia dibunuh, dan apabila lembaran (catatan amal) telah dibuka lebar lebar, dan apabila langit dilenyapkan, dan apabila neraka jahim dinyalakan, dan apabila syurga didekatka; setiap jiwa akan mengetahui apa yang telah dikerjakan” {81:1-14}


Mampukah seseorang pemimpin itu dan dan juak juaknya mempertahankan apa yang dijanji dan disumpahkan itu sewaktu Hari Kiamat berlaku? Gambaran Allah SWT didalam FirmanNya tersebut adalah berupa amaran dan peringatan kepada manusia keseluruhan. Sungguh! Manusia yang aniaya dan jahil telah menyanggupi memikul amanah Allah SWT menerima al Quran itu, dan sesungguhnya bukanlah mereka yang bijak pandai (ilmu tinggi melangit), kaya raya (bagai bumi yang menyimpan khazanah) dan berkuasa (seperti gunung ganang gagah berdiri) untuk memikul amanah al Quran, kerana mereka tidak beriman kepadanya. Sesungguhnya mereka pasti akan melampaui batas batas ketentuan Allah SWT dengan perkataan dan perbuatan mereka.


“Sesungguhnya telah Kami unjukkan amanah (perintah) kepada langit, bumi dan gunung gunung, lalu mereka enggan memikulnya dan takut menerimanya, kemudian amanah itu dipikul oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu aniaya lagi jahil (tiada berilmu){33:72}


Sesungguhnya ana bukan tok guru atau ustaz untuk mengajarkan, namun hanya membacakan Kalam kalam Tuhan sebagai khabar gembira kepada yang mahu beriman dan satu peringatan takut kepada yang engkar. Kepada Allah SWT ketentuan siapa yang akan mendapat petunjukNya dan juga siapa pula yang akan sentiasa berada didalam kesesatan yang berpanjangan. Namun Tuhan itu Maha Berkuasa dan Maha Kaya, bila mana siFiraun yang merasakan sungguh berkuasa mati ditelan laut dan siQarun yang berasa sangat kaya itu akhirnya mati ditelan bumi. Mengapa manusia yang berakal itu tidak mahu memikirkan dan mengambil pelajaran?


“Dan janganlah engkau patuhi setiap orang yang suka bersumpah, dan suka menghina. Suka mencela, yang kian kemari menyebar fitnah, yang merintangi segala yang baik, yang melampaui batas dan banyak dosa. Yang bertabiat kasar, selain itu terkenal kejahatannya, kerana dia kaya dan banyak anak (harta)” {68:10-14}


Wassalam daripada ayahIssa.

Rabu, 9 Mac 2011

KEBANYAKAN MANUSIA BERKATA : .............

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


“Rasul beriman dengan apa yang diturunkan kepadanya (al Quran) dari Tuhanya, demikian pula orang orang yang beriman. Semua beriman kepada Allah, Malaikat malaikatNya, Kitab kitabNya dan Rasul rasulNya. (Mereka berkata) : Kami tidak membeda bedakan seorang pun dari Rasul rasulNya. Dan mereka berkata : Kami dengar dan kami taat. Ampunilah kami, wahai Tuhan kami dan kepada Mu tempat (kami) kembali” {2:285}


Kebanyakan manusia berkata : ‘Mana ada Utusan lagi?’ setelah kewafatan Nabi Muhammad SAW, sehinggakan mungkinkah mereka mampu menjawab ‘TIDAKKKkkk…!’ apabila ditanya kelak seterusnya dimasukan kedalam syurga dengan amanya. “Orang orang kafir itu di halaukan kedalam neraka dengan berbondong bondong, apabila tiba, dibukakan pintu pintunya maka berkata Malaikat penjaga neraka : Tiadakah datang kepada mu Utusan utusan dari kalangan mu yang membacakan Ayat ayat Tuhan mu kepada mu dan memberikan peringatan kepada mu? Sahut mereka : Ya! Tetapi tetaplah siksaan terhadap orang orang yang kafir” {40:71}Sila rujuk QS 67:7-11.


“Katakanlah : Siapa yang menjadi musuh Jibril, bahawa dialah yang telah menurunkan (al Quran) kedalam hati mu dengan izin Allah, membenarkan apa (Kitab kitab) terdahulu, dan menjadi petunjuk serta berita gembira bagi orang orang beriman” {2:97} Kebanyakan manusia berkata : ‘Mana ada Wahyu lagi?’ kerana Jibril sudah pencen!’ Barangkali ada yang berkata Jibril dipaksa meletak jawatan atau pun dipecat Tuhan kerana tiada lagi Wahyu untuk diturunkan kepada UtusanNya yang sememangnya sudah tiada lagi pun bagi mereka! “Sebagaimana Kami telah mengutus seorang Utusan kepada mu, iaitu salah seorang diantara mu yang membacakan ayat ayat Kami kepada mu membersihkan kamu dan mengajarkan Kitab dan Hikmah kepada mu; dan lagi mengajarkan apa apa yang belum kamu ketahui” {2:151}


Kebanyakan manusia berkata : ‘Mana ada Rasul lagi melainkan setakat 25 orang sahaja!’ Guru mereka mengajarkan Kitab Kuning yang dikarang Guru kepada Guru, kepada Guru …., kepada Gurunya menerangkan yang sedemikian rupa. "Apa hairankah kamu, kerana datang kepada mu peringatan dari Tuhan mu (dibawa) oleh seorang laki laki diantara kamu, supaya dia memberi peringatan kepada mu dan supaya kamu bertaqwa sehingga kamu mendapat rahmat" {7:63}


Kebanyakan manusia berkata : He he he, Kini sudah didatangkan Rasul Melayu!!! “Dan Kami tidak mengutuskan seorang Rasul pun, melainkan dengan bahasa kaumnya agar dia dapat memberikan penjelasan kepada mereka. Maka Allah menyesatkan siapa yang Dia kehendaki dan memberi petunjuk kepada siapa yang dia kehendaki” {14:4}


"Sesungguhnya agama disisi Allah ialah Islam - INNADDI NA'INDALLAH HILISLAM" {3:19} Kebanyakan mereka berkata : Semua agama itu sama sahaja kerana masing masingnya menganjurkan kepada kebaikan. “Dia yang mengutuskan RasulNya dengan (membawa) petunjuk dan agama yang haq (benar), agar dimenangkanNya terhadap semua agama. Dan Allah cukup menjadi saksi” {48:28}


Kebanyakan manusia berkata : ‘Ilmu dan amal kami tinggi melangit, wang dan harta kekayaan kami termasuk khazanah didalam perut bumi dan kami sangat berkuasa dan kuat sekukuhnya gunung ganang berdiri’, sehingga apabila datang seorang yang ummi sert miskin mengajak kepada Allah SWT mereka menolak dan menentang malah memeranginya. “Sesungguhnya telah Kami unjukkan amanah (perintah) kepada langit, bumi dan gunung gunung, lalu mereka enggan memikulnya dan takut menerimanya, kemudian amanah itu dipikul oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu aniaya lagi jahil (tiada berilmu){33:72}


“Muhammad itu bukan bapa salah seorang diantara kamu, tetapi dia Utusan Allah dan kesudahan Nabi. Allah Maha mengetahu segala sesuatu” {33:40} Kebanyakan mereka berkata : Muhammad itu bapa siKassim serta suami kepada Khadijah dan sudah wafat maka tiada lagi Nabi pemabawa Berita Besar dari Tuhan. “Dan janganlah kamu mengatakan orang yang mati dijalan Allah (mereka) telah mati. Sebenarnya ) mereka hidup tetapi kamu tidak menyadarinya” {2:154} dan “Dan jangan sekali kali kamu mengira bahawa orang yang mati dijalan Allah itu mati, sebenarnya mereka itu hidup dan mendapat rezeki dari Tuhanya” {3:169}


“Wahai orang orang yang beriman! Masuklah kedalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah langkah syaitan. Sungguh ia musuh yang nyata bagi mu” {2:204} Kebanyakan manusi berkata : Kami banyak berbuat kebaikan dan kebajikan, walaupun sebenarnya kemungkaran dan kemaksiatan sangat berleluasa. “Iblis berkata: Ya Tuhan ku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, aku pasti akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) dibumi dan pasti aku akan menyesat mereka semuanya” {15:39}


Kebanyakan mereaka berkata : al Quran itu tidak lain hanya syair orang orang Arab yang sangat susah untuk dimengertikan. “Dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya dan bersyair itu tidaklah pastas baginya. al Quran itu tidak lain hanya pelajaran dan Kitab yang jelas” [36:69}


“Maka sungguh telah Kami mudahkan (al Quran) dengan bahasa mu, agar dengan itu dapat engkau memberi khabar gembira kepada orang orang yang bertaqwa dan agar kamu dapat memberi peringatan kepada kaum yang membangkang” {19:97} Kebanyakan mereka berkata : Kamu tidak tahu berbahasa Arab! “Sungguh! Kami mudahkan al Quran itu dengan bahasa mu agar mereka mendapat pelajaran” {44:58}


“al Quran ini tidak lain hanya peringatan bagi semesta alam” {38:87} Kebanyakan mereka berkata : al Quran cerita dongeng. “Apabila dibacakan kepadanya ayat ayat Kami, ia berkata ; (ini) dongeng orang orang dahulu” {68:15}


“Apabila dibaca orang al Quran, hendaklah kamu dengarkan dan diamlah, mudah mudahan kamu mendapat rahmat” {204} Kebanyakan mereka berkata : Sesiapa yang membaca al Quran, mereka itu adalah orang gila. “Berkata mereka : Hai orang orang yang diturunkan al Quran kepadanya! Sesungguhnya engkau orang gila” {15:6}


Kebanyakan mereka berkata : al Quran menjadikan miskin dan mundur. “Tidak Kami turunkan kepada mu al Quran ini agar kamu menjadi susah” {20:2}


Kebanyakan mereka berkata : Kamu tidak punya kelayakan sijil, ijazah dan tauliah! “Hendaklah ada diantara kamu ummat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh dengan maaruf dan melarang dari yang mungkar; dan mereka itu orang orang yang beruntung” {3:104}


Allah SWT berfirman : “Dan tinggalkanlah orang orang yang menjadikan agama mereka sebagai main main dan senda gurau, dan mereka telah ditipu oleh kehidupan dunia. Peringatkanlah (mereka) dengan al Quran itu agar masing masing diri tidak dijerumuskan kedalam neraka, kerana perbuatannya sendiri. Tidak akan ada baginya pelindung dan tidak pula pemberi syafaat selain daripada Allah. Dan jika ia menebus dengan segala macam tebusan pun, nescaya tidak akan diterima itu daripadanya. Mereka itulah orang orang yang dijerumuskan kedalam neraka. Bagi mereka (disediakan) minuman dari air yang sedang mendidih dan azab yang pedih disebabkan kekafiran mereka dahulu” {6:70}



..... ana membacakan Kalamullah, tentunya pertama tama untuk diri sendiri dan seterusnya menyampaikan kepada keseluruhan manusia itu sebagai berita gembira dan satu peringatan takut. Wassalam