IKHWANnul MUSLIMINnawalMUSLIMAT

Jumaat, 23 April 2010

PEMIMPIN - BUKAN SAHAJA DI HULU SELANGOR



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ


Assalamualaikum Tok Guru.

Saya pengikut setia tuan diKHALIFAHhimpass.

Mohonlah pandangan berhubung PRK Hulu Selangor yang akan menjelang tiba agar mendapat pengajaran kepada saya khasnya selaku pengundi (juga untuk semua pengundi amnya).

Wassalam dari murid tuan, Hulu S’gor


Assalamualaikum.

Terima kasih atas kiriman email diatas. Terima kasih kerana ikuti KHALIFAHhimpass. Sesungguhnya ana bukan tok guru mau pun kiyai yang mahu mengajarkan ilmu; ana hanya membacakan al Quran menyampaikan berita gembira kepada yang beriman dan peringatan kepada yang engkar dengan kalam kalamNya. (Siapa pun dan dimana pun dia yang mengatakan sebegitu, itulah Ikhwan (saudara) bagi ku, tidak ada anak murid bagi ku)


Sesungguhnya bagi manusia itu, jika seseorang pemimpin yang membicarakan urusan urusan agama mestilah yang berjubah putih, berserban tinggi, mempunyai sijil dan ijazah dari Arab Saudi, Jordan atau Mesir, paling tidak bersekolah pondok, paling kurang empat senawi, pandai berbahasa Arab, banyak amalannya dan petah berbicara. Dari sudut yang lain, manusia juga meletakan seseorang pemimpin itu berkarektor seorang yang bijak dan pandai mengatur strategi ekonomi untuk manusia hidup kaya raya dan paling tidak berupaya membantu diwaktu kesusahan malahan meletakan maruah dan keselamatan nyawa mahu pun harta benda maka seseorang itu diberikan kuasa mutlak dengan undi terbanyak (majoriti) sebagai kelayakan untuk menjadi pemimpin.


Maka manusia itu bermulalah dengan apa apa yang diakal fikirnya baik dan molek disamping ilmunya yang tinggi kononnya boleh melahirkan ide bernas dan tindakan terpuji buat manusia lain, bagi agamanya, bangsanya dan negaranya. Terkadang manusia itu sebenarnya leka dan malah sengaja lupa bahawa tindak dan tingkahnya menyimpang jauh dari tuntutan Allah SWT lantaran telah berada dibawah kongkongan iblis syaitan!. “Berkata iblis : Hai Tuhan ku, Demi sebab Engkau menyesatkan aku akan ku hiaskan kepada mereka (kejahatan yang ada) dibumi, (sehingga mereka pandang baik) dan demi, akan ku sesatkan mereka itu semuanya (15:39)Sehinggakan lunak suara suara manusia itu mengatakan inilah yang terbaik, elok dan bagus untuk manusia lainnya bagi meraih sokongan untuk menjadi pemimpin. Terkadang tersangat ego menjanjikan kepastian dengan kekuasaan yang ada padanya, terlupalah bahawasanya dia bukan Tuhan yang sesungguhnya Maha Berkuasa. “Wahai kaum ku! Pada hari ini kerajaan ada pada mu dengan berkuasa dibumi, tetapi siapa yang akan menolong kita dari azab Allah jika (azab itu) menimpa kita? Firaun berkata : Aku hanya mengemukakan kepada mu apa yang aku pandang baik dan aku hanya menunjukkan kepada mu jalan yang lurus (40:29) Manusia manusia itu termasuk penyokong berduga duga dan bersangka sangka baik dengan akal fikir semata mata tanpa berlandaskan garis panduan dan tuntutan Allah SWT yang digarapkanNya didalam al Quran. Sehingga kerana terlalu fanatik dan taksub diatas kelayakan dan kebijaksanan diri sendiri, jawatan sebagai pemimpin itu mestilah dimiliki dengan cara apa sekali pun termasuklah fitnah, tohmah dan adu domba dikalangan mereka itu.


Sesungguhnya kejadian manusia ini oleh Allah SWT adalah sebagai pemimpin (khalifah) diatas muka bumi ini. Paling tidak sebagai pemimpin kepada dirinya sendiri dan setiap pemimpin itu pasti akan dipertanggungjawabkan keatas setiap yang dipimpinnya. Pemimpin adalah pembawa rahmat dan petunjuk sebagai penyelamat kepada pimpinannya (pengikut). Tiadalah rahmat dan petunjuk selain dari kalam kalam Tuhan al Quran nulKareem. Maka diutuskanNya Nabi Muhammad SAW dan Warissatul Anbi’ya (Pewaris Nabi) dikalangan manusia sebagai pemimpin bagi penyambung risalah Tuhan tersebut. “Dia yang megutus kepada umat yang ummi seorang utusan diantara mereka, yang membacakan kepada mereka ayat ayatNya dan membersihkan mereka (dari kekafiran) dan mengajarkan Kitab dan hikmah kepada mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu dalam kesesatan yang nyata (61:2)


Kita melihat peristiwa dahulu yang telah berlaku itu pasti juga akan berlaku dimasa akan datang, dimana yang dahulu dan yang akan datang itu sedang berlaku pula sekarang. Pastilah pemimpin yang didatangkan itu adalah mengikut kehendakNya jua dan tidaklah semestinya mengikut seperti yang manusia itu selalu menggambarkan dengan akal fikir dan perasaannya dari segi kedudukan mau pun paras rupanya. Mungkin dia hanyalah seorang gembala kambing malahan tidak tahu baca dan tulis sekali pun! Diatas kehendak Allah setiap kejadian itu yang mana sedikit pun tidak dijadikanNya bersabitkan kemahuan hamba2Nya kerana Dialah yang Maha Berkehendak mengaturkan semuanya itu. Namun hawa nafsu manusia itulah yang membibitkan perasaan tidak puas hati sehinggakan pula mempersoalkan Maha Berkehendaknya Allah SWT itu. Sesungguhnya pemimpin itu adalah yang didatangkan oleh Allah SWT dan hanyalah al Quran dan keterangan keterangannya yang dibacakan didalam pembicaraan. Bukanlah secara pribadi seperti hari ini seseorang pemimpin mampu memberikan kekayaan mahu pun kebahagiaan kepada umat atas keupayaan dan kekuasaan yang dimilikinya! Sesungguhnya manusia seumpama adalah orang yang engkar (kafir) akan ayat ayat Tuhan. “Sesungguhnya sejahat jahat yang melata (dimuka bumi) disisi Allah ialah orang orang kafir, maka mereka itu tidak mahu beriman (8:55) Maka mereka bukanlah pemimpin (khalifah) seperti Allah katakan itu melainkan binatang yang melata diatas muka bumi ini yang mana tidak bertulang belakang sama sekali. Tidak sedikit pun kekuasaan padanya melainkan dengan izin dan kehendak Allah SWT semata mata!


“Hai orang orang yang beriman. taatilah Allah, taatilah Rasul dan pemipin dikalangan kamu. Kalau kamu berbalah tentang sesuatu (perkara dunia mahu pun akhirat) hendaklah kamu kembalikan kepada Allah dan RasulNya sekiranya kamu beriman kepada Allah dan hari kemudian. Demikian itu lebih baik dan sebaik baik jalan (4:59) Pemimpin yang dimaksudkan oleh Allah SWT itu tentulah yang mentaati Allah dan RasulNya yang hanya membacakan al Quran kepada umat manusia (pengikutnya!). Taat kepada pemimpin sedemikian maka bererti taatlah juga kepada Allah dan Rasulnya. Sedemikian itulah Warissatul Anbi’ya. Sekiranya berlaku perbalahan atau permasalahan hanyalah undang undang dan perlembagaan Allah sebagai petunjuk dan rujukan iaitu al Quran Kitabullah. Tidak ada sebaik baik jalan hanyalah jalan yang lurus lagi benar dari Tuhan. Namun manusia itu tidak mahu mengambil pelajaran.


“Wahai orang orang yang beriman. Jangan kamu menjadikan orang orang kafir itu sebagai pemimpin selain dari orang orang mukmin. Apakah kamu ingin memberi alasan yang jelas bagi Allah (untuk menghukum mu) Sungguh orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah dari neraka. Dan kamu tidak akan mendapat seorang penolong pun bagi mereka. Kecuali orang orang yang bertaubat dan memperbaiki diri dan berpegang teguh pada (agama) Allah dan dengan tulus ikhlas (menjalankan) agama mereka kerana Allah. Maka mereka itu bersama orang orang yang beriman dan kelak Allah akan memberikan pahala yang besar kepada orang orang yang beriman. Allah tidak akan menyiksa mu, jika kamu bersyukur dan beriman. Dan Allah Maha Mensyukuri, Maha Mengetahui (4:144-146)


Kini tidak ada tuntutan Allah SWT keatas urusan agamanya dan umat Nabi Muhammad didalam stuasi sebegini. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa apa yang kamu dzahirkan mahu pun yang kamu sembunyikan. Dalam keadaan sedemikian itu, sesungguhnya Allah tidak akan menganiaya manusia itu melainkan manusia yang menganiayai diri sendiri. “Sesiapa yang kafir kepada Allah setelah dia beriman (dia akan mendapat kemurkaan Allah), kecuali orang yang dipaksa kafir padahal hatinya tetap tenang dalam beriman (dia tidak berdosa), tetapi orang orang yang melapangkan dadanya untuk kekafiran maka kemurkaan Allah menimpanya dan mereka akan mendapat azab yang besar (16:106)”..


Akhirulkalam, Sesungguhnya dalil keterangan dari Tuhan mu telah datang kepada mu. ana hanya menyampaikan khabar gembira kepada yang mahu beriman dan satu peringatan kepada yang engkar. Oleh sebab itu bacalah al Quran atau apabila dibacakan hendaklah kamu imani dan Allah akan mengajarkan; Sesungguhnya Allah yang akan memberi kefahaman. Tidaklah Dia akan mengajarkan seperti kehendak mu, cepat atau pun lambatnya. “Kemudian Kami akan menerangkannya (sehingga engkau mengerti) (75:19) ….dan ana bukan tok guru! Selamat mengundi!!!


Sekian, WassalamayahIssa.


Rabu, 21 April 2010

BERIMAN KEPADA AL QURAN


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


“Maka berilah mereka peringatan, engakau hanya pemberi peringatan (88:21)


Tersebut didalam ilmunya bahawa Rukun Iman itu 6 perkara, apakah sudah beriman seseorang manusia itu kepada Allah SWT, Malaikat, Rasul, Kiamat dan Untung baik dan untung jahat itu sedangkan apabila dibacakan al Quran dan keterangan mereka berpaling malahan menentang? Sesungguhnya urusan rukun rukun tersebut adalah digarap sepenuhnya didalam al Quran itu! Bagaimana beriman kepada rukun rukun tersebut apabila al Quran yang menceritakan segalanya tidak pernah mahu diambil peduli untuk diteliti sepenuhnya? Memadaikah dengan sekadar ngaku ngaku dimulut dengan memperkatakan ‘aku sudah beriman’ namun al Quran langsung tidak diendahkan?


Maka timbul persoalan keduanya, sudah sempurnakah Rukun Islam 5 perkara itu apabila seseorang itu melakukan kerja buat dan amal ibadat sedangkan Rukun Iman yang diatas tersebut berada didalam keadaan yang masih carca marba? Sesungguhnya al Quran juga menggarapkan Rukun Islam itu didalamnya namun apabila dibacakan kepada manusia, mereka masih mahu berpaling dan terus menentangnya! Memadai ngaku ngaku Islam dengan berbuat kerja amalan ibadat seperti yang Islam suruh namun masih tidak menerima Kitabullah?


Bukankah wajar manusia itu beriman sebelum mahu menjadikan diri itu Islam dengan kerja buat dan amal ibadatnya. Sesungguhnya Allah SWT apabila membuat seruan didalam al Quran selalu memulakan dengan “Yaayuhallazinamanu … - Hai orang orang yang beriman …’ dan tidak pernah menyebut ‘Hai orang orang Islam …’ (Allah juga tidak memulakan dengan ‘Hai orang orang Arab … atau Hai orang orang Melayu … atau Hai orang orang PAS, … UMNO mahu pun yang lain lain itu!)


“Hai orang orang yang beriman, berimanlah kamu kepada Allah dan Rasulnya dan Kitab yang diturunkan kepada RasulNya dan Kitab yang diturunkan sebelum itu. Barangsiapa yang kafir akan Allah, Malaikat malaikatNya, Kitab kitabNya, Rasul rasulNya dan hari yang kemudian, maka sesungguhnya telah sesat ia dengan kesesatan yang jauh (4:136)Semua manusia yang percaya kepada keujudan Tuhan itu maka percayalah MalaikatNya yang mengutuskan KitabNya kepada RasulNya. Pokoknya ialah hanya melalui al Quran sahajalah manusia itu menjadi seorang yang beriman dan Islam dengan sesungguhnya! Namun mengapa manusia itu berpaling malahan menentang apabila dibacakan al Quran kepadanya?



Sesungguhnya benarlah kepada kefahaman manusia itu bahawa Nabi Muhammad SAW sebagai persuruhNya yang akhir dan telah pun wafat maka adakah Kitabullah juga turut berkubur bersamanya atau paling tidak hanya tinggal sebagai buku teks sejarah silam. Apabila dibacakan al Quran maka dibantah oleh mereka ‘mana ada pesuruhNya lagi dan mana ada wahyuNya lagi!?’ Bukankah al Quran itu wahyu Tuhan dan bukankah diperintahkanNya kepada manusia itu untuk menyeru dan mengajak manusia lain dengan menyampaikan wahyu wahyu Tuhan itu? Apakah mereka menunngu Tuhan itu menunjukkan diriNya dengan seruan gema suaraNya? Namun apabila dibacakan kepadanya al Quran, mereka tetap berpaling malahan menuduh pula sesat kerana kononnya menerima wahyu dan mengaku pula sebagai utusan! Tuduhan lebih berat dikatakan pula membawa agama baru! “Berikan peringatan dengan al Quran akan orang orang yang takut bahawa mereka akan dihimpunkan kepada Tuhannya, tiada bagi mereka wali dan tidak pula penolong selain daripadaNya, mudah mudahan mereka bertaqwa (6:51)


Sesungguhnya Allah SWT telah memerintahkan didalam al Quran sampaikanlah khabar gembira kepada yang beriman dan peringatan kepada yang engkar dengan wahyuNya. Menyeru dan mangajak manusia kembali kepadaNya dengan kalam kalamNya. “Janganlah kamu adakan Tuhan yang lain bersama Allah. Sesungguhnya aku memberi peringatan yang nyata kepada mu daripadaNya (51:51) Begitu jugalah betapa mudahnya manusia itu ngaku ngaku sebagai umat Nabi Muhammad SAW dengan hanya memadai berselawat pagi dan petang, siang dan malam sedangkan baginda tidak dijadikan role model didalam kehidupan! Cukupkah sekadar mengingati baginda sebagai tanda kasih dan cinta kepada RasulNya tanpa meneruskan perjungannya mengembangkan syiar dan menegakkan kalimat Allah SWT diatas muka bumi ini? Sabbda Nabi SAW ‘Aku tinggalkan kepada kamu dua pegangan. Jika kamu memegangnya kuat kuat, maka kamu tidak akan sesat untuk selama lamanya. Pegangan itu ialah Kitabullah dan Sunnah Nabi’


Masakan semulajadi seseorang itu menjadi beriman dan Islam tanpa diwariskan agama itu atau pun secara keturunannya sahaja, paling mudah dicatatkan sahaja didalam sijil kelahiran perkataan ‘Islam’ maka sudah Islam seseorang itu? Sesungguhnya agama itu bukan disahkan oleh catatan dan bermateri diatas kertas. Begitu juga bukanlah berkuliah dan menghafal fakta untuk mengambil peperiksaan, apabila lulus mendapat pengurniaan sijil dan ijazah diatas pentas lantas bergelar ustaz! Kertas yang diperolehi itulah juga yang akan mengumpulkan kertas kertas yang lebih bernilai yang akan membawa kemewahan kehidupann didunia semata. Apabila dibacakan al Quran dan keterangan, manusia itu berpaling dan menentang dengan mengatakan diri sendiri lebih tahu dan pandai kerana berpelajaran dan punya bergulung gulung sijil dan ijazah jurusan keagamaan. Hanya mereka sahaja yang layak membicarakan urusan agama itu walau tidak pernah menjadikan al Quran dan Nabi Muhammad SAW sebagai landasan hujjah melainkan akal fikirnya dan rasa rasanya semata mata.


Sesungguhnya kesempurnaan keImanan (percaya) dan keTaqwaan (amal maaruf nahi mungkar) kepada Allah itu hanyalah dengan mengikuti landasan al Quran nulKareem itu. Begitulah juga, sekiranya manusia itu sebagai umat Nabi Muhammad SAW pastilah mencontohi suri tauladan baginda semasa hayatnya. Pengertian selawat dan salam bukanlah yang disebut berulang ulang itu, sebaliknya wajiblah mempraktikkan perjuangan baginda. Selain daripada itu hanyalah ngaku ngaku je dengan mengada adakan iman dan taqwa didalam dada, diujudkan rasa rasa keIslaman itu dengan berbuat amal ibadatnya, diakal akalkannya didalam fikiran dengan ilmu dan sijil kelulusannya malahan ditunjuk tunjukan lakonan aksi dan dialog bagi pemerhatian dikhalayak ramai! Perkara dan urusan agama itu bagai hanya olok olok semata kerana apabila dibacakan al Quran mereka berpaling malahan cuba menzalimi pula sekeras kerasnya. Sesungguhnya manusia itu hanya menzalimi dirinya sendiri, kerana memilih kesesatan daripada pentunjuk dan rahmat yang didatangkan Tuhan. “Mereka membeli kesesatan dengan petunjuk, maka tiadalah beruntung perniagaaan mereka dan tiada pula mendapat petunjuk (2:16)” Bersungguh sunguh mengadakan perayaan dengan perarakan raksasa bersama sepanduk sepanduk hebat, sidang pleno peringkat kebangsaan dan cuti umum sehari sempena Maulid Nabi kononnya tanda cinta dan kasih sayang kepada baginda tetapi sebaliknya tidak pernah mengambil pengajaran dan iktibar perjuangan Rasulullah SAW!!! Sungguh zalim manusia kepada dirinya sendiri kerana menipu dan berdusta dengan kata kata serta perbuatannya.


Jelasnya iman itu bukan semacam yang diiman imankan, taqwa itu bukan bagai yang ditaqwa taqwakan dan agama itu bukanlah seperti agama yang mereka agama agamakan selama ini! Sendiri sendiri mengimankan, sendiri sendiri mentaqwakan dan sendiri sendiri mengagamakan agama itu. Celum celam kengkadang begitu Islamik kerana sekadar ikut ikutan atau hanya meduga duga kerana ilmunya dan hanya perasan atas rasa rasa melalui perasaan serta akal fikirannya sahaja. “Sesungguhnya telah datang seorang utusan dari bangsa mu, yang amat berat baginya kesusahan kamu serta harap akan keimanan mu, lagi sangat kasihan dan penyayang kepada orang orang yang beriman (9:128) Apabila dibacakan al Quran dan keterangannya lantaran kasih sayang yang diperintahkan oleh Tuhan kepada manusia itu, namun mereka tetap berpaling juga lantas ada yang sanggup memerangi pula. Begitulah manusia yang pekak, tuli dan bisu kepada kebenaran ayat ayat Tuhan yang disampaikan. Manusia kafir (engkar) kepada kalam kalam Allah SWT lantaran kebodohan dan kesombongan sendiri. Tiadalah lagi keselamatan dan ampunan Tuhan kepada mereka melainkan azab siksaan yang pedih diakhirat kelak.


“Orang orang kafir itu dihalaukan kedalam neraka dengan berbondong bondong, apabila tiba dibukakan pintu pintunya maka berkata Malaikat penjaga neraka : Tiadakah datang kepada mu utusan utusan dari kalangan mu yang membacakan ayat ayat Tuhan mu kepada mu dan memberikan peringatan kepada mu? Sahut mereka : Ya! Tetapi tetaplah siksaan terhadap orang orang yang kafir (40:71) Sila rujuk juga QS 67:7-10) Sayang, semuanya sudah terlambat! Sangat menyesal dan bermohon agar Allah memberikan peluang walau sehari untuk kembali kedunia kerana mahu mentaati al Quran yang dibacakan, namun tiadalah lagi kesempatan dan peluang itu, hanya terimalah azab dan siksa dariNya. “Berilah peringatan manusia berkenaan hari yang akan datang kepada mereka siksaan, lalu berkata orang orang aniaya : Ya Tuhan kami, beri tangguhlah kami walaupun sekejap supaya kami perkenankan seruan Engkau dan kami ikut utusa utusan . Apakah tiada kamu telah bersumpah dahulu bahawa kamu tidak akan lenyap (mati) (14:44) Sesungguhnya manusia itu sendiri yang aniaya dan menzalimi dirinya sendiri lantaran sewaktu didunia apabila dibacakan al Quran mereka tetap mahu berpaling malahan memusuhi pula utusan yang datang menyampaikan serun seruan Tuhan. “Sesungguhnya Allah tiada menganiaya manusia sedikit pun, tetapi manusia sendiri menganiaya dirinya (10:44)


“Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepada mu dalil (keterangan) daripada Tuhan mu dan telah kami turunkan kepada mu nur yang menerangi. Adapun orang orang yang beriman kepada Allah dan berpegang teguh kepadaNya, nanti Allah akan memasukkan mereka kedalam rahmat dan kurniaNya dan menunjukki mereka kejalan lurus (yang menyampai) kepadaNya (4:174&175 Sehubungan itu, kini janganlah kamu berpaling apa lagi menentang dan memerangi apabila al Quran itu dibacakan kepada mu bersama keterangannya. Hanyalah melalui kalam kalamNya yang akan menyampaikan kepada yang empunya kalam itu, kepadaNyalah tempat kembali. Sewajarnya sahut dan sambutlah seruan yang mengajak kepada Allah dan RasulNya melalui ayat ayatNya. Bersatulah bersama sama menyampaikan berita gembira kepada yang beriman dan peringatan kepada yang engkar dengan kalam kalam Tuhan. Sesungguhnya tiada sebesar besar rahmat dan kurniaNya kepada manusia itu selain daripada al Quran nulKareem, Kitabullah!


KHALIFAHhimpass wadah dakwah diruang siber terus terusan menyampaikan khabar gembira kepada yang beriman dan peringatan kepada yang engkar hanya dengan kalam kalam Allah SWT. Menyeru dan mengajak manusia kembali kepada Allah dan Rasulnya dengan membacakan al Quran nul Kareem, Kitabullah. Demikian itulah perintah Allah agar berjihad menyeru dan menyampaikan kalimat kalimatnya kepada manusia keseluruhannya dimuka bumi ini. Ini adalah perjuangan. “Hendaklah ada dikalangan kamu umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh dengan maaruf (yang baik baik) dan melarang dari yang mungkar; dan mereka itulah yang menang (3:104) Maka hanya kepada Allah sebarang keputusan samada manusia mahu menerima seruan atau pun sebaliknya. Walaupun terdapat halangan, tentangan dan diperangi sekali pun, perjuangan pasti berterusan! Kemenangan yang dijanjikanNya pasti menjelang!


Maka nikmat Tuhan mu yang manakah kamu dustakan?(55) Namun mengapa manusia tidak mahu memikirkan sehingga Allah SWT bertanya sebanyak 31 kali di dalam QS ar Rahman? Sesungguhnya sebesar besar rahmat dan nikmat kurniaan Allah SWT kepada manusia adalah al Quran sebagai petunjuk dan pedoman dari dunia hingga keakhirat. “Kitab ini (al Quran) tida ada keraguan padanya, menjadi petunjuk bagi orang yang taqwa (2:2) Kepada orang orang yang beriman dan bertaqwa pasti tidak ada sebarang keraguan walau sedikit pun terhadap ayat ayatNya yang dibacakan kepadanya. “Sesungguhnya telah Kami datangkan Kitab kepada mereka, serta Kami terangkan didalamnya dengan ilmu Kami, menjadi petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman (7:52)Kepada yang engkar bukan sahaja tidak mahu membacakan malahan apabila dibacakan mereka berpaling dan tidak pula mahu percaya bahkan menjadi penentang pula. “Sesungguhnya orang orang yang kafir sama bagi mereka, engkau beri peringatan mereka atau tiada engkau berikan peringatan, nescaya tiada juga mereka beriman (2:6)

“Quran itu bukanlah diada adakan oleh yang selain daripada Allah, bahkan ia membenarkan (kitab) yang dihadapannya dan menerangkan kitab itu; tiada keraguan didalamnya dari Tuhan semesta alam (10:37) Bacalah al Quran dan Allah akan mengajarkan. ‘Bacalah, bacalah, bacalah, bacalah dengan nama Tuhan mu!’ al Quran itu untuk dibaca dan diimani manakala pemahamannya hanya Allah SWT yang akan mengajarkan. “Kemudian Kami akan menerangkannya (sehingga engkau mengerti) (75:19, rujuklah juga 16-18, dimana Nabi Muhammad SAW pun sedemikian juga) Sesungguhnya kebanyakan manusia tidak mahu mengambil pelajaran dari al Quran. Meski pun ramai yang ngaku ngaku Islam dan beriman kepada Kitabullah itu tetapi hanyalah sekadar dimulut malahan langsung tidak pernah membaca dan meneliti isi intipati kitab tersebut. Apabila dibacakan al Quran kepada mereka bersama keterangannya, mereka berpaling mendustakannya pula sedangkan mereka langsung tidak mengerti walau sedikit pun jua. “Tetapi mereka mendustakan barang yang belum mereka ketahui dengan ilmunya dan belum datang kepada mereka takwilnya (akibatnya) Sepertilah orang orang sebelum mereka mendustakan pula, sebab itu perhatikanlah akibat orang orang yang aniaya (10:39) Sesungguhnya ilmu, akal dan rasa rasa manusia itu hanyalah khayalan yang tidak keruan maka hanyalah boleh dibimbing oleh ilmu Tuhan yakni kalam kalamNya sebagai petunjuk dan pedoman. al Quran itu sehaluan sehala, tidak keruan itu berhala hala dan tidak menentu hala!


Didalam al Quran itu merangkumi petunjuk, rahmat, perintah, larangan dan kisah kisah sebagai pengajaran dan iktibar kepada manusia sehinggalah akhirat. Ia tidak pernah berubah kepada bertambah mahu pun berkurang dari segi apa pun termasuk bacaan, maksud, huruf dan titik tanda didalamnya. Sesungguhnya al Quran itu Qodeem yakni sedia untuk diguna pakai disetiap masa dan zaman. Perintah dan larangan termasuk kisah kisah pengajaran yang dahulu telah berlaku pasti akan berlaku dimasa akan datang; dan yang dahulu dan akan datang itu sedang berlaku sekarang! al Quran itu adalah rahmat dan nikmat kepada manusia dan seluruh alam buat selama lamanya hinggalah kehari kiamat.


Acap kali yang sangat kerap KHALIFAHhimpass membicarakan perkara perkara yang serupa, barangkali mendatangkan kejemuan kepada sesetengahnya dari mereka. Sesungguhnya didalam al Quran itu firman Allah sungguh banyak yang diulang berulang ulang. Ayat ayatNya yang berupa perintah untuk menyampaikan seruan berita gembira kepada yang beriman dan satu peringatan kepada yang engkar sangat kerap diwahyukanNya. Semuanya adalah lantaran sifat kasih sayang Tuhan kepada manusia agar sentiasa berada diatas landasan yang lurus dan benar dari sisiNya. Diulang ulang agar faham lantas menerima seruan. Atas dasar kasih sayangNya, maka diteruskan pembicaraan ini sampai kebila bila masa pun jua hanya dengan al Quran. Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW juga berwasiatkan seumpama, betapa besar rahmat daripada Allah SWT kepada manusia dengan menurunkan al Quran kepada baginda untuk manusia dan keseluruhan alam ini. “Apabila dibacakan orang al Quran, hendaklah kamu dengarkan dan diamlah, mudah mudahan kamu mendapat rahmat (7:204)


Wahai manusia, “(Inilah) surat telah Kami turunkan dia dan Kami tetapkan (hukum hukumnya) dan Kami turunkan didalamnya beberapa ayat yang terang, mudah mudahan kamu mendapat peringatan (24:1)Amin, amin, amin ya Robbalalamin. Wassalam - ayahIssa


Rabu, 14 April 2010

BICARA IMAM MUHAMMAD RADZI

JALAN YANG LURUS



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ


“Tunjukilah kami kejalan yang lurus. Iaitu jalan orang2 yang telah Engkau berikan nikmat kepada mereka, sedang mereka itu bukan orang2 yang dimurkai dan bukan pula orang2 yang sesat”


Saban waktu pastinya lima kali sehari semalam, barangkali semenjak akil baligh sehinggalah mungkin sekarang yang sudah berada diusia senja dimana hanya menunggu malaikalmaut untuk datang mencabut nyawa, entah sudah berapa kali kalam Tuhan diatas disebut dan diulang baca. Jika dicampur didalam solat sunat, apa lagi yang dibaca saja2, tentulah tidak dapat dikira berapa banyak jumlahnya! Ianya adalah doa dan harapan namun persoalannya sudahkah dimakbulkan Allah SWT doa tersebut setelah sekian lamanya dipohonkan? Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar, sudah pun ditunjukiNya jalan yang lurus itu dan telah pun didatangkan orang2 yang dimaksudkan telah diberikan nikmat olehNya itu, kamu tidak sedar atau langsung tidak memperdulikannya walau pun sudah terbentang dan sudah ada dihadapan mata? Sesungguhnya kamu buta dan pekak malah bisu kerana tidak peka dan perihatin dengan alam sekeliling mu! Masakan Allah SWT itu tidak mendengar permohonan2 kamu sejak sekian lamanya?


Kamu sebenarnya seperti seekor burung kakaktua (burung biul!) yang tidak tahu apa yang diucapkan berkali2 itu melainkan hanya menyebut perkataan2 yang kamu sendiri tidak pernah pun mengerti maknanya walau sepatah pun jua. Kamu sekadar ikut2an dari orang2 terdahulu tanpa keterangan dalil, lantas langsung mengada2kan iman dan taqwa didalam dada mu. Sesungguhnya kamu hanya ngaku2 Islam lantaran asal dan keturunan. “Apabila dikatakan kepada mereka : Ikutlah apa2 yang diturunkan Allah! Maka jawab mereka : Tetapi kami mengikut apa2 yang kami perolehi dari bapa2 kami. Meski pun bapa2 mereka itu tiada memikirkan suatu apa pun dan tiada pula mendapat petunjuk”


Namun mereka2 yang terdahulu itu tidak dipersalahkan, dan segala kerja buatnya adalah antara dia dan Tuhan, lagi pun keterangan2 yang haq dan bathil itu belum sampai kepada mereka diwaktu2 itu. Bukanlah tanggungjawab aku mahu pun kamu atas apa yang mereka perbuatkan. “Demikian itulah suatu umat yang telah terdahulu. Untuknya apa2 yang dikerjakannya dan untuk mu apa2 yang kamu kerjakan, dan kamu tiada diperiksa tentang apa2 yang mereka kerjakan” Sedangkan kepada kamu, atas sifat kasih sayang Tuhan, kini telah datang al Quran dan keterangan2nya. Sangat kerap dan selalu aku menyampaikannya supaya tidak kamu menjadi seekor burung biul yang sedemikian itu. Aku sampaikan khabar gembira kepada kamu yang beriman dan sekadar satu peringatan kepada kamu yang engkar. Sesungguhnya orang2 yang menyembunyikan apa2 yang Kami turunkan, diantara beberapa keterangan dan petunjuk, setelah Kami terangkan kepada manusia dalam Kitab, nescaya mereka itu dikutuki Allah dan dikutuki pula oleh apa jua yang boleh mengutukkinya” Tidak mampu aku menyanggupi kutukan mereka2 itu apa lagi kutukkan daripada Allah SWT itu, maka pasti aku jalankan tugasan dan amanah untuk terus menyeru dan mengajak kamu dan manusia seluruhnya. Pun juga tidaklah aku akan dipertanggungjawabkan sekiranya kamu menolak apa lagi menentang dengan apa yang diperkatakan ini. Sesungguhnya tugas aku hanya menyampaikan apa yang diamanahkan Tuhan ku buat mu.


“Qul yaa aiyyuhannaas, innamaa analakum nadziirun mubiin”

Titian sirat-jalan yang lurus itu sesungguhnya bukanlah digambarkan untuk kamu lalui diakhirat kelak semata sewaktu hari perhitungan itu. Kalau pun benar begitu, sesungguhnya kehidupan kamu didunia ini sewajarnyalah berjalan diatas landasan yang lurus lagi benar. Allah SWT telah membentangkan jalan yang lurus lagi benar itu dihadapan kamu untuk kamu ikuti sehingga menyampai hari akhirat yakni tiada lain yang lurus lagi benar itu melainkan hanyalah al Quran nulKareem, Kitabullah. Maka berpegang teguhlah kamu kepada kalam2 Tuhan tanpa ragu dan sangsi walau sedikit pun juga. Maka apabila dibacakan al Quran dan keterangan2nya hendaklah kamu diam dan patuh kepada perintah dan larangan Allah SWT yang terdapat didalamnya. Janganlah kamu menjadi fasik dan kufur dengan memperdebatkan dan memperolok2an ayat2 Tuhan apabila dikalamkan. “Sesungguhnya telah kami turunkan kepada engkau beberapa ayat yang terang dan tiadalah yang menyangkalnya kecuali orang2 fasik” dan “Tiadalah yang membantah ayat2 Allah melainkan orang2 yang kafir, maka janganlah engaku terpedaya dengan bolak balik mereka didalam negeri”


Ketahuilah oleh mu bahawa tiada nikmat yang paling berharga yang telah Allah SWT kurniakan kepada manusia diatas muka bumi ini selain dari al Quran yang penuh hikmah dan keberkatan daripadaNya. Orang2 yang diberikan oleh Allah nikmat dari al Quran adalah mereka2 yang tidak mendapat kemurkaanNya. Pastilah mereka tidak berada didalam kesesatan kerana al Quran adalah jalan yang lurus lagi benar dari Tuhan. Sesungguhnya telah didatangkan kepada kamu orang yang telah dikurniakan nikmat al Quran itu sebagai pemimpin kepada jemaahnya dan menyeru serta mengajak kamu dan seluruh manusia agar kembali kepada Allah dan RasulNya melalui ayat2 Tuhan mu. Sekiranya kamu mahu berpulang kepadaNya maka ikuti kalam2Nya yang dibacakan kepada mu maka pasti akan kamu temui yang empunya kalam itu. Hanyalah dengan al Quran, pasti Allah mengajarkan kamu apa2 yang kamu tidak mengetahui “Kitab itu (al Quran) tidak ada keraguan padanya, jadi petunjuk bagi orang2 yang taqwa”


Oleh yang sedemikian itu, usahlah kamu ragu2 dan sangsi dengan meminggirkan apa lagi menentang seruan dan ajakkan kepada mentaati Allah dan RasulNya. Sesungguhnya sudah menjadi tanggungjawab aku mengajak kamu agar bersama2 didalam jemaah yang berada dibawah kepimpinan yang hanya membacakan al Quran dan keterangan2nya. Marilah bersatu bersama aku mentaati Allah, Rasul dan pemimpin yang didatangkan. Supaya segala perkara dunia dan akhirat yang menjadi perselisihan diantara kamu, dikembalikanlah segala urusan itu kepada Allah dengan mentaati pemimpin yang didatangkan. Untuk mentaati Allah dan RasulNya, serta sekiranya kamu beriman kepada hari kemudian semestinyalah berada bersama jemaah dibawah pemimpin yang hanya membacakan al Quran dan keterangan2nya didalam setiap pembicaraannya. Itulah sebaik2 jalan yang lurus dan benar dari Allah SWT. “Hai orang2 yang beriman, ikutilah Allah, ikutilah Rasul dan ulilamri dari kalangan kamu. Sekiranya kamu berbalah tentang sesuatu (perkara) hendaklah kamu kembalikan kepada Allah dan Rasul, jika kamu beriman kepada Allah dan hari kemudian. Demikian itu lebih baik dan sebaik2 jalan”


Sesungguhnya apa yang aku bicarakan ini adalah kebenaran dari Tuhan ku dan Tuhan kamu. Tiada sebarang yang lain dan yang sebenar2nya benar melainkan kalam2 Tuhan yakni al Quran nulKareem. Maka aku mengajak semua bersatu kepada mentaati Allah, RasulNya dan pemimpin dengan membacakan al Quran dan keterangannya sebagai dalil perintah dan tuntutan Allah SWT. Tidak mengira siapa pun kamu diantara kita, seluas mana pun ilmu pengetahuan, peribadatan dan pengalaman dan setinggi mana pun kedudukan jawatan, kuasa mahu pun harta yang dimiliki namun dari sisi Allah SWT hanyalah ketaqwaan kepadaNya sebagai ukuran kelebihan. “(al Quran) ini adalah keterangan untuk manusia, jadi petunjuk dan pengajaran bagi orang2 yang taqwa” Jika pun kerana kamu tidak mengetahui kerana selama ini sememangnya belum datang pemeberi peringatan atau barangkali ada sedikit rasa ego dan tinggi diri pada kamu, namun buka hati dan fikiran mu serta berlapang dadalah kepada al Quran yang dibacakan bersama keterangan2nya ini. Sesungguhnya yang aku sampaikan kepada kamu adalah berita gembira kepada yang beriman dan sekadar satu peringatan kepada yang engkar. Meneggakkan kalimat2 Tuhan diatas muka bumi aini adalah jihad fisabilillah yang pasti akan berterusan kepada kamu manusia keseluruhannya. Salamunqaulanmirrobbirrohim. (Diolah dari penyampai Imam Muhammad Radzi di Majlis Wasiat – ayahIssa)



*****


RENUNGAN :-



Surah al Fatihah – munajat antara hamba dan Allah SWT

Abu Hurairah mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda “Allah telah berfirman : Aku telah membahagi (kandungan makna) Surah al Fatihah untuk Ku dan hamba Ku menjadi dua bahagian, dan aku akan mengkabulkan apa yang hamba Ku meminta”

Apabila membaca ‘Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam’, Allah akan membalasnya dengan berfirman ‘hamba Ku telah memuji Ku’

Apabila dibaca ’Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang’, Allah berfirman ‘Hamba Ku telah memuji Ku’.

Apabila dibaca ‘Yang menguasai di Hari Pembalasan’, Allah berfirman ‘Hamba Ku telah mengagongkan Ku’. Lalu Allah berfirman lagi ‘HambaKu telah pasrah segala urusan kepada Ku’.

Apabila dibaca ‘Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami bermohon pertolongan’, Allah berfirman ‘Ini adalah urusan antara Aku dan hamba Ku, dan Aku akan mengkabulkan apa yang hamba Ku meminta’.

Apabila membaca ‘Tunjukilah kami jalan yang lurus, (iaitu) jalan orang orang yang telah Engkau berikan nikmat kepada mereka. Dan bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat’. Allah berfirman ‘Ini adalah untuk hamba Ku, dan dia akan mendapat apa yang dipintanya’

(HR Muslim, Tirmidzi, Abu Dawud, Nas’i dan Ibnu Majah)


Wassalam daripada ayahIssa